Friday, November 5, 2010

Lawatan Sambil Belajar - Muzium Tentera Darat 2

Sambung cerita Muzium Tentera Darat Port Dickson. Muzium yang bertempat di 2 blok lama PUSASDA Kem Si Rusa ni mempunyai beberapa bilik pameran. Isk.. bukan cm muzium biase yg korunk p klu msuk pintu depan dia.. nak kuar uiiiiiiiii makkkkk... kena setelkan semua ruangan pameran tu br leh jmpe pintu keluar. Muzium Tentera Darat ni ade beberapa ruang pameran mengikut segmen. Setiap segmen terletak dalam bilik berasingan.

Masuk ke era Kesultanan Melaka dan anda akan dibawa ke zaman dolu2 kerana sejarah Kesultanan Melaka diungkap dengan cara yang menarik. Serius lah weyh.. kot ade cikgu2 sejarah atau adik2 yang nak amek exam tahun depan tp lemah bab sejarah. Hah.. ni adalah antara tempat yg baik untuk rujukan. ye lah.. sesetengah orang cara pemahaman dia lain. cm aku ler.. baca le buku sejarah, khatam 3x siap gn nota mmg time exam sume blank.. xleh igt! tp klu nmpk dgn jelas lg dekat leh biru mata hitamku ini.. so dr sini bukan saja memberi pelajaran juga menerapkan rasa kasih terhadap negara yang kita duduki Malaysia.

Segmen era Portugis dan Belanda mempunyai sejarah jajahan mereka ke atas Tanah Melayu zaman dulu.

Segmen era Penjajahan British akan membuatkan rasa cinta lebih membuak-buak. sebab? di sini lah sejarah ttg Datuk Naning di Seri Menanti, Datuk Maharaja Lela di Perak dan Datuk Bahaman di Pahang menentang British kerana rasa kecintaan mereka pada tanah air dan anak-anak bangsa. So, tuk anak bangsa ku skg yg xtau sejarah leh le menaikkan rasa kecintaan pada sejarah. percayalah, aku antara anak bangsa yg dlu merasakan sejarah tidak penting sbb lahir2 dh merdeka tp bila mak aku sendiri ckp orang dulu2 susah, nak buat keputusan pun perlu pertimbangan dari British aku terkesima dan sekarang lebih memahami kenapa pentingnya sejarah untuk kita. kerana tanpa sejarah, hidup kita tiada asam garam masam masin nyer. got it?

 hah.. tuk anak2 zaman moden yg umor 6tahun pun dh pndai mengadap laptop main game *anak buah aku le tuh* hah.. tuh diaaaaaaa.... zaman aku skolah pun cikgu2 nak taip kertas soalan dh pakai komputer. zaman mak pak aku dulu pakai lagi mesin taip ceni kan. yg tgh tuh alat main piring hitam. skg ni jgn kn piring hitam, cd pun org x heran nk beli sbb sume dok pakat download dr internet. dpn skali aku lupe ler.. tmpt nk anta telegram kot.. sorry, cant recall back. yg pasti tepi ujung kanan tuh mesin penggelek cetak.

 hah.. timbang tuh tuk timbang berat barangan.. specially beras sbb zaman dulu beras mmg lah sgt mahal ye. tgh2 tuh telefon jaman dolu2.. xsama cm telefon zaman skg. hah.. yg tepi tuh plak kamera. klu zaman skg kamera leh kompak2 je siap dgn megapixel lah, zoom in lah. kamera zaman dolu? flash dia leh silau bijik mata.. sket lg x buta.. hahaha..
 apesal aku posing mengaum plak nih.. hahaha.. perasan cantik sebelah harimau tuh.. dh le pkai bj corak2. lawak apekah yg cube aku persembahkan ini wahai pembaca? aku pun xtau daaaa....

 ni pic kt bilik era Penubuhan Askar Melayu. Sampai la skg nih, klu join Tentera Darat, Askar Melayu adalah barisan pertama yang akan p berperang dgn penjajah. siyesly. *correct me if i'm wrong*

 ni adalah gambar 25 orang anggota yang terpilih dalam pasukan pertama askar melayu pd thn 1933. *blur kejap*. ada fakta yg dipamerkan tp lupe dr pemerintah/raja negeri melayu yg mengatakan bg anak muda yg berumur 17thn ke atas mengikuti latihan ketenteraan dan jika mereka ingin terus berkhidmat sebagai tentera/ askar kerajaan akan bg elaun yg setimpal. Dan dulu ramai nak jd askar/tentera walau x mengira apa pangkat yg diorg dpt kerana itu telah menjanjikan pekerjaan. ye ah.. zaman dulu kerja bukan byk pun. xleh pilih2. lain le skg.. agk x berkenan gn bos/ mgmt terus anta surat brenti.. xsuke gn pilihan kerja terus xnk kerja. isk.. budak2 zaman sekarangggggg....
'owh my love my hero'
ni le kot intan payung ku.. hahaha.. siyes suke gn orang yg beruniform. ade gk kwn2 yg kunun nk kawen gn abe2 polis/ askar/ jpj sume sbb ketrampilan jejaka itu di dalam pakaian uniform. tp ade gak yg aku dgr senang kawen gn askar. baju keja x yh beli byk2.. sah2 ade uniform. hahaha... adakah korunk pun begitu? sila komen kay..

No comments: