Salam Jumaat. hari yang indah dan barakah.
142K
owh no... tuh bukan angka dalam akaun bank saya.. tuh no rumah saya.
yer nombor rumah masa kolej dulu. yer saya dulu belajar sampai kolej jer. kolej Mara kat Melaka. hostel plak kat rumah taman. jadi nak memudahkan kami kenal rumah dan bilik masing-masing kita ikot je lah nombor yang di beri oleh pihak taman. setiap baris rumah pakai nombor yang sama tapi berlainan huruf. dari A - L kalau tak silap. taman kami ade 4 baris jer tapi tiga baris untuk koleh Mara dan sebaris tu dibeli oleh orang awam.
142K la yang menemukan saya dengan kawan-kawan yang sampai sekarang adalah kawan baik sahabat sejati. kak muni, liza, makling, tg syariah n ila. ni nama panggilan yer. dari sekadar bertegur hai sahaja sampai la ke jemaah subuh, bersama-sama rebut naik bas kul 7.30pg sama-sama jalan kaki balik dari kelas petang hari. gigih simpan duit belanja sebab nak ke pasar malam hari selasa. gigih masak sardin dalam periuk nasi. tunggu malam jumaat tuk solat maghrib berjemaah dan bacaan yassin.
tapi tu kenangan bertahunnnn sudah.. nau nau semua dah berumah tangga.. dah kahwin beranak pinak. dalam ramai2 kenduri ila je yang aku tak dapat pi.. yang lain dapat le merasa naik pelamin depa.. hahaha..
credit pic: rozana armila.
nau nau gambar je lah pengubat rindu. yang dok dekat pun sukar nak cari masa tuk jumpa lagi lah yang jauh. huiiii.... tapi jauh di mata dekat di hati kan kawan-kawan? aku rindu korang. owh..ni gambar raya tahun nih.. comei kan?
1 comment:
Sume dah mak dareee...semua bkerjaya tmsuk aku...suri rumah terhebat..hahahh
Post a Comment