hrrmmm....
apa jahat?
sapa jahat?
kenapa jahat?
cakap lh...
masih xnk mengaku.
@ mengatakan setiap percakapan kau tu semua betul..
apa yg beza aku dgn kau?
sbb aku free hair & kau bertudung?
sbb aku sosial & kau mengamalkan hidup muslimah?
hanya sbb tu aku jahat?
hanya sbb tu ko suh aku bertaubat?
kenapa kau agungkan Tuhan tapi kau sendiri yg berpelakuan buruk..
Wallahi!! satu janji @ sumpah ats nama Tuhan Yang Maha Esa..
kenapa harusnya kau bersumpah tapi kau masih melakukan perkara yang kau katakan tidak?
tidak mendabik dadakah klu kau berkata gah?
bukankah itu namanya riak?
maaf kan aku klu aku salah..tunjuk kan aku klu aku silap.
tp berbeza sgt kah aku dgn kau?
kita belajar dr kesilapan..
kita perbetulkan dr kesalahan..
namun aku x pernah menuding jari menuduh kau
seperti kau lantang menuduh aku..
apa erti kau bertaubat klu lancang mulut kau menuduh yg bukan2..
bijak manusia bukan lg terletak pd ijazahnya..
bijak manusia tidak lg di kira pd i.q nya..
tp bijak manusia dihitung pd akalnya...
aku x nafi kan kau manusia pandai..
aku x nafi kan kau manusia bijak..
tp bijak kah tindakan kau dgn menjatuhkan maruah org lain
bijakkah tindakan kau dgn menjaja nama org lain
bijakkah kau dgn mengada-adakan cerita ttg org..
mereka di luar sana x kan faham
mereka di luar sana x mengerti
mereka di luar sana x tahu sebenar perkara..
tp mereka di luar sana tidak bodoh..
mereka di luar sana tidak dungu..
mereka di luar sana masih boleh berfikir..
siapa salah...siapa betul..
mungkin ada yg menyokong kau dan membantah aku...
tak mengapa..
sbb ada antaranya tidak kenal siapa sebenarnya kau..
siapa yg berselindung wajah bertudung litup itu..
dan ada antaranya tidak tahu duduk letak cerita antara aku dan kau..
silakan..
silalah menari di pentas itu..
pentas yg kau cipta
pentas yg kau bangunkan..
kau pelakon hebat
kau penari hebat..
kau juga pengarah yg hebat..
aku?
hanya penonton tarian kau..
aku yang menonton gelek lentok kau..
aku antara mereka yg berfikir..
siapa kau di atas pentas sana yang menggoyang badan bergelek lentok bercerita bahasa sendiri..
tanpa difahami penonton disini..
hebatkah pelakon itu?
hebatkah penari itu?
hebatkah pengarah itu?
baguskah jalan cerita itu?
kenapa pelakon itu bergelak gembira?
kenapa pelakon itu teresak tangisnya?
kasihan pelakon itu kecewa..
kekasih pergi membawa diri..
meninggalkan dia keseorangan disini..
Maaf jika kau di sana terasa hati..
bukan kerana aku lancang berbicara..
tapi kerana aku mahu kau berhenti berkata..
akibat dari mulut badan binasa..
kau seorang yang merana..
terima kasih kerana panjang bicara kau..
aku kenal siapa kau sebenarnya..
aku harap kau ada rasa malu..
malu pd diri sendiri..
kerana kelancangan kau bercerita tentang aku..
kau sebenarnya bercerita tentang diri kau sendiri..
membuka pekung di dada..
menintip intai perihal orang lain..
manusia tiada kerja..
No comments:
Post a Comment