Thursday, December 15, 2011

Cerita naik Cameron Highlands

pesanan penaja: entry ini tiada gambar sebab.... entry ni panjang berjela sebab.... entry ni ada sambungan sebab... sila baca sampai habis.

Hujung minggu yang lalu (wah ayat SPM) selepas pusing Jalan Bendahara, Ipoh. U-turn 2x kat Simpang Pulai sbb nak g makan kat Pizza Hut salah masuk jalan semua bagai. Pas makan terus exit Simpang Pulai masuk highway kuar kat Gopeng. Janji ngan kawan pun dah pusing2 kunun nak g makan doyan kat kebun kat Tapah. dah membawak ke Temor ke kenduri ntah sapa2 pastu pusing balik ke Malim Nawar. Ya Rabbi.. seb baik le si kacak turun kaler satria merah aku ni tahan lagi. Kat kebun doyan pun masuk jalan biasa tanah merah bukan jalan bertar lalu pulak kebun kelapa sawit redah lopak besar sampai tergeret bawah chasis keta aku (hoi IP.. ni satria bukan lenroba!!!).

Makan2 doyan mandi sungai kait buah rambutan, musang panjat pokok langsat sume dalam 2jam ++ dah setel. hah, kenapa aku ckp musang panjat pokok langsat? tu nanti cerita lain la.. hahaha... so geng yg aku ikot ni decide nak naik CH (Cameron Highlands) ikot simpang pulai sbb kalau ikot Tapah sure jem gila lagi satu kena patah balik ke Tapah dah kira jauh. Mula2 aku excited nak naik CH sbb mmg plan nak ajk IP naik CH petik buah strawberry nak jln kat ladang teh nak getik2 bergandingan kat taman yg penuh bunga2an yg chantek. Tapi bila IP ckp bukan tido CH pun, naik ats sana anta doyan kt kwn yg dh ada kt sana pastu balik KL. ikot nasib kalau ada lg bilik hotel baru sume2 akan stay. ops. info 1, kami2 dr kebun doyan ni nak naik ke CH semua ada 6 biji keta yg merangkumi 3 family iaitu suami, isteri dan anak2 mereka. lagi 3 kereta semua bujang2an termasuk lah aku. hehehe..

so kami 6 biji keta ni melayan la laluan SP ke CH dalam renyai dan remang maghrib. kenapa lah dh nak maghrib baru nak gerak kan.. sbb salah sorg kami ni kena menunggu stok ikan pekasam yg ditempah amek dari kampung sebelah. (kot). cm aku cerita tadi nak msuk kebun doyan pun dah redah lopak nak kuar amek ikan pekasam pun kena redah lopak gak. nak2 pulak naik moto. *mekasih abe sbb buat perjalanan kami lagi panjang*. melayan korner panjang SP-CH tu memang le best sbb laluan jalan yg cantik dan boleh tahan besar nye. sampai la ke Kg Terla CH ni. kalau dh nama pangkal pun kampung so kwsn pun agak kampung gak le. takde la bekalan lampu jalan yg banyak. agak2 cukup menerangi sesetengah kawasan sahaja. sepanjang jalan sehingga ke Kg Terla ni takde le yang menarik. Gelap memanjang kan. tapi kat Kg Terla ni kami disajikan (cheh..mcm dpn mata ade makanan terhidang plak) dgn satu pandangan yg agak syok dan pelik. Syok sebab ada beberapa kawasan yg menanam tanaman sayuran yg disimbahi cahaya mentol (dang! ayat SPM lg). yang pelik nya kenapa on cahaya lampu mentol atas sayur korang? yg syok nampak le betapa terangnya kawasan tu kan.. smpai la ni aku tak tau sayuran ape yg petani2 CH tu tanam tp nanti aku tanya kan kat kawan opis aku yg berasal dr CH nih.

