Wednesday, December 31, 2014

Bantuan Kemanusiaan

Negara dalam kesedihan..
Hujan
Banjir
kemusnahan harta benda..

Bantulah mereka ini walaupun sedikit cuma..


I've been in their shoes years back..tangis saja yang dapat melepaskan rasa hati.. 
harap mereka yang terlibat bersabar dan bertabah.
bertahanlah sedikit masa lagi.. 
akan ada yang membantu dan menghulurkan tangan.

p/s: banjir dah surut baru kita cerita bab terkandas dalam hutan yer..

Thursday, December 11, 2014

Derma Darah

Saya tak pandai nak cerita panjang. sila ke gambar ihsan google di bawah


jadi ambil tahu kumpulan darah anda, dan kumpulan darah yang boleh anda derma dan terima.. 
mungkin ini sedikit sebanyak dapat menyelamatkan nyawa anda.. Insyallah.

Thursday, December 4, 2014

Buku Merah jangan lupa bawa

Buku merah jangan lupa bawa yer...
valid every 3 month
Insyallah ia akan membantu orang di luar sana..

ini buku merah saya... baru pertama kali mencuba walaupun niat tu datang awal sejak zaman kolej.
tapi masa tuh kekurangan berat a.k.a ringan so lupakan saja niat tuh..
but now2 saya dah bertambah berat jadi bolehlah mulakan amal jariah yang tak seberapa ini..

owh.. kenapa nak derma darah? semua datang dari abah saya.. dia yang start dengan kebajikan yang tak kecil ini.. dan dari kecil saya jeles bila makin hari makin penuh buku merah abah.. dan sekarang abah dapat rawatan hospital dengan percuma hanya menunjukkan buku merah yang dalam simpanannya. tapi takde la rawatan berat-berat pun. sekadar check tekanan darah, kolestrol, gula dalam darah dan perkara biasa untuk orang yang dan banyak umur. 

it only takes not more than 20mins tuk 1 bag of 450ml. how? pas nurse cucuk jarum tu and darah dah keluar boleh lah start squeeze your hand, nanti darah akan keluar dengan kadar tekanan jantung.. but the process of 30mins start dari register, interview, explanation until la dah setel and nurse cabut jarum dari tangan. it was my first experience. seronok. and i will continue doing it every 3 month. unless la kalau mengandung lagi kan. last year takpat derma sebab breastfeed baby, before that pregnant. now i'm free from hindrance so Insyallah I will continue my journey of blood donation. it might help to save peoples lives. Insyallah. 

To those yang nak menderma darah dan tak tahu caranya bolehlah layari website Pusat Darah Negara dan merujuk pada info di sana.. jangan tanya saya banyak yer sebab saya bukan duta Pusat Darah Negara dan ini bukan iklan berbayar. mungkin post ini memberi inspirasi pada rakan-rakan di luar sana mungkin juga dapat memberi sedikit informasi dan dapat membantu mereka yang memerlukan. I will share my next blood donation journey. Insyallah.

Friday, November 21, 2014

2014 MyLandy & Friends Jamboree

Lokasi: Pantai Balok, Kuantan, Pahang.
Hari: Sabtu
Tarikh: 22 Nov 2014
Waktu: 10pg-5ptg

See you there..

Tuesday, November 18, 2014

Family Kita

kadang-kadang bukan saja adik-beradik je dikira keluarga
bukan saja sepupu-sepapa je dikira keluarga
bukan sedara-mara makcik pakcik je dikira keluarga
kadang-kadang yang bukan sedarah sedaging satu mak satu bapak pun boleh dikira keluarga

so kami penah sebumbung khemah.. semangkuk lauk.. setalam nasi.. kongsi sama naik sekereta..
cuma nya tak kongsi laki le.. anak dia pun cam anak aku gak cuma takleh nak marah anak dia la.. thats parenting rules kena apply. 
cam biasa family trip ni to temerloh layan pais patin and patin tempoyak. tuan rumah ade siapkan rumah singgah tuk kami menumpang lelap. alhamdulillah. murah rezeki tuan rumah, kasi tempat tido yang besar bawak pi jalan-jalan sampai ke Kuala Gandah melayan gajah di tempat perlindungan haiwan. see-see aariq takut nak sentuh gajah. sebab masa mencemburui kitorang tak sempat nak singgah Deerland yang hanya 2km je dari Kuala Gandah Elephant Sanctuary ni. next time je kita repeat. Insyallah moga family kita ni berkembang membesar dan bahagia bersama-sama anak yang berjaya.. amin...

Friday, November 7, 2014

Rempit

kadang-kadang minat anak ni kita boleh ikutkan.. 
kadang-kadang jangan turutkan.


takat nak naik basikal mainan kat giant/ tesco tu boleh le mummy/daddy layankan tapi jangan sok-sok minta belikan motor plak memang kompem la daddy ko bertukar jadi ijo pulak. hahaha..

seronok la dia nih dapat naik basikal tapi kami tak belikan pun. rumah kecik timing plak tak kena memang tak perlu la beli. lagipun kaki aariq tak sampai letak kat kayuh tuh. idok le kuasa mummy nak menolak basikal ko dik.. kot sok beli tapi tak bergerak basikal tuh mau dilantingkan ke lantai aje.. lately ni tantrum lain macam sikit. semua yang tak berkenan semua dilanting dihempas.. kadang-kadang badan pun hempas ke lantai. kadang-kadang mummy/ daddy malas nak layan sebab bila dipujuk main kuat pulak melalak. 

later bila kita dah ade laman rumah yang besar boleh la aariq main basikal pusing-pusing rumah yer.. sekarang ni rempit kat dalam Giant Supermarket je sudah.. 

Tuesday, November 4, 2014

Sooner or later

Tahniah pada yang berjaya.. Masa saya akan tiba cuma terlewat sahaja.. biasalah terlalu asyik dengan dunia saya sampai terlupa pasa bas yang berlalu pergi..

Insyallah bila tiba masa saya, akan saya kongsikan bersama mereka yang saya sayang, yang saya cinta dan yang saya kasihi..

Enjoy your day rakan-rakan. take care.

Thursday, October 23, 2014

Jom kita..


Bila kita dah tak ada apa-apa activity moh le ke pantai main air..
tapi time sampai parking si kecik tido plak. so gigih la kasi kejut n bagi si kecik pijak pasir.
memula agak la cam pelik cam geli tapi bila dah nampak air excited terlebih.. siap nak terjun masuk air.. seb baik la daddy dia pantas capai tangan dia kalau tak ngan daddy sekali ler terjun dalam air nak selamatkan si kecik. masih la belum berjaya nak ajar si kecik berenang, dah la mummy ni panik bila dalam air.. 

we did spent about 45mins saja sebab si kecik dah lorat nak terjun ke laut. it's a big NO la kan.. mummy tak prepare baju ke pampers ke.. nenek cuma suh bawak air botol je tuk cuci kaki.. next time ok.. planning ke pantai timur nanti kita bawak baju mandi k.. 

pantai yang kita pegi ni namanya Pantai Saujana. dah ade tempat parking yang luar dan tempat mandi. pantai pun dah luas so bawak la ruang tuk berkelah. next time la boleh nak bbq bagai..but for now jom balik sambung tido..

Tuesday, October 14, 2014

Cover Album

caption: saya rindu ini dua orang..

cantiknya pasir.. cantik nya awan.. cantiknya laut. 
"eh eh, tu apa terbang kat atas tu daddy"
"ha ha.. bird? plane? owh.. layang-layang jer"
"eh eh. ada awek arab la daddy"

daddy "hrrmmm..hrrmm..."

Friday, October 10, 2014

#wefie #family #love

#balingbelakang

last week balik kampung PD tuk beraya sakan makan ikan (tak-tak. nenda tak masak ikan).
cam tahun-tahun sudah raya puasa at hubby's crib and raya haji at my place plak. takde nak ambil unsur giliran tahun ni rumah u thn dpn rumah i.. but when it come's to ur in-laws side u didn't turn up and give excuses. this and that. jangan!jangan! wat cmtu.. inlaws pun family kita. makpak dia pun kita kena anggap cam makpak kita. ok?

let's continue. raya ahad kan? so sabtu le baru bertolak balik. cam biasa having myself as a wife, a mummy, a maid, babysitter (the list is long) so kena setelkan kerja rumah baru boleh gerak balik. dan hasilnya kul 1 gak la bertolak dari rumah. traffic is smooth until RnR Nilai. tetiba jem ko!!!! seb baik ikot nasihat waze so cecepat laki ai belok kiri ambil jalan KLIA-Sepang. gigih la ikot jalan kampung. 

sekarang dah pandai amek gambar bersama-sama. #wefie katanya.do not complaint on my chubby cheeky face. dah tetiba ku rasa cam acuan mama da jer (kakak sulung). owh bila plak nak start diet and say no to nasi? dah kalau tiap kali balik kampung pun dihidang nasi hatta kat rumah sendiri pun laki dok hulur nasi. ai is dislike meself (konon urban english-ngikut sangat la style budak2 fb skrg).

sampai PD pun dah jam 5ptg. tak ingat la ada ronda pekan terus ke balik umah terus. banyak nau urat terputus masa teran nak kuarkan aariq dulu. hehehe..

and again #wefie us masa ondway balik KL. dah 3hr 2mlm ni umah mak sendiri ala2 macam p holiday sajork. 3H2M! ni balik KL pun gigih la ikot jalan Sepang-KLIA. kunun nak elak jem tapi jem jugak la.. dah semua dok lari ikot jalan biasa sebab jalan highway awal-awal dah jem. nah.. sejam gak le nak menyampaikan ke NKVE tuh. tapi Alhamdulillah sampai rumah dengan selamat siap singgah RnR Dengkil layan sate. next raya? marilah merancang perjalanan anda. owh la pic a2nd tu cubaan nak nampak kurus. so senyum ala-ala pipi terjungkit gitu. abaikan laki ai yang menguap tak ingat donia. penat layan jem. last tu nak tunjuk langit yang cantik SubhanAllah. dengan langit merah dan awan yang banyak.. Allahuakbar. besar sungguh ciptaan Allah. tapi tu ler.. hp cokia kan.pic pun ala2 jer ah.. 

Monday, September 29, 2014

Good vibes on Malaysia Day

Hi beb.. how did you spent your Malaysia Day? harap semua productive jangan asik tido sajork.
and how did I spent my Malaysia Day? wah cam karangan exam subject English jer. 

mulanya semangat le nak masuk FunRun tapi knowing Aariq yang tak tahu diam so kekdahnya tggu la kawan2 yang tamat larian. dok jaga/ dukung Aariq je dah berpeluh lencun satu badan so takyah la nak lari 5km bagai. sekian.

