Monday, November 28, 2011

Selamat Pengantin Baru

Cuti sekolah datang lagi.. 
waktu ni lah bertimpa2 jemputan datang untuk majlis perkahwinan. 
aku pun tak lari dari situasi tuh. 

kadang2 sampai terlepas satu dua undangan sebab memenuhi undangan yang lainnya.
walaupun begitu (melayu sungguh ayat aku) aku ucapkan Tahniah & Selamat Pengantin Baru untuk rakan2 yang melangsungkan perkahwinan, bakal berkahwin, bertunang dan bakal2 ibu/ayah dengan kehadiran ahli keluarga baru. 

to my dear bff Farhan & wifey, Selamat Pengantin Baru. pa'an, ko punya pasal aku tunggu berjam2 kat majlis ko.. bising tunggu kawan2 gak sebab ramai datang lambat. while my dear friend Juli yana dah balik plak. hehehe.. will see you later2 lah Juli. 

Above are my friends since Standard One. Darjah satu okeyh. yg memboyot tu Rodiah kawan dari tadika lagi tau. Terima Kasih atas persahabatan ini kawan2. Sayang korang. 

Friday, November 25, 2011

Soalan Cepumas tuk Biqque

Cerita tak sama dgn topik di atas.

Tiap tahun Biqque akan holiday gn family besar dia. Dan tahun ni Biq nye family kat Penang. Dan Biq mintak tolong aku untuk sediakan soalan2 agak berbau kentut untuk game ala2 Serasi Bersama. Juga soalan untuk game Lukis & Teka.


Game Lukis & Teka ni tuk partner kot. Yang Biq bgtau, budak umor 7thn akan lukis dan orang lain teka. Siapa orang lain tuh Wallahualam! Sebab Biq mintak objek yang senang2 tuk budak umor 7thn tuh lukis jadi aku kasi sampai 24objek dari jenis, buah2an, sayur2an, kenderaan, barang2 kecil dan bangunan. Pepandai le ko nak teka ek Biq. Kalau budak tuh sering terdedah gn Mak Chu (Biqque le) tuh makanya ade le objek yang dia tahu dan paham kedudukan untuk objek tersebut. Maksudnya tak perlu lah nak lukis objek sebenar.. seakan-akan atau tahu tempat yang sepatutnya objek tu diletakkan kira ok le tuh. Mudah untuk diteka. Good Luck Biq.

Tuk soalan Serasi Bersama, aku tak tau le cane diorg nak buat. Info dari Biq 1 couple akan ditanya 5 soalan. Ada 6 couple semuanya so soalan yang perlu disediakan ialah 30. TIGA PULUH??? dah la sekali sekala je tgk rancangan Serasi Bersama tuh.. ingat tak ingat je lah cane game kt tv tuh ek. aku belasah le. Thanks to sis Shahlisa (ade sorg PM tu pangei gitu) yang kasi few idea tuk soalan serasi bersama. Daripada kurang 1 soalan sampai terlebih2 6 soalan. Hambik ko. Main game tu sampai lebam ek.

So Biqque, selamat bergumbira bersama keluarga ek. Enjoy ur weekend. Selamat dalam perjalanan dan selamat balik KL. hey Skin, ko p gak kan? So enjoy lah bersama-sama Family Pak Ein ek.. da..

p/s: IP not in town so leh horrey horrey..

Thursday, November 24, 2011

To Someone from Penang

To anak mami "Penang" mari... kindly drop me a line and leave your email in my comment box. Or please buzz me on Yahoo Messanger (YM) or call me at 017-374****. Urgently need to contact you. (aiya.. i've lost my hp remember? so i don't remember your office number lor...) Please3x.. (you know i'm talking bout you Mahmud)

p/s: ym online between 10a.m to 5p.m only.

Movie Review: Twilight:Breaking Dawn Part 1

Thanks to Nana coz sudi share kemenangan tiket Twilight:Breaking Dawn Part 1 gn aku. Dan dengan jayanya tanpa perlu memeningkan kepala nak tengok Twilight Saga episode ni. Terima Kasih ek Nana..

source pic: google

nak aku review ke movie nih? those yang baca buku twilight n follow movie twilight sure akan teruja dengan Breaking Dawn:Part 1. Yes! Same as I do coz aku mmg baca novel Twilight masa mula2 Twilight movie kuar few years ago. Complete all 4 books. Siap rasa di awang-awangan je masa baca buku tuh. Rasa cm live action before eyes.. (depan mata da..). Ok no more ngomel panjang. Review:

Start with preparation of wedding between Bella Swan & Edward Cullen. How nervous Bella was when she walked on the altar. How handsome Edward was when he waits for Bella. How she tried so hard to seduce Edward to make love again. Tapi lepas malam pertama yg chaos sampai patah tiang katil sampai bersepai bantal tidur Edward tahan diri je dari make love gn Bella, sebab dia takut dia akan cederakan Bella. So hanimung yang kununnye best dan indah then Bella sedar yang dia pregnant. WHAT??? vampire leh kasi manusia pegnen? So on.. Bella want to keep the baby. But the fetus in eating her from inside out.. ye ah.. anak puntianak kan.. isap darah gak ler..
Cerita seterusnya silalah ke pawagam berdekatan anda. Yang aku nak story panjang lebar ialah tentang:

1. Baju perantins Bella Swan. Details yang cantik terletak kt belakang badan baju tuh.. (betul ke ayt aku nih). In English backside ler.. cantik auww..terdedah tapi ade button2 (cm stail pengantin skg kt KL ler.) tak paham gn penjelasan aku? p tgk movie Twilight Breaking Dawn Part 1.

2. Awat muka Edward Cullen (Robert Pattinson) hensem sangat dalam cite nih. lagi2 plak masa dia tersenyum odw nak g pulau tempat hanimung tuh.. serius ckp senyuman dia sangat manis.. dan aku peratikan dalam gambar2 pun dia takde senyum cmtu..senyuman yang besar dalam mood happy n bahagia lagaknye.. (alah Robert, ko kawen dlm movie je ah.. kt luar xde pun..). Those yang minat watak Edward Cullen ni korang peratikan betul2 time Edward naik bot nak g pulau hanimung tuh.

3. Watak Jacob yang mencabar jiwa.. sedih gila bila dia tau yg Bella nak kawen Edward. Kat movie korang tak rasa sangat la tapi kalau korang hayati watak tu dalam novel.. (aku dah meleleh air mata). Pastu time kununnya Jacob nak g bunuh baby Bella (dah deliver) suddenly dia leh nampak future baby tu turn out to be a beautiful young lady. Kalau la time tu ade melody to describe hows Jacob feels.. aku dah jerit2 dah.. (seb baik lam wayang..ramai orang).

4. Bella nye make up buat aku pelik. Well tuh kan teknik Hollywood memang tak boleh nak pertikaikan lah kan. Dari muka Bella tu biasa takde make up (ade ke berlakon filem tak pakai make up?), sampai ke time kawen make up biase2 till le Bella pegnen dan baby tu hisap darah. Nampak Bella kurus gila, cengkung gila ngan muka pucat ala2 tak cukup tido (sengsaranya pegnen) till Bella dah deliver n kunun semua orang anggap Bella dah mati sebab Edward tak sempat nak tukarkan Bella jadi vampire. Skali Bella berubah dari kurus kepada keadaan biasa dengan kulit yang lebih cantik mulus berkilau. Hoi MUA Hollywood, korang pakai produk ape ek? Memang aku tak dapat pertikaikan make up tuh lah. Bravo *clap clap*

5. Part imprint warewolf tuh susah aku nak explain. IP dok tanya2 ape yg imprint, apesal takleh usik, time bila imprint? aik? tgk movie sama2 pun tak follow gak lg? So aku takleh nak explain panjang2 part imprint nih.. sesapa korang yang paham tlg bagi penjelasan kat aku ek... mekasih.

Setakat tu je aku leh review.. Details jalan cerita p tgk kat pawagam. Nti dah x suspen la kan.. yang aku leh cakap, sapa yg tgk part 1 ni sure tertunggu2 part 2. *dang*

Dan sekarang aku tergedik tuk pinjam buku Twilight Saga daripada seseorang. Nak repeat dari buku 1. So kita tungu review novel plak ek... Adios..

Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Harimau Muda!!!

source pic: google

Yes, Malaysia menang di Sukan SEA. Menang bola le kan. Skuad Harimau Muda dibawah pimpinan Ong Kim Swee. Pasni agak2 leh dpt title "Datuk" tak? hehehe.. pape pun aku enjoy game mlm td wpun hampir naik darah dgn corak permainan lawan. (sakit jiwa kejap).

Wuteva pung!!! Tahniah Malaysia, Tahniah Harimau Muda, Good Job team. (tunggu announcement kalau2 Malaysia dapat cuti).

Sunday, November 20, 2011

Perangai Kucing Aku

Ye..ni lah perangai kucing aku bila dah penat terkinja-kinja kalah beruk lapar. Lepak memanjangkan tubuh.. Pastu tido.. Haish..dh la demand xmo mkn cat food dia. Siap leh muntahkan lg. Bijak ko ye Oren. Asik nak ikan je. Lau hilang akal aku mau aku goreng kan ko. Seb baik akal aku panjang lg. Hehehe..

Thursday, November 17, 2011

Politik di Pejabat

Pertama-tama nye aku nak minta maaf kalau ada yang terasa ati dgn ayat2 yang akan aku cetuskan sebentar lagi.

Rasa ramai dah paham sangat macam mana keadaan opis yang ade sifat2 politik individu. Selalunya orang yang kuat berpolitik ni dia akan politikkan semua kerja nya. Sama ada dia nak taichi kat orang lain atau bermuka2 kat management mengatakan sekian2 keadaan hakikatnya tidak. Ala~ cam politik kat luar tu gak la.. Pro kerajaan dan pembangkang. Ada yang betul ada yang gebang lebih. Macam nak pilihanraya lah.. kempen sana sini cakap nak naikkan sekolah, nak bagi bantuan itu ini. Bila dah menang kempen ke mana bantuan tak tiba. Tapi kata2 aku ni x merujuk kepada pihak penyokong atau pembangkang. korang paham2 je lah.

Opis aku ni pun ade politik gak. kalau aku bangsat sangat aku leh report management otomatik sekian2 orang kena buang kerja. tapi aku lum kategori bangsat lg la. as long as korang yang kuat berpolitik nih buat kerja diluar waktu kerja. Yang aku nak cerita nih, pasal segelintir umat manusia kat opis aku yang kunun menegakkan keadilan (tidak merujuk kepada parti PKR ok). Sikit2 mengatakan parti kerajaan menipu. Jahat la, tak betul la, pemerintahan berselindung dengan semua yang tak betul la. Siap tuduh aku join Puteri Umno lagi. *dang*. berdentum kepala aku arituh. Aku ni walaupun ramai kawan2 yang join Puteri la Wanita la Pemuda la tapi depa tak penah pengaruh aku tuk join aliran politik diorg. dan aku tak penah nak menyibuk atau bersuara dgn pemilihan diorg. Lantak korang!!! pada aku la. masing2 ada prinsip sendiri kan.

Tapi those yang tidak menyokong kerajaan jgn la ko tuduh aku ni pro kerajaan sebab aku tak penah register dalam mana2 parti politik nih. and those who are with the contra side jgn sedap2 mulut ko nak tuduh2 aku ni orang BN la penyokong UMNO la anti PAS la..sedap mulut ko tuh nak kena cabai gn aku kan. kalau aku bangsat aku tak cabai kan mulut tuh.. aku rodok je gn batu giling. puas ati aku! ko nak politik ke molitik neolitik ke lantak la ..yg ko libatkan aku dalam cerita ko apasal? Aku tanya ko ek.. ko melayu kan? ko Islam kan? pemahaman politik ko buat ko benci aku walhal aku ni satu bangsa satu agama gn ko. Agama Islam ko berbeza ke dgn aku? Aku rasa Tuhan kita sama. Yang Satu! Yang Maha Adil! kenapa ko nak bezakan orang tu hanya sebab pahaman politik. sama jugak la dgn team2 lain. cara bagaimana ketua dia nak gerakkan pasukan tu tak libatkan ko kan. apasal ko nak campur adukkan dan tuduh orang macam2.

