Tuesday, January 10, 2012

Black Out

Cerita Isnin malam Selasa. malam tadi ler.. tengah sedap layan astro tiba2 je rumah gelap. Ops, jangan speku kata aku tak byr bil elektrik yer.. aku ni jenis byr bil terlebih2 kekadang. bil astro umah mak aku dh 2bulan x byr sebab extra byr bulan sudah. hahaha.. si Oren dah pelik ngiau2 sebab selalunya bila dah gelap tandanya nak tido takde nak main2 lompat2 dah. cepat2 aku capai handphone sbb dlm handphone aku ada torchlight. hahaha.. canggih kan? menggagau p tengok umah jiran2 takut le kalau umah aku je bergelap rumah orang lain elok terang benderang. seb le satu taman bergelap sama.

dah kompem yang satu taman black out, aku menggagau lagi cari bil letrik aku.. sah2 le situ ada no tnb careline tuk buat report. elok je dapat sambungan terus aku buat ngadu kata satu taman takde letrik.

TNB: Ye, ada apa masalah di kawasan cik?
Aku: Incik, saya nak report, rumah saya black out.
TNB: Rumah cik sahaja ke takde letrik?
Aku: Rumah sederet depan saya dan rumah lorong belakang. tapi lorong2 lain saya tak tau lah. Tak kuar p jenguk.
TNB: OK, dah brape lama black out?
Aku: dah lima menet
TNB: No tel cik 03-7984***
Aku: Ye betul... 10markah
TNB: Tapi berdasarkan no tel cik ni, alamat cik tiada dalam senarai kami.
Aku: Tiada dalam senarai? camne tuh? bulan2 saya bayar per... *berdesing tinger jap*
Alamat rumah saya no.6 lorong sekian-sekian, taman si polan. Kawasan si polan polan
TNB:  Baiklah. Saya akan buat laporan ke bahagian teknikal. Mereka akan hantar technician dalam masa 1 jam. 
Mood time ni dah lari
Aku: OK. Thanks.

Elektrik pulih dalam 1jam ++ tapi yang aku hangin sebab dia cakap alamat aku takde dalam senarai dia. So? mana datang letrik kat umah aku? curi dari umah sebelah? dang!!! slama aku byr bil ni sampai ke mana pulak klu bukan TNB? dang lagi!! ok! seb baik le malam tadi tido takde kepanasan. wpun aku tak kisah klu tido tak berkipas aircond tapi aku tak leh tido dalam keadaan panas tanpa peredaran udara. Fuh.. sok2 jangan le black put lagi. aku call TNB mau melenting plak nanti. Ops. klu kawasan korang black out terus call 15454 dari fixed line atau handphone. terus report ke TNB. 

dan sila ambil ikhtibar dari cerita aku ni. pastikan korang sekurang2nya ada torchlight kat handphone, torchlight kat rumah simpan la spare 2-3 ke dan lilin yer...senang nak survive dalam black out. walaupun gelap takde lampu still mata tu tak juling cube melihat didalam gelap. ahaks.. 

2 comments:

mikamusz said...

kalau blackout time aku kat atas, mmg carik hp and on emergency light, tapi kalau aku bawah, aku onkan dapur gas je, melampau tak

babyarisha said...

melampau sangat la on dapur gas. hahaha.. tp emergency kan. kejap2 tu bolehlah. sementara nak menggagau cari lilin/ torchlight. jgn amalkan yer.. nti lupa tutup dapur gas tuh.. jd kes lain plak.. mintak simpang!!!