Assalamualaikum w.b.t. Salam Sejahtera dan apa khabar? moga semuanya sihat-sihat belaka. (amek contoh aku yang makin sihat ni. Alhamdulillah).
Hari ni aku nak cakap pasal Hijrah. Ops.. post ini tiada kena mengena dengan kisah pergi Haji yer.. tu nanti kita buat post khas lain kali pulak. hehehe...Apa maksud Hijrah pada korang semua? (Peringatan: blog ini tidak bertukar ke blog keagamaan, sila jgn salah tafsir).
Umum tau maksud Hijrah ialah perpindahan atau berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain. Kategori nya seperti berpindah dari Kuala Lumpur ke Johor. ataupun dari point A ke point B. Hijrah atau berpindah ini juga mestilah dengan niat yang baik atau berhijrah ke arah kebaikan atau positif. Bukan sahaja berpindah dari satu ke kawasan lainnya tapi juga perpindahan dari perkara yang tidak elok ke perkara yang lebih elok.
Kedudukan seseorang dari segi pangkat juga boleh dikategorikan sebagai hijrah. Status juga dalam kategori yang sama. Jika selama ini asik dok pegang status single atau Ms. J tup-tup dapat kad undangan akan bertukar status ke isteri orang a.k.a kahwinlah. Tuh pun kira penghijrahan gak tau. (psst, psst,... hehehe..)
dan antara penghijrahan yang ditunggu-tunggu segelintir umat Islam kaum lelaki ialah apabila wanita-wanita mereka mula mengenakan pakaian yang tertutup, melindungi rambut mereka daripada tatapan umum. A.K.A bertudung lah! Umum kat sini dah tahu aku tidak bertudung. Niat tu tersemat di hati dan bila segelintir wanita di luar sana yang seperti aku jika ditanyakan bila nak bertudung jawapan klise ialah tunggu sampai seru (nak kena seru cam cite hantu tuh kot) atau Insyallah (kita hanya merancang). Dan bertudung atau menutup rambut adalah perkara wajib untuk kaum wanita yang beragama Islam dan baligh namun aku tak nak panjang-panjangkan perkara nih. Biarlah penghijrahan itu berlaku ikhlas dari sudut hati anda. Yes!! nanti aku bukak ruang bab bertudung ni sahaja. kita tengok sejauh mana ustaz-ustaz ni rancak membangkang.
So korang teka lah part mana aku dah berhijrah nih.. hahaha.. those yang kat opis dah tau le cerita aku. ni tuk those yang tak tau boleh lah cube teka. tapi tak ade hadiah ek sebab aku tak buat contest pun. hahaha..