Maaf lah. ajaran bapak aku jadikan aku macam ni. Kitorang anak beranak adik beradik berantakan pun tak libatkan politik. Bapak aku tak pernah hadiri mana2 majlis kempem baik dari kerajaan atau pembangkang. Tapi bapak aku kuar mengundi gak. Bersalam dgn orang UMNO, bertegur sapa borak gak gn orang PAS. p gak solat kat Masjid. pedulik lantak dgn pahaman politik tok siak tuh. So kenapa ko nak tuduh sesetengah orang kat opis ni dgn pahaman politik. Serius aku TAK FAHAM!!!!  

cam aku tanya tadi ler.. kalau ko Islam, ko Melayu patut ko tak boleh benci aku atau orang lain yang tidak sama fahaman politik dengan ko. selagi aku boleh bekerjasama boleh buat kerja aku. Pedulik lantak la aku nak sokong BN ke PAS ke. hatta sekalipun kalau nama aku ada dalam list PKR aku mintak duit ko ke tuk byr duit keahlian? Tak kan!!! so? apa masalah ko sikit2 nak berpolitik kat opis. apa hal ko nak tuduh cara orang nak selesaikan hal dalam pasukan dia. Kalau ko benar2 la Islam ko takkan bermulut lancang menuduh orang. p bukak buku sejarah Islam la, tgk zaman Nabi mana yang membelakangkan Islam demi fahaman politik. Zaman Nabi tu berperang sebab nak tegakkan agama Islam bukan sebab nak tegakkan fahaman politik. (correct me if i'm wrong. aku ni fail sejarah).

sekali lagi aku dengar ko dok bising libatkan politik dgn kerja siap la terima kelancangan mulut aku nih. sorry ek. aku sedar yang ko dah tak borak gn aku sebab aku penah sound ko dulu. tapi cara ko ni bukan nak Islam kan aku tapi cam dah jadi orang tabligh plak nak memandai2 jatuh hukum kat aku kan.

Sekali lagi aku nak cakap. Aku tak sokong BN, aku bukan orang UMNO, aku tidak Anti PAS dan aku bukan ahli PKR. ko tuduh lagi yang bukan2 siapla peluru aku bersembur. NOKTAH!!!

Malu-malu kucing

Auw..
malu malu kucing yuu..
yu jgn gitu.. tak kan gn ai pun yu nak malu2.
meh cite gn ai nape yu gini.
toksah nak malu2 la.
takde sapa pun kat sini.
no point yu nak malu malu kucing gn ai.
slama ni ai yang basuh berak kencing yu.
ai yang mandikan yu
suapkan makan yu
tido kan yu...
gn ai je yu nak bergurau senda geget2 panjat2 badan.
gn orang lain yu tak reti.
yu takut...kan..
gn ai je yu berani buat gitu.
toksah nak malu2 kucing ah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dah sah2 yu memang kucing pun kan Oren.

ala ala manja nye dia.. tido pun nak tutup muka..
malu le tuh kunun. eeee... geramnye budak kecik nih.. siap le yu Oren. balik ni ai cubit2 yu taw.. :)

Wednesday, November 16, 2011

Rest N Go

Yes.

It Rest and Go corner..


kosi urut ala2 ogawa tu dah ada kat Cova Square area tengah2. sebab tak mampu nak beli set Ogawa makanye dgn berbekalkan RM1 leh le relax tuk 3mins. ye.. 3 minit sahaja! tuk orang2 yang tak biasa kerja keras pastu skali kena kerja berat sure sakit2 badan kan. so aku suggest kalau yang tak mampu nak spend banyak kat rumah2 urut tu leh le insert note RM1 kat kosi nih. dapat lega kan sikit badan kira ok lah tu (pose Saidah AF)

tengok muka aku tuh ala2 stim je layan kosi urut nih! Ni dah 2nd round sementara tunggu geng lain datang tuk  TT session n briefing Woodstock 2.0 (nanti erita lain). Tapi sebab aku nih sering kali layan spa/massage so urutan kosi nih tak berapa nak heran ler.. aku tetap memerlukan layanan 'from head to toe' baru le boleh feel lelebih. auww..

Tuesday, November 15, 2011

Time bila korang stress??

Dr Hans Selye mengatakan stress ialah "suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya". Fuh!!! ayat cam nak siapkan assignment je. hehehe..

source pic: google


Aku takmo cite panjang2 apa itu stress, yang aku nak cerita ialah time bila aku stress. Lately ni kalau geng opis tau sgt le condition aku nih. Hari hari akan sebut perkataan "stress" nih. Hampir setiap hari ler.. punca? bukan sebab keja banyak. tapi sebab ...... ! (fill in the blanks).

