Showing posts with label aku blogger. Show all posts
Showing posts with label aku blogger. Show all posts

Thursday, July 24, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Ramadhan dah nak melabuhkan tirai. 4 mlm terakhir ni moga2 kita diberi limpah rezeki yang halal dan perlindungan dari segala mala petaka. Kita dikejutkan dengan berita kehilangan #MH370 diikuti dengan kejadian #MH17 ditembak jatuh. AllahuAkbar AllahuAkbar, berat sungguh ujian Ramadhan tahun ini. Bukan sekadar ditangisi oleh keluarga dan sahabat handai namun rakyat Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya. (ni ayat SPM yer).

Buat yang akan pulang berhari raya di kampung mahupun bandar. pastikan kenderaan anda diperiksa baik dari minyak hitam/ isi angin tayar/ air/ servis n bla bla bla. pastikan bergerak ikot jadual yang ditetapkan oleh pihak PLUS (ini bukan penaja entry saya) ataupun bergerak awal pagi selepas tidur yang cukup. 

Macam biasa ai is no kampung (cheh.. bahasa apa ni) so akan menumpang kasih di kampung suami ai ols. #eh not all ek.. ai is no madu2 so puhlis jangan nak datang raya salam cium tangan minta kebenaran nak kahwin ngan laki ai. mintak simpang occay.

ni jangan nak update cerita kunun rumah tangga bergoncang la, gaduh la, sihir la, curang la segala ok. 
ai cari gambar family takde plak lam pc so amekla gmbr kenit pipi bulat ni. both pic masa sambutan raya tahun lepas. n please please please pretty please jangan la nak kutuk kata kejap bertudung kejap togel. kalau tak suka muka ni dok kuar kat screen uols sila klik 'X' kat atas menu bar tuh. ai ols tak tanggung jawab nak menjawab kunun aurat la.. pkai tudung ikot trend la.. tak ikhlas la.. ai bukan retis k. so there is no issue of berhijab or menghormati bulan ramadhan segala. so my blog my way of writing. tak suka boleh angkat kaki. 

ok takmo panjang2 cadangnya nak buat ucapan selamat jer. kan dah melalut sampai ke laut. so this will be my ucapan for u ols out there.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

lau makan rendang ketupat lontong dan lemang tu ingat2 la ai yang di perantauan nih (cheh.. xseberang laut kita perantauan ke?) still demam n pening coz ade 2 lagi biskut raya tak siap. aduyai.. tolong mek. 
dikesempatan ini nak bgtau blog akan berehat sebentar untuk sesi beraya, salam raya, makan raya n kutip duit raya (tuk kenit ek). kalau rajin ai hadpet dari kampung. lau tak rajin (takde peluang sebab MIL dah tunggu menantu hantu ni balik tolong buat kerja) memang bersawanglah balik blog ni. de-doa le kot habuknya sikit jer.. jgn sampai bersawang pulak. ouch.. 

okbai korang.. ai ols dah mood balik kampung.. jgn speed ok.. ade AES. harus melayang duit raya anak nanti nak byr saman. ops. shopping raya tak settle lg.. takkan nak togel je p beraya umah sedara mara.. 
'darling, tudung ai tak beli lagi la)))))))))'

Wednesday, February 12, 2014

Aiyaiyai..

Matilah noks.. sebulan sekali je ke hapdet blog? pastu dengan harapan rating readers ko naik? hahaha.. Mimpi sangat di siang hari.. sorry lah na.. dok lorat bab ig/fb/twitter je smpai lupa ade blogspot.com. wah gitew...

ops! my ig? sila request pada "babyarisha" yer.. dah tu le nama aku pakai dari zaman kenal i.t sampai la hari ni. so xde lah nak tuka nama lain.. idok le nak gatai kt fb nama 'A' kat twitter nama 'D' segala bagai. tak usah nak wat banyak keja..

#eh banyak lg cerita kt draft box.. tunggu le nak haplod sesatu.. nanges okeh. cerita lama je ade.. ala2 #throwback gitu.. dalam bahasa melayu kita baling belakang.. bukan balik batu sembunyi tangan tuh dah lain hal.

owh sudah cukup sudah.. nak p buat keja plak.. kang ngarut lelebih kat sini ade plak ngata aku mencarut bagai.. ade F words ke? susah la cmni.. kalah retis.. auww.

Thursday, October 25, 2012

Napsu semata

Orang kata kalau pegnen boleh makan je semua yang teringin dek tekak. takde nak larangan kecuali makanan/minuman tu merbahayakan diri. Alasan yang boleh dipakai bila pegnen.. baby kat dalam perut teringin. Say's who? deng! awal pegnen dulu masa belum ketahuan, nasi bukan lah menjadi santapan resmi tekak aku. Jenuh gak laki nak melayan kerenah. Dah hari-hari wajib bernasi katanya. Sampai ke hari ni nasi adalah wajib walaupun sekali dalam sehari. Kalau tak nanti cam ketagih.. eleh! cakap je lah lapar kan.

Tapi aku takde nak heran sangat kalau tak dapat nasi. Dah tak lalu, paksa le camne pun. dapat hanya sesenduk nasi pun dah bersyukur isi perut ni. Ops.. ni pic aritu, gi leting kat Wangsa Walk sebab motif nak menonton. Wayang lah.. jangan ke laut plak pikiran. Sebab laki ku mencari nasi dan aku tak heran ngan menu dia, aku belasah makan tahu bakar. so far ok la kena gn tekak aku ni. takde plak dok uwek-uwek muntah balik. Alhamdulillah sangat. kadang tu terasa rugi dah makan sesedap last2 muntah. sian makanan. sian perut yang kelaparan gak. ade penah sekali tuh, kuew tiaw kerang pasar malam yang dua hengget tu jadi pilihan sebab nampak cam sedap. Sedap ke? cheh.. takde le sedap mana pun. mungkin salah kedai kot aku p beli. tulis nye kuew tiaw kerang. kerang ntah ke mana.. udang pun segan2 tunjuk muka. cheh!!

Lakiku punya lauk aritu? Teppanyaki ayam/daging yang tak berapa nak kena gayanya.. laki mak kata masin n hangus.. alala.. kesian plak dengar. tapi abes gak le makan.. huahuahua..

Kalau tekak ni rasa nak makan itu makan ini, tu tak sedap ni tak nyaman.. tu semua pada aku napsu.. tak sangat la nak merasa pembawakan budak pun. Alhamdulillah lagi. kalau ibu lain dok muntah time pagi la, time gosok gigi la.. alhamdulillah aku cume muntah bila perut dah penuh angin. (maknanye lapar). ade tercetus soklan agk kurang adab. aku bahagia ke? Alhamdulillah syukur aku ade keluarga yang sentiasa menyokong dan suami yang melayan kerenah. yer.. lakiku tak romantik tapi sikit-sikit terserlah yang dia mengambil berat. Syukur. Bahagia tu kita yang cipta..dengan izin Yang Maha Esa. Insyallah!

Wednesday, May 30, 2012

Blog saya untuk saya..

Lama tak update blog noks.. dulu rajin ler.. semua nak cerita dalam blog.. sekarang ni kalau create post start dengan Bismillah pun orang nak komplen.. salah ke? Kalau salah, pepandai le kuarkan hadis tuk perbetulkan aku ek..

Orang blogging tuk update diri sendiri sebagai satu jurnal @ diari yang boleh dikongsi, bukan update blog pasal nak update hal orang lain.. kalau gitu gaya jurnal awak tuk update hal orang lain silalah join blog2 hiburan ni yer, go public. jangan buat blog personal.

Lama dah rasanya tak naik hangin kat dalam blog. Mana nye tak hangin, dalam blog aku pun aku tak pecah lobang pasal big day watsoeva blog orang lain dah update dah.. wah!! kalah jadi PA aku plak.. tuka profesion la cmtu yer.. mahu?

Tanya sikit! kenapa update blog? sebab nak tulis setiap luahan hati @ sebab takde kerja? sila pandang diri sendiri dan jangan bandingkan dengan orang lain. Setiap orang berbeza kan? Acap kali sangat dengar orang kata kubur asing-asing tapi kalau hidup campur urusan orang lain, ko nak masuk kubur aku skali ker? hah!!!
Pasni pandai-pandai jaga diri sendiri bukan jaga tepi kain orang lain.. *pang*

Thursday, March 22, 2012

Peringatan buat Wanita yang bergelar 'Isteri'

Assalamualaikum w.b.t.

Maaf jika ada yang membaca entry ini akan melenting, melompat, berpendapat aku ni -ve minded or wateva lah. Tapi rasanya tahap kesabaran aku dah jatuh ke nombor SIFAR. Aku sedar setiap ujian yang Tuhan beri adalah mengikut tahap keimanan dan kesabaran seseorang. Dan berdasarkan akal fikiran. Tapi ada jugak le yang bijak pandai, belajar sampai ke Uni elok bertudung litup tapi fikiran ko tahap ........ (sila isi tempat kosong). Jangan ada yang terasa ati disini k.

Aku takmo kasi warning tapi aku nak meluahkan rasa tak puas ati. Buat seorang perempuan yang bergelar "isteri".  Saya tak tahu perjalanan hidup anda, dari suara-suara orang anda sudah berkahwin dan mempunyai suami. Betul? Kedatangan anda ke kota besar kerana memenuhi kuota kursus yang dikhaskan untuk anda (mungkin juga untuk rakan2 lain tapi mereka tak dapat penuhinya). Kedatangan anda selepas kebenaran suami anda juga. Betul? Tapi ada ke suami anda benarkan anda keluar selepas tamat waktu kursus? Let say ko call/ sms laki ko tuk kuar jenjalan kat bandar demi memenuhi waktu senggang malam ko... Tapi ade ko bgtau laki ko yang ko nak jumpe ngan lelaki lain? pedulik ape aku untuk amek tau kan? Tapi aku ulangi, adakah ko meminta kebenaran laki ko tuk keluar p ngeteh ngan lelaki lain? aku rasa takde. FULLSTOP disitu.

And I really have to say this, kesian laki ko yang setia menanti ko kat rumah. Bila mana ko ade RAMAI kawan lelaki/ kenalan berlainan jantina semasa kolej dulu tapi ko hanya tertumpu untuk keluar bersama seorang lelaki khusus. Ko boleh cakap ko tak curang. tapi bila dah jumpa, dah "teh tarik" sesama memgimbau kenangan lalu sampai terkeluar ayat-ayat "kalau I jadi dengan U dulu mesti ....." (korang boleh isi tempat kosong kalau mahu). Adakah ianya ke arah satu perkara yang curang. Well perempuan, aku tak kenal ko dan ko tak kenal aku tapi kita mengenali satu lelaki khusus itu. dan aku ulangi kata-kata aku tadi. Kesian kat laki ko yang setia menanti di rumah. Ko kat bandar besar leh berpoya-poya pulak.

Buat lelaki itu.. jangan la jadikan perempuan anda tu sebagai betina.. menyesal kemudian tidak berguna. Deyymmmm yuuuuhhhh.

p/s: how i wish i hv a guts to marah/ maki orang mcm sorg kwn ppuan aku yg selamba badak marahkan laki dia kat on9. hahaha... ade yang tidur luar plak nanti.. kui.kui.kui..

pp/s: cam aku ckp ler,, Tuhan tu bagi ujian tuk umatNya yang boleh menerima ujian.

Friday, March 16, 2012

Rumah penuh sawang......

Fuh.. cukup 10 hari tak update pape kat blog sampai dah bersawang dah rumah kecik aku nih. Maaf yer kawan2. hati meronta-ronta nak post an entry gak. walaupun takde cerita.. (gila life is so boring sampai takde bende nak cerita - menipu sangat)

pic from google

Fuh. siap ada spiderweb lagi. jenuh la mengemas. Owh! cerita mengemas, last weekend walaupun tak sepenuhnya tapi aku berjaya gak la mengemas kain baju, menyapu lantai, mengemop lantai, menukar cadar, membasuh menyidai melipat baju stok 2 minggu dan membersihkan tempat buangan si Oren. Hasilnya? Rumah ada cantik sikit, bilik ada wangi sikit dan karpet ade bersih sikit. Nape aku cakap sikit? sebab pelihara kucing bernama Oren ni sama cam bela budak umor 3 tahun yang dah pandai buat kecah. aje jenuh aku dok menyapu karpet yang penuh bulu dia tuh, tak sampai 30minit karpet tu dah penuh balik ngan bulu-bulu manja yang dok guling2 atas karpet aku. Fuh. seb baik le kucing, kalau dijerit dijerkah dititik pun bukan dia paham. lagi aku plak kena gigit. hahaha... (merepek apekah???)

these few days demam on off on off (banyak main tul suhu badan nih) dengan notebook yang baru baik lepas skrin dipijak kaki comel Oren ku maka aku akan mulakan membebel lah dalam blog sendiri. #Eh! rumah aku suka aku lah kan. Kalau suka sila baca, kalau tak suka pun dah korang datang page Babyarisha so like it or not baca je lah. ai tau ade yang tak suka ai tapi still datang page ai n baca aktiviti ai. mekasih yu~.

dah jauh merepek nih. nanti kang dah lorat2 taip banyak2 pastu aku save je plak kat dalam draf. akhirnya takde post lagi. makanya aku post le yang karut2 saja tuk korang yer.. kalau rajin sok2 aku kuar kan fakta aku sendiri tuk tatapan aku sendiri. yer... betul! owh la.. ari jumaat. geng lunch + ngumpat tarak. makanye aku single sudah arinih. ok geng.. selamat lunch + selamat shopping + selamat menunaikan solat jumaat. moga hidup kita sentiasa di limpahi berkat dari Allah s.w.t.

p/s: jangan nakal2 nak ber "ai-yu" sangat kat luar sana tuh.. ai tak nampak tapi Tuhan nampak yu.. huhuhu...

Wednesday, February 29, 2012

Maaf.. Maaf...Maaf

Maafkan kami (lalalalala)..Maafkan kami (lalalalala)..Maafkan kami (lalalalala)..Maafkan kami (lalalalala)..
Maafkan kami (lalalalala)..Maafkan kami (lalalalala)..Maafkan kami (lalalalala)..Maafkan kami (lalalalala)..
Maafkan kami (lalalalala)..Maafkan kami (lalalalala)..Maafkan kami (lalalalala)..Maafkan kami (lalalalala)..
Maafkan kami.. Maafkan kami.. Maafkan kami.. Maafkan kami.. Maafkan kami.. Maafkan kami.. Maafkan kami.. Maafkan kami.. Maafkan kami.. Maafkan kami.. Maafkan kami.. Maafkan kami.. Maafkan kami..
Yer saya tahu dah lebih 2 minggu saya tak update blog. Betul, saya ada janji (pada diri sendiri) tuk update blog tiap-tiap hari sekurang-kurangnya (memang makin kurang) 1 entry setiap hari. Tapi maafkan saya, banyak saya dah hutang kawan-kawan terutamanya entry Spore saya. Baik, cari nafsu update blog ni susah. Itu sebab saya mencari idea memulakan kata, haram tak berjumpa. Ok! malam ni saya cuba lagi. Maafkan saya yer.. :(  sayang kamo semua

Tuesday, January 17, 2012

Blogwalk - Abang Jonni sudah datang....

sorry abang jonni, ai curi header yu..

aku terpanggil bila abang jonni komen kat blog aku. masa nampak komen dia kat blog aku, aku rasa.. entah..


