Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Tuesday, June 24, 2014

Resepi Puding Roti versi rajin.


bahan-bahan
8-10 keping roti
100gm butter/margerin
1sk serbuk kayu manis
700ml fresh milk
1 sb butter
2 sudu gula
3bj telur
1sk esen vanila
1sb tepung jagung

hiasan: kismis/ choc chip/ walnut.

cara: 
1. campurkan butter dgn 1sk serbuk kayu manis. sapukan pada roti. roti dipotong/dicarik mengikut keselesaan masing2. susun roti yang dipotong ke dalam bekas loyang yang telah digris/butter kan. buat 1 lapisan.
2. cairkan 1sb butter ke dalam periuk dan hangatkan bersama 700ml fresh milk dan 2sb gula sehingga gula cair. tutup api. 
3. telur dikacau dengan esen vanila. campurkan 1sb tepung jagung.kacau rata.
4. susu hangat tadi dicampurkan ke dalam telur. sentiasa kacau supaya telur tidak berketul. kemudian satukan bancuhan telur tadi ke dalam susu hangat.
5. tuang campuran susu + telur ke atas lapisan roti hingga roti tenggelam. taburkan kismis/choc chip/walnut mengikut selera.
6. letakkan lapisan roti dan ulang langkah 5 hingga roti habis. rendam selama 30minit sebelum dibakar pada suhu 180'c.
7. puding roti sedap dimakan sejuk.

Selamat Mencuba

Wednesday, June 18, 2014

No word can describe these..

All about makan thingy..
chicken & meat skewer.

nasi lemak, pasta for kids, cekodok, puding n cocktails, cupcake, kacang rebus
not in the pic: air ribena laici n bandung soda gumbira.

ayam golek, eh!! no, no, bbq ayam n cucuk2 

fruit salad, hotdog, lamb grill.

credit pic to kita2daisies wassap grp. credit food to kita2daisies geng.  food was great, kenyang sampai malam. stories come out later. ade few pic yang sedang di cari tuk kuar blog.. ops!!

Sunday, May 18, 2014

Cendol yuk

#throwback pic

please bare with me. ni cerita lama.. way back many months ago. pic ade dok lam draft. nak buang sayang so aku post ikot time dia ah..

aariq memang suka pegang stereng. nak-nak pulak dah pandai goyang gearknob, pegang knob signal n wiper. owh fav tuh! this is us going out to have our fav food kalau balik kampung BP.

yes lah!! cendol n nasi lemak. sometimes abcd special but not from abcd special muthu (upin ipin cartoon).
until now, belum ade lg cendol yg best exactly like this one ah.. located in bandar Batu Pahat dekat bus stand BP. sorry lupa nama kedai. cendol pak ali kot namanye.. n yes walaupun batuk still akan singgah kedai ni pekena cendol tiap kali balik kampung. makanan wajib selepas asam pedas ikan duri n kari kambing (lauk mak memang best). lau ade kesempatan nak p kuale selangor layan cendol bakar tapi kejauhan menyebabkan kemalasan. so lain kali lah..

Thursday, October 25, 2012

Napsu semata

Orang kata kalau pegnen boleh makan je semua yang teringin dek tekak. takde nak larangan kecuali makanan/minuman tu merbahayakan diri. Alasan yang boleh dipakai bila pegnen.. baby kat dalam perut teringin. Say's who? deng! awal pegnen dulu masa belum ketahuan, nasi bukan lah menjadi santapan resmi tekak aku. Jenuh gak laki nak melayan kerenah. Dah hari-hari wajib bernasi katanya. Sampai ke hari ni nasi adalah wajib walaupun sekali dalam sehari. Kalau tak nanti cam ketagih.. eleh! cakap je lah lapar kan.

Tapi aku takde nak heran sangat kalau tak dapat nasi. Dah tak lalu, paksa le camne pun. dapat hanya sesenduk nasi pun dah bersyukur isi perut ni. Ops.. ni pic aritu, gi leting kat Wangsa Walk sebab motif nak menonton. Wayang lah.. jangan ke laut plak pikiran. Sebab laki ku mencari nasi dan aku tak heran ngan menu dia, aku belasah makan tahu bakar. so far ok la kena gn tekak aku ni. takde plak dok uwek-uwek muntah balik. Alhamdulillah sangat. kadang tu terasa rugi dah makan sesedap last2 muntah. sian makanan. sian perut yang kelaparan gak. ade penah sekali tuh, kuew tiaw kerang pasar malam yang dua hengget tu jadi pilihan sebab nampak cam sedap. Sedap ke? cheh.. takde le sedap mana pun. mungkin salah kedai kot aku p beli. tulis nye kuew tiaw kerang. kerang ntah ke mana.. udang pun segan2 tunjuk muka. cheh!!

Lakiku punya lauk aritu? Teppanyaki ayam/daging yang tak berapa nak kena gayanya.. laki mak kata masin n hangus.. alala.. kesian plak dengar. tapi abes gak le makan.. huahuahua..

Kalau tekak ni rasa nak makan itu makan ini, tu tak sedap ni tak nyaman.. tu semua pada aku napsu.. tak sangat la nak merasa pembawakan budak pun. Alhamdulillah lagi. kalau ibu lain dok muntah time pagi la, time gosok gigi la.. alhamdulillah aku cume muntah bila perut dah penuh angin. (maknanye lapar). ade tercetus soklan agk kurang adab. aku bahagia ke? Alhamdulillah syukur aku ade keluarga yang sentiasa menyokong dan suami yang melayan kerenah. yer.. lakiku tak romantik tapi sikit-sikit terserlah yang dia mengambil berat. Syukur. Bahagia tu kita yang cipta..dengan izin Yang Maha Esa. Insyallah!

Wednesday, July 25, 2012

Craving for ...


Chocolatey.. yummy..urghh...deng!!!!!

Friday, March 30, 2012

Pormtip....Thaii

Sawadekapppp...
Kap khun kap..

murah rezeki umat yang dok belanja aku makan... moga sentiasa dimurahkan rezeki dipanjangkan umur diberkati dilindungi olehNya. amin~

let's go thru all picca.. so sorry lah sbb gambar tak cantik.. hp cap ayam katenyer...

somtam.. sedap.. masam masam pedas. n ops.. somtam ni sayur betik muda yer bukan mangga muda. sila jgn tersilap plak.. tapi memang layan la gn nasi panas.. auw!!!

ice lemon tea yang sejuk menyegarkan anak tekak u yang kehausan. tuh jari-jemari yang membayar makanan saya pd malam hari itu.

siakap stim. erk??? halia xjumpa tapi bawang putih nye dah macam sayur campur plak aku tengok. banyak nye...

dan dessert anda yang berharga RM5.50 for small plate. yang boleh layan time2 tu hanya tembikai sajerk. epal n oren? erk??? last2 aku tapau.. balik umah bikin epal/ oren jus.

the interior..

review? the food was okay lah.. price reasonable.. environment pun cantik but the service a bit slow. dinner time tp yang dok kulu kilir 2-3orang jer.. 3x gak aku panggil nk minta menu book. haram tak mendapat sampai kena bangun tunjuk diri baru ada yang menghantar menu. then not to forget ade mention 10% service charge with 5% govt tax. oh? mengalahkan setabak/ resepi rahsia pulak nye dia adoi... pasni kalau nak charge cmni silalah tambah staff yer...staff yg ade pun cam tak reti nak berbahasa melayu jerk.

sorry lah i'm so lazy to search for any link to this restaurant tapi restaurant ni terletak di bdr sri permaisuri.. dekat shoplot baru tuh.. bhgn tgh2 gitu.. #eh.. sila lah cari sendiri yer.. maaf tak byk membantu.. hehehe..
lau rajin leh le g mkn nti bagi rebiew ke aku ek.. cherios..

Tuesday, March 6, 2012

3 Faces

pic by google

on last sunday after few comments/ discussion via fb wall 4 of us turned up to watch our ex-schoolmates perform a dance show at Aswara. I arrived early than scheduled (cheh!!) followed by Myra, Syima n last but not least Fasya. These 3 gorgeous ladies also don't know where is exactly Aswara's location so as the 1st who arrived jenuh gak la guide depa nih. udah le jalan nak masuk Aswara ni gelap. kalau malu bertanya pak guard memang sesat barat la kan. hehehe..

kitorg masuk show pun 1st performance Indian dance dah nak abes. dapat la nonton 5minit, tu pun sambil berdiri sebab masuk lambat. n as per flyers, 2nd performance would be MakYung Dewa Indera, Indera Dewa (betul ke tajuknya?) performed by Yan (ni lah schoolmates nyer). cecepat kami berempat yang tadi berdiri tepi pintu masuk terus ke tempat duduk. nak tengok MakYung (ala donde...si donde...).

Performance Yan memang buat aku ngan geng terkesima (ayat Myra ni). lenggok bahasa kelantan yang cantik, jalan cerita yang menarik - siapa yang tak penah tengok MakYung akan terpaku dan rasa pelik tapi siapa yang dah tahu apa itu tarian MakYung akan mengatakan persembahan dari pelajar Aswara memang cantik. nanti kalau aku rajin aku akan kaji serba sedikit perihal MakYung dan buat 1 post lain. Kalau rajin!!
So cerita MakYung Dewa Indera ni sepatutnya serius tapi ada pulak tukang karut yang buat lawak dalam pementasan aritu. dengan lagak gaya ala2 charlie chaplin, siap boleh kutuk sang raja MakYung tuh. dan sepatutnya menghayati MakYung dengan sepenuh hati jadi ketawa sampai lupa diri. kui.kui.kui..

3rd performance was Plan B: Comtemporary & Hip Hop. or should it pronounce as hikhok? hahaha.. tuh pronounce dari syima (kampung sangat kan). tak banyak yang aku boleh cerita bab ni. Sila tengok rancangan So You Think You Can Dance kat channel AXN. ala2 gitu le tariannya.

Shows end at 10.30p.m. lepas jumpa Yan amek gambar posing sikit kutuk ngata maki segala we off to Kg Baru tuk melampiaskan nafsu kebulur tuh. jam 12malam baru balik. hehehe.. seb baik memasing bujang trang tang tang .. takde lah masalah nak balik lewat. till nect gossip girl outing kat kedai tim tuk layan tomyam somtam yang sedap. wait ya'

Monday, January 30, 2012

Saya sedang berdiet

Ya! terima hakikat tajuk entry kali ini. tak percaya? sukarlah nak kasi korang percaya kat aku. specially yang dah kenal rapat ngan aku kan. 

ni lah yang aku layan masa aku menghabiskan masa sepetang sabtu aritu. sandwich jerk? dengan buah-buahan. sekarang korang percayakan. 

tapi cam aku cakap le, makanan sejemput tuh aku layan sepetang sabtu. makan hari petang yer.. 

sehari sebelum sabtu (jumaat da) aku dah belasah 3 - 4 ketul donut kecik..

ada orang belanja da... shedappp okeh!!

dan beberapa hari sebelumnya aku dah makan lunch disusuli dengan cendol pulut. satu lagi nikmat makanan yang aku tak leh nak lawan. 

Cane aku nak diet? cane aku nak kurus. ni dok tengok gambar makanan pun aku dah kebulur balik.hahaha.. mari makan puding roti.. 

Tuesday, January 17, 2012

Impromptu

Alhamdulillah. sejak kerja kat tengah town KL ni aku murah rezeki dengan makanan. bak kata orang food heaven lah. semurah RM2 sampai la semahal RM15 tuk lunch. dan kerja kat opis yang dimonopoli oleh client melayu makanya keseronokan makan tu bertambah-tambah la. nak-nak pulak makan ramai-ramai kan.

dan syukur Alhamdulillah sebab aku dikurniakan rakan-rakan pemakan yang baik-baik hati dan tak berkira sangat. boleh berkongsi makanan, berkongsi cerita, berkongsi pendapat, berkongsi kasih, berkongsi suami .. Ops!!! *top mulut* dan ada dikalangan rakan-rakan aku yang sudi berkongsi bonus dan reward ketika bekerja di sini. aritu aku dah layan kari kepala ikan yang masyuk. masyuknya kena berjalan lebih 1.5km hanya ke tempat makan tu. seb baik semuanya berkobar-kobar nak layan kari kepala ikan kan. so perjalanan yang ala-ala cam nak sesat tu dah tak heran la. tapi bila perut dah sendat masing-masing semput nak berjalan balik ke monorail. mekasih pada yang empunya duit sudi menabur hasil ke anak tekak aku. YOU KNOW WHO YOU ARE!

dan sekali lagi semalam selepas beberapa kali terkandas rancangan kami berlima sekawan melantak melayan tembolok masing-masing kat tempat baru. kat Menara Hap Seng Jalan P.Ramlee. kenapa aku kata tempat baru? sebab paling mahal lunch aku and the gang pun kat Secret Recipe Menara Weld tuh. grand! sambil layan spagethi/ thai fried rice/ tom yum kung leh layan ngumpats. ops again. bercerita....hahaha..

ha.. ni orang yang murah rezeki dapat reward nam banje kami makan. ikot kan saja di mana dia keluarkan duitnya.. tempat kitorang pegi ni tak berapa nak ramai orang nye. well, jarang orang layan western time lunch kan. tapi sebab penerima reward ni kata makan kat sini sedap... layanzzzzz

yang dalam menu semuanya set bersama air. dan aku amek pesto pasta with fried mushroom and grilled chicken. yo! really a western style lah wei.. pasta takde rasa pun. tapi depa golek ngan olive oil n daun ntah ape ntah. tapi grilled chicken n fried mushroom tu memang shedap. so sengaja dia buat pasta tuh plain so that boleh makan ngan chicken tuh la.

hah.. ni la makanan aku. yang lain makan menu lain la. sorry aku tak amek gambar sebab sume tahap datang memang nak makan bukan nak buat review. tapi yang best ade lamburger seyh.. rege leh tahan la sebab set dah include skali ngan air. plus minus sorang dalam RM25 je kot. sok-sok kalau rasa kaya boleh le gi makan kat Impromptu lagi ek. kali ni bayar le sendiri. baru leh review kaw-kaw. hahaha...

So, terima kasih ye kawanku. sok kalau ade rezeki lebih boleh belanja lagi. auw..  *burpp* Alhamdulillah.

Friday, December 23, 2011

Kari Kepala Gajah.

jangan PERCAYA dengan tajuk tuh.. gebang je lebih!
tu pun kuar gn IP last saturday pastu dah kul 11pagi still tak mkn lagi. IP dh penah makan kari kepala ikan n few times gak ajak aku pegi sana tapi timing tak kena so last saturday p le ke Taman Wahyu sebelum ke Kerling (jangan tanya apa aku buat kat kerling, ni cerita kari kepala gajah).

OK, topik tu aku saja buat lawak yer. jgn kata serius plak ada menu kari kepala gajah. Masak le para suami nak cari kari kepala gajah kalau2 binik dia yg tgh mengandung tu dok baca entry aku kali nih.

So, Taman Wahyu ni di sebelah kiri Jalan Kuching menghala ke Gombak (kalau aku silap sila google sendiri ok). aku lupa nama kedai tapi kedai kat dalam kawasan perumahan. kira restoran ni shoplot la.

nah!!! hidang panas2 lagi tuh.. dengan bendi, tomato, tahu.. pergh... ni baru betul.. mak mertua lalu belakang pun tak perasan. dah menjilat jari baru nak ajak jemput makan..

lalu plak gn sayur kobis celur. tuang soy sauce, papadom dan sambal belacan. auw~

aku tak tau le kegemaran korang kalau bab lauk kari ni. ada yang suka pekat cam mamak stail ade yang suka cair2 cam lauk kobis air je. tapi aku ni sedang2 sudah..

nah!! amekaw!! tinggal tulang ajer? yer.. makan nasi kasi licin ler.. tulang tu jgn le dimamah pulak.. ade kang yang tercekik.. masalah lagi.

dalam bekas ni ada lagi separuh kepala ikan ni.. aku tapau je leh makan sampai malamnyer..

so, jangan ada yang terliur mengidam pulak ek.. sila2 lah ke Taman Wahyu kalau nak p makan.

p/s: entry ni dh seminggu simpan dlm draf.. penat nak mengarang sebab ketandusan cara mengarang. sorry.

Friday, December 16, 2011

Cerita naik Cameron Highland bersambung

cerita mula kat sini.

Lepas kawan aku dah puas bahankan budak kelisa tu, dah dia parking tepi tuk 5mins pastu pecut laju2 potong barisan depan. menghinggut gak le nak menyampaikan 2km je lagi ke Pekan Brinchang. tiba satu keadaan (keadaan? ke situasi?) IP kata nak turun jap p kat keta depan tuk borak2, makna nye aku le kena drive. Hell NO!!! seb baik jalan x bengkak-bengkok. naik bukit turun bukit je. So IP park je tgh2 jalan tu tarik handbrake n keluar dari kereta. aku pun ikot sama keluar kereta, yelah, sah2 kena tukar pegi tempat driver kan takkan kereta tu boleh jsalan sendiri tanpa driver. Aku belum lagi kaya nak beli kereta canggih manggih camtu.

OK. time aku yang drive silap besar le kereta2 lain yang tak sabar nak memotong barisan. Memang TAK DAPAT joe!!! aku tak kasi ruang sikit pun. ikot rapat gn kereta kawan depan aku tuh. dan sebab aku yang memegang stering kereta makanya aku lah yang akan meng'hon kereta2 yang berniat untuk memotong barisan dengan niat aku memberi amaran kepada mereka dan rakan2 dihadapan (sangat ayat SPM). sampai satu time tu ada kereta yang nak masuk depan rombongan doyan geng kami dan mula dari aku n kawan yang depan skali dok tutup jalan. serius tutup jalan tu maknanya satu line jalan tu kami conquer barisan sorang ke luar sorg ke dalam line. so peluang nak memotong baik dari belah kanan @ belah kiri memang tak dapek!

skang aku nak cerita kenapa yang dengki sangat kitorg taknak kasi orang lain memotong.
  1. sebab semua orang pun nak naik ke Brinchang tapi boleh bersabar dan beratur. So kalau dah lambat sampai beratur la kat belakang, kenapa nak memotong barisan? Kesian kami2 yang sampai awal dan penat beratur nih.
  2. walaupun laluan dari Kg. Terla tu dua hala tapi jalan dia bukan jalan highway yer. dengan takde lampu jalan so korang agak time2 tu terang benderang ke. TIDAK!!! gelap gulita ok. kena plak naik time gerhana bulan. so angin agak kencang cahaya bulan memang tak nampak dek dilitupi awan gelap yang memberat dengan air hujan (sh**. nape entry aku ayat cam haram nih). dan aku ulang cakap. Laluan DUA HALA. so satu laluan tuk aku dan satu laluan kereta mendatang dari arah Brinchang. so kalau ade kereta yang nak memotong di belah kanan sure akan masuk laluan sebelah kan? betul x? paham maksud aku? kalau hari siang ko nampak ke kereta datang dari arah depan ko.. kalau malam adakah lampu kereta itu membantu untuk membuat ko alert akan kereta dari hadapan? aku rasa tak. sebab sah2 le ko dok lorat nak potong barisan n dok tengok2 belah kiri mintak simpati nak msuk depan kereta orang lain. dan kalau kereta mendatang tu tak perasan kereta ko ada dalam laluan dia, apa jadi? kebabommm!!! eksiden la. kalau libat ko satu kereta je takpe.. ini libatkan kereta orang lain. kalau kereta ko tu berdentum dgn kereta aku yang ada kat sebelah ko nih. aku pun ikot sama cedera. kereta aku rosak. kereta orang lain pun terlibat sama. jadi? tu kan dah menyusahkan semua orang. kalau ko dah susahkan aku sure aku panas hati punya kan? So, tu sebab le aku tak kasi kereta2 ni sume memotong time2 jam.. semua orang terlibat semua orang susah semua orang naik angin nanti.
tu le punca nya aku tak kasi orang memotong barisan time2 jem tak hengat. ianya akan menyusahkan semua orang termasuk lah aku. which it will make me annoyed. *dang*. kalau le ade yg gatai potong barisan, pastu ade kereta mendatang pastu tak leh elak pastu bertembung eksiden pastu ade kereta meletop pastu ngan aku ngan kawan2 aku ngan IP aku terlibat dalam letupan pastu jalan semua jem sebab eksiden tu pastu segala polis bomba ambulan sume takleh lalu pastu lambat la nak selamat kan aku ngan kawan2 aku. nak harap orang sekeliling? ade 2-3org je kot yang tau pertolongan kecemasan, yang lain tau tengok, amek gambar post kt fb/ twitter/ blog atau pun nanges kunun simpati. Tapi sebenarnya takut!! So aku memang tak mo bende macam tu jadi tu pasal aku tak kasi orang potong barisan kereta aku. Lagipun aku bukan jenis orang yang sabar.

Bila dah sampai Pekan Brinchang aku cpat2 decide nak p pasar malam tu jugak2. nak beli strawberry n bantal strawberry yg gebu's tuh. cpat2 IP park kat parking area yang dah hampir kosong. Oewh~ kami sampai pekan Brinchang dha nak kul 10.45malam. dari simpang pulai jam 7mlm. 3jam 45minit. hakikat perjalanan cuma 45minit je kalau tak jem. kawan2 lain semua terus cari petrol pam sbb nak g toilet. ketidaktahanan nak membuang. hahaha.. Kat pasar malam pun jalan sikit lebih kurang. peniaga semua dah bungkus nak balik. dapat rembat udang goreng RM10 ngan strawberry 1 paket pun RM10. pastu beli FM lambang CH. tp bukan gambar strawberry amek gambar lenroba gak. hehehe.. terpengaruh gn kawan le yg beli FM gambar lenroba aritu..

cut the story short! pas beli makanan terus amek keta n pegi cari toilet. lepas menyelesaikan hajat cari kawan2 tadi yang kunun ada kat kedai makan. derg stay kat satu kedai. pastu agknye orang kedai tu tak prepare nak kena serang dek ramai orang dalam 1 masa so kelam kabut le dgn salah anta order lah ngan air tak cukup lah dgn baru nak masak nasi lah dgn telur habis lah.. lauk segala daging ayam stong semua takde lah. kesian kat kwn aku satu family dpt order nasi goreng biasa je tapi nasi tu betul2 baru masak so ada rasa mentah sikit. nak ppuan dia tak abes makan sbb katanya nasi keras! satu family lagi order nasi putih gn tomyam tapi tomyam kosong je dpt. isi memang tadek! tomyam masam plak tuh.. kesian sungguh. aku nak offer makanan aku pun cane, nasi goreng kampung rasa masin. eeeeuuuwwww.. gagah jugak abeskan sebab lapar. pung pang pung pang lepas layan teh o suam (orang minta teh o panas) cpat2 decide nak turun KL balik sbb for sure memang tadek bilik kosong @ hotel yg ada room availability.dan dgn 6biji kereta yang naik ke CH, 6biji ni jugak le yang turun. lagi 3kereta memang dpt bilik lah sbb depa dah naik awl2. lgpun depa pun pasangan baru suam2 kuku pengantin. so bagi peluang kat depa. And gang complete. let go back home to Kl yo'.

p/s: sambung lagi? 

Friday, October 14, 2011

Favourite Food

Hai kawan-kawan..

hari ni kita bercerita pasal makanan.. yes.. makan dan makanan.. (ptt le anak2 buah kata acu temok)

aku taknak cerita details sebab takde mood (maaf..2-3hari ni stress melampau)

yang aku nak cerita pasal makanan kegemaran specially makanan cepat siap a.k.a fast food.

yes. antara yang dalam list makanan kegemaran aku. kewajipan melayan pizza hut ialah setiap bulan ok. dan kewajipan ini diikuti oleh IP sebab dia yang akan kuar makan dengan aku. kalau time aku boring2 weekend and IP not in KL, pizza hut will be the place i have late lunch alone.

masa ni kat Sunway Pyramid. gatai makan yang latest promo pizza. n its not up to my taste. i still craving for hawaiian chicken or beef pepperoni.

action je lebih nih... sbnr nye nak muntah dh melayan pizza smpai 6 slices. IP n I up only to 4 slices pizza which is the smallest one. sebab kitorg sure tambah chicken wing, garlic bread melayan mushroom soup lg. n offcoz aku adalah yang terakhir abeskan makanan specially air. Owh.. aku adalah orang yang kurang minum air. (tu psal kot muka tak cantik). so air gas memang tak pernah abes. kadang2 tak minum pun. hihihi...

well.. part one fav food dah settle. nanti aku jalan2 cari makan aku share lagi makanan kegemaran aku ek. korang plak? suka makan ape? share sikit.

Friday, September 23, 2011

What actually happened?

Wknd aritu sure ade yg tertanya kenapa aku update direct fr Blackberry (tu pun klu ade yg bc blog aku time wknd lh kan). FYI last wknd aku blik kg kt BP. biase lh, org xde kg so menumpang le kg org lain (sedar diri). jadinye kunun IP nak membersihkan tanah "my dad" and aku yg tak penah2 ke kebun pun gatai le nak ikot. sanggup le bgn awl sbb dh set dlm minda nak ke kebun. asal sbnr keadaan di kebun adalah spt post ini.

Yes that's how the condition. Lama dh FIL x tgk tanah dia sbb byk keja. lgpun kederat tulang 4 kerat tu pun kena jaga juga (hakikatnye FIL yg byk wat keja ms kt kebun nih). so dari pack barang kt rumah, smpai ke kebun turunkan barang2. buat kolam tuk tadah air (serius aku xpenah jd petani/pekebun so jakun le.. oooo cmtu buat kolam - setakat besarkan longkang n dalamkan lubang pd bhgn hujung longkang, nti air akn bertakung). tebas semak sementara tunggu kolam penuh, cari kayu tuk jd pelantar kolam smpai la ke bhgn ceduk air tuk penuhkan tong tuk start sesi melancar.. ops silap.. meracun. (ni nak cerita aku ke cerita FILku?)

so sesi meracun tu urusan IP, "my dad" and "my younger bro" yg buat. FIL suh bakar daun kering sbb katanya kebun xde nyamuk tp byk agas.. nti asap dr daun kering tu akn halau agas tuh.
orang lain yg meracun orang lain yg lebih2 pakai mask.

aje jenuh gak nak hidupkan api tuk daun2 kering tuh.. last2 IP curah minyak. br le api naik sikit.. dpt le halau agas2 yg nak menyerang kitorg. another 1/4 petak nak siap mesin racun plak wat hal. so packing balik ler..

and petang aktiviti serkup longkang/parit plak. eh.. serkup plak.. sauk ler. (tp cara IP tu cm serkup sebab dr ats kn). post ini.

dari parit smpai ke longkang kt kelapa sawit. siap boleh dpt ikan haruan tp BIL kata lepaskan jer.. so dpt le ank2 ikan ni tuk dijadikan umpan pancing. ayarks.. yes memancing okeyh.. that is one of IP's hobby other than his toys. so d same day (nak msuk mlm dh) aku gatai nk ikot IP g mancing kt Lam Lee. memula igt kn Lam Lee ni nama kolam pancing (sorry I am not Johorian) so budget kejap je. rupe2nye bapak jauh selang daerah plak gn BP. smpai sana dpn gelap, dgn jln licin dgn sesat bana kt dlm kebun kelapa sawit org tp kitorg smpai gak le ke tmpt yg dituju. (exact place xleh kasi tau nti kena tembak!!). and again kena meredah turun naik bukit tepi semak sikit. agaknye mmg xde luck mlm tu akhirnya pulang dgn tgn kosong. rupe2nye kwsn mancing tu forbidden tp still ade few kaki pancing yg berani mencuba nasib (kitorg antaranya). so balik tu sekali lagi kena hadap turun naik bukit tepi semak. ade le 1 kwsn ni licin dan aku aware yg selipar ku pun tapaknye licin. aku ckp le gn IP jgn lelaju nti aku xleh folo aku sure jatuh. mmg masin mulut.. *gedebuk* cm nangka aku jatuh. time jatuh plak p tahan tgn kt rumput tu.. kira terhentak sikit. ms jatuh x rasa sakit. bgn n cpat2 kuar dr kwsn pancing tu.. off balik rumah.

smpai2 rumah kira ok lg tp aku dh start rasa punggung aku cm pedih2 sikit. ms nk mandi, nak buka baju br terasa yg tgn kanan aku sakit (jatuh cm mengiring sikit ke kanan). pas mandi ngadu gn IP. xleh angkat tgn dh ms tu.. aku siap2 dh losyen halia (prepare dlm handbag) tuk IP tlg sapu tp leh plak IP suh MIL yg sapukan minyak urut. MIL xberani nak urut sbb dh bengkak sgt.. MIL suh p spital x-ray. at 12midnite g spital mak? isk..demi menjadi seorang anak & bakal menantu yg baik kitorg layankan ler g spital. deym.. 2hours + okeyh.. tp hasilnye? ubt tahan sakit n ubt sapu. jam 3pg br gerak kuar dr spital tuh. IP dh brape kali tertidur ms tgu giliran aku kena pgei.. (setia dia tunggu). n before headed home kitorg layan breakfast at McD. yo.. BP ade mcD okey.. besar okey.. meriah okey.. 24hours okey.. takde gambar.. okeyh!!!. (FULLSTOP)

Tuesday, August 2, 2011

Sedih

Sedih lar...
Bulan2 posa ni, byk plak dugaan mendatang.

Orang seronok p bazaar Ramadhan aku dok saja kt umah.. masak katanya tp nasi lembek pulak.. Yooo... nasib agak kurang menyebelahi aku Ramadhan ni.. ade je yg x kena smpai nak masam2 muka..


orang dok kecoh nak mkn ape, nk berterawikh kat mana.. aku? dgr je lah.. xde mood nak ke Param (Pasar ramadhan) mahupun menunaikan terawikh.. gila ko nak p terawikh dlm keadaan cmni.. mau aku hangus kena panah petir.. hahaha.. tgu lah klu minggu depan aku subur balik aku cube membawa diri ke kaki2 masjid.. Insyallah.

Exam next week yo'. assignment xstart lg.. x paham katanyer.. (bahan pun xde) jadi aku kekalkan perangai buat kerja pada masa2 terakhir (last minutes). time tu le idea menggoreng membuak2 .. hahaha...

papepun, akibat merajuk pada beras di dapur, periuk nasi, pisau tumpul dan segala yg melambatkan kerja makanya bermulalah kisah si perantauan yg terpaksa makan minum di kedai.. (malas nak masak). tunggu nafsu membuak2 bila nak dekat raya nti.. aku x sabar nak beli oven ni.. hahaha...

Friday, July 8, 2011

Darat ke Laut?

eh.. idok le mintak ke lautttt kan..

cume mintakkan masak darat je..

klu orang2 lama tau le cane masak darat ni.. maknanye kena tumis2 je lah.. xde kuah2 kan...

dan ni le lontong darat..

masa kat kedai makan kat stesen keretapi kluang tu sume org dok pelik bile abg tu bg menu ade lontong darat.. org Johor tau ler.. *IP le tuh*
terkapai-kapai le geng Recce Santai III yg lain sbb ketidaktahuan tentang lontong darat ni..

seperti lontong kuah lodeh mcm kat gambar ni...

lontong darat xde le kuah lemak lodehnyer.. makan dgn sayur kacang buncis goreng, kuah kacang n ayam rendang.. sedap pedas menyengat.. kenyang apatah lagi kan...

even masa orang johor smpai n ajak pekena roti bakar pun kitorg dah x heran.. mmg marbeles le sarapan pagi lontong darat tuh.. terliur berkali2.. kena proceed ke Madam Diet ni.. hehehe...

Friday, April 29, 2011

Makan kenyang kenyang yer....

akibat kepusingan di SS2 mencari badminton court hanya semata mata nak pass chart paint n meredah ceruk belakang kedai mencari parking tapi last last kedai fav Murni SS2 tutup plak. Eh? ape kes.. dan kemalasan nak ke Penchala yg kununnya nak pekena Sambal Hijau jadi singgah saja ke Uptown Damansara..

Dalam hati dh terpikir nak makan rojak lah, soup lah, tauhu bakar lah sbb xnak makan nasi. punca xnak makan nasi sbb aku rasa impactnya bila jeans dah ketat dan paha dah berlaga.
aduh..masalah tuh..tapi kalau xdpt nasi nti mlm kebuluran plak. dah terbiasa dgn menu nasi tuk makan malam. ni la bahana nyer. hehehe.
pusing Uptown Damansara lg2 plak time gaji mmg jgn ko mimpi dpt parking belah depan2 Uptown.so bile nak pusing n get our fav parking spot aku ternampak satu kedai nasi arab.
Eh? ni kedai baru! jom try..

order apa yg patut je.. dtg pun yg patut2 gak. hahaha.. 2 mangkuk comel sup, 2 sayur n 2 cili.

dan seperti biase kalau mkn nasi arab menu aku ialah chicken khabsa. silap besar le amek menu sorg 1 sbb nasi dia melampau byknyer.. nasi tu klu share pun leh kembung perut tau...

dan IP amek lamb khabsa. xde menu lain dh.. psal dia le aku tau mkn lauk kambing. lau x, kompem aku xlayan lauk kambing ni sbb family ade genetik kepantangan daging kambing. tu yg skali skala aku langgar pantang tuh.. hehehe.. sorry ibu, sesekali teringin...

cara je nak potong napsu yg kembung bangat ni.. IP amek teh o limau suam. aku boleh layan carrot juice. hasilnya 2-2 x abes. ni lah kata Malaysia ni mewah makanan dan mewah pembaziran. klu sedekah lg baik tau. hahaha... pasni kena pantang balik nk mkn2 kambing. kurangkan pengambilan nasi, gula dan garam dlm makanan. belajar mkn sayur dgn byk. buah2an pun penting jugak. sbb? meggi saya suda kembang..

eh..eh.. bukan2.. tuh alex raja lawak. sbb aku? jeans dh ketat paha dah berlaga. muahaha...

Monday, April 4, 2011

Juih Bibirmu..

muahahaha... kan dh ckp ketam tu fav aku. amek koooo... seb baik x bengkak2 bibirku melayan ketam nih.. tp tuk lebih baik lg dr wat grill better rebus je ala2 sup ketam bak kata abg sham (ustaz kt opis aku). tp serius ckp klu bab2 ketam ni best lg layan kt umah ler.. leh makan smbil bersila.. klu bersepah pun kt meja mkn.. rumah sendiri kan.. klu mkn kt luor.. nk jg2 sket.. kot le bersembur kt org lain (ada ker).. hehehe.. hah!! cite psal bersila.. dh mmg resmi kita org melayu (alamak, bhs lama plak). aku kt sini pun duduk bersila. kerusi kayu dia cukup selesa.. ade kusyen lg.. ai mmg suker... ops.. hehehe...

Suatu petang jumaat

penah tak korunk baru blik dari keja pastu dengan rasa penat yang sangat bertambah plak perut yang melayan lagu keroncong.. rasa-rasa cam nak balik cepat & masak yang ringkas-ringkas supaya keroncong di perut ni stop!!!

tapi... tapi bila otak cube untuk berpikiran bernas dan ligat ada plak yang potong jalan aku... hisshhh!!! tibe-tibe ada orang sudi nak belanja makan (cara nak dibelanja bila orang keluarkan idea cepat-cepat ucap terima kasih -  yang jawab sama-sama tuh la kena belanja).

jadinya menyimpanglah kitorang yang hangat-hangat suam zaman percintaannya (ada lg yg ganggu ni) ke arah jalan naik bukit turun bukit masuk perumahan orang keluar tepi stesen minyak terus ke jalan besar hadap lalulintas tersengguk-sengguk kalah orang mengantuk kemudian amek u-turn pastu jalan lagi masuk ke tempat parkir kereta.
dan suasana petang jumaat yang panas terik lagi berlengas tu tidak lah ramai gelagatnya sebab orang-orang tertentu je gaji awal, orang-orang cam aku ni memang kena tunggu betul-betul bulan dah hujung baru ada gaji.
muahahaha... mukadimah panjang berjela.. sbnr nye nk nunjuk gi makan jer..

tp ni le tempat ngedate yang boleh tengok pasangan korunk tu menjaga tatasusila time makan. hahaha..

tp mcm biase lh aku kn.. jmpe seafood kompem point kt ketam n udang. hahaha... pastu xlayan dh nk pkai sudu, garfu, chopstik ke hapa.. pkai jari-jemari yg runcing ni sudah.. pas mkn boleh basuh tgn.. b4 mkn lg dh basuh tgn awl2 kann... :-p


guess what... IP bermurah hati nak layan aku baik-baik.. i loike.. (ada udang disebalik mee ka??) IP tlg amekkan my fav dish.. lamb n grill.. yerp.. sini bukan takat seafood jer.. ayam daging sume ade.. itik je belum ada lg.. xtau bile derg nk tmbh menu baru.. tp jgn le risau..insyallah halal....

bila mau pegi? jgn lupa ajk aku skali ek..hehehe...

Tuesday, March 29, 2011

Makan di mana...???

wah.. dh cm abby fana wat rancangan makan2 dia plak..
tapi abby fana wat rancangan sarapan di mana..
kita wat makan di mana...




cube teka kita makan di mana....???

hahaha.. i'll reveal it later lah ek.. leave u ols with a teaser pix ek... 
yang pasti? i am full lah kalau p tempat nih!!!

Monday, March 14, 2011

Hot Roll - Crispy Crunchy Peanut

Had enuf?

hahaha... this is it


its been two days i'd crave for Crispy Crunchy Peanut.. 

mana beli? time ni kt Wangsa Walk lar.... ape bikin sana? tuh citer lain kay...

look inside!!!


tempting.. isn't it?


dlm disalut peanut butter... sprinkle with chocolate chip n nutty nut...

and eat while it still hot.. trust me.. worth it.. 

xde le mengenyangkan macam makan nasi tp bila dh dpt tuh mmg xpandang mknn lain dh ler.. hihi..


yeah.. hot roll ni harga rm5.90 sekeping.. bukan saja kt wangsa walk.. sunway pyramid pun ade..

hehehe... ade can le nk merendek gn IP.. (semata-mata tuk hot roll?) ;-P