Tapi nak menyampaikan ke Pekan Brinchang CH ni memang penuh dgn segala makian, cercaan, hinaan dan terhambur segala amarah api meluap2 walaupun nak bercakap tu kuar asap dari mulut.Kenapa aku ckp ceni? ok aku cerita. dari Kg Terla nak menyampaikan ke Pekan Brinchang ni ada la dlm 5-7km cmtu. tapi nak ke sana tu memang mengucap panjang. Istighfar je bermain di bibir bagi mereka2 yg bersabar. sbb utama dah tau akan melalu kwsn yg jam. sah2 salah satu sbb ramai orang naik CH selain nak getik2 petik strawberry ialah utk melayan shopping kat Pekan Brinchang tu. lagi2 pulak naik aritu time malam minggu, cuti sekolah dan menambah kesesakannya ialah pada hari isnin adalah hari cuti buat rakyat selangor yg bekerja di selangor. OK fine ramai yg bercuti2 jimba2 holiday kat CH tapinya lebih 5km dr Pekan Brinchang dah jam hamat ape cer? OK semua masuk barisan beratur drive amat slow bak kata update di kltrafficupdate b2b or bumper to bumper not bride to be yer acik2. hakak tau hakak belum kahwin! tips 1: sila elakkan peluang berehat berjimba di CH pada cuti sekolah. elok2 nak berehat jadi bertambah penat. so sepanjang lebih 5km ++ tu beratur la berderet panjang kereta2 kami 6biji ni dgn niat ikhlas nak ke Pekan Brinchang berjumpa rakan seperjuangan yang telah sampai ke sana lebih awal untuk menyampaikan buah doyan yang dipesan. gila betik la nak ke CH semata-mata nak pas doyan yg berpuluh naik ratus biji tu kat kawan2. jam nye memamng tak yah cakap le sampaikan aku ni yang dok sebelah IP siap minta nak turun tuk merenggangkan urat2 kaki. punggong takyah ckp le, memang dah kebas amats. sudahlah punggong ku dah msuk kategori lebar besar bukan lagi papan sekeping. menunggu nak jalan satu pusingan tayar kereta tu membolehkan aku jalan kaki melepasi lebih 10buah kereta dihadapan. yang best part  ni.. sejuk2 jalan kaki p kaco kereta kawan2 pastu buat muka selamba macam kawasan tu aku yg punya. hadap jalan kaki cam bersenam dipetang hari.

dan part makian bermula di sini. dalam pada ramai2 beratur nak naik ke Pekan Brinchang ala2 tunggu giliran nak naik Bukit Fraser. info 2:Bukit Fraser ada timing nak naik yer.. nak tau time sila lah google. ada la bodoh sombong pikir diri bagus mementang kereta besar nak potong barisan yang panjang nih. Dalam 6 biji kereta, kereta kacak kaler luntur aku je yang takde semua gadget spt handy (radio communication), speaker, siren. yang ado cume hon yg bunyi pun cm malu2 segan nak kuar. dan kami 6 biji kereta takde terpisah pun. depan aku kwn aku, bakang keta aku pun kwn aku. berderet takde bagi peluang kereta lain nak potong. So si bodoh sombong berlagak bagus mementang kereta besar ni berniat la nak potong deretan kereta kami yang menunggu giliran. sebab IP ni jenis tau marah tapi tak guna hon mana aku tekan le hon kuat2 tanda aku marah ada orang yang cuba potong barisan dan pastu kawan2 aku ni pun leh tahan panas baran kuar le segala hon, siren siap buat announcement dgn pembesar suara supaya jangan memotong barisan. ada dalam satu keadaan ada sebuah kereta kelisa cuba nak potong barisan dgn masuk dpn kereta alza kawan aku pastu tak pulak kasi signal. silap la kan. kawan aku tuh turunkan tingkap p maki hamun mamat yg cuba potong barisan tu. keluar segala bab*, pu**, fu**, pan***, bu** memaki driver kelisa tu. lawaknye di sini, lepas kena maki dek kawan aku ni, kelisa tu leh plak undur dalam jarak 3kereta pastu parking tepi. dalam 5mins gak le kelisa tu tak gerak2 dari parking dia. bila dah kuar dari parking kt tepi jalan tu terus pecut naik atas dan potong barisan kereta lain. kitorang ni ketawa mengekek le dalam kereta sebab gelakkan budak kelisa tuh.

bersambung...

No comments: