Saturday, December 31, 2011

The Finale

FUH!! berjaya memujuk IP tuk aku stay kt umah je melayan Maharaja Lawak Mega Final.


selalu memang missed live-telecast Maharaja Lawak Mega ni sebab Jumaat malam sure aku ade TT gn geng MLM. SO Maharaja Lawak Mega bersiaran dari Stadium Melawati Shah Alam. WOW!!! dengan hanya 4 kumpulan ke peringkat akhir, lawak mereka buatkan aku tertawa terbahak-bahak sampai sakit sakit dada. Dan aku perkenalkan peserta akhir Maharaja Lawak Mega:

Saehu. Group dari Indonesia yang bertahan hingga ke peringkat akhir. ada antara lawaknye yang tak berapa nak menjadi tapi kan.. dah rezeki diorg.. takkan kita nak nafikan.

Boboi. sapa yang tak kenal Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik. derang dah ada nama kat Malaysia ni. kata orang dah establish lah. Tapi Maharaja Lawak Mega ni untuk orang yang dah biase dalam cerita lawak/ komedi antara tiga negara (Malaysia, Indonesia & Singapura) so derg tag team n buat group Boboi. Lawak derg mmg jenis yang terkini la. memang ikot trend semasa. Contoh? HSB jadi Najwa Latif. funny eh..

Osbon.. kira otai lah.. Mr.Os ngan Abon. n damn Abom ni terror gila berpantun. mana ntah dtg idea tuh.. serius aku jeles. padan muka aku sendiri gak.. masa sekolah tak nak serius blaja bahasa melayu..


Syok ni gabungan dua negara. Singapore dan Malaysia. aku kenal Ifa Raziah jer. sorry aku jarang tgk tv Spore. klu tgk pun bila aku balik kg (mak aku asal dari sana)

Keseluruhan lawak 4 group ni memang best. ade few parts yg boring tu biase lar.. xleh nak elak. tapi yang buat aku ketawa terbahak bahak sampai terkentut kentut ialah....

Jozan!!! Haram jadah nye lawak. sesuka nak kutuk juri la nak promo diri sendiri la. oyer.. diorg dijemput tuk promo Raja Lawak 6 thn depan. mesti nye aku follow! ye aku ulang sekali lagi.. aku kentut bersama gelak aku masa Jozan wat lawak tadi. Sorry, bukan kutuk Jozan tapi terlepas kentutsbb perut penuh angin. Ops. aku makan yer malam tadi. 

Dan yang paling mendapat perhatian malam tadi ialah....
.
,
.
Hero file Ombak Rindu.. siapa lagi kalau bukan....

Aaron Aziz. wat a fenomena! 

sampaikan lebih 3x le cameraman tu dok aim kat Aaron Aziz ni wpun peserta tgh buat persembahan. Maybe cameraman tu tau dah part tu boring so dia fokus kat Aaron Aziz ni. sure ramai awek2 yang makan ati n rasa hiba sbb tgk eron ni kat tv je n tak dpt tgk live berdepan. korang layan Ombak Rindu je lah ek. 

So winner of Maharaja Lawak Mega is OSBON!! followed by Boboi, 3rd place is Saehu n 4th is Syok. ok lah tu.. puas ati kan? tak puas ati sila kumpul duit byk2 n buat rancangan lawak sendiri. pastikan hadiah nye menarik ok. hahaha... Lawak final ni akan sentiasa diulang baik kat Astro Warna atau Youtube. (aku le tu yang dok ulang). till Raja Lawak 6 pulak bersiaran..

dah.. aku nak tido..nite2..

1 comment:

sW33tdARLiNG said...

tgk online jer.. tahniah untuk osbon