Friday, March 30, 2012

Pormtip....Thaii

Sawadekapppp...
Kap khun kap..

murah rezeki umat yang dok belanja aku makan... moga sentiasa dimurahkan rezeki dipanjangkan umur diberkati dilindungi olehNya. amin~

let's go thru all picca.. so sorry lah sbb gambar tak cantik.. hp cap ayam katenyer...

somtam.. sedap.. masam masam pedas. n ops.. somtam ni sayur betik muda yer bukan mangga muda. sila jgn tersilap plak.. tapi memang layan la gn nasi panas.. auw!!!

ice lemon tea yang sejuk menyegarkan anak tekak u yang kehausan. tuh jari-jemari yang membayar makanan saya pd malam hari itu.

siakap stim. erk??? halia xjumpa tapi bawang putih nye dah macam sayur campur plak aku tengok. banyak nye...

dan dessert anda yang berharga RM5.50 for small plate. yang boleh layan time2 tu hanya tembikai sajerk. epal n oren? erk??? last2 aku tapau.. balik umah bikin epal/ oren jus.

the interior..

review? the food was okay lah.. price reasonable.. environment pun cantik but the service a bit slow. dinner time tp yang dok kulu kilir 2-3orang jer.. 3x gak aku panggil nk minta menu book. haram tak mendapat sampai kena bangun tunjuk diri baru ada yang menghantar menu. then not to forget ade mention 10% service charge with 5% govt tax. oh? mengalahkan setabak/ resepi rahsia pulak nye dia adoi... pasni kalau nak charge cmni silalah tambah staff yer...staff yg ade pun cam tak reti nak berbahasa melayu jerk.

sorry lah i'm so lazy to search for any link to this restaurant tapi restaurant ni terletak di bdr sri permaisuri.. dekat shoplot baru tuh.. bhgn tgh2 gitu.. #eh.. sila lah cari sendiri yer.. maaf tak byk membantu.. hehehe..
lau rajin leh le g mkn nti bagi rebiew ke aku ek.. cherios..

Thursday, March 22, 2012

Peringatan buat Wanita yang bergelar 'Isteri'

Assalamualaikum w.b.t.

Maaf jika ada yang membaca entry ini akan melenting, melompat, berpendapat aku ni -ve minded or wateva lah. Tapi rasanya tahap kesabaran aku dah jatuh ke nombor SIFAR. Aku sedar setiap ujian yang Tuhan beri adalah mengikut tahap keimanan dan kesabaran seseorang. Dan berdasarkan akal fikiran. Tapi ada jugak le yang bijak pandai, belajar sampai ke Uni elok bertudung litup tapi fikiran ko tahap ........ (sila isi tempat kosong). Jangan ada yang terasa ati disini k.

Aku takmo kasi warning tapi aku nak meluahkan rasa tak puas ati. Buat seorang perempuan yang bergelar "isteri".  Saya tak tahu perjalanan hidup anda, dari suara-suara orang anda sudah berkahwin dan mempunyai suami. Betul? Kedatangan anda ke kota besar kerana memenuhi kuota kursus yang dikhaskan untuk anda (mungkin juga untuk rakan2 lain tapi mereka tak dapat penuhinya). Kedatangan anda selepas kebenaran suami anda juga. Betul? Tapi ada ke suami anda benarkan anda keluar selepas tamat waktu kursus? Let say ko call/ sms laki ko tuk kuar jenjalan kat bandar demi memenuhi waktu senggang malam ko... Tapi ade ko bgtau laki ko yang ko nak jumpe ngan lelaki lain? pedulik ape aku untuk amek tau kan? Tapi aku ulangi, adakah ko meminta kebenaran laki ko tuk keluar p ngeteh ngan lelaki lain? aku rasa takde. FULLSTOP disitu.

And I really have to say this, kesian laki ko yang setia menanti ko kat rumah. Bila mana ko ade RAMAI kawan lelaki/ kenalan berlainan jantina semasa kolej dulu tapi ko hanya tertumpu untuk keluar bersama seorang lelaki khusus. Ko boleh cakap ko tak curang. tapi bila dah jumpa, dah "teh tarik" sesama memgimbau kenangan lalu sampai terkeluar ayat-ayat "kalau I jadi dengan U dulu mesti ....." (korang boleh isi tempat kosong kalau mahu). Adakah ianya ke arah satu perkara yang curang. Well perempuan, aku tak kenal ko dan ko tak kenal aku tapi kita mengenali satu lelaki khusus itu. dan aku ulangi kata-kata aku tadi. Kesian kat laki ko yang setia menanti di rumah. Ko kat bandar besar leh berpoya-poya pulak.

Buat lelaki itu.. jangan la jadikan perempuan anda tu sebagai betina.. menyesal kemudian tidak berguna. Deyymmmm yuuuuhhhh.

p/s: how i wish i hv a guts to marah/ maki orang mcm sorg kwn ppuan aku yg selamba badak marahkan laki dia kat on9. hahaha... ade yang tidur luar plak nanti.. kui.kui.kui..

pp/s: cam aku ckp ler,, Tuhan tu bagi ujian tuk umatNya yang boleh menerima ujian.

Friday, March 16, 2012

Rumah penuh sawang......

Fuh.. cukup 10 hari tak update pape kat blog sampai dah bersawang dah rumah kecik aku nih. Maaf yer kawan2. hati meronta-ronta nak post an entry gak. walaupun takde cerita.. (gila life is so boring sampai takde bende nak cerita - menipu sangat)

pic from google

Fuh. siap ada spiderweb lagi. jenuh la mengemas. Owh! cerita mengemas, last weekend walaupun tak sepenuhnya tapi aku berjaya gak la mengemas kain baju, menyapu lantai, mengemop lantai, menukar cadar, membasuh menyidai melipat baju stok 2 minggu dan membersihkan tempat buangan si Oren. Hasilnya? Rumah ada cantik sikit, bilik ada wangi sikit dan karpet ade bersih sikit. Nape aku cakap sikit? sebab pelihara kucing bernama Oren ni sama cam bela budak umor 3 tahun yang dah pandai buat kecah. aje jenuh aku dok menyapu karpet yang penuh bulu dia tuh, tak sampai 30minit karpet tu dah penuh balik ngan bulu-bulu manja yang dok guling2 atas karpet aku. Fuh. seb baik le kucing, kalau dijerit dijerkah dititik pun bukan dia paham. lagi aku plak kena gigit. hahaha... (merepek apekah???)

these few days demam on off on off (banyak main tul suhu badan nih) dengan notebook yang baru baik lepas skrin dipijak kaki comel Oren ku maka aku akan mulakan membebel lah dalam blog sendiri. #Eh! rumah aku suka aku lah kan. Kalau suka sila baca, kalau tak suka pun dah korang datang page Babyarisha so like it or not baca je lah. ai tau ade yang tak suka ai tapi still datang page ai n baca aktiviti ai. mekasih yu~.

dah jauh merepek nih. nanti kang dah lorat2 taip banyak2 pastu aku save je plak kat dalam draf. akhirnya takde post lagi. makanya aku post le yang karut2 saja tuk korang yer.. kalau rajin sok2 aku kuar kan fakta aku sendiri tuk tatapan aku sendiri. yer... betul! owh la.. ari jumaat. geng lunch + ngumpat tarak. makanye aku single sudah arinih. ok geng.. selamat lunch + selamat shopping + selamat menunaikan solat jumaat. moga hidup kita sentiasa di limpahi berkat dari Allah s.w.t.

p/s: jangan nakal2 nak ber "ai-yu" sangat kat luar sana tuh.. ai tak nampak tapi Tuhan nampak yu.. huhuhu...

Tuesday, March 6, 2012

3 Faces

pic by google

on last sunday after few comments/ discussion via fb wall 4 of us turned up to watch our ex-schoolmates perform a dance show at Aswara. I arrived early than scheduled (cheh!!) followed by Myra, Syima n last but not least Fasya. These 3 gorgeous ladies also don't know where is exactly Aswara's location so as the 1st who arrived jenuh gak la guide depa nih. udah le jalan nak masuk Aswara ni gelap. kalau malu bertanya pak guard memang sesat barat la kan. hehehe..

kitorg masuk show pun 1st performance Indian dance dah nak abes. dapat la nonton 5minit, tu pun sambil berdiri sebab masuk lambat. n as per flyers, 2nd performance would be MakYung Dewa Indera, Indera Dewa (betul ke tajuknya?) performed by Yan (ni lah schoolmates nyer). cecepat kami berempat yang tadi berdiri tepi pintu masuk terus ke tempat duduk. nak tengok MakYung (ala donde...si donde...).

Performance Yan memang buat aku ngan geng terkesima (ayat Myra ni). lenggok bahasa kelantan yang cantik, jalan cerita yang menarik - siapa yang tak penah tengok MakYung akan terpaku dan rasa pelik tapi siapa yang dah tahu apa itu tarian MakYung akan mengatakan persembahan dari pelajar Aswara memang cantik. nanti kalau aku rajin aku akan kaji serba sedikit perihal MakYung dan buat 1 post lain. Kalau rajin!!
So cerita MakYung Dewa Indera ni sepatutnya serius tapi ada pulak tukang karut yang buat lawak dalam pementasan aritu. dengan lagak gaya ala2 charlie chaplin, siap boleh kutuk sang raja MakYung tuh. dan sepatutnya menghayati MakYung dengan sepenuh hati jadi ketawa sampai lupa diri. kui.kui.kui..

3rd performance was Plan B: Comtemporary & Hip Hop. or should it pronounce as hikhok? hahaha.. tuh pronounce dari syima (kampung sangat kan). tak banyak yang aku boleh cerita bab ni. Sila tengok rancangan So You Think You Can Dance kat channel AXN. ala2 gitu le tariannya.

Shows end at 10.30p.m. lepas jumpa Yan amek gambar posing sikit kutuk ngata maki segala we off to Kg Baru tuk melampiaskan nafsu kebulur tuh. jam 12malam baru balik. hehehe.. seb baik memasing bujang trang tang tang .. takde lah masalah nak balik lewat. till nect gossip girl outing kat kedai tim tuk layan tomyam somtam yang sedap. wait ya'