Monday, August 11, 2014

Cerita Aidilfitri

Raya dah lepas tapi cerita raya bukan kuar lagi nih. sorry ler kekangan masa ngan masalah yang terpaksa si settlekan sebelum bukak cerita raya.sekarang dah jadi rutin raya. Aidilfitri kita sambut kat kampung hubby. 
Why? den takde kampung lar. bonda ayahanda raya ngan kekanda di KL. so kita menumpang kampung orang lah yer. 
tahun ni awal-awal MIL dah booking ai suh balik awal tolong bikin ketupat. What? hahaha.. dah jadi tradisi keluarga aku anyam ketupat time raya. lau takde ketupat daun tu makanya tak berapa nak raya ler. but to MIL, amek tempahan orang kampung tuk ketupat yer.. siap masak ok. bukan jual kelongsong ketupat jer. and MIL tau aku ade skill nak anyam n isi beras so dah jadi tugas la setiap kali raya.
and tahun ni dapat tempahan sampai 750biji ketupat siap masak ok. owh (@_@) *mata berpinar*

nasib tak berapa nak bagus so jumaat sebelum raya aku dah awal2 terbanting kedemamam. laki plak nak balik kampung sebelum berbuka sebab takut stuck dalam jem. erks..kuih raya tuk MIL tak siap lagi. tapi demam punya pasal, pack barang, amek anak n terus gerak balik. n i got "foot masat" from laki that night. terus baik demam. TQ sayang (lelebih takleh cite sini, 18SX)


sabtuday tugas menanti, ketupat baru anyam dalam 50bj ++. seb baik SIL mai ngan anak2 so aariq leh main lari2 ngan kazen dia. lantak ko la dik, janji tak meragam. n that day berlumba lah ngan laki dok anyam ketupat. MIL bz kat kedai, time ni ler orang kampung mai nak beli ayam, nak parut kelapa, nak tempah santan segala. seb baik gak BIL dok layan aariq n bawak naik moto. ku ingat kan takut la naik moto, kot la lompat2 atas moto tp BIL ckp elok je dia baik dok lam bakul. tapi nya lagi di umpan naik moto, lagi le dia naik masyuk, asik ler nak menghala ke moto siap panjat sendiri sampai bakul. 
"dik, kalau moto tu jatuh takpe tapi kalau jatuh atas kamu dah cane? meraung ler, raya kat spital"
anak bertuah memang camtu.

dah kalo melayan ketupat sampai 750biji memang takde nye lah nak tido awal kul 11mlm. kul 4pg baru siap. #eh siap isi beras dalam ketupat yer bukan siap masak. nak siap masak bagai ptg ahad tu ler. 

and pagi raya siapkan bj raya anak n laki ai. then anak kena kidnap gn makcik dia bawak p beraya. deng!! duk umah tapi anak kenit ai takde, sedikit keboringan disitu. kalau ade kenit boring tu hilang sebab asik gaduh n kejar jer.. my kenit ni cam lipas kudung sikit.. cepat je dia mencicit lari. tangan pun pantas kalau mencapai barang. n bj raya lekat kat badan tak sampai 2jam. n lanting le atas katil sambung tido bayar hutang.


raya kedua ku pakaikan jugak le baju melayu tuk anak laki ku. dah raya pertama anak dah p beraya tinggal makpak dia. gambar raya cam biase diselitkan dengan anak sulung bulus "oyen". tak lengkap gambar raya kalau oyen tak terselit sama, muahaha.. 

tak terlambat tuk ucapkan Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin. kot ade open house tu ajak2 jemput2 le leh menambahkan lelemak spare di badan. huhuhu.. 

No comments: