hai..hai.hai.. isk dah macam ahziz desa dok buat rancangan Nasi Lemak Kopi O plak. ok dah start mengarut. baru je satu ayat.
soklan aku. kalau korang balik kampung jmpe mak pak korang, apakah soalan yang kuar dr mulut mereka? adakah: apa khabar, sihat ke? lama tak call kampung kenapa? busy kerja ke? ada!! ada ke mak pak ko tanya gitu? kalau ada alhamdulillah.. nampak sangat mak pak ko sayang kt ko.
korang nak tau apa mak pak aku tanya aku bila aku sampai rumah aritu? "eh tembam nye anak abah.."
"gemuknya adik ni.. kenapa?"
Dayyummm... luluh hati aku dengar ayat tuh. kutukan kasar namanya.. hahaha...nanges aku kat dalam hati sampai kan few days dok umah mak aku tak makan pagi. tunggu tengah hari jek! (tu melantak macam tak makan seminggu)
dalam pada azam baru 2012 ni nak diet, aku selak2 le bawah katil aku tuh.. banyak pulak barang yang tersorok. pastu aku jumpe satu bende nih.
jeng..jeng..jeng..
weight scale yo'
tengok tuh!! baru 55kg ok.. takde lah gemuks sangat.. aku dah kira-kira pun BMI aku memang sedang normal pun. tolak tepi perut buncit bontot besar jeans size 32. kat sini aku share sikit camne nak kira BMI korang. ini untuk wanita yang tidak mengandung sahaja yer.. pregnancy mother takleh pakai kira2 nih.
untuk lebih mudah sila guna Metric Imperial BMI formula tuh. amek contoh aku la ek. berat 55kg dgn ketidak tinggian 154cm. dlm formula kata meter kita tukar pada meter 1.54m. formula kata berat dalam kilogram bahagi tinggi dalam meter kuasa dua. maknanye kita darab ketinggian meter kita dua kali (sila darab 1.54m X 1.54m bukan 1.54m X 2) dan jawapannya ialah BMI 23.12 iaitu berada dalam paras Normal. tak caya status aku normal? tengok lampiran di bawah.
aku tau ada yang query betul ke tak kiraan aku. kalau nak jawab kasar leh cakap ikot suka aku lah betul ke tak kiraan ni. tapi cara yang sebetulnya boleh tengok kat website bmi ni sendiri ek. aku copy paste je formula nih dari website.
tak moh percaya BMI nih? takpe lah sukati korang, aku tak paksa. walaupun status BMI aku ni normal tapi aku ada azam dan berusaha untuk turunkan berat badan atleast 2-3kg. cmne nak buat kalau dok opis asik makan jajan, tengahari lunch nasi penuh, malas nak exercise tapi ade niat nak kurus. ha.. sekarang meh aku cerita kenapa aku boleh membesar bagaikan juara hakikat aku dulu kerempeng cam cicak kubeng.
berat aku sebelum join keja kat IT company dan tempat kerja terletak di pejabat client di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur (ayat SPM sungguh) ialah 45 - 48kg. sorry aku tak ingat berat sendiri sebab tak penah nak lorat2 cari syiling 20sen kalau pegi Giant Supermarket bila nampak timbang berat tu. memang dulu aku tak heran pun! BMI ni pun aku tak tau nak kira. ye lah dah time tu keding jeans size 27/28. heran apa kan. sekarang saiz naik 4 inci mau ko tak cuak. tuh seb baik naik 4 inci. kalau 14 inci? isk, mintak simpang. So cite nye dah keja kat tengah KL, tempat makan bersepah nak nak pulak ramai geng makan. memang le laju je tangan aku menyuap makanan ke mulutku. dan dengan tanpa rasa bersalah berterus-terusan le makan dengan dabik dada kata tak kan gemuk kot kalau hari2 lepas makan aku p berak. tapi terbukti lah kata2 itu semuanya dusta. hahaha padan muka aku. jadi korang jangan ikot perangai aku.
sekarang aku cerita kenapa aku macam tak berapa nak heran bila kawan aku specially biq dok kutuk aku gemuks dan buntot besar. kan aku dah bagitau yang dulu aku keding cam cicak kubing. aku ingat zaman aku sekolah rendah ikot mak aku pegi pasar chow kit. selalu pegi tu hari sabtu/ahad le sebab hari biase aku g sekolah dan mak aku kerja shift kat kilang Harris tuh. ada sekali tu mak aku marah aku dok pkai t-shirt kakak aku tapi dia tak marah aku pakai t-shirt tu, dia marah sebab aku kurus sampai dia cakap "adik ni kurus cam penagih dadah pulak, tak berkenan ibu". korang tau napa aku ingat kata2 tuh? sebab kecik2 lagi aku dah kena kutuk ngan mak aku dan aku sentap! hahaha.. kecik2 dulu mana ade mak/pak aku nak pakaikan aku ngan baju gown ke baju sendat2 nampak ketiak ke, TAKDE ok! pakai t-shirt semata. so aku rembat la t-shirt kakak aku sebab cantik. hahaha.. mak aku leh cakap aku cam mat pit plak! siot je mak nih! sekarang bila mak aku bising aku dah gemuks (hallo mak, br 55kg bukan 155kg so please jangan kutuk bertubi2.. sentap anak mak ni) aku buat tuli je lah. sebab bila aku balik kampung mak aku dok sogok aku suruh makan. kul 10pg suh makan, kang kul 12tghr suh makan, kul 2-3ptg suh makan lagi, malam kul 7.30 dah bising suh makan so tak yah komplen kata aku ni gemuk la ek.
satu lagi bila jiran sebelah partition aku suka kutuk bontot aku besar. ok jiran, aku tau kutukan ko kutukan membina, nak suh aku kurang makan supaya aku kurus. tapi kan. aku cerita sini, dolu-dolu masa aku badan cam papan plywood sekeping je aku jeles tengok awek2 kakak2 yang body cun breast besar buntot pun ikot sama besar. siap berangan kan best kalau buntot aku pun besar cantik jer.. xde le kakak aku sakit kutuk aku ni takde buntot. leper katanye.. sekarang aku dah dapat le apa yang aku nak sangat dolu2. tolak tepi perut buncit aku yer, tuh bukan dalam permintaan tapi jatuh dalam pakej buntot/breast besar. hahaha..
sekarang ni azam 2012 nak mengecilkan yang besar2 ni mana yang termampu lah yer. but please jangan suh aku stop makan memang aku gagal. hahaha.. dapat turun 2-3kg pun jadilah yer.. sentap la mak aku kutuk aku gemuks. :-(
3 comments:
ko nih berat tulang cm aku ke? sbb aku tgk ko kurus aje leh smpai 55? ko xyah makan la kutukan biq tu sbb dulu dia xsmpai 40kg ponnn kahkahkahkahakhakah
buntut besar yeay! buntut besar yeay!
skin, ko tak selalu tengok aku. kenal2 pun aku dah tembun cmni. hahaha..
biq: aku suka yeay.. aku suka yeay.
Post a Comment