Friday, March 16, 2012

Rumah penuh sawang......

Fuh.. cukup 10 hari tak update pape kat blog sampai dah bersawang dah rumah kecik aku nih. Maaf yer kawan2. hati meronta-ronta nak post an entry gak. walaupun takde cerita.. (gila life is so boring sampai takde bende nak cerita - menipu sangat)

pic from google

Fuh. siap ada spiderweb lagi. jenuh la mengemas. Owh! cerita mengemas, last weekend walaupun tak sepenuhnya tapi aku berjaya gak la mengemas kain baju, menyapu lantai, mengemop lantai, menukar cadar, membasuh menyidai melipat baju stok 2 minggu dan membersihkan tempat buangan si Oren. Hasilnya? Rumah ada cantik sikit, bilik ada wangi sikit dan karpet ade bersih sikit. Nape aku cakap sikit? sebab pelihara kucing bernama Oren ni sama cam bela budak umor 3 tahun yang dah pandai buat kecah. aje jenuh aku dok menyapu karpet yang penuh bulu dia tuh, tak sampai 30minit karpet tu dah penuh balik ngan bulu-bulu manja yang dok guling2 atas karpet aku. Fuh. seb baik le kucing, kalau dijerit dijerkah dititik pun bukan dia paham. lagi aku plak kena gigit. hahaha... (merepek apekah???)

these few days demam on off on off (banyak main tul suhu badan nih) dengan notebook yang baru baik lepas skrin dipijak kaki comel Oren ku maka aku akan mulakan membebel lah dalam blog sendiri. #Eh! rumah aku suka aku lah kan. Kalau suka sila baca, kalau tak suka pun dah korang datang page Babyarisha so like it or not baca je lah. ai tau ade yang tak suka ai tapi still datang page ai n baca aktiviti ai. mekasih yu~.

dah jauh merepek nih. nanti kang dah lorat2 taip banyak2 pastu aku save je plak kat dalam draf. akhirnya takde post lagi. makanya aku post le yang karut2 saja tuk korang yer.. kalau rajin sok2 aku kuar kan fakta aku sendiri tuk tatapan aku sendiri. yer... betul! owh la.. ari jumaat. geng lunch + ngumpat tarak. makanye aku single sudah arinih. ok geng.. selamat lunch + selamat shopping + selamat menunaikan solat jumaat. moga hidup kita sentiasa di limpahi berkat dari Allah s.w.t.

p/s: jangan nakal2 nak ber "ai-yu" sangat kat luar sana tuh.. ai tak nampak tapi Tuhan nampak yu.. huhuhu...

No comments: