Tuesday, November 27, 2012

Oyen yang SAKIT

p/s: ni cerita khamis lepas masa cuti Awal Muharram. tapi sakitnya masih terasa hingga kini.

cuti Awal Muharram kami takde nak joli2 holiday. dok rumah nak menyiapkan apa2 yang patut. (hubby janji nak naikkan bumbung tuk dapur). dari kisah naikkan bumbung dapur sampai kisah betulkan kereta bla..bla..bla.. petang tu Oyen berjaya melepaskan diri walaupun hubby dah tangkap n hantar masuk rumah banyak kali. (jangan bersangka buruk kata kami takde cage/carrier tuk leta kucing, cume kami tak biase kan diri tuk simpan Oyen dalam cage/carrier).


dan kununnya kenal akan kucing kesayangan sendiri kami biarkan Oyen kuar jalan2 dengan harapan malam nanti dia balik la sebab lapar dan sejuk. habis kuat esok pagi-pagi sure terpacul depan pintu. so malam tu instead of tido peluk kucen, kami tido berpelukan laki bini sajork!


next morning Oyen still tak muncul. hubby sebuk nak gi keja sebab banyak hal lain. dan kami gi keja dengan harapan petang nanti sure Oyen mengiau kelaparan depan pintu rumah.. Namun tidak juga! Jumaat malam sampai rumah Oyen still tak muncul. hubby kata dia dah ronda taman n aim rumah jiran yang ade kucing betina tapi tak nampak pun Oyen. Knowing aku yang tengah pregnant ni, emosi sure mengada-ngada.. Hati dah gundah galau cam hilang anak. Mana Oyen pegi.. dah makan ke tidak.. minum ke? Tido mana malam tadi.. siap nanges lah atas katil peluk teddy masam mainan Oyen tu. sampai time nak kuar TT kat K.Dsara pun kitorang ronda taman lagi siap panggil nama Oyen tapi takde.. Owh aku sentap. TT ngan geng dari Kuantan pun aku takde mood nak cakap banyak.. (Mak tengah emo okeh).

Balik lepas ngeteh pun sempat lagi hubby ronda 2-3 lorong taman kot-kot la Oyen dah terlepas jauh.. Nan ado! n again aku tido bertemankan air mata.. (kucing hilang je kot. bukan kena tinggal dek laki pun). Dan tuk malam kedua hubby tido pun tak tenang, kejap bangun gi toilet sempat toleh tempat tido Oyen. Kejap ke depan tengok-tengok kalau Oyen dah balik. Juga TIADA!! owh.. sayang gak laki mak ni kat kucing.. ingatkan wat tak heran jer..

Next morning kul 7pg hubby dah kuar meronda jalan kaki kot-kot Oyen tak jumpe rumah sendiri.. ye ah! Rumah cluster kan.. sume bentuk sama.. Then jam 8pg hubby call suh amek kunci kereta.. Guess what? Jumpe Oyen kat dalam boot kereta.. atas enjin.. basah! gigil! luka! lapar! sejuk! trauma! semua ada lah.. Siannye anak buluku... betul la dia trauma sampaikan aku nak ambik dukung pun dia tak kasi.. bau jangan cakap la.. aku agak Oyen ni tido atas air kencing sendiri kot.. bawak masuk bersihkan dia.. takat lap ngan kain basah jer,, nak kasi mandi cam kesian plak.. luka-luka badan.. bulu pun tanggal segenggam segenggam hah! Happy ke aku? Happy le dah jumpe anak kesayangan tapi nangis gak ler tengokkan Oyen yang sakit tu..
Tak lalu makan, minum badan gigil segala sebab masih sakit. bawah mulut berdarah, dagu belah kiri melecet (tgk pic). kuku kaki ade yang tercabut, ade yang berdarah.. kuku siap terkopak bagai.. badan ade yang luka-luka.. hubby kata mungkin gaduh ngan anjing tapi takde plak dengar/ nampak anjing area rumah aku.. Dah kasi mandi, kesejukan yang amat la aku ngan Oyen berselimut. dengan both kami dah macam ilang sore.. naik katil berkelubung plak ngan selimut tebal.. till dah petang sket.. aku tinggalkan Oyen tido sendiri dab dia dah start tido terkangkang.. means dia dah ok sket..

dan sebabkan kejadian tuh, perintah berkurung tuk Oyen till betul-betul sembuh.. Ops.. Oyen belum dikembiri mungkin sebab tu dia nakal melampau ala-ala kejar gf gitu.. dah jadi camni baru kami beringat nak kembirikan Oyen tapi dari info klinik, Oyen kena betul-betul sembuh dari luka, kena vaksin kan baru leh kembiri. Satu lagi penjagaan lain lepas dikembiri ala-ala menjaga anak kecil yang sakit. Takpe, bab tu pass kat hubby. for now Oyen dah balik rumah dan tido terkangkang. hahaha... Alhamdulillah.

Tuesday, November 20, 2012

Say 'HI' baby

Last week ade appointment dengan sonographer (eh! betul ke spelling ni). Tu pun lepas few appointment made n cancel.. (salahkan laki aku.. kejap kata ok..kejap nak mlm.. wknd tak pree). So lepas few digging kt internet and call here n there aku nekad block satu date tuk buat 3d 4d scan. Details of it sila layari facebook mereka dan appointment menerusi online dari blog mereka. Pantas!

Sebab klinik kat Ampang so kitorang buat appointment malam lepas 8pm. And knowing hubby yang tak suka pi tempat yang tak familiar, meliar gak mata kitorang tuk cari Klinik Fauziah. Sampai klinik pass IC dan tunggu giliran. lebih 30mins gak la tunggu. Hubby dah start muka singa lapar.. yer..memang kami lapar, dari petang belum makan lagi..dah la mak buyung tak berapa nak sihat.

Sampai giliran.. Yes! excited terlebih.. selama ni dok layan kat youtube cane le baby moving2 dalam tummy.. sekarang leh tengok sendiri.. (emo sat). Hubby takmo masuk, puas pujuk still dia kata, takpe tunggu luar jer.. cepat sikit. Alah wateva lah! Sebelum scan aku cume rasa tak selesa je perut n sometimes mengeras.. sebab sonographer tu sorang yang lembut dan baik hati dia siap borak-borak dan pegang perut dengan lembut.. siap cakap lagi.. "adik..tunjuk muka sket.. adik tepi tangan sket" (like the baby heard?). Awal-awal baby dah tak malu tunjuk anu dia.. heip! heip! secret la baby.. takes time gak baby nak show off muka.. malu-malu kucing plak.. siap tutup ngan tangan lagi.. puas kena pujuk baru nak tunjuk muka sikit...



Gender? secret la.. tapi kalau auntie nak belikan baby baju, sila belikan warna selamat. putih/ hijau/ jingga.. so either boy or girl boleh sauk. hahaha.. Owh ya' dah 19weeks.. progress baby? malas nak cite sini, sume tu uncle google leh explain. there's a part yang nampak baby menguap (time ni dah leleh air mata) tapi nurse tu tak amek vid plak.. aish!!!

Owh.. 4d scan ni baru RM100 kat klinik ampang. sila berhubung terus ngan nurse nama Jezz.. dia memang baik dan lembut. printed copy tuk show progress/report baby.. lain2 sume masuk CD k.. lepas scan baru lah pandai rasa yang baby moving2 shake2 bon bon dalam tummy.. sebelum tu tak rasa lagi.. hahaha..rasa cam tiap2 bulan plak nak g 4d scan sebab boleh tengok dengan jelas baby's development tapi mana plak nak mendatangkan duit tu.. simpan dalam tabung lagi baik. anak bukan masalah tapi satu rahmat.. selama aku kenal hubby aku tak rasa dia suka kids specially babies tapi ni dah pregnant he shows how much he cares. Thanks love.