Showing posts with label Cameron Highland. Show all posts
Showing posts with label Cameron Highland. Show all posts

Monday, December 19, 2011

Cerita turun dari Cameron Highlands

hoi penatnye nak abeskan cerita CH ni. ok2 last dah ni.. takde dah sambung pasni ek.. sila baca.

lepas bergumbira melayan kesesakan cm aku cerita kat sini dan sini makanya dengan perut penuh bergeraklah kami ni pulang ke KL. ikot Tapah ok! aku dah cuak masa tuh. siap tanya IP larat tak nak drive? tak larat kalu brenti je kat mana2 stop tuk tido dalam kereta. sok paginya boleh gerak balik KL. IP insist nak balik KL jugak2! ye lah nak konvoi gn kawan2 kan.

turun dari CH ikot Tapah memang mencabar. lebih mencabar dari melayan traffic jam. kalau ada yang tak tau, turun naik CH ikot Tapah mencabar sebab jalan yang bengkang bengkok kalah ular kena palu. lebih merbahaya sebab sebelah tanah bukit dan sebelah lagi gaung. kalau jalan siang kita boleh nampak pondok2 orang asli di beberapa kawasan jalan tu. cantik! pondok tu ada yang memang dijadikan tempat tinggal mereka ada juga sebagai tempat berteduh sambil menjual hasil hutan (ayat bahasa melayu nih. boleh la mintak kerja ngan DBP). dalam pada jalan cam haram tu IP beberapa kali le tersengguk mengantuk. dah la cuaca sejuk. Kami tak bukak ekon pun siap pasang heater lg dalam kereta tapinya mata tak tahan sudah. Beberapa kali jugaklah IP jadi mangsa tumbukan aku kununnya nak hilangkan mengantok tuh. tak dapat jugak..

but till sampai satu kawasan nak turun bukit dah nak sampai kawasan kampung kalau tak silap, aku perasan satu motor dok parking tepi jalan. ade pondok kecik kat situ. eh~~ ada couple la. cepat2 aku terbahak gelak. IP ada tanya kenapa, aku cakap ade couple tu muka cuak je bila nampak cahaya lampu kereta banyak2. dan ops kereta aku paling depan dan paling slow so aku memang nampak le couple tu dgn tak berapa jelas. yang aku ingat, couple dua orang tu cepat2 duduk dari posisi baring pastu buat cam tadek pape. owh apakah? ok taknak cakap banyak tapi ekspresi muka cuak couple tu buat aku gelak terbahak2 sorang2 dalam kereta. IP pun pelik.

Sampai nak exit tol Tapah, semua pakat berenti rehat sebab tak tahan nak kencing. wuu.. aku pun sipi2 je nak terkucil. tapi IP awal2 dah minta plastik kecil, katanya nak muntah. sampai tempat toilet IP cepat2 lari masuk dan muntah. IP cakap nasi goreng sume abes terkeluar. seb baik makan udang goreng kat pekan Brinchang tu tak terkeluar balik. cian.. lapar le nak balik ni. Semua dah agreed nak singgah R&R Tapah tuk rest barang sejam dua. apalagas.. tidur lah!! 2jam pastu kawan dah kejut tuk terus balik KL. satu kereta tak ikot sebab dah tak larat sangat. IP kata on. aku kata nak sambung tido lagi.. mana larat. walaupun IP yang drive tapi aku takleh tido sebab nak teman dia drive. nak kasi air lah.. coklat la. makan jajan lah. drive dari Tapah sampai Behrang kot. aku dah tak sure. tapi bila IP drive kejap kanan kejap kiri maknanye time to stop driving lah. kitorg rehat sampai hari siang. tu pun bila aku dah sakit perut nak g toilet. kalau tidak harus tido sampai tengahari. kui2.

balik KL dengan bonet penuh rambutan/ langsat/ limau tambun. beli mknn tuk hari ahad pun cam lalu tak lalu je nak makan. and whole sunday tu kerja nya cuma membayar hutang tido sahaja. sekian tuk cerita naik turun CH kali nih. maaf le ek. takde gambar sebab bateri kong. sampai CH pun malam time gerhana bulan apekejadahnye nak amek gambar malam2 kan. tunggu next trip kalau ada kelapangan memang aku nak naik CH lagi. kali ni nak berjoli2 holiday le plak. ops.. aku utang gambar makan doyan kat kebun ek? nanti2 le bukak story tu. masih berhutang sebab gambar pun tak dapat. huehuehue.. sekian laporan untuk kali ini..

Friday, December 16, 2011

Cerita naik Cameron Highland bersambung

cerita mula kat sini.

Lepas kawan aku dah puas bahankan budak kelisa tu, dah dia parking tepi tuk 5mins pastu pecut laju2 potong barisan depan. menghinggut gak le nak menyampaikan 2km je lagi ke Pekan Brinchang. tiba satu keadaan (keadaan? ke situasi?) IP kata nak turun jap p kat keta depan tuk borak2, makna nye aku le kena drive. Hell NO!!! seb baik jalan x bengkak-bengkok. naik bukit turun bukit je. So IP park je tgh2 jalan tu tarik handbrake n keluar dari kereta. aku pun ikot sama keluar kereta, yelah, sah2 kena tukar pegi tempat driver kan takkan kereta tu boleh jsalan sendiri tanpa driver. Aku belum lagi kaya nak beli kereta canggih manggih camtu.

OK. time aku yang drive silap besar le kereta2 lain yang tak sabar nak memotong barisan. Memang TAK DAPAT joe!!! aku tak kasi ruang sikit pun. ikot rapat gn kereta kawan depan aku tuh. dan sebab aku yang memegang stering kereta makanya aku lah yang akan meng'hon kereta2 yang berniat untuk memotong barisan dengan niat aku memberi amaran kepada mereka dan rakan2 dihadapan (sangat ayat SPM). sampai satu time tu ada kereta yang nak masuk depan rombongan doyan geng kami dan mula dari aku n kawan yang depan skali dok tutup jalan. serius tutup jalan tu maknanya satu line jalan tu kami conquer barisan sorang ke luar sorg ke dalam line. so peluang nak memotong baik dari belah kanan @ belah kiri memang tak dapek!

skang aku nak cerita kenapa yang dengki sangat kitorg taknak kasi orang lain memotong.
  1. sebab semua orang pun nak naik ke Brinchang tapi boleh bersabar dan beratur. So kalau dah lambat sampai beratur la kat belakang, kenapa nak memotong barisan? Kesian kami2 yang sampai awal dan penat beratur nih.
  2. walaupun laluan dari Kg. Terla tu dua hala tapi jalan dia bukan jalan highway yer. dengan takde lampu jalan so korang agak time2 tu terang benderang ke. TIDAK!!! gelap gulita ok. kena plak naik time gerhana bulan. so angin agak kencang cahaya bulan memang tak nampak dek dilitupi awan gelap yang memberat dengan air hujan (sh**. nape entry aku ayat cam haram nih). dan aku ulang cakap. Laluan DUA HALA. so satu laluan tuk aku dan satu laluan kereta mendatang dari arah Brinchang. so kalau ade kereta yang nak memotong di belah kanan sure akan masuk laluan sebelah kan? betul x? paham maksud aku? kalau hari siang ko nampak ke kereta datang dari arah depan ko.. kalau malam adakah lampu kereta itu membantu untuk membuat ko alert akan kereta dari hadapan? aku rasa tak. sebab sah2 le ko dok lorat nak potong barisan n dok tengok2 belah kiri mintak simpati nak msuk depan kereta orang lain. dan kalau kereta mendatang tu tak perasan kereta ko ada dalam laluan dia, apa jadi? kebabommm!!! eksiden la. kalau libat ko satu kereta je takpe.. ini libatkan kereta orang lain. kalau kereta ko tu berdentum dgn kereta aku yang ada kat sebelah ko nih. aku pun ikot sama cedera. kereta aku rosak. kereta orang lain pun terlibat sama. jadi? tu kan dah menyusahkan semua orang. kalau ko dah susahkan aku sure aku panas hati punya kan? So, tu sebab le aku tak kasi kereta2 ni sume memotong time2 jam.. semua orang terlibat semua orang susah semua orang naik angin nanti.
tu le punca nya aku tak kasi orang memotong barisan time2 jem tak hengat. ianya akan menyusahkan semua orang termasuk lah aku. which it will make me annoyed. *dang*. kalau le ade yg gatai potong barisan, pastu ade kereta mendatang pastu tak leh elak pastu bertembung eksiden pastu ade kereta meletop pastu ngan aku ngan kawan2 aku ngan IP aku terlibat dalam letupan pastu jalan semua jem sebab eksiden tu pastu segala polis bomba ambulan sume takleh lalu pastu lambat la nak selamat kan aku ngan kawan2 aku. nak harap orang sekeliling? ade 2-3org je kot yang tau pertolongan kecemasan, yang lain tau tengok, amek gambar post kt fb/ twitter/ blog atau pun nanges kunun simpati. Tapi sebenarnya takut!! So aku memang tak mo bende macam tu jadi tu pasal aku tak kasi orang potong barisan kereta aku. Lagipun aku bukan jenis orang yang sabar.

Bila dah sampai Pekan Brinchang aku cpat2 decide nak p pasar malam tu jugak2. nak beli strawberry n bantal strawberry yg gebu's tuh. cpat2 IP park kat parking area yang dah hampir kosong. Oewh~ kami sampai pekan Brinchang dha nak kul 10.45malam. dari simpang pulai jam 7mlm. 3jam 45minit. hakikat perjalanan cuma 45minit je kalau tak jem. kawan2 lain semua terus cari petrol pam sbb nak g toilet. ketidaktahanan nak membuang. hahaha.. Kat pasar malam pun jalan sikit lebih kurang. peniaga semua dah bungkus nak balik. dapat rembat udang goreng RM10 ngan strawberry 1 paket pun RM10. pastu beli FM lambang CH. tp bukan gambar strawberry amek gambar lenroba gak. hehehe.. terpengaruh gn kawan le yg beli FM gambar lenroba aritu..

cut the story short! pas beli makanan terus amek keta n pegi cari toilet. lepas menyelesaikan hajat cari kawan2 tadi yang kunun ada kat kedai makan. derg stay kat satu kedai. pastu agknye orang kedai tu tak prepare nak kena serang dek ramai orang dalam 1 masa so kelam kabut le dgn salah anta order lah ngan air tak cukup lah dgn baru nak masak nasi lah dgn telur habis lah.. lauk segala daging ayam stong semua takde lah. kesian kat kwn aku satu family dpt order nasi goreng biasa je tapi nasi tu betul2 baru masak so ada rasa mentah sikit. nak ppuan dia tak abes makan sbb katanya nasi keras! satu family lagi order nasi putih gn tomyam tapi tomyam kosong je dpt. isi memang tadek! tomyam masam plak tuh.. kesian sungguh. aku nak offer makanan aku pun cane, nasi goreng kampung rasa masin. eeeeuuuwwww.. gagah jugak abeskan sebab lapar. pung pang pung pang lepas layan teh o suam (orang minta teh o panas) cpat2 decide nak turun KL balik sbb for sure memang tadek bilik kosong @ hotel yg ada room availability.dan dgn 6biji kereta yang naik ke CH, 6biji ni jugak le yang turun. lagi 3kereta memang dpt bilik lah sbb depa dah naik awl2. lgpun depa pun pasangan baru suam2 kuku pengantin. so bagi peluang kat depa. And gang complete. let go back home to Kl yo'.

p/s: sambung lagi? 

Thursday, December 15, 2011

Cerita naik Cameron Highlands

pesanan penaja: entry ini tiada gambar sebab.... entry ni panjang berjela sebab.... entry ni ada sambungan sebab... sila baca sampai habis.

Hujung minggu yang lalu (wah ayat SPM) selepas pusing Jalan Bendahara, Ipoh. U-turn 2x kat Simpang Pulai sbb nak g makan kat Pizza Hut salah masuk jalan semua bagai. Pas makan terus exit Simpang Pulai masuk highway kuar kat Gopeng. Janji ngan kawan pun dah pusing2 kunun nak g makan doyan kat kebun kat Tapah. dah membawak ke Temor ke kenduri ntah sapa2 pastu pusing balik ke Malim Nawar. Ya Rabbi.. seb baik le si kacak turun kaler satria merah aku ni tahan lagi. Kat kebun doyan pun masuk jalan biasa tanah merah bukan jalan bertar lalu pulak kebun kelapa sawit redah lopak besar sampai tergeret bawah chasis keta aku (hoi IP.. ni satria bukan lenroba!!!).

Makan2 doyan mandi sungai kait buah rambutan, musang panjat pokok langsat sume dalam 2jam ++ dah setel. hah, kenapa aku ckp musang panjat pokok langsat? tu nanti cerita lain la.. hahaha... so geng yg aku ikot ni decide nak naik CH (Cameron Highlands) ikot simpang pulai sbb kalau ikot Tapah sure jem gila lagi satu kena patah balik ke Tapah dah kira jauh. Mula2 aku excited nak naik CH sbb mmg plan nak ajk IP naik CH petik buah strawberry nak jln kat ladang teh nak getik2 bergandingan kat taman yg penuh bunga2an yg chantek. Tapi bila IP ckp bukan tido CH pun, naik ats sana anta doyan kt kwn yg dh ada kt sana pastu balik KL. ikot nasib kalau ada lg bilik hotel baru sume2 akan stay. ops. info 1, kami2 dr kebun doyan ni nak naik ke CH semua ada 6 biji keta yg merangkumi 3 family iaitu suami, isteri dan anak2 mereka. lagi 3 kereta semua bujang2an termasuk lah aku. hehehe..

so kami 6 biji keta ni melayan la laluan SP ke CH dalam renyai dan remang maghrib. kenapa lah dh nak maghrib baru nak gerak kan.. sbb salah sorg kami ni kena menunggu stok ikan pekasam yg ditempah amek dari kampung sebelah. (kot). cm aku cerita tadi nak msuk kebun doyan pun dah redah lopak nak kuar amek ikan pekasam pun kena redah lopak gak. nak2 pulak naik moto. *mekasih abe sbb buat perjalanan kami lagi panjang*. melayan korner panjang SP-CH tu memang le best sbb laluan jalan yg cantik dan boleh tahan besar nye. sampai la ke Kg Terla CH ni. kalau dh nama pangkal pun kampung so kwsn pun agak kampung gak le. takde la bekalan lampu jalan yg banyak. agak2 cukup menerangi sesetengah kawasan sahaja. sepanjang jalan sehingga ke Kg Terla ni takde le yang menarik. Gelap memanjang kan. tapi kat Kg Terla ni kami disajikan (cheh..mcm dpn mata ade makanan terhidang plak) dgn satu pandangan yg agak syok dan pelik. Syok sebab ada beberapa kawasan yg menanam tanaman sayuran yg disimbahi cahaya mentol (dang! ayat SPM lg). yang pelik nya kenapa on cahaya lampu mentol atas sayur korang? yg syok nampak le betapa terangnya kawasan tu kan.. smpai la ni aku tak tau sayuran ape yg petani2 CH tu tanam tp nanti aku tanya kan kat kawan opis aku yg berasal dr CH nih.

Tapi nak menyampaikan ke Pekan Brinchang CH ni memang penuh dgn segala makian, cercaan, hinaan dan terhambur segala amarah api meluap2 walaupun nak bercakap tu kuar asap dari mulut.Kenapa aku ckp ceni? ok aku cerita. dari Kg Terla nak menyampaikan ke Pekan Brinchang ni ada la dlm 5-7km cmtu. tapi nak ke sana tu memang mengucap panjang. Istighfar je bermain di bibir bagi mereka2 yg bersabar. sbb utama dah tau akan melalu kwsn yg jam. sah2 salah satu sbb ramai orang naik CH selain nak getik2 petik strawberry ialah utk melayan shopping kat Pekan Brinchang tu. lagi2 pulak naik aritu time malam minggu, cuti sekolah dan menambah kesesakannya ialah pada hari isnin adalah hari cuti buat rakyat selangor yg bekerja di selangor. OK fine ramai yg bercuti2 jimba2 holiday kat CH tapinya lebih 5km dr Pekan Brinchang dah jam hamat ape cer? OK semua masuk barisan beratur drive amat slow bak kata update di kltrafficupdate b2b or bumper to bumper not bride to be yer acik2. hakak tau hakak belum kahwin! tips 1: sila elakkan peluang berehat berjimba di CH pada cuti sekolah. elok2 nak berehat jadi bertambah penat. so sepanjang lebih 5km ++ tu beratur la berderet panjang kereta2 kami 6biji ni dgn niat ikhlas nak ke Pekan Brinchang berjumpa rakan seperjuangan yang telah sampai ke sana lebih awal untuk menyampaikan buah doyan yang dipesan. gila betik la nak ke CH semata-mata nak pas doyan yg berpuluh naik ratus biji tu kat kawan2. jam nye memamng tak yah cakap le sampaikan aku ni yang dok sebelah IP siap minta nak turun tuk merenggangkan urat2 kaki. punggong takyah ckp le, memang dah kebas amats. sudahlah punggong ku dah msuk kategori lebar besar bukan lagi papan sekeping. menunggu nak jalan satu pusingan tayar kereta tu membolehkan aku jalan kaki melepasi lebih 10buah kereta dihadapan. yang best part  ni.. sejuk2 jalan kaki p kaco kereta kawan2 pastu buat muka selamba macam kawasan tu aku yg punya. hadap jalan kaki cam bersenam dipetang hari.

dan part makian bermula di sini. dalam pada ramai2 beratur nak naik ke Pekan Brinchang ala2 tunggu giliran nak naik Bukit Fraser. info 2:Bukit Fraser ada timing nak naik yer.. nak tau time sila lah google. ada la bodoh sombong pikir diri bagus mementang kereta besar nak potong barisan yang panjang nih. Dalam 6 biji kereta, kereta kacak kaler luntur aku je yang takde semua gadget spt handy (radio communication), speaker, siren. yang ado cume hon yg bunyi pun cm malu2 segan nak kuar. dan kami 6 biji kereta takde terpisah pun. depan aku kwn aku, bakang keta aku pun kwn aku. berderet takde bagi peluang kereta lain nak potong. So si bodoh sombong berlagak bagus mementang kereta besar ni berniat la nak potong deretan kereta kami yang menunggu giliran. sebab IP ni jenis tau marah tapi tak guna hon mana aku tekan le hon kuat2 tanda aku marah ada orang yang cuba potong barisan dan pastu kawan2 aku ni pun leh tahan panas baran kuar le segala hon, siren siap buat announcement dgn pembesar suara supaya jangan memotong barisan. ada dalam satu keadaan ada sebuah kereta kelisa cuba nak potong barisan dgn masuk dpn kereta alza kawan aku pastu tak pulak kasi signal. silap la kan. kawan aku tuh turunkan tingkap p maki hamun mamat yg cuba potong barisan tu. keluar segala bab*, pu**, fu**, pan***, bu** memaki driver kelisa tu. lawaknye di sini, lepas kena maki dek kawan aku ni, kelisa tu leh plak undur dalam jarak 3kereta pastu parking tepi. dalam 5mins gak le kelisa tu tak gerak2 dari parking dia. bila dah kuar dari parking kt tepi jalan tu terus pecut naik atas dan potong barisan kereta lain. kitorang ni ketawa mengekek le dalam kereta sebab gelakkan budak kelisa tuh.

bersambung...