Tuesday, August 30, 2011

Salam Syawal

Salam Syawal dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin 

with love -babyarisha-

Friday, August 26, 2011

Is in the mood ....

Mood nak balik kg... yehaaa!!! tp blik bukan nak raya balik nak buat kuih raya.. YES!! buat kuih raya. a.k.a sekut/ beskut raya. tapi nanti bawak ke kolumpo sbb raya kt KL sajork. buleh cmtu? udah sedara-mara aku ramai kt KL nak wat cmne kan. So orang lain berlumba-lumba (jgn bwk keta laju2 sbb dh kuar warta tmpt sekian2 ada speed trap) balik kg nak sambut raya. Aku tergedik-gedik balik kg hanya tuk buat kuih raya, pastu pakat balik KL beraya.. owh.. not so much prep for this raya.. semua pakat beli last minit. hahaha.. so all babes.. tgu mlm nti br aku ucap sedih2 ek.. skg mau pulang... buka puasa gn IP.. (no idea where to buka puasa)..so..of we go to beratur (baca:berebut) naik monorail bersama-sama mereka yg excited nak balik kg beraya.. jmpe lg mlm nti..adios..
source: google


Adios...

Thursday, August 25, 2011

Drama Swasta di malam yang hening

cerita ni mengingatkan aku pada satu kejadian rambang. eh.. baca je lah. hahaha...

semlm (rabu) cam mgu2 seblm puasa TT session or sesi Teh Tarik berlangsung atas permintaan ramai. masa tu lh nak bertukar2 cerita/ pendapat. ade yg nak pass2 barang ke.. and malam td sesi Teh Tarik (wpun tak minum teh tarik). n malam td ade permintaan kuih batang buruk dan bunga api raya. so, abg gegat bwk all the way dari keramat. hahaha.. jauh anta smpai kota damansara. so ramai2 la qiqah kan batang buruk tuh. hihi.. mekasig abg gegat!!

tgh sedap2 layan borak pekena coke laici (bukan aku) gn kuih batang buruk tiba2 semua dok senyap. *suasana hening kt meja kitorg wpun lepak kt kedai mamak sajo* terus berpaling ke arah laluan pejalan kaki seberang jalan kedai mamak tuh.. (baca: kedai mamak di tingkat 1 ats parking kereta). semua kitorg 6-7org ni dok tgk drama swasta kat tepi belalai gajah (tmpt pejalan kaki ada bumbung) tuh. satu couple melayu tgh gaduh besar (awek tu pkai tudung so aku assume melayu lah). wpun kitorg x dengar ape butir yg diorg ni dok gaduh kan tp dari gaya tepis2 pegang2 muka tu kira kes gaduh besar & pujuk memujuk le kn. tp yg dok pujuk tu si awek ni.. yg pakwe dia dok tepis2. lama gak ler drama swasta + air mata ni berlangsung. dari elok2 dh kena pujuk smpai le keluar sepak terajang bagai (baca: sepak plastik je). gn minah tu dh berjejer air mata nanges smpai nak balik umah ler.. (kwsn apartment). drama swasta ni berlangsung dr jam 11++ kot smpai le jam 1pg time aku dh nak balik couple ni masih ade sendu2 lg.. awat cheq~ gaduh2 sayang ja.. jgn lah lelebih sgt.. mgu dpn nak raya dh.. hik.hik...

balik lewat mlm td smbil aku melayan perasaan. aku penah hadap semua tu dulu.. gaduh2 sayang.. tp berejam gak lh nk kasi settle. last2 x settle gak. dlm pd sayang jln penyelesaian ialah ..... hrmm... alhamdulillah.. dgn IP skg xde nak gaduh2 sayang smpai bertengkar jerit2 nanges2.. sbb wpun IP xsuke pujuk tp dia tau time bila nak kasi aku sejuk hati. time bila nak berbaik. sbb aku pun tau yg IP ni jenis tak suka gaduh bertekak & jenis cool wpun byk masalah. Yes. semua org ada masalah masing2. jgn igt IP tu muka cool & baik nerd (bak kata kwn2 la) xde masalah. besar punya masalah dia tgh fikir. aku je tau time bila dia bermasalah time bila dia berfikir time bila dia xmahukan gangguan (tgh cari solution). pape pun aku ttp berdoa yg terbaik tuk aku n IP.. kan IP kan.. cerita raya, baju raya, kasut raya, jln raya aku simpan nti k..
da~~

Wednesday, August 24, 2011

Photo Challenge Balik Raya 2011 Datang Lagi...

mula2 xde semangat nak raya. baju raya belum beli, kasut raya, hbag raya duit raya semua lum sedia lg. hakikat yg IP dh ready nak balik raya.. nak itutttt... huhu *sedih xde kg*

tiba2 semangat raya dtg balik sbb "Photo Challenge Balik Raya 2011" dh kuar kt blog Biqque & Chawanna.

as at last year pestaim aku join & mencabar minda, fizikal dan emosi *smpai nak nanges le bila xleh nk post entry - penyebab kena penalti n tak menang (saya bukan pengalah). tgk bukti sini 2010. siap ada kesinambungan di sini.

So this year 2011
Biqque & Na. aku copy paste je ek.. sbg peringatan tuk aku akn task2 havoc yg bakal aku lakukan.


SYARAT UTAMA YANG WAJIB ADA!
A) Setiap gambar MESTI ada Blogger (Aku le tuh).
B) Setiap gambar MESTI pegang/letak/lekat kertas A4 tulis "PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2011".
C) Setiap gambar MESTI kena pakai baju raya.

Note : Kalau takde salah satu syarat diatas ni, masih bleh teruskan, tapi tolak markah la.



teaser: thnx to ammar cz taking d picca.

ni cth ja tuk syarat-syarat yg bakal dipenuhi;
No.1: mesti ade muka Blogger.. *tuh aku tgh senyum* (sorry dh bam2) 
No.2: Gambar kena pegang/letak/lekat kertas A4 "Photo Challange Balik Raya 2011" *print siap2 lor* (creative nih)
No.3: Pakai baju raya. (baju raya thn lepas tuh)


10 CHALLENGES YANG PERLU DILANGSAIKAN!

Idea Biqque.


1)Blogger bergambar sebelah/dengan polis sambil makan kuih raya. Kalo polis tu tengah bertugas dan tak leh makan, korang je yang makan. Tapi kalo polis tu makan skali, bonus disitu.


2)Blogger buat huruf “RAYA” dengan tubuh badan. Boleh guna orang lain untuk tolong Blogger dan boleh combine gambar setiap huruf yang dibuat.


3)Blogger bergambar depan rumah kampung yang kosong sambil pegang buluh lemang. Kalo rumah kampung tu nampak spooky, lagi bagus.


4)Blogger bergambar tepi highway dan mesti nampak jalan highway tu serta kereta yang tengah bergerak. Kawasan R&R tidak dibenarkan sama sekali ye.


5)Blogger main papan gelongsor sambil makan ketupat nasik. Lagi besar papan gelongsor tu, lagi banyak markah korang dapat.


Idea Chawana.


6)Blogger menjadi nelayan yang tengah memancing/menjala mengunakan umpan kuih raya di tepi tasik/sungai/laut. Pepandai la korang, aku tatau!

7)Blogger menjadi SUPERHERO RAYA dengan memakai pakaian raya. Kena la nampakkan kan ciri-ciri superhero tu walaupun baju tu baju raya. Ikut creativity masing-masing.

8)Blogger mengayuh basikal sambil junjung sebalang kuih raya di atas kepala. Kaki tak leh pijak tanah ok!


9)Blogger bermain tanglung (lantern) di waktu malam di hadapan orang bakar lemang. Tanglung boleh buat sendiri, atau beli kat kedai apek mana-mana. Kedai sembahyang cina pun ada. Hahaha!

10)Blogger sedang makan juadah hari raya (lemang/ketupat/rendang/kuih raya) di atas pokok, sambil sebelah tangan pegang senduk nasi.

REMINDER!
Ingat! Semua aksi-aksi diatas, mesti ada tiga syarat utama tu. Jangan lupa tau! If tanak lupa, sila PRINT post ni sebelum balik raya :D
Blogger kena publish post bertajuk “PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2011” dan letak 10 tajuk challenges dan gambar, pada Rabu (7 Sept 2011) sebelum jam 12.00 tengah hari.
Keputusan para pemenang akan diumumkan pada Isnin (12 Sept 2011) jam 12.00 tengah hari.


Segala keputusan adalah muktamad. Takde rayu-rayu dah. Titik! Hehehe!

HADIAH-HADIAH NYER?
GRAND PRIZE :
SATU* TIKET/VOUCHER*
1ST RUNNER UP :
SATU TIKET/VOUCHER*
2ND RUNNER UP :
SATU TIKET/VOUCHER*


*Tiket/voucher could be in various of medium/method/form. Jangan main-mainnnn...
*Tiket/voucher adalah tertakluk pada harga, tempat dan ehsan pihak penganjur.
*Tiket/voucher mungkin akan ditambah mengikut tahap sambutan dan ke-excited-an pihak penganjur.

APA LAGI? CEPAT BAGITAU SEMUA!
DAN PIKIRKAN CAMNE NAK DAPATKAN
SEMUA GAMBAR-GAMBAR NI YE?
INGAT! KALO TAK TAU, BUAT PE?
IMPROVISEEEEEE :D


Jadinya terpaksa lah berfikiran kreatif dan berlagak macho tanpa rasa malu. huhuhu... few of the task aku leh terima akal ler.. lg few ni nak perah otak.. aduyaiii...

tp Insyallah ler.. aku akn cube.. so readers/ bloggers (no tagging ek) korunk pun leh join Photo Challenge Balik Raya 2011. kot rezeki korunk menang, leh fly2 away wit AA. hahaha.. so best of luck peeps. may d luck will be wit me.. hahaha..

note: all the challenge task and t&c are copy paste from Biq & Na.

Tuesday, August 23, 2011

Saya menang motor..

eh silap!!
saya lulus exam.

tapi ini tiada kena mengena dengan exam degree yang sedang dalam rancangan. ni exam luar.
p exam pun gn IP. eh silap2..

nak amek exam pun IP yg dok sebuk2 isi borang. sebuk2 anta borang.
IP yg uruskan bayaran. sebuk2 tgk date exam. bila kuar nama kt mcmc kata leh exam IP gak le yg carikan nota tuk dibaca. sbb kitorg ni cm ad-hoc je amek exam ni. it's like try & error. klu lulus - syukur Alhamdulillah. klu fail - cuba lagi lar.. on d exam date pun kitorg leh half day keja sbb exam ptg. aku cume uruskan bab pensil n pemadam. sbb soalan objektif n jawapan dlm borang OMR. sapa xtau borang omr mmg fail le exam weyh.. borang omr tu borang yg kena hitamkan nombor/ alphabets ikot jwpn kita. hah..tu borang omr le tuh..

Eh tapi aku lupe cakap exam ape kn. its RAE or Radio Amature Examination. untuk central region examination was held at Shah Alam Convention Centre hall. nape aku amek exam ni? nti cerita lain..kang pjg plak entry ni.. aku just nk bgtau yg aku dh dpt result RAE.

click to enlarge

result dh kuar. 3 org yg sit for the exam. tetiga lulus. Alhamdulillah. Proses lock callsign pun masih berjalan. tp peringkat agk sukar dh selesai.. signing of License A. Alhamdulillah dipermudahkan lagi. cuma beberapa perkara lain yg belum selesai. Insyallah selesaikan dlm mgu ni sebelum balik raya. lepas ni klu keluar code panggilan pelik2 dlm blog nih jgn terkejut plak ek. hihihi.

p/s: few details lam pic tu kena le delete. nti takut disalahguna pakai plak oleh orang2 yg tidak bertanggungjawab. alamat tuh? takut nanti peminat anta kad raya, roboh pulak peti surat hamba. hahaha...

Monday, August 22, 2011

Kaler ape????

Hai kawan - kawan *berdiri bukak kaki sikit, perut ke depan dan ibu jari letak di ketiak*

Hari Raya dah makin dekat. tak sampai pun 10hari lagi. Baju raya dah beli? uih.. meriah ko jah~ 5 pasang baju raya tuk tahun ni? amboi.. raya sakan ek..
ade kaler2 lagi.. dah macam kek pelangi aku tengok kan ha.. *bunyik cam kenal je sore itik nih*

hahaha...

so, x sampai 10hr je lg.. korunk dh mulakan persiapan raya? ada yg awl2 Ramadhan lagi dh siap ek. baik baju, kuih-muih, biskut segala. ade yg tukar langsir baru, set pinggan mangkuk baru, sofa baru. wah!!! raya sakan ek. baju raya kaler ape tuh? sedondon laki/ bini, bf/gf, tunangan, family segala bagai weyh.. Seronok seronok seronok. ade kaler merah, ade kaler ijo.. ade kaler gold. amboi.. campo2 kaler pun ade.. cm rojak.

tahun ni raya aku sama cam tahun sudah2. meriah nye pd anak2 buah je lah sbb dpt duit raya kan. sebab dah kerja ni kena le hulur. kang tak hulur anak2 buah dah pandai meminta. mampus lah nk jawab acu dh xde duit. hahaha.. selamat la aku pandai berjimat simpan duit2 kertas yg cantik. xyh susah2 nak tukar kt bank.

baju raya n biskut raya masih dok berangan lagi xtau nak buat ape. kaler baju pun ptt ikot tema gn family tp.. isk.. klu semua bertapi2 mmg x jalan lh kerja kn. nak cari baju pun xde mood. nafsu raya belum mari.. huarghhhh...

nak baju kaler ape.. nak baju raya yg camne.. nak fesyen ape. beli kat mana.. aduyaiii...

motif letak gambar pemandangan?

hahaha.. kunun nye nk cari kaler indigo. apak n mak aku dh ade baju raya.. tgl aku je belum cari. agak2 kurang sesuaiii je kaler ni gn IP. ntah la.. kita cube dulu ek.. kita cari sampai dapat kaler tu n try kt IP. lau tidak le kena gayanyer harus le bertukar pada kaler2 yg sesuai sajerk.

adoi... amek kaler campo2 gak kang org kaler pelangi bergerak. hrrmm... will see ptg2 nti klu aku rajin ke Jalan TAR. ade sesiapa yg nak join shopping baju raya? jom..hehehe..


warna yg menarik untuk.......??? ops..

Friday, August 19, 2011

Orang kuat dan pengepitnya..

draft dh simpan lama... ari ni baru nak post.. hahaha...maaf ats kelewatan. nafsu x mari lor.

Yes.. orang kuat..

dalam istilah hutan, orang kuat bermaksud gajah ler.. sah2 dia yg paling kuat kat dlm hutan kan..

tapi masa ke Pasir Besar (kwsn tmpt gajah mandi) kitorg xde lah terserempak gn orang kuat ni.. maybe dia pun dh few days tak turun air tuk mandi n minum. tapi yang ada ialah kesan tapak kaki orang kuat nih.

tgk tuh.. cik abang ni siap boleh duduk lagi dlm bekas tapak kaki orang kuat. bayangkan le klu dah tapak kaki pun kita leh duduk kn dlm tuh klu orang kuat pijak kita? kompem kuar taik ijo... hahahahaha....



ni bukan tipu ye puan puan tuan tuan adik kakak abang.. ni mmg kesan tapak kaki orang kuat. tgk tuh! cotet ke kaki ku dlm kesan tapak kaki dia.. alah.. den xreti nak edit2 pic lah. so bayangkan kaki korunk yg comel lote tu gn 10x tapak kaki laki/ bf/ bapak korunk yg ukuran kaki lebih dari korunk. hahaha.. xleh bayang? malas nk kasi klu lain.. teruskan le gambar dibawah.



yes!! me in the strong man footprint. wah!!! speaking londong..dlm bhs melayunye.. aku dalam kesan tapak kaki orang kuat. hohohoho...

xleh lama2 kt Pasir Besar sbb tujuan utama ialah ke Merekek. kesan tapak kaki beberapa haiwan lain pun nmpk di gigi sungai.. mmg kompem kwsn ni byk haiwan turun tuk minum n mandi. satu sbb tanah sungai nye landai dan berpasir.. dua nye sbb sungai, ada air.so minum ler pelagi kn.. xkn nak men guli pulak! hahaha...

Selamat Datang ke Endau Rompin Selai-Bekok. Wah!!! cm tour guide plak.. tujuan utama tuk ke Lubuk Merekek ialah tuk tgk kwsn @ recce katanya.. tgk ok ke x? ade ke kemudahan asas? ade ke kwsn perkhemahan spt yg digembar gempurkan oleh orang2 yg pernah pegi.. (pegi pun bertahun dulu..mestilah dah berubah kan.)

dan setelah menimbang tara dan bersetuju dgn semua ahli jawatankuasa tak bertauliah makanya Lubuk Merekek is the place lah. yer... sekian! set up khemah.. masak nasi dan teruskan dgn aktiviti memancing...

hasilnya?
.
.
.
.
.
.
tada........

baung mmg kegemaran le kan...
tapi yang kepit biru tuh....


kasi gambar dekat lg...
dalam sungai ade udang ek?


yerp.. dlm sungai ade udang.. cantik lagi bikin masak lemak. tp sbb dpt sekor. xde le nak kongsi ramai2. pakat bwk blik umah n makan sorg2. hahaha..

ni cerita recce jerk. cerita sebenar.. aku simpan wat pekasam. 2nd story tgu mood mari.. hahaha..

Thursday, August 18, 2011

Kecantikan itu subjektif

KECANTIKAN ADALAH HAK MILIK SETIAP INSAN

Iyer... betul!!! ko kata ko x cantik pun ko ttp cantik kat mata orang lain. hahaha (apa aku ngarut ni). Eh tapi betul la aku ckp kan.. klu kt mata mamat A ni, si amoi Z ni cantik tapi kat mata mamat B amoi Z ni muka awek melayu yang biase2 saja.. kita xleh nak kata ape le..  


Kecantikan tu subjektif. ade orang nmpk cantik di mata mereka ade yg tak. hanya biasa2.


cube ko banding kan muka ko gn jennifer aniston ni baby.. jauh panggang dari api kan. hahaha..



next is JLo. well sesetengah orang rasa cantik tu bukan pd paras rupa. tp ada budi bahasa. pada gerak lentok pada senyum manis. pada aku? semuanya cantik. senang cerita.



next is angelina jolie. yang ni mmg cantik. lantak p le orang kata bibir dia terjuih. woiii tu le aset nama nye. bak mariah carey yg insured some of her body part so klu angelina jolie ni insured bibir dia pun aku tak kesah. orang banyak duit. (cerita ape ni?). pic taken from google ni saja aku amek gmbr jolie ni tgh preggy. anak yg kembar tu kot.. xpasan aku sbb anak jolie ni ramai + anak angkat lagi. tapi aku saja letak sbb aku nak kasi tau.. gmbr ppuan preggy ni sbnr nye lawa. sbb? perut ke depan kot.. hahaha.. klu gmbr lelaki perut ke depan cane plak? euww.. *muntah*.

so now redmummy dh tau sbb utama orang suke amek gmbr time preggy... sbb cantik kak oiiii... hahaha...

hans isaac is a macho man. siyes ni beb.. pd aku macho. gentlemen. slow n steady guys. lau le leh pinang lama dh aku simpan duit nak pinang hans ni.. sbb ppuan xleh pinang lelaki.. abes lah duit tu aku buat makan. hahaha..




owh johnny depp. ni fav biq. fav aku gak ler.. tp aku kurang minat dia lam baju pirate tuh. cume tergila-gila kan dia dlm Charlie and the Chocolate Factory as Willy Wonka and Sweeney Todd: The Demon Barber of Fleet Street as Sweeney Todd yg nak balas dendam tuh. uih.. aku siap beli DVD Sweeney Todd tau.. boring-boring tak dapat siaran astro aku beralih tgk cite ni. sbb dia ada lagu-lagu, nyanyi-nyanyi. feeling-feeling. owh..*pingsan*



and i give you Edward Scissorhands. again its johnny depp in d house. ni le cite pertama aku kenal johnny depp. sbb dia hensen kena le letak pic lebih dr satu kan. hahaha..


motif cerita ari ni? nak bgtau, wpun pd mata org lain x cantik/ hensem tp pd mata yg lain akn nmpk cantik/ hensem. dari segi apa/ bagaimana sume tertakluk pada setiap individu. so jgn sbb aku pgei sorg tuh hensem dia akn terus perasan hensem smpai abis hujung mgu tuh. dia cume hensem kt mata aku masa aku sebut hensem je.. lepas 2-3minit dh tak hensem dah. hahaha..

tapi kan hans isaac ttp dlm hati.. owh.. *pitam*
 
p/s: sila fikir sendiri bagaimana nk describe cantik itu.. penat dh cerita..

Wordless Wednesday became ....

kununnye xde cerita di hari Rabu.. wordless katanya.. (talk to the hand).


so aku tangguh cerita ke hari ni.. hehehe...
kisahnya semlm.. dlm pd lmbt kuar dr opis tak perasan plak nak hujan.. elok dok jalan kat bakang opis tuju monorail station hujan rintik-rintik air bergelora.. eh.. takde gelora air opis aku bukan tepi pantai.. hahaha.. tapi dah start le hujan. dalam reda nak basah aku doa2 kat Tuhan bagi aku smpai monorail dulu baru nak kasi hujan lebat. sedang elok melintas ade amoi ni bwk payung kecik. ajak tumpang payung dia.
Alhamdulillah! wpun payung kecik dapat le hindarkan dari basah kepala. amoi tu siap advise aku suh beli payung kecik letak lam hbag. baik cik amoi.. sok2 i beli kt watson (motif beli payung kt watson?). hahaha.. Selamat sampai monorail station tanpa kebasahan. pastu, bak kata2 di twitter downpour macam simbah air jer.. punya lah lebat. dengan umat manusia yg ...... mls nk ckp tp aku terlepas 2 train sbb manusia cmni... (sabar beb..bulan posa ni)
Tapi cerita nya pasal amoi td tu lah. sbb aku malay n amoi tu chinese. so race is not an issue here as long as we are Malaysian. tlg menolong amalan mulia. Mekasih ek amoi.. ari ni.. eh semlm u tlg sama i, esok2 u susah sure ada orang tlg sama u. Tuhan tuh Maha Adil.


p/s: pala tingtong.. dh 2hr x sahur.. mim alif lam sin. (malas)

Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday #1

rindu manja *nangis*

Tuesday, August 16, 2011

Apa la...hilang

rerasa entry dh save dlm draft tp elok nak edit yg ada tajuk jer... isi gambor sume nan hado!!! esok je lh gigih buat balik.. as for now!!! jom tdoooooooo

Sunday, August 14, 2011

It's blogging time

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Dah sampai hari ke-14 umat Islam sedunia berpuasa (tak kira pakistan sebab diorang lewat sehari dari kita). Dan alhamdulillah selesai exam mid-term. wpun xbrape nak cemerlang. dalam erti kata lain, Ya Rabbi susahnya exam kali ni. Tapi tak leh la nak salahkan mana-mana pihak sbb salahnye kat aku gak. Tak nak rajin membaca nota. Asik dok layan tv jerk.