Abang Jonni? satu sebab buat aku cari link blog dia sebab nama Jonni nih. aku teringat kat anak buah sulung aku. masa anak buah aku kecik-kecik dulu ada satu anak patung snoopy kat umah. selambadak je aku namakan anak patung tuh johnny. melekat sampai ke sekarang. So bila Abang Jonni mengomen di blog aku terus aku tersenyum. auw~ dan terus terjah ke blog beliau. (hei.. apesal ayat skarang ni ayat2 SPM ek?).

hahahaha.. *senyum sorang sorang*.. hihihihi.. *sambil gelak tekan perut dan tutup mulut*. lawak seyh blog abang jonni nih. dan gua respek lu lah bro. walaupun entry lu cam haremmm... tapi lu gigih buat entry yang cam haremm tuh. siap likis karikatur lagi. dang!! harapkan aku lukis? makan tahun belum tentu siap hatta seorang lidi. So Abang Jonni, keep up the good work. blog ko dah masuk dalam list tuk aku seludup tengok hari-hari. sat, sambil buat entry ni aku dok layan entry dalam blog ko bro. hahaha.. sakit perut lagi ni. dah le baru lepas makan limau mandarin.

dalam pada aku dok baca blog Abang Jonni ni aku teringat satu blog seorang lelaki. Sorry aku tak penah tau nama blogger tuh, aku lupa link blogger tuh. Yang aku dok ingat blogger tu kalau tak silap seorang engineer kot! ada company yang buat machine manufacturing camtu lah kot. serius aku lupa. ada kot urat aku yang putus. tiada alasan hanya perempuan beranak je putus urat sampai terlupa-lupa, perempuan belum penah beranak pun kadang-kadang hilang ingatan jugak sebab banyak makan semut. (ye ke?). So kalau korang kawan-kawan ada terbaca blog engineer nih tolong la bagi link kat aku sebab aku nak baca balik blog dia. Syok nya baca blog dia aku sukar nak describe sebab aku pun dah lupa. abit mengarut here and there tapi ada gak beberapa entry ilmiah dari dia tuh. and kalau korang ada blog yang menarik dan boleh dikongsi bersama tolong bagi link ek. Insyallah aku pi jenguk blogwalk.

back to Abang Jonni .. abang jonni.. (ada lagu kan?) . rerajin hapdet blog la woi.. aku boring nih.. hahaha..

Moving out Sale - Answer & Get Lucky

Kakak santek ni buat giveaway seyh...

source pic: google

Wah!!! dengan rasa getix nya saya nak jo-en la yer.. dengan harapan leh menang menang menang dan menang *sambil depang tangan luas2*.

Jadinya soklan2nya adalah..... *drum roll*

 Soalan 1. What are the things you expected to see/get/buy at Moving Out sale?
(eg: books, toys, souvenirs, appliances, bags etc)
Jawapan saya: - Books specially novels sbb saya jiwang orang nye.
- Toys & souvenirs kompem saya lanting2 kan ke anak2 buah saya yg ramai tuh.
- Appliances untuk menambahkan barangan rumah saya yang kosong itew..
- Bags? saya nak backpack sajork. klu boleh yang kalis air atau duffel bag. (ni nak beli ke nak mintak2 nih?)
Ops.. - baju pre-loved yang cantik2 tuh. kalau tak mo jual boleh terus bagi saya *sengih*

Soalan 2. Whats the expected price range for the answer(s) above?
(eg: from RM1 - RM10)
Jawapan saya: sebab kakak santek ada sebut make up pouch (lau tak silap) leh dapat dalam rege 50sen je so saya mark down sikit regenye.. antara 50sen ke RM40. sebab saya letak harga siling RM40 sebab saya tau kakak santeknye home appliance sure barang yang best2. wow!!

Soalan 3. How many percents should go to Charity? give example on the products and prices.
(eg: 10% on toys or 50% on clothes; pls give reasonable answers)
Jawapan saya: - Books 50% (ilmu ni, banyak berguna untuk dikongsi bersama *tp klu novels?*) erm...
- Toys & souvenirs 30% je kot *blur*
- Appliances 10% sajork sebab **** (jawapan kena tapi oleh Lembaga Penapisan Filem)
- Bags between 30% - 50% sudah!!!
- Clothes kalau rege asal RM100 jadi pre-loved kurang 80% dah RM20 pastu tuk charity kurang lagi 50% jadi RM10. ermmm *pikir sat*. charity goes only 20% - 30% je kot. gila lah banyak percents dah macam mega sales pulak.  

So kakak santek, kalau2 ada rak dapur tuk letak periuk kuali tu letgo2 le kat saya yer.. hahaha... owh! maaf la soalan2 tu copy paste dari blog kakak santek sebab saya malas nak taip balik. Isk. baik sungguh la entry saya kali ni yer. bahasa agak kemelayuan dan sopan. (getix lagi). takpe nanti kita cuba berbahasa begini lagi. auw~

So kakak santek! saya ada chance nak menang tak? ala.. kita kan kawan-kawan (motif puji melambung?) hahaha..

Friday, November 25, 2011

Soalan Cepumas tuk Biqque

Cerita tak sama dgn topik di atas.

Tiap tahun Biqque akan holiday gn family besar dia. Dan tahun ni Biq nye family kat Penang. Dan Biq mintak tolong aku untuk sediakan soalan2 agak berbau kentut untuk game ala2 Serasi Bersama. Juga soalan untuk game Lukis & Teka.


Game Lukis & Teka ni tuk partner kot. Yang Biq bgtau, budak umor 7thn akan lukis dan orang lain teka. Siapa orang lain tuh Wallahualam! Sebab Biq mintak objek yang senang2 tuk budak umor 7thn tuh lukis jadi aku kasi sampai 24objek dari jenis, buah2an, sayur2an, kenderaan, barang2 kecil dan bangunan. Pepandai le ko nak teka ek Biq. Kalau budak tuh sering terdedah gn Mak Chu (Biqque le) tuh makanya ade le objek yang dia tahu dan paham kedudukan untuk objek tersebut. Maksudnya tak perlu lah nak lukis objek sebenar.. seakan-akan atau tahu tempat yang sepatutnya objek tu diletakkan kira ok le tuh. Mudah untuk diteka. Good Luck Biq.

Tuk soalan Serasi Bersama, aku tak tau le cane diorg nak buat. Info dari Biq 1 couple akan ditanya 5 soalan. Ada 6 couple semuanya so soalan yang perlu disediakan ialah 30. TIGA PULUH??? dah la sekali sekala je tgk rancangan Serasi Bersama tuh.. ingat tak ingat je lah cane game kt tv tuh ek. aku belasah le. Thanks to sis Shahlisa (ade sorg PM tu pangei gitu) yang kasi few idea tuk soalan serasi bersama. Daripada kurang 1 soalan sampai terlebih2 6 soalan. Hambik ko. Main game tu sampai lebam ek.

So Biqque, selamat bergumbira bersama keluarga ek. Enjoy ur weekend. Selamat dalam perjalanan dan selamat balik KL. hey Skin, ko p gak kan? So enjoy lah bersama-sama Family Pak Ein ek.. da..

p/s: IP not in town so leh horrey horrey..

Wednesday, September 7, 2011

Official Photo Challenge Balik Raya 2011

It's officially posted to the blog. Photo Challeng Balik Raya 2011.




meh cerita syarat2 dlu..
A) Setiap gambar MESTI ada Blogger. (and to this blog, the blogger is ME)
B) Setiap gambar MESTI pegang/letak/lekat kertas A4 tulis "PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2011". (siap2 print leklok. print 2 version tp pkai nye satu jerk)
C) Setiap gambar MESTI kena pakai baju raya.( x di nyatakan baju raya baru ke lama so ade pic yg aku recycle baju raya thn lepas - janji baju raya)
and so, the task are.. (satu task satu gambar aku kasi). thn lepas ade kesinambungan thn ni ade di sebalik tabir plak. nti aku upload ek.. for now.. enjoice.

1)Blogger bergambar sebelah/dengan polis sambil makan kuih raya. Kalo polis tu tengah bertugas dan tak leh makan, korang je yang makan. Tapi kalo polis tu makan skali, bonus disitu.
dgn gigih nye aku mencari polis. igt nak p brenti tepi jln amek gmbr gn polis traffic kt hway yg tgh break duty tu.. ye ah.. dr depa dok saja xwat pe.. ade yg gayut kt hp le.. tdo ler.. lepak saja ler tp xdpt plak.. sbb pos polis traffic tu mmg xseswai nak brenti n amek gambar.. hakikat nyaris kena saman n minta kebenaran nak bergambar pun xboleh jadinya aku terjah balai polis. Jumpa ketua balai n minta permission. Hasilnya..

bergambar dgn mereka2 yg sporting nih.. hahaha.. beria-ia abam polis ni mkn kuih raya. tp sorry le ek cik-cik n abam polis.. saya bwk kuih raya jer.. air nye x sediakn skali.. (seb baik xde yg tersedak)

2)Blogger buat huruf “RAYA” dengan tubuh badan. Boleh guna orang lain untuk tolong Blogger dan boleh combine gambar setiap huruf yang dibuat.
Gigih wat task ni lepas settle kan task gn abam polis tuh. Wpun dh buat tp kena buat lg ats sbb2 yg xdpt dielakkan (salahkan IP yg amek gmbr yer..) So jgn gelak tgk gambar2 combine aku ek..
 

3)Blogger bergambar depan rumah kampung yang kosong sambil pegang buluh lemang. Kalo rumah kampung tu nampak spooky, lagi bagus.
bab ni dh byk rumah kg yg aku jumpe.. siap ronda jauh2 lg tp xbrenti amek gambar sbb x bwk buluh lemang (1st raya). then bila dah jumpe mmg spooky gile bile adik IP ckp amek gambar kt satu rumah ni.. mmg ade kes ponti la plak. as amek gmbr time raya (hantu setan sume dh terlepas) jd aku xmo lh amek gmbr situ. buat nye ponti tu ikot balik dh kes naya diri sendiri plak. bak kata bakal biras, kuar msuk utan xde plak yg mengekor balik, p amek gambar nti ade yang sangkut ikot balik plak. huhuhu.. simpang malaikat 44.
 
so pic ni taken 2x. jgn komen kata nmpk yg bukan2 ek.. sepuk kang. hahaha.. ni raya yg ke.... lost track suda.. rumah kampung x kata rumah batu ka, kayu ka.. skg kampung dh moden.. ade yg dh naik banglo. so aku kasi rumah kosong.. fesyen cm rumah cina. tp xtau le sapa owner asal umah ni ek.. nak amek gmbr dekat2 agk cuak.. baik kita *larik**

4)Blogger bergambar tepi highway dan mesti nampak jalan highway tu serta kereta yang tengah bergerakKawasan R&R tidak dibenarkan sama sekali ye.
IP kata odw blik KL singgah tepi jln dlu. so exit dr Air Keroh Melaka arah KL cpat2 brenti tepi jln. nak brenti selepas tol tiket tu nti katanya mengganggu plak. so jln dpn sket terus IP brenti.. kalut2 turun keta n amek pic.

buktinya aku berada di KM197.4 Lebuhraya PLUS arah Utara (KL ler). pueh ati den!!!

5)Blogger main papan gelongsor sambil makan ketupat nasik. Lagi besar papan gelongsor tu, lagi banyak markah korang dapat.
motif petang raya p taman smbil jinjing ketupat nasi?
untuk ini....

terpaksa bwk hero kecik nti dia nanges plak bila cik puan xde kt umah.. main gelongsor sambil mkn ketupat.. seyh.. gelongsor tu kecik yet aku ni besar..(ops) hahaha...

6)Blogger menjadi nelayan yang tengah memancing/menjala mengunakan umpan kuih raya di tepi tasik/sungai/laut. Pepandai la korang, aku tatau!
Sungai area Batu Pahat. selepas sakan beraya kt Muar.. odw blik singgah sini.. sekali lg terpaksa bwk budak montel ni sbg peneman.. nti dia nanges teriak segala.. lg hebat dr hujan di langit.. o-leyh!!
 
kuih tu sangkut tang buntot je kt mata kail.. (keja IP). air time ni tgh pasang penuh.. pelantar dh basah gn air sungai.. cpat2 naik.. smpai kt keta bakal adik ipar kata sungai ni ade buaya.. choi... seb baik buaya tu x rembat umpan kuih raya aku.. hahaha...

7)Blogger menjadi SUPERHERO RAYA dengan memakai pakaian raya. Kena la nampakkan kan ciri-ciri superhero tu walaupun baju tu baju raya. Ikut creativity masing-masing.
aku x paham cane nk buat. cik puan kata wat ala2 tlg orang gitu.. aku pk cm nk sangkut kucing ats pokok n buat2 selamatkn kucing tuh.. end up? enjoy pic..
 
ats pala ade songkok.. kt leher ikat sampin.. ni sume keja IP. aku tau lompat jer.. jd bahan gelak kt bakal mak mertua aku.. dh la pestaim raya BP. wat mcm2 kerenah plak. tp yg best.. depa layan kepala aku ni.. sume okayh...

8)Blogger mengayuh basikal sambil junjung sebalang kuih raya di atas kepala.Kaki tak leh pijak tanah ok!
gigih petang raya lepas task ke-5. asik jatuh je.. (x balance). siap kena gelak gn jiran cik puan. ank2 dia tgk aku cm xpuas ati je.. (gila kot minah nih). hahaha...
 
jenuh nak kayuh basikal ni sbb basikal ank buah aku.. kecik plus tayar xde angin.. kayuh laju2 gn berat aku lg sure bengkok rim basikal nih.. hahaha... perhatikan betul2 kaki tuh.. xpijak tanah ok..

9)Blogger bermain tanglung (lantern) di waktu malam di hadapan orang bakar lemang. Tanglung boleh buat sendiri, atau beli kat kedai apek mana-mana. Kedai sembahyang cina pun ada. Hahaha!
tanglung beli kt carrefour btho. melayan ank2 buah sblm raya. (kena pau gn ank buah)
simpan tanglung smpai jmpe org bakar lemang tp sume pakat bukak siang hari je, bila mlm tutup kedai.


jadinya terpaksa beli lemang n bakar sendiri. orang yg membakar tlg amekkn gambar n bakal pak mertua sebuk tlg letakkan bara kt lemang tuh.. hasilnya semua org bau asap. (alasan nyamuk x dtg hinggap).

10)Blogger sedang makan juadah hari raya (lemang/ketupat/rendang/kuih raya) di atas pokok, sambil sebelah tangan pegang senduk nasi. Ha amik korang, gambar penutup!
betul punya gambar penutup nih. cm biase jd bahan gelak dek bakal mak mertua sbb berkejaran ke dapur cari senduk nasi. muahaha...
 
panjat pokok rambutan kt umah IP. seb baik xtinggi pokok nih.. klu x, haru aku.. ade kesah disebalik task ke-10 nih.. nti cite di sebalik tabir ek.

so, penat sudah melayan 10 task smpai lh ke mlm terakhir sblm di upload. gigih IP sbb tau hadiah thn ni ade tiket flight lg (tp awk leh g ke IP? kn dh kena bar dek imegresen). mcm2 hal, mcm2 kerenah dan mcm2 akal demi nak siapkan Photo Challenge nih. jgn sok thn dpn suh bersampan ats tanah sudah ler.. jenuh aku weyh.. hahaha...

so ChawannaBiqque. sila lah minta juri hakimi dengan penuh adil dan saksama. markah saya biar byk yer.. muahahaha.. so.. tunggu keputusannya 12 Sept 2011 nti.. da...

p/s: di sebalik tabir akn kuar x lama lg.. nantikan...


Wednesday, January 19, 2011

JOM GEGAR BLOG


yeah... kita kasi GEGARRRRRRRRRR...

weh bloggers n readers ... JOM GEGAR BLOG... kali ni abg ben nak kasi gegar blog2 yg ado.. hahaha.. bunyi cm gempak2 kn.. kita tgu hasil nya.. abg ben,. jgn lupe GEGARRRRR blog baby kayh...

jom kita tgk blog2 lain plak.. leh jd follower..leh jd silent reader.. mek x kesahhh....janji ade tinggalkan signature.. weeeeehooooo.....

Wednesday, December 29, 2010

Saya Blogger Selangor

1. Saya blogger Selangor...

2. Sesiapa yg dari Selangor boleh lah terus ke sini -->>.link

3. Nama ? cm dh termaktub kt blog nih.. sila pangei aku babyarisha @ baby @ arisha. mana2 pun terima...kenapa babyarisha? nti aku wat satu entry tuk nama tersebut. sekian.

4. Status? single but not available.. currently ade bf.. *kot-dia tu bf aku ke x ntah la*. tp sbb dh dpt lari dr soklan bile nk bwk bf jmpe makpak (soklan dr bapakku) aku anggap aku msih single n available krn xde org yg berani ckp kt aku nk msuk meminang.. hahaha..

5. Hubungkait? ops silap.. hubungi aku melalui fb: cik alin babyarisha, twitter: babyarisha, ym/gtalk: babyarisha dan yahoo mail/ gmail: babyarisha. <--xdak commercial value nama nih..

6. Daerah/jajahan? jajahan tuh dh cm blaja sejarah lama plak.. hahaha.. kira2 daerah Petaling Jaya le kot-jgn tye pape psal PJ kt aku.. aku xtau!!!

7. Tmpt tinggal? Kelana Jaya/ Sunway - wah..wah..mcm playground plak.. tp tuh le tmpt yg aku slalu ade.. cm pit stop plak ek.. klu xde kt 2tmpt ni makna nye aku pegi cari playground baru le tuh..

8. Tmpt menarik? Sunway Lagoon.....tuk budak2 menarik le kot.. Sunway Pyramid.... tuk shopping/dating/ movie.. tp kt Kelana Jaya ada banyakkkkkkkkkkkkkk kedai makan/restoran specially kt area dataran glomac tuh.. ala senang cite kt area2 bank cimb/public bank tuh ler.. mewah mkn ler kn.. lg yg menarik selain menolak? pasar mlm. isnin kt kg lindungan bulan, selasa kt jln utama SS3, rabu aku p jauh sket kt penchala n sabtu kt wisma FAM. menarik kannn.....

yesza... wpun aku terlepas pandang kategori sahabat blogger mengikut negeri nih tp aku gigihkan dlm gigil buat entry nih.. thnx to dear amy sbb dok melepak kt page dia le aku terpanggil nk ke page BPM. ade TT session tuk blogger Selangor? sila tgl kn komen.. insyallah aku akn hadir bersama supir.. (xnk tgl supir nih-nti dia sesat aku yg susah ati, aku sesat xpe). Selamat datang blogger Selangor...

Wednesday, December 1, 2010

aku blogger so what!!!


terjatuh ke laman abg ben ketika sedang mengendap dari tingkap ako setelah keseorangan bermain pasir di tanah biqque *aku kt tepi pantai ke, kt depan rumah orang nih?

sapa aku? terang2 kt blog nama aku.. hahaha.. x ah.. nama sbnr aku bukan babyarisha.. lain2.. igt lg dlu kecik2 blik dr skolah tadika sure nanges2 nk tuka nama.. kunun nama aku x sedap.. kwn2 ade nama siti ada aida ada sharifah segala.. nama aku xde siti.. xde sharifah.. siap pandai2 reka nama lg letak 'siti' kt depan nama sbnr kunun cm cantik.. tp bile ibu dok pujuk2 x jln gak last2 ibu ckp klu nk tuka nama kena buat report polis. sbb? sbb nye nama skg dh ade ats surat beranak.. kena report polislah.. buat surat kt pejabat pendaftaran lah bg alasan utk tuka nama lah.. kena denda lah.. nti byk soal lah.. n bile dgr nk kena report polis buat aku terdiam kunun mati niat nk tuka nama.. ibu pujuk2 kata nama aku lawa gak sbb ada 'nor' kt depan dia.. sama mcm kakak2 aku gak.. dan arakian kalinya aku terus xbukak mulut psal tuka nama nih (seb baik bgtau ibu je.. klu bgtau abah haruslah aku kena marah.. fyi: abah aku garang).

time tadika aku aktif kelas menari.. kira juara lah tuk tadika daerah tmpt aku membesar dlu (datuk keramat).. smpai aku darjah dua pun still g kelas tadika tuk latihan menari.. ms tu ade kes hantu su**.. korunk igt x cerita ni? xmo cerita pjg2, ni bukan blog hantu... ni blog aku.. tp nk cerita ms tgh menari2 kt kelas tibe2 dgr org bg salam dr luar kelas.. cikgu plak mmg kt dapur buat susu ank dia.. n sum1 dlm ramai2 geng menari aku jerit kunun nmpk org kt tingkap tgh mengintai.. yg menjadi kepelikan.. luar tingkap tuh xde tmpt pemijak sbb kelas kitorg kt tgkt 1. cuak x? cuak x? smpai cikgu pun cuak.. semgu xde latihan menari.. 

time skolah rendah aku bukan pengawas..bukan pengawas perpustakaan, bukan ketua @ penolong ketua darjah.. aku antara yg namanya naik kt papan hitam sbb buat bising.. aku slalu geng gn dak lelaki sbb dak2 ppuan yg cun2 dr aku asik kena usik je.. sbb xnk kena usik aku geng le gn dak lelaki.. bijak x aku? bijak... terima kasih..

skolah menengah smpai 2.. tamak tol.. hehehe... x..x.. tingkatan 1-3 kt ampang.. pastu sambung kt kampung aku skg ler (PD)..pastu fail spm.. xde le fail tp result corot.. ibu kecewa.. abah marah giler.. tp abah ade pesan lepas aku nanges2 hebat "tomorrow is a new day" pesanan yg aku igt2 smpai skg specially sblm tdo bile dok pk byk nyer masalah... byknye benda nk kena setel esok hari.. n aku pesan kt diri aku.. 'esok adlh hari yg baru.. semangat sikit'

msuk kolej mara melaka pun pndai2 isi borang sendiri.. bile part nk reg kena bwk slip gaji bapak/penjaga br lh aku mintak kt abah aku,.. br lh bukak mulut kata dpt blaja kt kolej mara.. result xgempak le sbb aku bukan budak pndai tp berjaya gk le naik pentas dan menggenggam segulung diploma.. dip sajerk... skg br ade inisiatif nk dptkn ijazah wpun dr dasar jarak jauh.. jauh ke PJ dgn Serdang? hahaha..

koje? jgn ckp..aku blaja wat akaun tp aku lg terror wat admin.. hehehe.. dr keja kilang smpai le kompeni minyak turun ke kedai nasi ayam n sangkut kt syarikat i.t.

pjgnye kesah aku.. aku kenal blog masa aku berjinak2 nk men ym.. mirc ni aku x minat sbb ms mirc popular aku br form 2 kot.. xde duit nk g cyber cafe. bile dh keja.. dh ade internet kt pc br ler kenal ape tu blog.. cane leh jatuh ke laman kak merah pun aku xtau.. tp sbb teruja tgk dia tulis hal dia n family dia dlm blog menyebabkan aku terjebak juga.. tp aku lebih suka membaca blog orang dr update blog sendiri.. hahaha.. (malas namanyer).

dluuuu...dulu la ms start blog ni xheran ape org nk ckp.. aku pk yg elok2 je.. think +ve kata.. smbil2 bc blog org lain... kasi komen.. leh buat diorg singgah blog aku.. leh ade kwn.. dgn blog ni aku kenal beberapa org yg skg dh jd kwn aku.. xterlintas di otak slow aku yg blog ni leh jd pemusnah klu xkena cara... -ve nye bile ade org yg guna isi kandungan penulisan blog aku ni tuk hentam aku balik.. n 1 think yg buat aku pns ati dgn blog bile yg membaca tu xreti nk guna kotak komen tuk tanye aku.. terus2 mai kt aku @ ym aku tye kes yg ptt aku jelaskn dlm blog. bile aku ckp tulis kt kotak komen xnk sbb kunun nye nk tau sendiri.. abes tuh.. klu aku nk cite directly kt seseorg watpe aku bukak blog n bg ko baca? ade pk x korunk.. penah jd cmni x? lg 1 hal bile ade org guna blog aku utk hentam aku dlm blog dia.. *ade org info nih* selamat lah org tu dok blogging sajerk sbb xleh nk kalah dgn aku kn.. hehehe... korunk leh kategorikan org ceni part +ve @ -ve ek.

blog aku utk aku.. korunk nk baca boleh je.. nk komen mmg le.. klu x, xkn aku bukak kotak komen kn.. nk kutuk? aku anggap satu kutukan membina klu kena cara.. nk glamer?ntah!!! xpk part tuh.. maaf.. aku ni jenis lmbt nk mesra gn org baru.. tp bile dh kwn gn aku.. aku mmg jg kwn2 aku..terbaekkkk....

bangga? ofcos ler.. sini le tmpt aku luahkn rasa.. tmpt aku nk cerita.. tmpt aku kenal blik siapa aku n ape kisah aku dulunyer.. sini juga akn jd tmpt aku tulis sejarah silam aku.. tulis sejarah yg akn aku bina.. *ehem..ehem..* dan blog jugak aku akn tunjuk kt ank2 cucu2 aku nti... *klu ade ler*

abang ben.. tabik spring *toing-toing* lah sbb bukak segmen nih,. aku pun xpenah pk nk wat ceni.. pjg akal ko ek bang... link kt blog ko leh jd bahan bacaan aku bile boring2 kt opis.. *xde keja da*.. hehehe...