yer.. kali ni entry nak berborak tanpa topik. sebab nye 3hari cuti aku habiskan masa kat rumah jer. benak jap otak aku nih. sampaikan aku tak boleh nak ingat ari sabtu aritu aku buat apa..p mana. teruk kan? kalah orang tua dah nyanyuk plak. yang aku ingat! ahad pagi eksaited nak g temerloh layan patin hakikatnya tak tercapai dek akal sebab kansel last menet. pagi nya aku ngikot IP try trek baru kat pulau meranti. ada kawan dapat toy baru kan.. kena la test. seb baik le abang syukor tu banje makan ayam kampung n patin. terbalas le dendam nak layan patin bakar.
aku dok tengok IP ni panjang akal sikit. suka cantas plan aku kalau dia tak leh nak mengjoinkan dirinya. ok takpe2. ada ubi ada batas. esok2 chance aku plak cantas.
isnin cuti ganti tuk xmas yg jatuh ari ahad. so bermalas2an lg kat umah. tu pun aku paksa IP teman g pasaraya sebab nak beli brg kek. alasan aku, telur dah abes kentang dah abes nak beli cat litter tuk Oren lagi tapi sebenarnya aku nak cantas dia kuar g jmpe kawan dia. bijak tak aku? hahaha.. "dear IP, if u read this.. i can read ur mind sayang"
makanya lepas kuar membeli belah tuk syurga idaman a.k.a rumah aku di mana aku sempat merembat beberapa barang membuat kek. dah takleh hold IP sebab dia berjanji2 aku lepak le berdua gn Oren je. (kalau IP ada pun bukan boleh mengulit aku. dia rela mengulit LR tu). so lepak baring layan repeat maharaja lawak mega berulang kali dalam malas2 aku mengulit si Oren maka aku merajinkan diri buat kek. aku takleh nak share gambar kek sbb aku lupa nak amek. dan yang pasti kek aku kurang manis kurang rasa coklat kurang gebu sebab aku kedekut gula tambah serbuk koko tak ikot sukatan yang diberi dan salah teknik semasa mengacau bahan2 basah dalam mixer (adakah ianya punca?) tetapi kek aku tidak bantat cuma selepas masak kek aku jatuh mengecut bukan mengembang sekali lagi gara2 tak ikot sukatan. Cikgu kata tambah baking powder aku dgn berlagaknya pkai tepung naik sendiri kunun perasan kek akan naik cantik tapi pukul dlm mixer kejap jerk. DANG!!!!! rasakan.. tapi ok le.. nxt time leh buat lg 1/2 sukatan sebab aku takde acuan kek yang besar. semlm tu leh dpt le 1kg kek.. lum tambah lagi coating coklat nye.. aku malas nk double boil coklat masakan.
dan hari ni aku serasa-rasa seperti hari isnin tapi sebenarnya dah hari selasa. aku ada kerja pending tapi tak boleh siap sebab semua yang sepatutnya telah bercuti.. cis.
No comments:
Post a Comment