Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
FIRMAN ALLAH:
Maksudnya: "Berdoalah kau kepadaku, nescaya Aku perkenankan bagi kamu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri di kalangan hambaku akan dimasukkan ke dalam neraka Jahannam. (Surah Ghafir: 60)

SABDA RASULULLAH SAW:
Maksudnya: "Doa itu adalah ibadah, telah berfirman Tuhanmu "Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya Aku perkenankan". (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi dan Ibnu Majah)
Maksudnya, "Sesiapa di kalangan orang Islam yang berdoa kepada Allah dengan doa yang tidak disertai dengan dosa atau memutuskan hubungan (silaturrahim) kecuali akan dikurniakan oleh Allah kepadanya dengan tiga cara samada disegerakan perkenan doa tersebut atau tangguhkan di akhirat nanti atau dalam bentuk dipelihara ia dari kejahatan yang sama dengannya". (Riwayat Tirmizi dan Ahmad dalam Kitab Sahih al-Jami')
ADAB-ADAB DOA DAN SEBAB-SEBAB DOA DIPERKENANKAN
~Ikhlas kepada Allah.
~Dimulakan dengan memuji Allah kemudian diikuti dengan salawat ke atas Nabi saw dan mengakhiri doa dengannya juga.
~Bersungguh-sungguh ketika berdoa dan penuh keyakinan akan diperkenankan oleh Allah.
~Membaca doa dengan tenang dan tidak bergopoh-gapah.
~Menghadirkan hati ketika berdoa (tidak berkhayal keapda perkara lain)
~Sentiasa berdoa samada diwaktu senang atau ketika waktu susah.
~Tidak meminta kecuali kepada Allah yang maha esa.
~Tidak mendoakan keburukan ke atas isteri, harta benda, anak-anak atau ke atas diri sendiri.
~Merendahkan suara ketika berdoa antara dengar atau tidak.
~Pengakuan terhadap segala dosa yang dilakukan dan memohon keampunan darinya dan pengakuan terhadap segala nikmat dan bersyukur di atas segala kurniaan Allah tersebut.
~Tidak menyusahkan diri dengan doa-doa yang berunsur sastera (bahasa yang susah)
~Bersifat merendah diri, khusyu', mengharap dan gerun terhadap Allah.
~Memulangkan hak, meminta maaf terhadap orang yang dizalimi beserta taubat.
~Mengulang-ulangkan doa sebanyak tiga kali.
~Mengadap kiblat.
~Mengangkat kedua belah tangan ketika berdoa.
~Berwudhu' sekiranya mudah berbuat demikian.
~Tidak keterlaluan dalam berdoa (minta perkara yang pelik-pelik dan tidak munasabah sebagai seorang hamba, seperti nada paksaan agar Allah perkenankan)
~Hendaklah orang yang berdoa, memulakan doa untuk dirinya terlebih dahulu sebelum berdoa untuk orang lain.
~Bertawassul dengan nama-nama Allah (asma al-husna) dan sifat-sifatnya yang maha tinggi dan dengan amalan soleh yang dilakukan oleh orang yang berdoa atau dengan doa seseorang yang soleh yang masih hidup.
~Memastikan makanan, minuman dan pakaian dari sumber halal.
~Melaksanakan peranan amar ma'ruf dan nahi munkar.
~Menjauhkan diri dari segala bentuk maksiat, zahir dan batin.

WAKTU, KEADAAN DAN TEMPAT YANG MUSTAJAB UNTUK BERDOA
`Malam lailatul Qadar.
`Bahagian malam yang terakhir.
`Selepas solat lima waktu.
`Masa antara azan dan iqamah.
`Satu waktu di setiap malam.
`Ketika azan untuk solat lima waktu.
`Ketika hujan turun.
`Ketika mempersiapkan barisan untuk jihad fi sabilillah.
`Satu waktu di hari Jumaat, pendapat yang paling tepat ialah di akhir waktu pada hari Jumaat atau ketika khutbah dan solat Jumaat.
`Ketika minum air zam-zam beserta niat yang baik.
`Ketika sujud.
`Ketika terbangun di tengah malam dan berdoa dengan doa yang ma'thur.
`Ketika tidur dalam keadaan suci dan berdoa
`Ketika berdoa (لا اله الا انت سبحانك اني كنت من الظالمين)
`Doa manusia di sisi orang yang sedang nazak
`Doa sesudah pujian terhadap Allah dan selawat ke atas nabi ketika tahiyyat akhir.
`Ketika berdoa dengan menyebut nama Allah yang maha agong (العظيم)
`Doa seseorang terhadap saudaranya yang tiada di sisinya. (ghaib)
`Doa sepanjang hari Arafah
`Doa sepanjang bulan Ramadhan.
`Ketika perhimpunan umat Islam dalam majlis zikir.
`Doa ketika ditimpa musibah
`Doa yang penuh dengan pertautan hati dengan Allah dan dengan penuh keikhlasan.
`Doa orang yang dizalimi terhadap orang yang menzaliminya.
`Doa ayah untuk anak atau anak untuk ayahnya.
`Doa orang yang bermusafir.
`Doa orang yang sedang berpuasa sehingga dia berbuka.
`Doa oang yang berpuasa ketika dia berbuka.
`Doa orang yang terdesak atau terpaksa
`Doa pemimpin yang adil
`Doa anak yang soleh untuk kedua ibubapanya
`Doa ketika berwudhu' dengan doa yang ma'thur mengenainya.
`Doa selepas melontar jamrah as-sughra.
`Doa selepas melontar jumrah al-qustha
`Doa ketika berada di dalam kaabah
`Doa ketika berada di Marwah
`Doa ketika berada di Mash'aril Haram.
Salam Ramadhan 1428. Kita akn bpuase pd 13 Sept 2007 bersamaan 1 Ramadhan 1428H. dkesempatan nie, aku ingin memohon maaf pada rakan2 ats ketelanjuran kata samaada d'alam maya @ dunia realiti. halalkn mkn n minum.
akhir kata, ops..lum akhir lg..
Selamat berpuase~jgn ponteng2 k..xdak alasan gastrik!!!
No comments:
Post a Comment