Thursday, July 24, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Ramadhan dah nak melabuhkan tirai. 4 mlm terakhir ni moga2 kita diberi limpah rezeki yang halal dan perlindungan dari segala mala petaka. Kita dikejutkan dengan berita kehilangan #MH370 diikuti dengan kejadian #MH17 ditembak jatuh. AllahuAkbar AllahuAkbar, berat sungguh ujian Ramadhan tahun ini. Bukan sekadar ditangisi oleh keluarga dan sahabat handai namun rakyat Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya. (ni ayat SPM yer).

Buat yang akan pulang berhari raya di kampung mahupun bandar. pastikan kenderaan anda diperiksa baik dari minyak hitam/ isi angin tayar/ air/ servis n bla bla bla. pastikan bergerak ikot jadual yang ditetapkan oleh pihak PLUS (ini bukan penaja entry saya) ataupun bergerak awal pagi selepas tidur yang cukup. 

Macam biasa ai is no kampung (cheh.. bahasa apa ni) so akan menumpang kasih di kampung suami ai ols. #eh not all ek.. ai is no madu2 so puhlis jangan nak datang raya salam cium tangan minta kebenaran nak kahwin ngan laki ai. mintak simpang occay.

ni jangan nak update cerita kunun rumah tangga bergoncang la, gaduh la, sihir la, curang la segala ok. 
ai cari gambar family takde plak lam pc so amekla gmbr kenit pipi bulat ni. both pic masa sambutan raya tahun lepas. n please please please pretty please jangan la nak kutuk kata kejap bertudung kejap togel. kalau tak suka muka ni dok kuar kat screen uols sila klik 'X' kat atas menu bar tuh. ai ols tak tanggung jawab nak menjawab kunun aurat la.. pkai tudung ikot trend la.. tak ikhlas la.. ai bukan retis k. so there is no issue of berhijab or menghormati bulan ramadhan segala. so my blog my way of writing. tak suka boleh angkat kaki. 

ok takmo panjang2 cadangnya nak buat ucapan selamat jer. kan dah melalut sampai ke laut. so this will be my ucapan for u ols out there.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

lau makan rendang ketupat lontong dan lemang tu ingat2 la ai yang di perantauan nih (cheh.. xseberang laut kita perantauan ke?) still demam n pening coz ade 2 lagi biskut raya tak siap. aduyai.. tolong mek. 
dikesempatan ini nak bgtau blog akan berehat sebentar untuk sesi beraya, salam raya, makan raya n kutip duit raya (tuk kenit ek). kalau rajin ai hadpet dari kampung. lau tak rajin (takde peluang sebab MIL dah tunggu menantu hantu ni balik tolong buat kerja) memang bersawanglah balik blog ni. de-doa le kot habuknya sikit jer.. jgn sampai bersawang pulak. ouch.. 

okbai korang.. ai ols dah mood balik kampung.. jgn speed ok.. ade AES. harus melayang duit raya anak nanti nak byr saman. ops. shopping raya tak settle lg.. takkan nak togel je p beraya umah sedara mara.. 
'darling, tudung ai tak beli lagi la)))))))))'

No comments: