Wednesday, December 14, 2011

Bikin Panas

aku dah lama simpan perasaan nih. bersabar le sangat2 sebab aku tak rasa afdal tuk kuarkan kt blog. tapi aku tgk kakak santek ni selamba badak cite kat blog dia makanya aku luahkan le kat blog aku. tapi aku bagi le orang yang berkenaan tu sebagai penama A dan sekian2. aku tak leh cite secara terbuka tapi aku cite sikit2 je ek.

kisahnya berkisar tentang keluarga gak la tapi tak rapat. dulu2 rapat la skg je memang jelas lagi nyata renggang nya. yang aku tak paham apa salah aku kat A ni sampai kan bila aku tegur pun tak nak jawab, aku senyum pun tak balas. sampaikan time raya nak bersalam pun tak ikhlas ngan aku. lama gak la aku peratikan sebab A ni dulu rapat le ngan aku. siap nasihat bagai, bagi pendapat bagai. "Aku ada wat palat kat ko ke sampai ko tak nak angkat muka kat aku? aku rasa tak ada pung. selama aku menumpang kat umah ko tu aku ada wat dosa kat ko ke?" aku konpius ni.. *garuk kepala*. serius terserlah melampaunye muncung A tuh kalau nampak aku. sampaikan sekarang ni nak menyampaikan barang pun cam orang mintak bara.. kejap sangat ada kat sana. duduk pun tak le aku kat rumah A tu. sah2 kalau aku pegi sana A akan cpat2 lari naik bilik. takde nye lah aku nak panas bontot pun kalau pegi sana. sedih gak le kenang bende nih. ape yang salah pun tak tau. ni aku sentap le sebab dah jelas lagi nyata dalam keluarga pun cam dah dianaktirikan walaupun aku bukan anak dia.

okeyh2.. aku emo. fine! kalau aku tulis terang2 kisah sebenar ade plak yang rasa malu. takpe. aku fullstop kat sini. tapi setiap manusia ada hati dan perasaan. ada salah, silap dan ada kebenarannya. kalau aku salah, CAKAP!!! kalau ko ada rasa salah atau malu tapi taknak minta maaf pun jangan le sampai nak muncung2 cam tikus mondok tiap kali aku ada disekitar ko ada. terang lagi bersuluh masa tu aku dan ko dibawah satu bumbung. taknak ngaku aku ni saudara, taknak mengaku keluarga? takpe2!! jangan sok2 susah, takde tempat nak ngadu takde tempat nak lari dari masalah mai cari aku, masa sakit baru nak kenal sedara-mara time tu aku menonong le ek. jangan kata aku kurang ajar plak masa tu sebab ajaran tu semua dari ko jugak2.

dah jauh menyimpang emo aku tapi sikit je terluah pun.. tak semua! cane aku nak harung wknd ni sbb jemputan kat umah A walaupun tak dijemput oleh A (jemputan dari orang lain). masak2!! tak pegi kira tak dosa kan? hahaha...

Monday, December 12, 2011

I am jet lag

ye ah tu jet lag. tak penah2 fly lebih dari 2 jam pun. hahaha...
tapi memang kurang tido sbb unplanned plan. tuh nanti aku cerita sbb gambar sume kat hp lain.

tapi sebab kan unplanned plan ni le yang dok kekurangan tido. tido tepi jalan je singgah rnr tumpang tido kat parking je. terpaksa berhenti smpai 2-3x sbb tak larat nak drive hakikatnya dari Tapah je pun nak balik KL. tapi dah jam 3-4pg takde nye yang larat nak memandu dah. sah2 plak aku ni dah terbelahak lebih 3x masa jalan jam ular kena palu. kepala dah bengang, perut penuh angin.

singgah rnr tapah tuk rest kan mata.. tu pun dpt 1 jam je.. pilot ku dah bwk keta cm ular kena palu gak. kena jerit baru dia tersedar balik. so, decide to stop kat rnr rawang plak. kali ni memang lama tido. dpt le dlm 3jam. tu pun sbb aku dha kepanasan dlm keta. (info: tido tak on enjin tak on aircond tingkap bukak besar 2jari je. bayangkan cane)

so woke up sunday morning feeling lost tapi kat rnr je pun. pilot dah basuh muka so we're on drove back home. sampai jam 10pg kat umah. Oren cam biase akan mengiau sedih sbb kena tinggal. and for sure kelaparan le tu. memang tak bajet le nak kuar smpai tak balik umah malamnye sbb ikot plan kena balik sblm 11mlm lg. ni keesokan harinya baru nak smpai umah.

tgk budak kecik ni. badan dh panjang. dah tak muat dah bakul tuh. kena beli bakul baru le tuk tempat tido dia..

manja melampau sbb kena tinggal 1 hr tak bgtau awl2. seb baik dah siap makanan dia cukup2 je. ni pun Oren kedemaman sbb kerinduan. hahaha.. yer.. wpun siang hari dh puas tido gn aku malam aku dok layan tv pun dok tido gak budak kecik nih. hasilnya.. lelap ats dada aku ler.. bhahahaha..

ops.. jgn boring baca entry kali ni ek.. cite pasal tak ckup tido tapi show off muka kucing je lebih. hahaha.. entry unplanned plan tu kita cite esok2 je.. nak cari jalan cane nk transfer gambar dr hp bila xde kabel nih.. erm...

Thursday, December 8, 2011

Today Story: Kucing Makan Durian??

Wah..tajuknya poyo. "Cerita Hari Ini". Uwekkkk *jolok tekak sendiri*. Tapi memang nak bercerita pun arini, tapi bukan cerita 'Si Kancil dengan Buaya' ek. Ni nak cerita kisah kucing makan durian. Yer.. Kucing makan durian. kalau dah biasa dengan cerita durian ditepuk tupai kali ni durian tu dikopek siap2 dek budak yg meniaga buah durian itu lah. hahaha...
Thanks to IP sebab belanja makan doyan nih. dah few days gak usha.. dalam perut penuh layan steamboat still nak sumbat doyan gak. Odw balik pas dinner tu IP tanya, nak doyan tak? aku yang sejak dua menjak ni leh terima bau & rasa doyan tapi kepelikan sebab tengok perut IP yang membulat tu, leh lagi ke masuk makanan. Siap tanya lagi, muat lagi ke nak sumbat doyan plak? IP jwb, sikit2 ada la tempatnya. Dan hasilnya 4biji durian berharga RM10. (Sorry lupe amek pic!)


OK, sebelum melalut entry kali ni bukan nak cerita makan doyan sedap ke tak tapi nak cerita budak kecik ni makan doyan.


tengok gambar wat aku sakit hati. Masa kasi makan memang la kelakar.. terkekeh2 aku gelak. Kucing makan durian? OMG.. of cos aku tak tau yang kucing makan durian okay.. sebab dah sekian lama aku tak membela haiwan. sebab tiap kali bela sure berakhir dengan kematian. Dulu kecik2 bela kucing, siap beranak-pinak segala tapi ade yang mati, ade yang hilang merayap ntah ke mana. Pastu bela ikan laga, kena picit dek anak buah aku.. harusnya dibuang saja. Bela hamster pun ntah mana silapnya semgu je dah keras. *sedih* ops.. jauh melalut. So bila Oren ni beria-ia makan doyan buat aku makin suka je nak kasi2 kat mulut dia.


Hey, bukan sikit2 tau Oren makan. 3ulas yang dpt aku langsaikan tu sume kongsi gn Oren. Kalau tak kongsi, jgn kata naik ke badan sampai ke kepala aku nanti Oren ni panjat. Dan buat aku terlebih excited sebab Oren ni beria-ia lah menjilatnye sampai taknak kongsi ngan aku. Lau cite kat mak aku sure dia pun sama excited.


Cam ari tuh balik kg, mak aku dah lorat2 ikot aku g kat kereta ingat kan nak tolong angkat barang rupa2nya dok tanya Oren mana, bawak Oren balik sama ke? *pang* berpinar bijik mata. aku ni dia xde plak nak tanya sihat ke tak, jalan jam ke.. dah makan ker, kucing yang dia tanya dulu. OK fine! aku explain, balik sehari je takkan nak bawak. Dah siap2 kasi makan tukar cat litter so takpe lah tinggalkan kejap. Masuk rumah salam gn bapak soalan sama cam mak aku kasi, Oren mana Oren? *tuss* sentap ati aku.. tak tanya pun aku dah makan ke belum, kenapa sampai lambat, ade roadblock kat tempat biase ke (tiap kali balik ikot Jalan Sepang Bukit Chuah sure kena roadblock depan balai polis. sorry nama balai aku lupa.) ni kucing gak yang dia risau kan. Eh mak, bapak. tuh kucing ye bukan cucu! *nanges merajuk*. Ni gara-gara aku bawak Oren balik kampung aritu le tuh. 

Owh..siyes kat korang yang ada kucing dan fav fruit korang adalah doyan. Sila abaikan ngiauan yang sedih minta simpati kuing korang nak merasa doyan tuh. Sikit pun jangan kasi. Nanti korang akan sengsara cam aku.Sebab aku cakap ceni? sebab aku dok sebuk basuh berak kencing muntah Oren yang bersepah2 kat dalam rumah. mungkin gara2 panas makan doyan. 

nota: rindu nak makan doyan reramai kt kampung. ergh!!

Tuesday, December 6, 2011

Drama Sang Memerang: Ep 5

Nampak gaya drama memerang ni tak habis lagi.. kali ni ade yang makan daging memerang salai kang. Dalam pada baik nak jadi permaisuri lebah leh bertukar jadi ibu buaya yang melindungi telur-telurnya dari dimakan oleh biawak lidah bercabang.

grrrr....

Friday, December 2, 2011

Today story: Kucing saya

Hi, agak lama aku tak update blog. Few days kira lama buat aku sebab aku everyday akan refresh page blog sendiri. (gila ke hapa??!!!)

sebab aku dah takde cerita yang best (asik p keja balik keja je so takde cerita yang manarik la) makanya aku nak cerita pasal kucing aku. Fuh!! direct sungguh. takde nak kias fansuri dah cakap terus terang je.

hah.. ni kucing aku. Nama dia Oren. mula2 dapat dulu kecik je.. ade le besar wallet ppuan yang panjang tu.. sekarang dah extra separuh lagi panjang wallet tersebut. Perangai kucing aku ialah duduk atas laptop. baik laptop tu on ke off ke aku tengah sebok layan fb ke hatta idea mencurah2 nak berblogging ke but still Oren ni akan panjat and duduk atas laptop. Perangai sungguh ko ek Oren.

satu lagi nama timangan Oren ialah 'budak kecik'. ye ah.. yang menjaganye pun dah tua bangka. nak banding aku gn IP, IP lagi tua dari aku. hahaha.. nak menang gak kan. antara kemestian budak kecik ni ialah menggigit kaki aku. tapi bukan disetiap tempat pada kaki tapi cuma kat bahagian tumit dan tepi kaki je. ntah le.. awal2 lagi nak minta masuk syurga kot. tapi kalau syurga di bawah tapak kaki ibu, aku ni ibu kucing ke? muahaha.. karut2.

ni gambar oren masa 2minggu aku jaga dia. kecik je.. sekarang buntot je dah selambak atas laptop aku. mula2 aku konfiden kata Oren ni kucing jantan, pastu aku cam rasa2 Oren ni kucing betina sebab dia ni jenis cepat takut dan cepat kembang bulu cam nak gaduh je. bila aku tanya IP, dia leh cakap yang kucing aku ni kucing pondan!! hah lau ade nyah2 yang baca blog aku jangan nak terasa hati okay, ni merujuk pada kucing aku sajer tiada kena mengena dengan manusia. kenapa IP aku tuduh Oren ni kucing pondan? sebab Oren ni penakut hamat. kalau jerkah dia je dah menggelupur satu rumah dia lari cari tempat menyorok. another incident bila rumah aku pasang perangkap tikus. satu petang IP nak tolong buangkan tikus yang dah masuk perangkap tapi akibat gatal tangan IP p amek Oren dengan niat tuk tunjukkan "ini namanya tikus, kalau nampak dalam rumah kejar dan halau". tapi si Oren ni boleh menggelupur larikan diri siap menyorok kat dalam bilik lagi. muahahaha.. sekali lagi aku gelakkan kucing aku. tu pasal IP pangei Oren kucing pondan. tikus pun takut. hakikat si Oren ni double besar dari tikus tuh tau.

sebab aku dha tengok cite wayang Puss in Boots makanya kunun berangan yang Oren ni pun ala2 Puss in Boots gak. dah la warna bulu pun sama... Oren & putih. tapi bila aku tengok2 selidik2 ala2 kucing pink panther pun ada gak. dah la pipi tak kembung, muka memuncung2. hahaha.. sorry ek Oren. yang kutuk2 ko ni le yang sayang2 bagi ko makan. ko jangan sesuka nak gigit kaki aku lagi, sakit tau. siang2 nak gigit kaki, bila malam tau plak nak msuk bilik tido ngan aku. tido kat ketiak plak tu. isk budak kecik nih..

Owh, mesti korang pelik bila aku banyak letak gambar kucing aku kat hall je. Satu sebab tak kose aku nak usung handphone g dapor kalau time nak kasi makan si Oren ni. Dua sebab ni je tempat Oren ni melepak. lari2 golek2 pun kat living hall sajer. Ops, aku bukan pencinta tegar kucing so, kucing aku ni tiada tempat tido khusus. Aku takde pet carrier, takde cage cuma aku sediakan tempat makan/minum dan tempat poo kucing aku berdekatan. Bila kucing aku nak tido, kalau bukan tido dalam bilik ngan aku Oren ni akan tido atas kerusi siap ada bantal lagi. Pepandai la kucing ni cari tempat tido ek. Aku takde pet carrier sebab aku takde sebab nak bawak2 kucing aku keluar dari rumah. kalau terpaksa pun naik kereta pepandai la kucing aku survive sebab aku rasa kesian nak letak dalam carrier yang kecik. Kucing aku bukan dari baka yang mahal2 cuma jenis baka kucing pasar jadi perangai dia sedikit liar. mau meraung Oren ni kalau aku letak dalam carrier. baru nak peuk cium sikit dah mengiau cam hape je..

ok lah.. dalam pada takde apa nak update dah panjang benar kisah "Kucing Saya" ni. aku off cerita ni tergantung! nanti2 aku story mory lagi kisah kucing nih. da...