ni 1st time bawak aariq to public/crowd yang memang ramai gilos. 2ribu umat manusia plak tuh.. ok aku tak kira la tapi berbagai generasi dan bangsa. but mostly youth la yang datang.. motif nak join FunRun konon nak polish bakat lari yang dah lama terpendam (fail sebab main kejar2 gn aariq) n nak jumpa kawan2 #kita2daisies. and we have #kita2daisiesjr jugak. at the moment when the above picture taken cuma aariq je ah ada kat open area tuh. geng dia anak2 onie/jaydi rupanya tgh sedap dinner kat tepi padang. lepas abes bergambar berlari bergaduh (gn anak sendiri) it's time to go lah.. we have other plan to settle. nanti tuh cerita lain

next day on the Malaysian Day itself plan hang out gn family n friends gituh.. cadang nak ke Sg. Sendat je.. dekat pun dekat.. toilet pun ade kot nak terkecing terberak ker.. namun hampa jerk.. penuh nye la umat kalah longgokan PATI di pasar Selayang. aduyai nye.. siap datang gn bas ntah dari sekolah tahfiz ke anak2 yatim ker.. dgn geng kereta nya lah.. (geng aku antaranya) so opt to air panas lubuh kawah. pun gagal. tak de laluan nak berendam air panas.. aje gila ko nak mandi air panas tengah2 hari garit tuh.. seb baik le kawan ni ringan mulut tanya kat sorang uncle cina kot2 tau sungai or air terjun. n uncle ni lead ke 1 kawasan private yang mostly tuan tanah je tau kat mana.. hahaha.. 
alhamdulillah walaupun air tahap lutut je tapi dapat le berbasahan specially yang ade anak kecik cam aku ni.. 

jerit gelak batuk nangis ketawa semua bab la ade.. seronok ngat kan. makan we tapau/ pot luck sajerk. senang kekdahnya but laku gak la meggi goreng laki aku. aku nak masak macaroni dah dia kata takyah so meggi pun meggi lah. owh.. yang lorat macam nak bergelek tu anak aku. centre of attraction. memang getik ko kan aariq. 
tak leh nak lama2 coz ade lagi yang tak settle projek laki bini kami.. so by 3++ we all cabut la.. malam ku ade projek pojok lagi nih..

semua nak diharungkan keluar merendek sesekali dapat can dari laki. so malam dengan ihsan kawan dapatkan tiket free aku dapat le layan SuperMokh Restaging. walaupun penat seharian melayan kerenah anak terlebih gula (Aariq) namun sebab dah janji so pegi gak la.. its worth it to watch again. cuma biasa la kita merancang yang tentukan Allah. ade le holes here and there tapi aku tutup mata je ah.. sah2 aku dah penah tengok last year dan masih nak layan Restaging ni so ade part yang.. well mari lelap sat la. cam last year Douglas Lim catch the attention. one of the reason aku repeat this year punya show. dah abes teater on the way nak bergambar we all terserempak gn Rashidi Ishak. dalam SuperMokh dia jadi Redhuan Abdullah. gn dia je lah we all dapat amek gambar.. Maya Karin dah cecepat masuk VIP room. nak bergambar gn Radhi Khalid tapi ade plak fans dia yang dok ajak borak bagai.. 
so we off to main lobby. situ ade gambar Mokhtar Dahari. snap2 sat n say thanks to kawan2. jom balik.. end of Malaysia Day. a well spent with family and friends.

credit pic:jimmy, daddy, kak hanie, onie/jaydi.

Wednesday, September 24, 2014

The Day.. His Day

#throwback kekdahnye.. 

cam biasa kalau daddy away tuk outstation (jarang) atau offroad trip (selalu) mummy akan dok umah saja gn aariq. pinjam kata kak redmummy jadi "ibu tunggul" la kan. dan atas jemputan biras yang baru sambut anak kecil so aku ni gigih la drive jejauh 2 jam nak menyampai kan tempat jemputan tuh. walaupun dah beberapa kali sampai tapi sebab bukan drive sendiri memang tak ingat jalan la kan. sesat tuh idok tapi salah masuk lorong jer.. jenuh la nak ingatkan jalan. tapi sampai le gak kan. 


pic atas tu aariq lak lelebih layan buaian berendoi adik sepupu dia. takpe lah nak. merasa naik buaian buat cantik nak amek gambar jer.. anak ku kan attention seeker. sbnr nye elok je buaian tu kat situ takde dia nak main pun tapi ade 1 family ni mai amek gambar n lorat2 suh anak perempuan dia bergambar atas buaian aariq pun ngikot sama ler.. seb baik la tak runtuh buaian orang. hai la anak!

tuh gambar bawah dok lorat la dua beradik ni nolong mummy tuka langsir. langsir yang nenek buatkan dah koyak. no. no. no. bukan ade adegan amukan sampai baling periuk belanga tarik langsir bagai. tapi sebab oyen yang lorat nak mengintai luar tingkap so byk kali la kuku dia tersangkut kat langsir. tu yang ade yang berlobang langsir tercarik sana sini.. tak berkenan plak mata ku.. so tgh malam walaupun dah abes raya.. kita tukar...  langsir kat dalam gambar tu ai jahit sendiri.. takpe le tak cantik tapi boleh pakai ler.. gigih time pegnan kan aariq tu menjahit langsir. gara2 masuk rumah sewa baru tapi takde langsir.. huhu.. nampak gaya next projek kena cari kain tuk langsir ler..

Friday, September 19, 2014

Disuruh makan kita makan, disuruh mengaji kita ...

haha.. ikot la nak sambung ke idok tajuk ayat di atas.. sambung yang elok2 yer.. yang bertajuk luka jangan yer nanti ade yang hencap berbulan2 merajuk pulak.. ops..

so cut the story short kekdahnya. last entry kata p open house rumah Dato' kan. so below are the picca. sorry berterabur.. asal boleh la ek..


nah!!!! bak kata jimmy pic ni cam ala2 gath gn pengetua sekolah plak bila mak kt tengah2 dikelilingi anak2 murid yang dah beranak pinak.. gittew~


another version of pic from other hp. gmbr atas tuh ku sedang usaha nak suruh aariq pandang depan. gigih la tolak muka aariq tp dia dok berkenan gn auntie fatih kt belakang tuh.. tuh yg gambar tak brape nak jadi. gambar bawah kiri.. just daisies. time ni ku tengah perambat anak sendiri.. dalam ramai2 pandai dia menyelinap celah2 orang.. aduyaiii...gambar bawah kanan? one happy family.. baru dapat new born girl.

last picca sebelum balik... sesi salam bagi duit raya tuh between mak-mak pak-pak jer. kasi anak2 pun dicampak balik ke mak-pak depa. 
ni sesi junior plak amek gambar... susah nye oiiiii nak susun diorg. yang nak susu nye menangis la yang terlebih gula nya berlari-lari la (aariq lettew) yang nak dok sini sana la.. aduiii.. but alhamdulillah berjaya gak la kumpul kan semua. 

credit pic: jimmy/ ninie/ fatih/ zue.
missing in picca: master john, lompek, yani+din, nazha+hadi & nurul.

Thursday, September 18, 2014

Sesi menambah lelemak yang ado

ok.. nak tanya.. raya dah brape bulan lepas? 2 bulan dah berlalu kan? tapi still la nak share cerita p open house segala kan.. takpe.. kita share gak sebab gambar dah tepek siap cantik lam draft. so kita post but don't send. nanti ade pulak yang hencap nanti uols....

ni sesi pertama.. hala umah makcik hubby. dah dijemput so kita datang. rumah pun dalam lingkungan 10km radius.. mampu ko nak menjawab nanti kalau tak datang? kang kata anak sedara sombong pulak..so kita layan kan. alhamdulillah. makan sedap. aariq pun layan nasi beriyani lauk ayam bagai. seronok melompat bagai sebab jumpa ramai orang. jumpa nenek/ atok sedara yang tak penah2 muncul muka. jumpa atok/nenek sedara kesayangan lah segala.. terima kasih la tuan rumah mak anjang. moga panjang umor murah rezeki.. 

ni sesi kedua. off a bit far from KL. gigih la tempuh jem nak2 jugak jumpa kawan2 hubby geng uni. alhamdulillah. walaupun kami orang paling jauh tapi kami antara paling awal dalam droup yang sampai. hahaha.. lain2 semua detour tempat lain sebab nak layan makan/minum/ gossip kat rumah Dato'. eh.. tuan rumah yang Dato', kami kawan gn anak tuan rumah jer.. merasa le dok gossip sambil makan dan buat cam rumah sendiri.. aariq? as usual happy. berlari cam tak cukup tanah. makan? huiii.. cam kenduri.. pelbagai.. murah rezeki tuan rumah dok share makan gn kami anak beranak. baik anak baik laki kekeyangan balik rumah.. 

next story ai share another picca. open house ala2 gathering ala2 alumni katanya...

Friday, August 29, 2014

142K

Salam Jumaat. hari yang indah dan barakah.

142K
owh no... tuh bukan angka dalam akaun bank saya.. tuh no rumah saya.

yer nombor rumah masa kolej dulu. yer saya dulu belajar sampai kolej jer. kolej Mara kat Melaka. hostel plak kat rumah taman. jadi nak memudahkan kami kenal rumah dan bilik masing-masing kita ikot je lah nombor yang di beri oleh pihak taman. setiap baris rumah pakai nombor yang sama tapi berlainan huruf. dari A - L kalau tak silap. taman kami ade 4 baris jer tapi tiga baris untuk koleh Mara dan sebaris tu dibeli oleh orang awam. 

142K la yang menemukan saya dengan kawan-kawan yang sampai sekarang adalah kawan baik sahabat sejati. kak muni, liza, makling, tg syariah n ila. ni nama panggilan yer. dari sekadar bertegur hai sahaja sampai la ke jemaah subuh, bersama-sama rebut naik bas kul 7.30pg sama-sama jalan kaki balik dari kelas petang hari. gigih simpan duit belanja sebab nak ke pasar malam hari selasa. gigih masak sardin dalam periuk nasi. tunggu malam jumaat tuk solat maghrib berjemaah dan bacaan yassin.

tapi tu kenangan bertahunnnn sudah.. nau nau semua dah berumah tangga.. dah kahwin beranak pinak. dalam ramai2 kenduri ila je yang aku tak dapat pi.. yang lain dapat le merasa naik pelamin depa.. hahaha..

credit pic: rozana armila.

nau nau gambar je lah pengubat rindu. yang dok dekat pun sukar nak cari masa tuk jumpa lagi lah yang jauh. huiiii.... tapi jauh di mata dekat di hati kan kawan-kawan? aku rindu korang. owh..ni gambar raya tahun nih.. comei kan?

Friday, August 22, 2014

#Malaysiaberkabung: Selamat Pulang warga MH17

22 Aug 2014 di umumkan sebagai Hari Berkabung tuk seluruh rakyat Malaysia. Sedih melanda hati walaupun aku takde terlibat langsung dengan mangsa nahas MH17. tapi mereka rakyat Malaysia. Demi menghormati jenazah mereka yang kembali ke tanah air, walaupun antara mereka bukan Islam namun aku turut berkabung. 

pic courtesy: google search

Sedih kita sebagai rakyat Malaysia, sedih lagi bagi keluarga mereka. Yang pulang sebagai ibu, ayah, mahupun anak dan keluarga yang merindui mereka. Pulang mereka dengan sesempurna jasad mahupun secebis cuma dalam keadaan abu namun mereka diberi penghormatan, diuruskan dengan baik dan akan dikebumikan mengikut agama anutan masing-masing.

pic courtesy: the rakyat post

dan pada jam lebih kurang 10.40pg td ade 1minit bertafakur untuk menghormati jenazah yang selamat tiba dan diuruskan ke dalam van jenazah. 1 minute of silent. the moment yang semua rakyat Malaysia beremosi, bersedih dan terkilan. cuba menyelami kesedihan anggota keluarga mangsa yang terlibat. 

Alhamdulillah, urusan membawa pulang jenazah dengan selamat dan dipermudahkan Ilahi.. moga semua arwah ditempatkan disamping orang-orang yang beriman. dipermudahkan urusan mereka dan dirahmati. 
Al-fatihah.

Thursday, August 14, 2014

when my babyboo si budak kenit in baju melayu..

tahun ni tahun kedua si kenit A beraya kat kampung. macam tahun lepas kalau nak cari baju kenit kena cari baju apaknya dulu baru leh match gn baju kenit. baju mak? ala2 boleh masuk gn baju kenit n apak kira ok lah ek.. takyah la nak pening2 pk nak beli kain 1 kayu kot nak kasi sedondon. laki ku memang tak brape nak heran pening2 kepala nak cari kain nak tempah baju. semua beli siap.


tahun ni siap ada songkok lagi, thanks to uncle jimjim yang hadiahkan songkok ni buah tangan dari Makkah masa uncle jimjim p umrah sebelum bulan posa aritu. apaknye songkok dah terbang masuk dalam bilik kot. ni pakaikan kenit pun kena sambil ajak main-main. jangan kasi perasan sangat ade songkok atas kepala. lau tak sesia je lah pakaikan, kompem kenit ni tarik dan buang. eh tak. baiknya perangai dia tarik songkok tu dan pas kat kita. hahaha..

ni kenit belum kena kidnap ngan makcik dia. kredit pic to apaknya. maknye hp dah cecampak kunun caj dalam bilik. time ni memang tak ingat ler kat mana hp. lately ni kenit dah pandai main hp, pandai unlock screen weyh.. kalau kat rumah tak jumpa hp takyah le nak selongkar bagai, buat misscall sudah. kalau tak jumpa gak kira Innalillah. 

Alhamdulillah kenit takde la rimas pakai baju melayu tuh. still tak heran dengan hari raya ke tak raya ke dan takde masalah nak bergurau senda main lari-lari kejar-kejar ngan sepupu sepapat siku lipat dia. cuma masa raya ni lah nampak kenit ni dah tau perasaan sayang dan jeles. bukti? time tu apak dia tengah main ngan sepupu kecik dia, dok main naik atas kaki hayun-hayun, datang kenit p tarik baju sepupu tuh n tolak jejauh. well ni apak cite, at 1st aku cam tak percaya then aku try la kat nursery kenit. kunun nak dukung anak orang lain which sebaya ngan kenit. huiii marah seyh.. siap tolak lagi budak tuh.. ok2. mummy paham kenit jeles. next time tak buat lagi. hahaha..next was bawak kenit jalan-jalan raya. pi mana? hermmm...

Tuesday, August 12, 2014

Saya sayang BIBIK saya

penah tak korang ade fav person dalam family? kakak ke abang ke, mak ke, pakcik best ke makcik sporting ke? ade? ai ade banyak la banyak but this fav auntie of mine memang fav kitorg adik beradik anak beranak (makpak aku le). beside family besar belah mak kat Singapore and segala makcik pakcik sepupu sepapat sepermainan apak kat Melaka she is the one that we family always visit when Raya comes. y? ntah!! 


hehehe.. ok lah aku citer sini. asalnya apak rapat ngan arwah suami makcik aku ni.. arwah pakcik ialah adik angkat apak aku. n makcik takde pertalian darah daging pun gn kitorg. tapi kitorg rapat, tiap kali Raya Puasa rumah makcik ni ler yang wajib diserbu. y? coz of duit raya? no lah.. sebab rindu kat makcik sorg ni. n rumah dia plak masa tu memang rumah kampung, keliling pokok buah dekat gn kebun koko n kebun getah. kambing berlarian bawah rumah. jalan kaki p kebun koko/getah tapi balik gn moto. tuh keja kakak aku n aboy (abang sepupu) ler. aku fefeling cantik n anak manja dok kat umah jer sambil makan biskut raya. oit hannahanny!! mu ingat tak cerita lama.

kenapa dia jadi kesayangan kami satu keluarga? sebab dia baik. dia tak penah susahkan kami 1 family. ade berita happy dia call n share, ade berita sedih pun dia call n share. tapi dia takde la call n share kesusahan dia. n dia boleh sangat2 diharapkan. ringan tulang, peramah dan baik hati. Masa aku lorat nak kawen dulu, dia ni la yang mak aku call minta tolong. bukan la minta tolong belanja kahwin tapi minta tolong uruskan majlis aku, tengok2 kan rumah masa aku p menikah kat masjid. ringan tulang didapur jugak di balai kenduri (khemah ler). 

Nau2 masing2 dah berkeluarga, makcik kesayangan pun dah bercucu 15 orang. Tahun ni dapat le aku beraya rumah makcik tuh pun lepas panjang berjela cerita disebalik rumahtangga aku. dari janji nak sampai jam 3-4ptg kul 9mlm baru sampai umah makcik. Ampun ler jauh nau le BP nak menyampaikan ke Nyalas tuh. berpusing 1 Melaka baru sampai. nak blame gps pun xleh gak dah kami pun memang tak tau jalan so harapkan google map sajork.

Eh kenapa tajuk post "saya sayang BIBIK saya" tapi cerita pasal makcik pulak. jangan nak pelik sangat ler.. panggilan bibik tu bukan untuk maid (pembatu rumah) shaja tapi tuk gelaran makcik (bhs boyan). so dari kecil dah diajar tuk panggil makcik aku sorang ni ngan panggilan bibik Jah (meaning:makcik/auntie follow by their name).

Bibik Jah ku dah umo 60 kot. Alhamdulillah diberi kesihatan dan dipanjangkan umur. Insyallah kalau berjumpa lagi puasa dan raya thn hadapan acara menziarah bibik jah akan diteruskan. Amin. Hannahanny takmo join konvoi ka? Mama Da takyah ajak, dia memang tau jalan... hahaha..

Monday, August 11, 2014

Cerita Aidilfitri

Raya dah lepas tapi cerita raya bukan kuar lagi nih. sorry ler kekangan masa ngan masalah yang terpaksa si settlekan sebelum bukak cerita raya.sekarang dah jadi rutin raya. Aidilfitri kita sambut kat kampung hubby. 
Why? den takde kampung lar. bonda ayahanda raya ngan kekanda di KL. so kita menumpang kampung orang lah yer. 
tahun ni awal-awal MIL dah booking ai suh balik awal tolong bikin ketupat. What? hahaha.. dah jadi tradisi keluarga aku anyam ketupat time raya. lau takde ketupat daun tu makanya tak berapa nak raya ler. but to MIL, amek tempahan orang kampung tuk ketupat yer.. siap masak ok. bukan jual kelongsong ketupat jer. and MIL tau aku ade skill nak anyam n isi beras so dah jadi tugas la setiap kali raya.
and tahun ni dapat tempahan sampai 750biji ketupat siap masak ok. owh (@_@) *mata berpinar*

nasib tak berapa nak bagus so jumaat sebelum raya aku dah awal2 terbanting kedemamam. laki plak nak balik kampung sebelum berbuka sebab takut stuck dalam jem. erks..kuih raya tuk MIL tak siap lagi. tapi demam punya pasal, pack barang, amek anak n terus gerak balik. n i got "foot masat" from laki that night. terus baik demam. TQ sayang (lelebih takleh cite sini, 18SX)


sabtuday tugas menanti, ketupat baru anyam dalam 50bj ++. seb baik SIL mai ngan anak2 so aariq leh main lari2 ngan kazen dia. lantak ko la dik, janji tak meragam. n that day berlumba lah ngan laki dok anyam ketupat. MIL bz kat kedai, time ni ler orang kampung mai nak beli ayam, nak parut kelapa, nak tempah santan segala. seb baik gak BIL dok layan aariq n bawak naik moto. ku ingat kan takut la naik moto, kot la lompat2 atas moto tp BIL ckp elok je dia baik dok lam bakul. tapi nya lagi di umpan naik moto, lagi le dia naik masyuk, asik ler nak menghala ke moto siap panjat sendiri sampai bakul. 
"dik, kalau moto tu jatuh takpe tapi kalau jatuh atas kamu dah cane? meraung ler, raya kat spital"
anak bertuah memang camtu.

dah kalo melayan ketupat sampai 750biji memang takde nye lah nak tido awal kul 11mlm. kul 4pg baru siap. #eh siap isi beras dalam ketupat yer bukan siap masak. nak siap masak bagai ptg ahad tu ler. 

and pagi raya siapkan bj raya anak n laki ai. then anak kena kidnap gn makcik dia bawak p beraya. deng!! duk umah tapi anak kenit ai takde, sedikit keboringan disitu. kalau ade kenit boring tu hilang sebab asik gaduh n kejar jer.. my kenit ni cam lipas kudung sikit.. cepat je dia mencicit lari. tangan pun pantas kalau mencapai barang. n bj raya lekat kat badan tak sampai 2jam. n lanting le atas katil sambung tido bayar hutang.


raya kedua ku pakaikan jugak le baju melayu tuk anak laki ku. dah raya pertama anak dah p beraya tinggal makpak dia. gambar raya cam biase diselitkan dengan anak sulung bulus "oyen". tak lengkap gambar raya kalau oyen tak terselit sama, muahaha.. 

tak terlambat tuk ucapkan Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin. kot ade open house tu ajak2 jemput2 le leh menambahkan lelemak spare di badan. huhuhu.. 

Thursday, July 24, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Ramadhan dah nak melabuhkan tirai. 4 mlm terakhir ni moga2 kita diberi limpah rezeki yang halal dan perlindungan dari segala mala petaka. Kita dikejutkan dengan berita kehilangan #MH370 diikuti dengan kejadian #MH17 ditembak jatuh. AllahuAkbar AllahuAkbar, berat sungguh ujian Ramadhan tahun ini. Bukan sekadar ditangisi oleh keluarga dan sahabat handai namun rakyat Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya. (ni ayat SPM yer).

Buat yang akan pulang berhari raya di kampung mahupun bandar. pastikan kenderaan anda diperiksa baik dari minyak hitam/ isi angin tayar/ air/ servis n bla bla bla. pastikan bergerak ikot jadual yang ditetapkan oleh pihak PLUS (ini bukan penaja entry saya) ataupun bergerak awal pagi selepas tidur yang cukup. 

Macam biasa ai is no kampung (cheh.. bahasa apa ni) so akan menumpang kasih di kampung suami ai ols. #eh not all ek.. ai is no madu2 so puhlis jangan nak datang raya salam cium tangan minta kebenaran nak kahwin ngan laki ai. mintak simpang occay.

ni jangan nak update cerita kunun rumah tangga bergoncang la, gaduh la, sihir la, curang la segala ok. 
ai cari gambar family takde plak lam pc so amekla gmbr kenit pipi bulat ni. both pic masa sambutan raya tahun lepas. n please please please pretty please jangan la nak kutuk kata kejap bertudung kejap togel. kalau tak suka muka ni dok kuar kat screen uols sila klik 'X' kat atas menu bar tuh. ai ols tak tanggung jawab nak menjawab kunun aurat la.. pkai tudung ikot trend la.. tak ikhlas la.. ai bukan retis k. so there is no issue of berhijab or menghormati bulan ramadhan segala. so my blog my way of writing. tak suka boleh angkat kaki. 

ok takmo panjang2 cadangnya nak buat ucapan selamat jer. kan dah melalut sampai ke laut. so this will be my ucapan for u ols out there.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

lau makan rendang ketupat lontong dan lemang tu ingat2 la ai yang di perantauan nih (cheh.. xseberang laut kita perantauan ke?) still demam n pening coz ade 2 lagi biskut raya tak siap. aduyai.. tolong mek. 
dikesempatan ini nak bgtau blog akan berehat sebentar untuk sesi beraya, salam raya, makan raya n kutip duit raya (tuk kenit ek). kalau rajin ai hadpet dari kampung. lau tak rajin (takde peluang sebab MIL dah tunggu menantu hantu ni balik tolong buat kerja) memang bersawanglah balik blog ni. de-doa le kot habuknya sikit jer.. jgn sampai bersawang pulak. ouch.. 

okbai korang.. ai ols dah mood balik kampung.. jgn speed ok.. ade AES. harus melayang duit raya anak nanti nak byr saman. ops. shopping raya tak settle lg.. takkan nak togel je p beraya umah sedara mara.. 
'darling, tudung ai tak beli lagi la)))))))))'

Friday, July 18, 2014

tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan kini.

Namun hanya doa dan salam takziah buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

#prayforMH17
#prayforGaza
#saveGaza
#prayforMH370



Wednesday, July 9, 2014

2nd Anniversary

Alhamdulillah masuk tahun kedua perkahwinan Alin & Man. tarikh sebenar semlm tp arini baru ade mood nak update. I wonder why lah kitorang tak celebrate anniversary like other couple. hrrmm.. takpe. janji ingat dalam hati, sayang sampai mati.

A few pic yg aku tak kongsi lg dalam blog/ fb/ ig/ twitter. Ni album privasi.

After nikah. ni je pic yg kami dok senyum2. lain mostly muka cuak. 
Yes, at this moment aku gemuks. 55kg huiii... sekarang pun camni gak la berat. 

Thanks to sayang En.Man coz menerima baik buruk lebih kurang saya.. wpun banyak kurang dari lebih nya.. (lebih pun part lemak). 
Thanks for being here n there in my up & down time. sanggup berpanas tunggu dalam kereta sanggup berhujan payungkan I n anak, sanggup berlapar demi nak bagi anak isteri makan dulu. wpun ade terkasar dan tercalar sana sini namun En.Man setia menemani. Ai sayang u lebih lah cmni.

wah gitu. post wed pic pun kat tmpt byk pokok/ rumput/ lalang bagai. nmpk sangat outdoor nye. 

hope that this marriage will last long till Jannah. may we be a great parent for our oyen & aariq n the little one yang masih belum dirancangkan. Insyallah. May Allah shower us with blessing, rezeki yang halal, kesihatan yang baik2 and life full of laughter n happiness. Ai lebiu dipdip..

Monday, June 30, 2014

Salam Ramadhan

semua dok pakat update status, baik fb/ twitter/ instagram etc pasal bulan puasa. nak update gak la..
Selamat menyambut bulan puasa dan moga bulan ini memberi rahmat dan keberkatan pada kita semua.

Alhamdulillah, macam tahun2 lepas sahur dan berbuka puasa hari pertama di rumah bonda. Ala kadar je asalkan dapat bersama gn keluarga tercinta. Dapatla pi bazar ramadhan n cari apa yang bonda n ayah minta. n having si kenit dekat tempat yang panas n ramai orang ni amat mencabar kesabaran dan keimanan. y? kenit panas.. ok lah boleh nak lari p masuk keta tapi dok lorat la nak explore n berjalan kat tengah2 orang ramai.
Hai la kenit, kalau stabil nak berkalan tuh ok ler.. tapi langkah pun macam dilambung ombak ada hati nak berlari2 kat bazar ramadhan. hahaha..

later on kita cerita bab makan kat bazar ramadhan pulak. adakah puasa bulan ini menjimatkan atau berlaku pembaziran.

da...

Tuesday, June 24, 2014

Resepi Puding Roti versi rajin.


bahan-bahan
8-10 keping roti
100gm butter/margerin
1sk serbuk kayu manis
700ml fresh milk
1 sb butter
2 sudu gula
3bj telur
1sk esen vanila
1sb tepung jagung

hiasan: kismis/ choc chip/ walnut.

cara: 
1. campurkan butter dgn 1sk serbuk kayu manis. sapukan pada roti. roti dipotong/dicarik mengikut keselesaan masing2. susun roti yang dipotong ke dalam bekas loyang yang telah digris/butter kan. buat 1 lapisan.
2. cairkan 1sb butter ke dalam periuk dan hangatkan bersama 700ml fresh milk dan 2sb gula sehingga gula cair. tutup api. 
3. telur dikacau dengan esen vanila. campurkan 1sb tepung jagung.kacau rata.
4. susu hangat tadi dicampurkan ke dalam telur. sentiasa kacau supaya telur tidak berketul. kemudian satukan bancuhan telur tadi ke dalam susu hangat.
5. tuang campuran susu + telur ke atas lapisan roti hingga roti tenggelam. taburkan kismis/choc chip/walnut mengikut selera.
6. letakkan lapisan roti dan ulang langkah 5 hingga roti habis. rendam selama 30minit sebelum dibakar pada suhu 180'c.
7. puding roti sedap dimakan sejuk.

Selamat Mencuba

Friday, June 20, 2014

Happy daddy's day

it's his day last sunday. 
tapi kan sibuk gn kita2daisies potluck so kita celebrate kat sana je sudah.

jom belanja pic daddy.

ni tengah gigih layan durian. uuuu..his fav fruit

lama dah ni.. gambar tahan mata ngantuk tapi gigih la nak cari buku masa big bad wolf kat miecc tuh. 
aariq n mummy pun mata dah nak katup.

this is us, eh.. him with me masa kenduri kawen. sorry gambar gegar tp awat muka mek cam cerah plak muka laki mek blur. 

Photo: Happy father's day to my dear hubby, my chef, my driver, my other half n daddy to my baby #aariq. Tq for always been there for us. Stay cool. We love you.
this is the latest him. my hero, my chef, my other half, my man. bab masak bab bbq bab outdoor thing mmg dia champion. tu pasal dia hero saya. 

Dear daddy,
Mummy & Aariq love you so much. 

Thursday, June 19, 2014

#potluck #poolparty #poolsidegrill #kita2daisies #kita2daisiesjr

ini ceritera minggu lepas. sunday morning to be exact. after some discussion via whatsapp n he n she and all of them, agree to have makan2 tapau potluck bbq cucuk2 grill at swimming pool of tuan tanah/rumah unkedin. TQ to tuan tanah. 

#foodporn pic dah layan kat entry sebelum ni so kita layan pic #lafamilia pulak.

aariq w uncle jimjim. both suka amek gambar n selfie. sukati ko lah.

these are the kita-kita geng, daisies & kita2daisiesjr (anak-anak la)

semua pakat seronok amat. anak2 sampai takmo kuar pool seronok swim swim. ade le sampai lebam biru bibir. mak pak pun seronok sana main air. 

not in pic: nizar family, nazha family & john.


dan hasilnya anak2 kepenatan senang la nak suh tidur. tilam empuk bantal empuk siap ade aircond bukak kipas lagi.. huiiii... yg hujung tu kalau pakaikan baju ben10 gak sure ade yg pikir ni tiga beradik. hehehe..

credit pic: onie, nurul, fatih, jimmy of kita2daisies.

Wednesday, June 18, 2014

No word can describe these..

All about makan thingy..
chicken & meat skewer.

nasi lemak, pasta for kids, cekodok, puding n cocktails, cupcake, kacang rebus
not in the pic: air ribena laici n bandung soda gumbira.

ayam golek, eh!! no, no, bbq ayam n cucuk2 

fruit salad, hotdog, lamb grill.

credit pic to kita2daisies wassap grp. credit food to kita2daisies geng.  food was great, kenyang sampai malam. stories come out later. ade few pic yang sedang di cari tuk kuar blog.. ops!!

Tuesday, June 17, 2014

1y 2mo


Maaf la anak. terlewat nak update. Aariq Luqman now is 1 year and 2 months old. dah pandai berlari.dah pandai merajuk. merajuk hentak kaki ok.. curlass ko nak.. sapa yg ajo menghentak kaki bagai ni.. mak ko merajuk pun xde nak membanting badan menghentak kaki segala. 

pic was taken few month back. masa pi temerloh tuh.nanti cerita update kemudian. gambor takde. 

So anak, mummy doakan moga awak membesar dengan sihat, cerdik cerdas genius. moga menjadi anak yang baik2. yang mendengar kata, yang menyayangi mummy/ daddy/ oyen/ Maha Mencipta. juga menjadi anak yang soleh moga boleh mendoakan mummy daddy kemudian hari. mummy daddy sayang aariq.

Monday, June 16, 2014

No Caption

dah takde idea nak letak tajuk dek apa.. so mari melayan gambar anak kesayangan berdua ini..

ni pada suatu pagi bila dikejut untuk bangun dan mandi. 
jenuh la nak bangkitkan anak ini gara-gara malam sebelumnya tidur lewat. tau nak main jer. lampu dah tutup bilik dah gelap lagi digolek-golek panjat badan daddy. hasilnya terlajak laris.. #eh terlajak waktu.
dah gerak.. dah cium dah goyang-goyangkan badan nya.. tapi gagal gak bangun boleh pulak dia kalih tidur menonggeng. maaf mummy yer adik.. post gambar kat #instagram n #blog kan pula. :P


nah!! kesayangan berdua.. kadang-kadang sayang manja tidur peluk-peluk. tapi selalunya gaduh ler. aariq suka nak main ngan oyen tapi tak kena gaya so kena marah a.k.a geget manja la dari oyen. ni pun kes lambat bangun ler. oyen plak lately ni selagi mummy daddy lagi kat tilam golek-golek dia pun ikot sama golek la.. hasilnya tidur la ko dua beradik yer.. jangan gaduh dalam mimpi k. 

p/s: daddy tak suka adik tdo ngan oyen cmni, katanya nanti adik sedut udara tersebut bulu oyen sekali.. then tak selalu pun adik tidur ngan oyen. lebihnya mummy tersepit antara dua..

Friday, June 13, 2014

MAK

MAK!!! adik rindu. bila boleh jumpa.. huhuhu...

Tuesday, May 27, 2014

Anak Manja

Nothing much that I wanted to share.. but this is what happened when we bring him along for balik kampung trip. hah.. duduk ko atas riba bapak ko yer oyen.. 

merajuk sebab lama dok dalam carrier dia.. come..come.. lets bapak pujuk..

try to drive a land rover huh? in your dream.. in your dream..

manja sangatt!!!!

again.

sangat selesa..

hah.. nak merajuk sangat kan.. cium bau tiak bapak ko yer.. 
mak ko merajuk pun bapak ko takde nak kesah..tak heran nak pujuk bagai.. 
ko ni di tatang di cium di bawak tido.. bawak balik kampung ha.. sayang sangat!!!