1. Nak Kurus Nak Cantik - eh. takyah la amek Qu Putih. Qu tak mampu. ececeh...so cane? Puasa. Makan.. Puasa lagi.. eh? leh minta running shoe rege RM50 tak kat laki sendiri. bukan ape. kalau sendiri beli memang jadi hiasan je lah. bersarang atas lemari. kot laki yang beli ade le semangat nak running2 gitu. ala.. p taman je kot gn anak. ecececeh...
2. Nak kumpul duit beli rumah sendiri. like WHAT???? baru nak start kumpul duit? gudlak la pada aku. We start with kumpul emas sikit2. Fuh! berpeluh oii
3. Nak enroll anak masuk taska.. taska je pun tp pening kepala la nk pilih mana. ade few yg turn out incredible but harga pun incredible gak. Yang biase2 je ni pun. rege ko buleh tahan siap nak OT pun demand. Like eh? anak ku sorg saja ke yang kena OT. anak orang lain punctual ek makpak depa pick up? Ni still on-going sebab dah start call few taska n tengok location. later i will share yer. sebab kan baru few calls. nak p buat visit lagi tgk keadaan taska. - sure yang bertanya selama ke ni anak simpan mana? sapa jaga? ok. tu nanti ade new entry. ku luahkan apa yang termampu nanti.
4. Avoid tuk tambah anak? No. rezeki tu Allah bagi sebab aku nak sangat mengandung. cuma nak lalui sakit bersalin dgn tgk misi pegang gunting tu memang minta dijauhkan la kan. so postpone sebab trauma walaupun dah lebih 2thn perkara tu berlalu. sampai mimpi la weyh.. seriau aku.
Now2 kita proceed ngan no. 3 dulu. later i will jump here and there to tell the stories.
Wednesday, November 18, 2015
Monday, June 15, 2015
Saturday, June 13, 2015
Ketibas mak!!!
Ni cite berminggu-minggu lepas bila mak n anak dah down gn demam n sakit mata. punca nya terbaca fb status kawan yang anaknya sakit mata tak dan sehari lepas baca status mata aariq merah2. hantar p nursery tapi cikgu takmo terima, suh amek balik coz mata anak merah n suhu badan naik. ok! mak pasrah tapi apaknya yang kena cuti 1/2day and amek anak kat school.
dalam pada sakit mata, tiap2 malam suhu badan naik, gigih la mak ni dok tekap towel basah kat kepala anak. ngan mak pun sakit mata MC sambung sampai 3hari. weekend plak apaknya sibuk benor nak masuk Gua Musang pi rescue keta yang ditinggalkan kat dalam hutan tu (still hutang cerita sangkut dalam hutan).
Bila sabtu datang terbaca status kawan dok main panjat batu kat area rumah so mak berkobar-kobar nak bawak anak pi sana sebab ade playground. sebab si anak ni dok la lorat nak tido petang so terpaksa postpone nak gi taman. Sunday dapat chance pegi pun lepas paksa tido awal n bangkit jam 6 petang.. sesampai je taman anak dah excited
dulik lantak ngan mata yang merah. dapat tengok mainan yang banyak, abang2 dok tendang bola.. dia punya lari....huiiiii cam pelesit lajunya.. baru ajak kuar dari kereta mak dah kena p kejar anak.. takdan la nak kepit hp ke, susu ke.. pegang kunci kereta jer.. but..but..bab pusing satu taman le mak kejar dia.. huiiii... baru suh duduk kat kosi jongkang-jongkit laju je dia turun.. ajak p naik buaian dia lompat siap buat stunt lagi. main gelongsor? tempat orang nak turun la dia merangkak naik. kacau semua budak2 lain nak main. hui... memang ketibas la mak ni..
Thursday, June 11, 2015
my heart my liver
owh, meh kita cerita bab buah hati pengarang jantung pisang isi hempedu saya ni.
saya rindu dua orang dalam gambar ni. pic taken way back few month ago. sengaja tak buat susu sebab nak bagi anak rasa lapar then dia akan makan roti/ nasi. kalau kul 10 dah minum susu pukul brape plak nak breakfast, lajak pulak lunch hour..
hasil tak dapat susu waktu pagi. sila makan roti canai yer adik.. bagi kenyang sikit perut tuh.
owh..dia ni bab air ais mmg kasi ke dia je lah. makan 2-3 suap air nye segelas..
when this pic taken, both anak n mak kena jangkitan mata. asal dari anak ler.. ntah pembawakan virus masa kat nursery kot.
mak kena sakit mata sampai bengkak2 la mata.. nak katup jer.. kenapa selalu penyakit berjangkit mesti kena antara anak n mak? dah anak dok melekat kat mak jer.. apak nye ngelat nak jaga.. kalau anak dok gesel2 muka kat apak.. kompem la apak ko mc semgu time tu anak oiiii...
Wednesday, February 25, 2015
Belajar parking
setiap ibu bapa mesti mengharapkan anak-anak yang cerdik dan bijak.
setiap doa ibu bapa untuk anaknya ialah untuk menjadi pandai, soleh/ solehah, dimurahkan rezeki etc
jadi setiap malam ibu bapa yang ada anak kecil akan mengharapkan anak-anak untuk bermain, belajar dengan tenang ..
tiap kali amek aariq dari nursery dengan harapan dia akan duduk diam-diam sambil layan kartun atau main selak-selak buku.duduk elok-elok sambil tangan layan kereta mainan dan mulut penuh kunyah makanan.
tapi....
tapi....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
bila mainan kereta yang dia pilih sendiri kat kedai dia buat camni?
dah kenapa ko nak angkat kereta tu naik atas sofa mummy, anak oiiiii
anak bertuah ni cuba la nak parkir kereta mainan atas sofa..
dan berjaya setelah lebih 10x mencuba..
ok. korang sure ingat dia suka-suka nak parking kereta tu atas sofa dan tepuk-tepuk tangan kunun nya bijak la... NO NO No... Big NO ok... dah dia park kereta atas tuh.. aariq panjat sofa n duduk..
n cuba terjun dari sofa dengan kereta mainan sekali...
wah!!!!! ingat wat stuntman.. wat aksi berani mati...gugur jantung mak dia kejap.. hilang darah kat muka ni.. seb baik la sempat sambut sebelum hidung tu kena lantai.. esok2 pi nursery mau kot cikgu dia tuduh aku dera anak sedangkan anak memang tengah melasak. lepas aksi berani mati tu dengan beraninya aku rampas kereta mainan dia n campak lam bilik. tutup pintu bilik terus so dia tak dapat masuk. wattammat.. tengok tv je lah tuk 2-3 hari yer anak..
Tuesday, February 24, 2015
Cranky baby
ada anak kecik memang best.. seronok ulit bayi..
but once anak makin membesar sel-sel otak makin berhubung.. dah tau sakit tu camne.. merajuk tu camne.. kalau lapar tu nak buat apa.. tapi ada anak yang kuat merajuk buat perangai memang akan mencabar minda dan kesabaran mak-pak. nak-nak plak bila anak lapar tapi memilih makanan.. adududu... memang boleh freeze otak kejap nak sumbat apa kat mulut anak.
sama la ngan budak aariq nih.. ada masa takde la nak pilih apa pun.. apa yang aku bagi memang sumbat la dalam mulut.. tapi makan nasi memang kena campur ngan lauk ayam yang dah dihancur/ dipotong kecil2.. kalau isi ayam tu dipotong kiub pun kompem le diluahkan balik.. takmo gigit..
yaperda anak..
datang mood baik dia akan gelak.. borak.. layan mainan sorang2.. best part tab tu kena on time nak makan.. tu je nak buat dia duduk diam n makan. kalau tak kompem terbalik la kerusi meja kat kedai makan tuh. hahaha... nak dipujuk memang sukar la.. nak-nak pulak kalau daddy dia takde plak.. sah2 la makan masa nak kasi baik. mengah!!!
Wednesday, January 7, 2015
Happy New Year 2015
credit pic: google
not to late to wish a Happy New Year to all of my readers, friends, family and dear haters.
wah!! ade haters ke aku nih? ermm.. forget it.
so like previous years, azam tu tetap ada.. dpt fulfill ke tak. ntah!
but to all. pls take care of yourself, your family and do have a back up plan when making plans..
hahaha...
Subscribe to:
Posts (Atom)