Friday, June 25, 2010

awak..
kenapa ade orang jahat dan orang baik..?
kenapa tuduh orang itu jahat dan membangga orang ini baik?
apa maknanya jahat dan apa erti nya baik?
adakah sebab orang tu pernah buat salah kita leh tuduh dia jahat?
dan kerana ada orang yang mengaku kesalahan dikira orang baik?
camtu ke awak?kenapa ramai orang menuding jari pada yang membuat kesalahan?
kesalahan itu sengaja atau tidak tanpa akal fikiran panjang kita menuduh mereka jahat
dan hanya kerana segelintir mereka mengaku kesalahan, berkata insaf dan bertaubat kita kategorikan sebagai baik.
awak..
saya tak faham mana baik dan mana buruk nya..
kata ustazah, semua terletak pada hati..
dengan niat..
terkadang orang bertindak mengikut hati
tanpa memikir dengan akal
natijahnya?
awak pun faham maksud saya..
kenapa ya, orang sekarang mendabik dada dengan jawatan tinggi mereka.
tidakkah mereka berfikir yang darjat tertinggi milik Yang Maha Esa.
kadang-kadang saya malu..
kenapa perlu mengungkit kisah silam
kenapa perlu gah mencerita hal orang
tanpa fikir dalam diam membuka pekung didada..
awak..
perlu ke kita berhenti bicara.
dan pandang diri kita dalam cermin
menginsafi diri pacal yang hina di sisi Yang Esa.
berhentilah menuding jari
berhentilah bercakap gah
berhentilah menghina
berhenti untuk berkata tentang orang lain..
awak..
saya berhenti di sini
menginsafi diri sendiri.

No comments: