Friday, December 2, 2011

Today story: Kucing saya

Hi, agak lama aku tak update blog. Few days kira lama buat aku sebab aku everyday akan refresh page blog sendiri. (gila ke hapa??!!!)

sebab aku dah takde cerita yang best (asik p keja balik keja je so takde cerita yang manarik la) makanya aku nak cerita pasal kucing aku. Fuh!! direct sungguh. takde nak kias fansuri dah cakap terus terang je.

hah.. ni kucing aku. Nama dia Oren. mula2 dapat dulu kecik je.. ade le besar wallet ppuan yang panjang tu.. sekarang dah extra separuh lagi panjang wallet tersebut. Perangai kucing aku ialah duduk atas laptop. baik laptop tu on ke off ke aku tengah sebok layan fb ke hatta idea mencurah2 nak berblogging ke but still Oren ni akan panjat and duduk atas laptop. Perangai sungguh ko ek Oren.

satu lagi nama timangan Oren ialah 'budak kecik'. ye ah.. yang menjaganye pun dah tua bangka. nak banding aku gn IP, IP lagi tua dari aku. hahaha.. nak menang gak kan. antara kemestian budak kecik ni ialah menggigit kaki aku. tapi bukan disetiap tempat pada kaki tapi cuma kat bahagian tumit dan tepi kaki je. ntah le.. awal2 lagi nak minta masuk syurga kot. tapi kalau syurga di bawah tapak kaki ibu, aku ni ibu kucing ke? muahaha.. karut2.

ni gambar oren masa 2minggu aku jaga dia. kecik je.. sekarang buntot je dah selambak atas laptop aku. mula2 aku konfiden kata Oren ni kucing jantan, pastu aku cam rasa2 Oren ni kucing betina sebab dia ni jenis cepat takut dan cepat kembang bulu cam nak gaduh je. bila aku tanya IP, dia leh cakap yang kucing aku ni kucing pondan!! hah lau ade nyah2 yang baca blog aku jangan nak terasa hati okay, ni merujuk pada kucing aku sajer tiada kena mengena dengan manusia. kenapa IP aku tuduh Oren ni kucing pondan? sebab Oren ni penakut hamat. kalau jerkah dia je dah menggelupur satu rumah dia lari cari tempat menyorok. another incident bila rumah aku pasang perangkap tikus. satu petang IP nak tolong buangkan tikus yang dah masuk perangkap tapi akibat gatal tangan IP p amek Oren dengan niat tuk tunjukkan "ini namanya tikus, kalau nampak dalam rumah kejar dan halau". tapi si Oren ni boleh menggelupur larikan diri siap menyorok kat dalam bilik lagi. muahahaha.. sekali lagi aku gelakkan kucing aku. tu pasal IP pangei Oren kucing pondan. tikus pun takut. hakikat si Oren ni double besar dari tikus tuh tau.

sebab aku dha tengok cite wayang Puss in Boots makanya kunun berangan yang Oren ni pun ala2 Puss in Boots gak. dah la warna bulu pun sama... Oren & putih. tapi bila aku tengok2 selidik2 ala2 kucing pink panther pun ada gak. dah la pipi tak kembung, muka memuncung2. hahaha.. sorry ek Oren. yang kutuk2 ko ni le yang sayang2 bagi ko makan. ko jangan sesuka nak gigit kaki aku lagi, sakit tau. siang2 nak gigit kaki, bila malam tau plak nak msuk bilik tido ngan aku. tido kat ketiak plak tu. isk budak kecik nih..

Owh, mesti korang pelik bila aku banyak letak gambar kucing aku kat hall je. Satu sebab tak kose aku nak usung handphone g dapor kalau time nak kasi makan si Oren ni. Dua sebab ni je tempat Oren ni melepak. lari2 golek2 pun kat living hall sajer. Ops, aku bukan pencinta tegar kucing so, kucing aku ni tiada tempat tido khusus. Aku takde pet carrier, takde cage cuma aku sediakan tempat makan/minum dan tempat poo kucing aku berdekatan. Bila kucing aku nak tido, kalau bukan tido dalam bilik ngan aku Oren ni akan tido atas kerusi siap ada bantal lagi. Pepandai la kucing ni cari tempat tido ek. Aku takde pet carrier sebab aku takde sebab nak bawak2 kucing aku keluar dari rumah. kalau terpaksa pun naik kereta pepandai la kucing aku survive sebab aku rasa kesian nak letak dalam carrier yang kecik. Kucing aku bukan dari baka yang mahal2 cuma jenis baka kucing pasar jadi perangai dia sedikit liar. mau meraung Oren ni kalau aku letak dalam carrier. baru nak peuk cium sikit dah mengiau cam hape je..

ok lah.. dalam pada takde apa nak update dah panjang benar kisah "Kucing Saya" ni. aku off cerita ni tergantung! nanti2 aku story mory lagi kisah kucing nih. da...

No comments: