Friday, August 29, 2014

142K

Salam Jumaat. hari yang indah dan barakah.

142K
owh no... tuh bukan angka dalam akaun bank saya.. tuh no rumah saya.

yer nombor rumah masa kolej dulu. yer saya dulu belajar sampai kolej jer. kolej Mara kat Melaka. hostel plak kat rumah taman. jadi nak memudahkan kami kenal rumah dan bilik masing-masing kita ikot je lah nombor yang di beri oleh pihak taman. setiap baris rumah pakai nombor yang sama tapi berlainan huruf. dari A - L kalau tak silap. taman kami ade 4 baris jer tapi tiga baris untuk koleh Mara dan sebaris tu dibeli oleh orang awam. 

142K la yang menemukan saya dengan kawan-kawan yang sampai sekarang adalah kawan baik sahabat sejati. kak muni, liza, makling, tg syariah n ila. ni nama panggilan yer. dari sekadar bertegur hai sahaja sampai la ke jemaah subuh, bersama-sama rebut naik bas kul 7.30pg sama-sama jalan kaki balik dari kelas petang hari. gigih simpan duit belanja sebab nak ke pasar malam hari selasa. gigih masak sardin dalam periuk nasi. tunggu malam jumaat tuk solat maghrib berjemaah dan bacaan yassin.

tapi tu kenangan bertahunnnn sudah.. nau nau semua dah berumah tangga.. dah kahwin beranak pinak. dalam ramai2 kenduri ila je yang aku tak dapat pi.. yang lain dapat le merasa naik pelamin depa.. hahaha..

credit pic: rozana armila.

nau nau gambar je lah pengubat rindu. yang dok dekat pun sukar nak cari masa tuk jumpa lagi lah yang jauh. huiiii.... tapi jauh di mata dekat di hati kan kawan-kawan? aku rindu korang. owh..ni gambar raya tahun nih.. comei kan?

Friday, August 22, 2014

#Malaysiaberkabung: Selamat Pulang warga MH17

22 Aug 2014 di umumkan sebagai Hari Berkabung tuk seluruh rakyat Malaysia. Sedih melanda hati walaupun aku takde terlibat langsung dengan mangsa nahas MH17. tapi mereka rakyat Malaysia. Demi menghormati jenazah mereka yang kembali ke tanah air, walaupun antara mereka bukan Islam namun aku turut berkabung. 

pic courtesy: google search

Sedih kita sebagai rakyat Malaysia, sedih lagi bagi keluarga mereka. Yang pulang sebagai ibu, ayah, mahupun anak dan keluarga yang merindui mereka. Pulang mereka dengan sesempurna jasad mahupun secebis cuma dalam keadaan abu namun mereka diberi penghormatan, diuruskan dengan baik dan akan dikebumikan mengikut agama anutan masing-masing.

pic courtesy: the rakyat post

dan pada jam lebih kurang 10.40pg td ade 1minit bertafakur untuk menghormati jenazah yang selamat tiba dan diuruskan ke dalam van jenazah. 1 minute of silent. the moment yang semua rakyat Malaysia beremosi, bersedih dan terkilan. cuba menyelami kesedihan anggota keluarga mangsa yang terlibat. 

Alhamdulillah, urusan membawa pulang jenazah dengan selamat dan dipermudahkan Ilahi.. moga semua arwah ditempatkan disamping orang-orang yang beriman. dipermudahkan urusan mereka dan dirahmati. 
Al-fatihah.

Thursday, August 14, 2014

when my babyboo si budak kenit in baju melayu..

tahun ni tahun kedua si kenit A beraya kat kampung. macam tahun lepas kalau nak cari baju kenit kena cari baju apaknya dulu baru leh match gn baju kenit. baju mak? ala2 boleh masuk gn baju kenit n apak kira ok lah ek.. takyah la nak pening2 pk nak beli kain 1 kayu kot nak kasi sedondon. laki ku memang tak brape nak heran pening2 kepala nak cari kain nak tempah baju. semua beli siap.


tahun ni siap ada songkok lagi, thanks to uncle jimjim yang hadiahkan songkok ni buah tangan dari Makkah masa uncle jimjim p umrah sebelum bulan posa aritu. apaknye songkok dah terbang masuk dalam bilik kot. ni pakaikan kenit pun kena sambil ajak main-main. jangan kasi perasan sangat ade songkok atas kepala. lau tak sesia je lah pakaikan, kompem kenit ni tarik dan buang. eh tak. baiknya perangai dia tarik songkok tu dan pas kat kita. hahaha..

ni kenit belum kena kidnap ngan makcik dia. kredit pic to apaknya. maknye hp dah cecampak kunun caj dalam bilik. time ni memang tak ingat ler kat mana hp. lately ni kenit dah pandai main hp, pandai unlock screen weyh.. kalau kat rumah tak jumpa hp takyah le nak selongkar bagai, buat misscall sudah. kalau tak jumpa gak kira Innalillah. 

Alhamdulillah kenit takde la rimas pakai baju melayu tuh. still tak heran dengan hari raya ke tak raya ke dan takde masalah nak bergurau senda main lari-lari kejar-kejar ngan sepupu sepapat siku lipat dia. cuma masa raya ni lah nampak kenit ni dah tau perasaan sayang dan jeles. bukti? time tu apak dia tengah main ngan sepupu kecik dia, dok main naik atas kaki hayun-hayun, datang kenit p tarik baju sepupu tuh n tolak jejauh. well ni apak cite, at 1st aku cam tak percaya then aku try la kat nursery kenit. kunun nak dukung anak orang lain which sebaya ngan kenit. huiii marah seyh.. siap tolak lagi budak tuh.. ok2. mummy paham kenit jeles. next time tak buat lagi. hahaha..next was bawak kenit jalan-jalan raya. pi mana? hermmm...

Tuesday, August 12, 2014

Saya sayang BIBIK saya

penah tak korang ade fav person dalam family? kakak ke abang ke, mak ke, pakcik best ke makcik sporting ke? ade? ai ade banyak la banyak but this fav auntie of mine memang fav kitorg adik beradik anak beranak (makpak aku le). beside family besar belah mak kat Singapore and segala makcik pakcik sepupu sepapat sepermainan apak kat Melaka she is the one that we family always visit when Raya comes. y? ntah!! 


hehehe.. ok lah aku citer sini. asalnya apak rapat ngan arwah suami makcik aku ni.. arwah pakcik ialah adik angkat apak aku. n makcik takde pertalian darah daging pun gn kitorg. tapi kitorg rapat, tiap kali Raya Puasa rumah makcik ni ler yang wajib diserbu. y? coz of duit raya? no lah.. sebab rindu kat makcik sorg ni. n rumah dia plak masa tu memang rumah kampung, keliling pokok buah dekat gn kebun koko n kebun getah. kambing berlarian bawah rumah. jalan kaki p kebun koko/getah tapi balik gn moto. tuh keja kakak aku n aboy (abang sepupu) ler. aku fefeling cantik n anak manja dok kat umah jer sambil makan biskut raya. oit hannahanny!! mu ingat tak cerita lama.

kenapa dia jadi kesayangan kami satu keluarga? sebab dia baik. dia tak penah susahkan kami 1 family. ade berita happy dia call n share, ade berita sedih pun dia call n share. tapi dia takde la call n share kesusahan dia. n dia boleh sangat2 diharapkan. ringan tulang, peramah dan baik hati. Masa aku lorat nak kawen dulu, dia ni la yang mak aku call minta tolong. bukan la minta tolong belanja kahwin tapi minta tolong uruskan majlis aku, tengok2 kan rumah masa aku p menikah kat masjid. ringan tulang didapur jugak di balai kenduri (khemah ler). 

Nau2 masing2 dah berkeluarga, makcik kesayangan pun dah bercucu 15 orang. Tahun ni dapat le aku beraya rumah makcik tuh pun lepas panjang berjela cerita disebalik rumahtangga aku. dari janji nak sampai jam 3-4ptg kul 9mlm baru sampai umah makcik. Ampun ler jauh nau le BP nak menyampaikan ke Nyalas tuh. berpusing 1 Melaka baru sampai. nak blame gps pun xleh gak dah kami pun memang tak tau jalan so harapkan google map sajork.

Eh kenapa tajuk post "saya sayang BIBIK saya" tapi cerita pasal makcik pulak. jangan nak pelik sangat ler.. panggilan bibik tu bukan untuk maid (pembatu rumah) shaja tapi tuk gelaran makcik (bhs boyan). so dari kecil dah diajar tuk panggil makcik aku sorang ni ngan panggilan bibik Jah (meaning:makcik/auntie follow by their name).

Bibik Jah ku dah umo 60 kot. Alhamdulillah diberi kesihatan dan dipanjangkan umur. Insyallah kalau berjumpa lagi puasa dan raya thn hadapan acara menziarah bibik jah akan diteruskan. Amin. Hannahanny takmo join konvoi ka? Mama Da takyah ajak, dia memang tau jalan... hahaha..

Monday, August 11, 2014

Cerita Aidilfitri

Raya dah lepas tapi cerita raya bukan kuar lagi nih. sorry ler kekangan masa ngan masalah yang terpaksa si settlekan sebelum bukak cerita raya.sekarang dah jadi rutin raya. Aidilfitri kita sambut kat kampung hubby. 
Why? den takde kampung lar. bonda ayahanda raya ngan kekanda di KL. so kita menumpang kampung orang lah yer. 
tahun ni awal-awal MIL dah booking ai suh balik awal tolong bikin ketupat. What? hahaha.. dah jadi tradisi keluarga aku anyam ketupat time raya. lau takde ketupat daun tu makanya tak berapa nak raya ler. but to MIL, amek tempahan orang kampung tuk ketupat yer.. siap masak ok. bukan jual kelongsong ketupat jer. and MIL tau aku ade skill nak anyam n isi beras so dah jadi tugas la setiap kali raya.
and tahun ni dapat tempahan sampai 750biji ketupat siap masak ok. owh (@_@) *mata berpinar*

nasib tak berapa nak bagus so jumaat sebelum raya aku dah awal2 terbanting kedemamam. laki plak nak balik kampung sebelum berbuka sebab takut stuck dalam jem. erks..kuih raya tuk MIL tak siap lagi. tapi demam punya pasal, pack barang, amek anak n terus gerak balik. n i got "foot masat" from laki that night. terus baik demam. TQ sayang (lelebih takleh cite sini, 18SX)


sabtuday tugas menanti, ketupat baru anyam dalam 50bj ++. seb baik SIL mai ngan anak2 so aariq leh main lari2 ngan kazen dia. lantak ko la dik, janji tak meragam. n that day berlumba lah ngan laki dok anyam ketupat. MIL bz kat kedai, time ni ler orang kampung mai nak beli ayam, nak parut kelapa, nak tempah santan segala. seb baik gak BIL dok layan aariq n bawak naik moto. ku ingat kan takut la naik moto, kot la lompat2 atas moto tp BIL ckp elok je dia baik dok lam bakul. tapi nya lagi di umpan naik moto, lagi le dia naik masyuk, asik ler nak menghala ke moto siap panjat sendiri sampai bakul. 
"dik, kalau moto tu jatuh takpe tapi kalau jatuh atas kamu dah cane? meraung ler, raya kat spital"
anak bertuah memang camtu.

dah kalo melayan ketupat sampai 750biji memang takde nye lah nak tido awal kul 11mlm. kul 4pg baru siap. #eh siap isi beras dalam ketupat yer bukan siap masak. nak siap masak bagai ptg ahad tu ler. 

and pagi raya siapkan bj raya anak n laki ai. then anak kena kidnap gn makcik dia bawak p beraya. deng!! duk umah tapi anak kenit ai takde, sedikit keboringan disitu. kalau ade kenit boring tu hilang sebab asik gaduh n kejar jer.. my kenit ni cam lipas kudung sikit.. cepat je dia mencicit lari. tangan pun pantas kalau mencapai barang. n bj raya lekat kat badan tak sampai 2jam. n lanting le atas katil sambung tido bayar hutang.


raya kedua ku pakaikan jugak le baju melayu tuk anak laki ku. dah raya pertama anak dah p beraya tinggal makpak dia. gambar raya cam biase diselitkan dengan anak sulung bulus "oyen". tak lengkap gambar raya kalau oyen tak terselit sama, muahaha.. 

tak terlambat tuk ucapkan Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin. kot ade open house tu ajak2 jemput2 le leh menambahkan lelemak spare di badan. huhuhu..