Kapsul Masa dikategorikan kepada 2 iaitu secara sengaja atau tidak sengaja. Kapsul Masa yang diwujudkan dengan sengaja adalah dengan niat supaya dibuka dan ditemui pada tarikh yang ditetapkan. Kapsul Masa yang tidak sengaja ialah seperti penemuan arkeologi dari letupan gunung berapi seperti Pompei mahupun penemuan carigali 'Perak Man' di Lembah Bujang
Kapsul Masa seperti di dalam gambar di atas ditanam di Muzium Tentera Darat yang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan. Kapsul Masa ini telah ditanam pada 1 Mac 2008 dan hanya akan dibuka pada 1 Mac 2033 iaitu 25 tahun dari tarikh ia ditanam. Kapsul Masa kepunyaan Tentera Darat ini mengandungi Surat Panglima Tentera Darat pada tahun 2008 yang ditujukan kepada Panglima Tentera Darat tahun 2033. Ia juga mengandungi Surat Aspirasi Keutuhan Tentera Darat. Terdapat juga surat BAKAT dari Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat kepada Pengerusi Jemaah Tertinggi Bakat Darat pada 1 Mac 2033.
Muzium Tentera Darat boleh dilawati pada Rabu - Ahad dari jam 10pagi hingga 5petang. Kepada adik-adik yang boring sepanjang cuti sekolah ini bolehlah ajak ibu bapa, kakak abang adik, makcik pakcik, tok nenek melawat Muzium Tentera Darat di Kem Si Rusa Port Dickson.
1 comment:
fuyooo, saya pun nak try tanam time capsule la
Post a Comment