mula2 xde semangat nak raya. baju raya belum beli, kasut raya, hbag raya duit raya semua lum sedia lg. hakikat yg IP dh ready nak balik raya.. nak itutttt... huhu *sedih xde kg*
tiba2 semangat raya dtg balik sbb "Photo Challenge Balik Raya 2011" dh kuar kt blog Biqque & Chawanna.
as at last year pestaim aku join & mencabar minda, fizikal dan emosi *smpai nak nanges le bila xleh nk post entry - penyebab kena penalti n tak menang (saya bukan pengalah). tgk bukti sini 2010. siap ada kesinambungan di sini.
So this year 2011
Biqque & Na. aku copy paste je ek.. sbg peringatan tuk aku akn task2 havoc yg bakal aku lakukan.
SYARAT UTAMA YANG WAJIB ADA!
A) Setiap gambar MESTI ada Blogger (Aku le tuh). B) Setiap gambar MESTI pegang/letak/lekat kertas A4 tulis "PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2011".
C) Setiap gambar MESTI kena pakai baju raya.
Note : Kalau takde salah satu syarat diatas ni, masih bleh teruskan, tapi tolak markah la.
teaser: thnx to ammar cz taking d picca.
ni cth ja tuk syarat-syarat yg bakal dipenuhi;
No.1: mesti ade muka Blogger.. *tuh aku tgh senyum* (sorry dh bam2)
No.2: Gambar kena pegang/letak/lekat kertas A4 "Photo Challange Balik Raya 2011" *print siap2 lor* (creative nih)
No.3: Pakai baju raya. (baju raya thn lepas tuh)
10 CHALLENGES YANG PERLU DILANGSAIKAN!
Idea Biqque.
1)Blogger bergambar sebelah/dengan polis sambil makan kuih raya. Kalo polis tu tengah bertugas dan tak leh makan, korang je yang makan. Tapi kalo polis tu makan skali, bonus disitu.
2)Blogger buat huruf “RAYA” dengan tubuh badan. Boleh guna orang lain untuk tolong Blogger dan boleh combine gambar setiap huruf yang dibuat.
3)Blogger bergambar depan rumah kampung yang kosong sambil pegang buluh lemang. Kalo rumah kampung tu nampak spooky, lagi bagus.
4)Blogger bergambar tepi highway dan mesti nampak jalan highway tu serta kereta yang tengah bergerak. Kawasan R&R tidak dibenarkan sama sekali ye.
5)Blogger main papan gelongsor sambil makan ketupat nasik. Lagi besar papan gelongsor tu, lagi banyak markah korang dapat.
Idea Chawana.
6)Blogger menjadi nelayan yang tengah memancing/menjala mengunakan umpan kuih raya di tepi tasik/sungai/laut. Pepandai la korang, aku tatau!
7)Blogger menjadi SUPERHERO RAYA dengan memakai pakaian raya. Kena la nampakkan kan ciri-ciri superhero tu walaupun baju tu baju raya. Ikut creativity masing-masing.
8)Blogger mengayuh basikal sambil junjung sebalang kuih raya di atas kepala. Kaki tak leh pijak tanah ok!
9)Blogger bermain tanglung (lantern) di waktu malam di hadapan orang bakar lemang. Tanglung boleh buat sendiri, atau beli kat kedai apek mana-mana. Kedai sembahyang cina pun ada. Hahaha!
10)Blogger sedang makan juadah hari raya (lemang/ketupat/rendang/kuih raya) di atas pokok, sambil sebelah tangan pegang senduk nasi.
REMINDER!
Ingat! Semua aksi-aksi diatas, mesti ada tiga syarat utama tu. Jangan lupa tau! If tanak lupa, sila PRINT post ni sebelum balik raya :D
Blogger kena publish post bertajuk “PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2011” dan letak 10 tajuk challenges dan gambar, pada Rabu (7 Sept 2011) sebelum jam 12.00 tengah hari.
Keputusan para pemenang akan diumumkan pada Isnin (12 Sept 2011) jam 12.00 tengah hari.
Segala keputusan adalah muktamad. Takde rayu-rayu dah. Titik! Hehehe!
HADIAH-HADIAH NYER?
GRAND PRIZE :
SATU* TIKET/VOUCHER*
1ST RUNNER UP :
SATU TIKET/VOUCHER*
2ND RUNNER UP :
SATU TIKET/VOUCHER*
*Tiket/voucher could be in various of medium/method/form. Jangan main-mainnnn...
*Tiket/voucher adalah tertakluk pada harga, tempat dan ehsan pihak penganjur.
*Tiket/voucher mungkin akan ditambah mengikut tahap sambutan dan ke-excited-an pihak penganjur.
APA LAGI? CEPAT BAGITAU SEMUA!
DAN PIKIRKAN CAMNE NAK DAPATKAN
SEMUA GAMBAR-GAMBAR NI YE?
INGAT! KALO TAK TAU, BUAT PE?
IMPROVISEEEEEE :D
Jadinya terpaksa lah berfikiran kreatif dan berlagak macho tanpa rasa malu. huhuhu... few of the task aku leh terima akal ler.. lg few ni nak perah otak.. aduyaiii...
tp Insyallah ler.. aku akn cube.. so readers/ bloggers (no tagging ek) korunk pun leh join Photo Challenge Balik Raya 2011. kot rezeki korunk menang, leh fly2 away wit AA. hahaha.. so best of luck peeps. may d luck will be wit me.. hahaha..
note: all the challenge task and t&c are copy paste from Biq & Na.
2 comments:
hahahahaha aku dah terpikir, mesti ada yg print logo tu! ko mmg kreatip! sorok! sorok!
muahahaha..print byk2 sementara stok masih ada..
Post a Comment