Entry ni panjang lagi mengarut. Sila baca sampai habis kalau nak faham situasi sebenar penulis.
Aku dah disaluti dengan cerita-cerita mistik baik dari cerita ada hantu ke cerita jin ke dari kecik lagi. Salahkan kakak aku sebab dia yang beli novel "Bercakap dengan Jin" tulisan Tamar Jalis (kalau salah nama penulis ni maaf lah ek, aku dah lupa). hahaha... dan serius lah novel tu berhantu, aku ingat lagi yang kakak aku ada novel tu dari siri 1 sampai ke berapa belas ntah. tapi skang tak tau mana pegi novel itu semuanya.
dan penah satu kisah masa budak-budak dulu time kawasan umah aku black out, kakak sulung aku masuk bilik pak aku cari barang mak aku suruh lau tak silap tapi bila kuar bilik dia ngadu rasa cam ade orang dok peratikan dia dalam bilik tuh. siap lah kena sembur air liur dek pak aku.. ops, sembur bukan kena marah ek sembur kena jampi serapah ape ntah pak aku baca. aku budak lagi kan masa tu mana tau bab-bab mistik nih.
time sekolah masuk asrama pun terkena tapi aku tak rasa le kena tarik kaki ke tarik selmut ke histeria ke. cuma satu malam masa senior nak pekena kan junior dan kejutkan kitorg kul 4 pagi dan kata kunun dah kul 6.30pagi. selepas kitorg sedar yang kitorg kena prank maka berbondong-bondong lah kami junior dok balik ke dorm masin-masing. dan elok sebelum subuh tu ade yang mengetuk-ngetuk pintu dorm aku. bila dijenguk dari tingkap takde sapa pun kat pintu dorm. pelik tak? aku dah meremang bulu roma nih. *hiiiiii...hi..hi..*
and happen masa kat kolej. zaman 1st sem kawan bilik aku tiba-tiba rebah tengah2 malam. nak dijadikan cerita sebelum dia pengsan tu dia ade kuar p guna public phone. semua dok pakat baca Yassin. aku tak ingat cane kawan aku sembuh, sorry la ek bukan ibu mengandung pun ade gak urat memory yang putus. hahaha.. satu lagi kena budak bilik bawah. Owh, hostel masa kolej tu duduk kat rumah dua tingkat. 2 row tuk hostel perempuan dan 1 row tuk hostel lelaki. Kawan yang satu lagi pun sama kes. tiba-tiba nangis takde sebab. pastu nangis mendayu-dayu plak. baca Yassin tak jalan, ajar mengucap pun takmo. last2 panggil ustazah yang juga warden hostel. ntah apa ustazah baca, apa yang ustazah tu sembur aku pun tak tau, cuma ustazah pesan jangan tanya kat kawan tu apesal dia nangis nanti takut jadi lagi. hek eleh.. tak mistik langsung.
another kawan masa kenal2 kat alam cyber ni penah cerita. diri dia ade je problem. selalu sakit kaki selalu susah tido dan jenis yang panas baran. dia pegi berubat dan pakcik tu pakcik ni cakap ade yang dok hantar 'bende' kat dia. yang bergayut lah. yang tunggu depan rumah la. yang atas bahu lah. owh! macam2 lah.
dan a few years ago actually 2 years ago masa aku ngan partner in crime dah get together and he show me something that shocking my world. susah aku nak explain, nak kata split personality or mistik2 nih. but he has experienced talking to the 'thing' which we called in not human. dan aku *jaw drop*
until aku baca blog member aku. (sorry takmo link, p cari sendiri kat side bar tuh). ape yang dia hadap, apa yang dia rasa dan betapa mistik nye cerita dia. again *jaw drop*. betapa sukarnya nak terima bila kita ingat kita bawak badan sendiri je ke mana-mana tapi ade plak yang menumpang. kalau nak kata setan tu memang ade je kat sekeliling kita tuk sesatkan anak cucu Adam A.S tapi yang bab dapat dari di tuju tuh dah lain cerita. mintak simpang le dari sesat bertenggek atas aku.
owh..akibat otak aku ni lebih banyak berangan/ imaginasi. kalau dah lepas tengok cerita seram a.k.a hantu tuh sure aku rasa cuak nak gi toilet sensorang. tapi terpaksa la pegi sendiri kan. takkan la nak ngajak teman pulak. hihihi.. dan kalau aku takleh tido malam sure aku rasa ade bende yang peratikan aku.. Jahatkan otak aku? harap-harap la tak de bende tu ganggu hidup aku ek.
so, korang ada cerita mistik tak? meh share ngan aku..
1 comment:
wah... byknye citer mistik... huhuhu...
ni nak pegi toilet pun mesti taku ni...
mau2 tunggu esok pagi...
wakakakakaka
Post a Comment