tajuk entry bukanlah tajuk sebuah drama komedi ok. ni tajuk yang benar2 berlaku. sedang rakan-rakan
travelholics sedang mengupdate blog memasing aku terpaksa skip untuk memberi laluan tuk entry ni. demi kepentingan bersama.
Hari ini aku MC. lebih tepat siang tadi le MC sebab entry ni ditulis malam hari tuk tibanya hari esok. Kenapa aku MC? adakah kerana kepenatan melayan segala ride/ game di USS cuti awal minggu hari tuh? tidak sama sekali. semuanya bermula lepas balik dari makan malam bersama rakan tersayang. yer.. semua orang aku sayang, orang tu je tak sayang aku. *sentap*. ok. sambung cerita. sebenarnya ntah apesal gigi aku yang pecah aritu leh plak buat perangai. sakit tengah2 malam. jangan kata telan panadol/ ponstan, kumur ngan air garam pun tak jalan gak. Jam 2.30pagi aku dok meraung sorang2 atas katil. meraung as like nangis kuat2 tapi tekup muka kat bantal. yang best siap tonggeng2. owh~ sakit gigi lagi teruk dari sakit putus cinta. Ya, aku mengaku perumpaan itu.
cane nak hilangkan sakit bila sendiri seorang yang bujang tak berlaki so takkan aku nak ganggu laki orang tuk redakan sakit aku kan. Mind you!! jangan sembarang nak speku. pi jaga laki ko sendiri! last option aku p bantai amek mentega yang beku sejuk dari dalam peti ais, letak kat pipi yang dah membengkak kalah kena penumbuk sulung. ah~~ lega no! dapat la rehat lelap mata sepicing dua. tapi cam aku cakap le.. sepicing dua jerk. pastu nyut2 sakit berdenyut tu datang lagi. dalam jam 5 pagi cmtu. sedih la hadap sakit sorang2. dok tertonggeng sampai jam 8 pagi. then terpaksa minta IP anta ke klinik gigi. tak tahan mak nak menahan nye sensorang weyh.
Tapi seperti yang aku pernah lalui masa kat klinik pergigian kelana jaya dulu, ade hari tertentu saja klinik akan menerima pesakit luar, hari lainnya hanya melalui temujanji. ko datang gak pun doktor leh check dan bagi ubat. suruh datang hari lain. dan akibat tak mahu melalui perkara yang sama, aku terpaksa cari kat internet mana-mana klinik yang boleh menerima pesakit luar pada hari Khamis. aku check kat
sini. dan aku rasa waktu yang dipamerkan adalah 99% tepat. sebab aku dah cuba telefon beberapa klinik sebelum pergi. kalau main redah je sure tak dapat keputusan yang diharapkan. Alhamdulillah. dapat tempat di klinik pergigian Bangsar.
kalau kat tempat lain memang berjam-jam gak le aku kena tunggu tapi di klinik pergigian Bangsar, dari pendaftaran sampai selesai cabut gigi cuma 45 minit saja. puas hati la. dah la nurse semua lelembut. klinik yang sejuk pakai kipas angin je pun, besar plak tuh walaupun bangunan klinik tu bangunan lama. dan yang paling seronok. auw~~ aku dapat doktor lelaki yang baik dan aku percaya doktor tu muka hensem. hahaha.. kenapa aku cakap macam tuh? doktor tu siap cerita details lagi apa yang akan dia buat, gigi mana yang rosak, nak injek bius kat mana, tahan napas hembus napas (cam nak prektis bersalin plak). aduh! jatuh hati plak kat Dr. Ibrahim tuh. hahaha..ayat yang best doktor kasi, lagi beberapa minggu datang lagi untuk cabut gigi yang rosak dan buat tampalan. Dang!! datang jumpe doktor? hahaha.. perasan sekejap di situ. tapi dok pikir-pikir balik, kalau nak cabut lagi gigi dan menempuh rasa sakit yang sama rasanya takpe lah, tunggu betul-betul sakit la baru cabut gigi. asik nak cabut gigi, abes luruh le gigi aku. tak pasal2 jadi pengguna tetap Polident. hihihi.
dan tuh le cerita kenapa air liurku bertakung. dah kena gigit kapas yang nurse kasi, sampai gusi tu tak berdarah. nak telan air liur pun tak boleh takut tertelan kapas tu skali. mampus plak aku. aduh!! ubat bius dah abes, baru terasa sakit kat gusi rongak tuh. deyh.. tidur dalam tangisan lagi kot aku malam nih.. takpe2. doa aku sentiasa mengiringi gigi rosak itu. moga tidurku lena malam nih. goodnite fren.
p/s: post USS kena delay tuk beberapa hari atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.