Alhamdulillah. sejak kerja kat tengah town KL ni aku murah rezeki dengan makanan. bak kata orang food heaven lah. semurah RM2 sampai la semahal RM15 tuk lunch. dan kerja kat opis yang dimonopoli oleh client melayu makanya keseronokan makan tu bertambah-tambah la. nak-nak pulak makan ramai-ramai kan.
dan syukur Alhamdulillah sebab aku dikurniakan rakan-rakan pemakan yang baik-baik hati dan tak berkira sangat. boleh berkongsi makanan, berkongsi cerita, berkongsi pendapat, berkongsi kasih, berkongsi suami .. Ops!!! *top mulut* dan ada dikalangan rakan-rakan aku yang sudi berkongsi bonus dan reward ketika bekerja di sini. aritu aku dah layan kari kepala ikan yang masyuk. masyuknya kena berjalan lebih 1.5km hanya ke tempat makan tu. seb baik semuanya berkobar-kobar nak layan kari kepala ikan kan. so perjalanan yang ala-ala cam nak sesat tu dah tak heran la. tapi bila perut dah sendat masing-masing semput nak berjalan balik ke monorail. mekasih pada yang empunya duit sudi menabur hasil ke anak tekak aku. YOU KNOW WHO YOU ARE!
dan sekali lagi semalam selepas beberapa kali terkandas rancangan kami berlima sekawan melantak melayan tembolok masing-masing kat tempat baru. kat Menara Hap Seng Jalan P.Ramlee. kenapa aku kata tempat baru? sebab paling mahal lunch aku and the gang pun kat Secret Recipe Menara Weld tuh. grand! sambil layan spagethi/ thai fried rice/ tom yum kung leh layan ngumpats. ops again. bercerita....hahaha..
ha.. ni orang yang murah rezeki dapat reward nam banje kami makan. ikot kan saja di mana dia keluarkan duitnya.. tempat kitorang pegi ni tak berapa nak ramai orang nye. well, jarang orang layan western time lunch kan. tapi sebab penerima reward ni kata makan kat sini sedap... layanzzzzz
yang dalam menu semuanya set bersama air. dan aku amek pesto pasta with fried mushroom and grilled chicken. yo! really a western style lah wei.. pasta takde rasa pun. tapi depa golek ngan olive oil n daun ntah ape ntah. tapi grilled chicken n fried mushroom tu memang shedap. so sengaja dia buat pasta tuh plain so that boleh makan ngan chicken tuh la.
hah.. ni la makanan aku. yang lain makan menu lain la. sorry aku tak amek gambar sebab sume tahap datang memang nak makan bukan nak buat review. tapi yang best ade lamburger seyh.. rege leh tahan la sebab set dah include skali ngan air. plus minus sorang dalam RM25 je kot. sok-sok kalau rasa kaya boleh le gi makan kat Impromptu lagi ek. kali ni bayar le sendiri. baru leh review kaw-kaw. hahaha...
So, terima kasih ye kawanku. sok kalau ade rezeki lebih boleh belanja lagi. auw.. *burpp* Alhamdulillah.
5 comments:
alamak.. len kali ajak akuu....
wah.. sapa yg belanja tu.. akak nak jugekkk...
skin: lenkali ek..tgu klu2 aku dapat bonus.. kalau dpt ler..
muz: ada la orang yg dpt reward tuh..
tangan bau kari siuttttttttt! mmmm dap errrrrrrr!
hahaha.. ada bran nak repeat lagi?
Post a Comment