Thursday, December 8, 2011

Today Story: Kucing Makan Durian??

Wah..tajuknya poyo. "Cerita Hari Ini". Uwekkkk *jolok tekak sendiri*. Tapi memang nak bercerita pun arini, tapi bukan cerita 'Si Kancil dengan Buaya' ek. Ni nak cerita kisah kucing makan durian. Yer.. Kucing makan durian. kalau dah biasa dengan cerita durian ditepuk tupai kali ni durian tu dikopek siap2 dek budak yg meniaga buah durian itu lah. hahaha...
Thanks to IP sebab belanja makan doyan nih. dah few days gak usha.. dalam perut penuh layan steamboat still nak sumbat doyan gak. Odw balik pas dinner tu IP tanya, nak doyan tak? aku yang sejak dua menjak ni leh terima bau & rasa doyan tapi kepelikan sebab tengok perut IP yang membulat tu, leh lagi ke masuk makanan. Siap tanya lagi, muat lagi ke nak sumbat doyan plak? IP jwb, sikit2 ada la tempatnya. Dan hasilnya 4biji durian berharga RM10. (Sorry lupe amek pic!)


OK, sebelum melalut entry kali ni bukan nak cerita makan doyan sedap ke tak tapi nak cerita budak kecik ni makan doyan.


tengok gambar wat aku sakit hati. Masa kasi makan memang la kelakar.. terkekeh2 aku gelak. Kucing makan durian? OMG.. of cos aku tak tau yang kucing makan durian okay.. sebab dah sekian lama aku tak membela haiwan. sebab tiap kali bela sure berakhir dengan kematian. Dulu kecik2 bela kucing, siap beranak-pinak segala tapi ade yang mati, ade yang hilang merayap ntah ke mana. Pastu bela ikan laga, kena picit dek anak buah aku.. harusnya dibuang saja. Bela hamster pun ntah mana silapnya semgu je dah keras. *sedih* ops.. jauh melalut. So bila Oren ni beria-ia makan doyan buat aku makin suka je nak kasi2 kat mulut dia.


Hey, bukan sikit2 tau Oren makan. 3ulas yang dpt aku langsaikan tu sume kongsi gn Oren. Kalau tak kongsi, jgn kata naik ke badan sampai ke kepala aku nanti Oren ni panjat. Dan buat aku terlebih excited sebab Oren ni beria-ia lah menjilatnye sampai taknak kongsi ngan aku. Lau cite kat mak aku sure dia pun sama excited.


Cam ari tuh balik kg, mak aku dah lorat2 ikot aku g kat kereta ingat kan nak tolong angkat barang rupa2nya dok tanya Oren mana, bawak Oren balik sama ke? *pang* berpinar bijik mata. aku ni dia xde plak nak tanya sihat ke tak, jalan jam ke.. dah makan ker, kucing yang dia tanya dulu. OK fine! aku explain, balik sehari je takkan nak bawak. Dah siap2 kasi makan tukar cat litter so takpe lah tinggalkan kejap. Masuk rumah salam gn bapak soalan sama cam mak aku kasi, Oren mana Oren? *tuss* sentap ati aku.. tak tanya pun aku dah makan ke belum, kenapa sampai lambat, ade roadblock kat tempat biase ke (tiap kali balik ikot Jalan Sepang Bukit Chuah sure kena roadblock depan balai polis. sorry nama balai aku lupa.) ni kucing gak yang dia risau kan. Eh mak, bapak. tuh kucing ye bukan cucu! *nanges merajuk*. Ni gara-gara aku bawak Oren balik kampung aritu le tuh. 

Owh..siyes kat korang yang ada kucing dan fav fruit korang adalah doyan. Sila abaikan ngiauan yang sedih minta simpati kuing korang nak merasa doyan tuh. Sikit pun jangan kasi. Nanti korang akan sengsara cam aku.Sebab aku cakap ceni? sebab aku dok sebuk basuh berak kencing muntah Oren yang bersepah2 kat dalam rumah. mungkin gara2 panas makan doyan. 

nota: rindu nak makan doyan reramai kt kampung. ergh!!

2 comments:

Ely Hasrul said...

ha aku br nk ckp mau dia kepanasan hahaha tp bese gak kucing nih kadang sume dia nk telan hehe..

babyarisha said...

huh.. bukan semua bende dia nak telan.. aku kasi nugget goreng xmo plak dia makan.. smpai ke pagi td aku masih jadi maid kat umah sendiri, Oren ni men ikot suka nak melepas kt merata2.