Monday, December 19, 2011

Cerita turun dari Cameron Highlands

hoi penatnye nak abeskan cerita CH ni. ok2 last dah ni.. takde dah sambung pasni ek.. sila baca.

lepas bergumbira melayan kesesakan cm aku cerita kat sini dan sini makanya dengan perut penuh bergeraklah kami ni pulang ke KL. ikot Tapah ok! aku dah cuak masa tuh. siap tanya IP larat tak nak drive? tak larat kalu brenti je kat mana2 stop tuk tido dalam kereta. sok paginya boleh gerak balik KL. IP insist nak balik KL jugak2! ye lah nak konvoi gn kawan2 kan.

turun dari CH ikot Tapah memang mencabar. lebih mencabar dari melayan traffic jam. kalau ada yang tak tau, turun naik CH ikot Tapah mencabar sebab jalan yang bengkang bengkok kalah ular kena palu. lebih merbahaya sebab sebelah tanah bukit dan sebelah lagi gaung. kalau jalan siang kita boleh nampak pondok2 orang asli di beberapa kawasan jalan tu. cantik! pondok tu ada yang memang dijadikan tempat tinggal mereka ada juga sebagai tempat berteduh sambil menjual hasil hutan (ayat bahasa melayu nih. boleh la mintak kerja ngan DBP). dalam pada jalan cam haram tu IP beberapa kali le tersengguk mengantuk. dah la cuaca sejuk. Kami tak bukak ekon pun siap pasang heater lg dalam kereta tapinya mata tak tahan sudah. Beberapa kali jugaklah IP jadi mangsa tumbukan aku kununnya nak hilangkan mengantok tuh. tak dapat jugak..

but till sampai satu kawasan nak turun bukit dah nak sampai kawasan kampung kalau tak silap, aku perasan satu motor dok parking tepi jalan. ade pondok kecik kat situ. eh~~ ada couple la. cepat2 aku terbahak gelak. IP ada tanya kenapa, aku cakap ade couple tu muka cuak je bila nampak cahaya lampu kereta banyak2. dan ops kereta aku paling depan dan paling slow so aku memang nampak le couple tu dgn tak berapa jelas. yang aku ingat, couple dua orang tu cepat2 duduk dari posisi baring pastu buat cam tadek pape. owh apakah? ok taknak cakap banyak tapi ekspresi muka cuak couple tu buat aku gelak terbahak2 sorang2 dalam kereta. IP pun pelik.

Sampai nak exit tol Tapah, semua pakat berenti rehat sebab tak tahan nak kencing. wuu.. aku pun sipi2 je nak terkucil. tapi IP awal2 dah minta plastik kecil, katanya nak muntah. sampai tempat toilet IP cepat2 lari masuk dan muntah. IP cakap nasi goreng sume abes terkeluar. seb baik makan udang goreng kat pekan Brinchang tu tak terkeluar balik. cian.. lapar le nak balik ni. Semua dah agreed nak singgah R&R Tapah tuk rest barang sejam dua. apalagas.. tidur lah!! 2jam pastu kawan dah kejut tuk terus balik KL. satu kereta tak ikot sebab dah tak larat sangat. IP kata on. aku kata nak sambung tido lagi.. mana larat. walaupun IP yang drive tapi aku takleh tido sebab nak teman dia drive. nak kasi air lah.. coklat la. makan jajan lah. drive dari Tapah sampai Behrang kot. aku dah tak sure. tapi bila IP drive kejap kanan kejap kiri maknanye time to stop driving lah. kitorg rehat sampai hari siang. tu pun bila aku dah sakit perut nak g toilet. kalau tidak harus tido sampai tengahari. kui2.

balik KL dengan bonet penuh rambutan/ langsat/ limau tambun. beli mknn tuk hari ahad pun cam lalu tak lalu je nak makan. and whole sunday tu kerja nya cuma membayar hutang tido sahaja. sekian tuk cerita naik turun CH kali nih. maaf le ek. takde gambar sebab bateri kong. sampai CH pun malam time gerhana bulan apekejadahnye nak amek gambar malam2 kan. tunggu next trip kalau ada kelapangan memang aku nak naik CH lagi. kali ni nak berjoli2 holiday le plak. ops.. aku utang gambar makan doyan kat kebun ek? nanti2 le bukak story tu. masih berhutang sebab gambar pun tak dapat. huehuehue.. sekian laporan untuk kali ini..

2 comments:

Ely Hasrul said...

kul bape korg start blk nih? gila ah turun lalu tapah! aku tobat xbuat lagik sbb dh tkena skalik time maghrib plak tuu huhuhuu

babyarisha said...

gerak dr CH kul 1pg.. boleh? tersengguk2 dlm keta ok. dah la gelap takde lampu jalan. ngan lampu keta aku yg cembeng sebelah.. gerun seyh..