Ini kisah semalam. kalau tak sudi nak baca sila klik "X" kat belah kanan atas page tuh. hahaha.. kidding. baca lah weyh sampai abes. cite best nih. (cite pasal kucing, best ke?)
Jiran baru sebelah rumah aku ni melayu. family la but sorry aku tak tau nama dia. aku dok pangei akak sebelah rumah @ abang sebelah rumah je. yang aku perasan sangat diorang ade sangkar kucing yang letak kat luar rumah. dan few days gak la bila malam, diorg letak kucing tu dalam sangkar siangnya petang kucing tu dilepaskan keluar dari sangkar. kucing kan, haiwan paling kiut penah aku bela. so bab2 anak kucing ni buat hati aku meruntun lah sikit.
So semalam, anak kucing jiran aku ni dah terlepas masuk ke pagar rumah aku. kena plak time tu aku baru sampai rumah dan bukak pintu rumah. Oren cam biase mengiau le dalam rumah keboringan. bila Oren nampak anak kucing nih terus dia diam. cam pelik! aku risau Oren terkam je. mati pulak anak kucing jiran kang.
tapinya Oren dok bau-bau je. dok tonyoh-tonyoh muka dia kat anak kucing kecik nih. aku dah cam "ok". sebab jiran aku belum balik lagi (pintu pagarnya berkunci siap rantai n mangga bagai) so aku kidnap la kejap anak kucing tuh. bawak masuk rumah n kasi Oren main. well, korang nampak je dalam gambar cam Oren ni nak tempeleng kucing kecik tu tapi bukan kena pun, anak kucing ni garang tau. Oren nak dekat bau-bau pun tak boleh.
bila aku kasi makan makanan Oren dia bolot semua. sampai abis. Oren nak ngecek sikit pun tak dapat. berderam je bunyiknya marahkan Oren. aku pikir bagus gak anak kucing ni temankan Oren, senang sikit aku nak gi mandi, masak makan malam aku.
malam tadi memang tak berkuit lah suara Oren. dok lorat nak bergurau ngan kucing kecik tuh je. yang kelakar dah perangai cam anjing plak. napas dah laju siap terjelir lidah kemengahan pulak. Anak kucing tuh plak relax je. siap time tido tuh buat tak heran je ngan Oren. lepak gila tido kat tempat tido Oren.
tapi aku pun paham perasaan Oren ni. boring seyh dok rumah takde teman. nak bergurau, nak bersenda, nak bermain. tuh la bila aku balik dia mengiau macam kena tinggal 10 tahun. gigit bagai nak koyak daging lengan aku. tido plak kat ketiak. hahaha.. yes. kucing ni memang perangai tido kat ketiak aku. nak-nak pulak aku jenis tido depang tangan. lagi le luas aku bukak ketiak aku. kikikiki...
nampak gaya Oren suka sangat ada kawan. dok pikir anak kucing mana la aku nak kutip bawak balik nih. dah nak melayan perangai sekor kucing lagi. erm.. takpe ah Oyen, lenkali je cari kawan ek. buat masa ni main je awak sendiri kat umah. lau ade kucing yang comel dan best ai bawak balik tuk yu.. Ops lupa la. anak kucing jiran aku ni betina, Oren ni jantan. pepaham le yer...
3 comments:
aku xsmepat baca lagik tp kalu tak sudi? hahahha budustt kang aku baca
hahahaha.. jap lagi baca sampai abes ek...
hmmm.. kejap lg tu ada lah kucing2 kecik nanti... huhuhuhu.
Post a Comment