Well, lately ni ramai yang tegur aku dah naik badan. a.k.a gemux. auw!!! gemux sangat ker? tapi jgn igt klu naik berat badan tu sbb hati senang.. no.no.no. permasalahan dlm perut wpun aku mkn banyak. sapa2 yang kenal aku sure akan cakap pelik klu aku x abeskan nasi aku. tapi hakikatnya wpun mkn byk tp aku masih lapar. Kesiankan. Rasa lapar tu bukan sikit2 yer.. teruk macam badak. (kenapa badak jadi mangsa? ntah). kenapa aku jadi cmni pun sukar nak diterangkan kat sini. nanti aku cari punca2 nya ek.
OK. end of story pasal keberatan badan.

Jump to another story. nothing much happen. kerja bertambah wpun gaji takat tuh jerk. agak berpusing sikit sbb jadual kerja dah lari.. ayoyo..lama xmain kejar-kejar kan.. n now shows the time is 7.22a.m. mau sleep kejap.. (merepek lah). see ya later.

Thursday, August 11, 2011

Break

Mid-term exam tomorrow. Blogging - hibernate!!!!

Thursday, August 4, 2011

Kehebatan Ramadhan

Alhamdulillah... dlm jatuh aku bangun kembali.. dlm sibuk ada ruang yang aku curi. Antara yang wajib dan yang sunat. Antara yang pasti dan yang dinanti. Tengah hari dapat berita aku lulus satu ujian yang dilalui pada June lepas.. Alhamdulillah. Dapat berbuka puasa bersama keluarga besar MyLandy.. Alhamdulillah syukur.. Walau dalam kalut dpt juga meluangkan masa beramah mesra.

Sekarang kebangkitan dlm suasana Ramadhan yg hening. Mengejar yang dikejar. Menyelesaikan yg tertunggak. Dan Insyallah dgn izin-Mu Ilahi, aku akan menghadapi ujian getir dlm sinar Ramadhan. Aku berdoa moga aku berjaya mengharungi ujian mendatang. Dan moga doa ku dimakbulkan setimpal dgn usaha ku.. Insyallah. 


Tuesday, August 2, 2011

Sedih

Sedih lar...
Bulan2 posa ni, byk plak dugaan mendatang.

Orang seronok p bazaar Ramadhan aku dok saja kt umah.. masak katanya tp nasi lembek pulak.. Yooo... nasib agak kurang menyebelahi aku Ramadhan ni.. ade je yg x kena smpai nak masam2 muka..


orang dok kecoh nak mkn ape, nk berterawikh kat mana.. aku? dgr je lah.. xde mood nak ke Param (Pasar ramadhan) mahupun menunaikan terawikh.. gila ko nak p terawikh dlm keadaan cmni.. mau aku hangus kena panah petir.. hahaha.. tgu lah klu minggu depan aku subur balik aku cube membawa diri ke kaki2 masjid.. Insyallah.

Exam next week yo'. assignment xstart lg.. x paham katanyer.. (bahan pun xde) jadi aku kekalkan perangai buat kerja pada masa2 terakhir (last minutes). time tu le idea menggoreng membuak2 .. hahaha...

papepun, akibat merajuk pada beras di dapur, periuk nasi, pisau tumpul dan segala yg melambatkan kerja makanya bermulalah kisah si perantauan yg terpaksa makan minum di kedai.. (malas nak masak). tunggu nafsu membuak2 bila nak dekat raya nti.. aku x sabar nak beli oven ni.. hahaha...