Ye, walaupun ada yang kata stress nak ke opis hadap jalan jam la, public transport lambat la, asik meeting je lah tapi stress aku bermula bila aku fikir nak kena pegi keja. Bila balik rumah rasa lega giler, tapi time nak tido n pk esok nak bgn tuk pergi kerja... Aduh.. stress wok!!!. Kadang kadang time hari dah siang dan bermula hari baru, aku cuba ajar diri untuk elakkan stress tapi berdentum stress tu datang. Tensi gak kadang kadang. Slama aku keja kat tgh bandar Kuala Lumpur ni aku tak heran kalau kena jalan kaki jauh jauh tuk amek public transport. Tak kisah kalau stay kat opis lama lama bila petangnya hari hujan dan takde payung. Tak kisah tunggu IP kat bus stop bergelumang dengan asap kenderaan dan bingit hon serta cuaca jerebu. Tapi jangan cerita pasal kerja pasal team yang aku buat kerja skang. Boleh naik darah aku. Tapi apa2 pun aku kena banyak sabar.

Stress buat aku sakit kepala, buat aku rasa cpat lapar, stress juga punca amarah aku meluap-luap. Tanya mereka yang satu team gn aku, diorang tau lancang tak lancang mulut aku. Dah brape umat yang kena sedas dua dari aku. tu pun buat aku stress bila bercakap tak kena tempat. Nak2 pulak ada yg tukang kipas/ api2 kan lagi le laju peluru aku berterabur (ckp mulut ler). And serious said cite stress ni buat aku lagi stress.. hahaha.. enuf said. Hah yang korang pulak, time bila korang stress? cer cite sket..

Ubat di kala rindu

Selalu bila korang rindukan seseorang/ seseekor atau sesuatu apa yang korang akan buat? Renung gambar? Terbayang kan yang dirindu sambil tersenyum sengih kerang busuk sorang2 atau sms yang dirindu? Ye.. jgn pelik plak.. sure2 lah sms orang yang dirindui takkan le sms kucing korang kat kampung plak kan. (isk.. kucing aku tak reti baca sms, reti kasi rosak hp ade ler).

dan aku dah jumpa sesuatu yang baru untuk mengubati kerinduan aku.

yes.. DOVE. not a syampoo or a bird. Its a chocolate. sebab selalu sangat tgk sorang awek ni makan n letak lam blog dia kunun katanya sedap. auw.. dan sebab kemalasan untuk menjelajah supermarket cari choco ni aritu ade le promo kt stesen lrt Hang Tuah. 5 = RM10. Murah ke? aku rasa kot murah sebab kalau beli satu2 sure harga lain kan. HZ, awak beli choco ni brape hengget ek? lg murah ka? ciskek la kan klu cmtu.. xpe2.. abaikan sebab dah beli pun.

Masa rebut2 beli gn orang lain sebab promo kan, minah salesgirl tu siap bg free sample dlm pek kecik. yummy gak choco nih. tapi kesempatan nak makan n tayang gn korang belum ada lagi lah *niat tayang tu tak tahan*.

yes kalau kerinduan melampau bukan tgk gambar lam fb/ hp segala, aku layan makan coklet je. lagi2 plak kalau time hormon kurang stabil, choco adalah cara untuk aku kurangkan tekanan perasaan aku atau amarah aku yang meluap2. korang try ler. tapi jgn makan kosong je, nikmati setiap gigitan dan kunyahan choco tuh. baru le rasa kesedapan nyer. Tapi jangan tahap melampau plak sampai hari2 dok kunyah coklet. nti badan dipam2 cam belon jgn salahkan aku ek. tanggung sendiri. kui.kui.kui...

Monday, November 14, 2011

I'm back~~

Hi all, I'm back in KL safely last night. The trip was fun but exhausted. phew.. *lap peluh*. Tapi aku taknak cerita pasal trip weekend, biar suspen sikit ek. Cume yang aku leh bagitau, skang aku tak sihat. huhu.. demam tu dah selalu sangat tapi ni datang dengan selsema dan batuk.. Ketika sedang bekerja di pejabat aku seperti ingin pulang ke rumah dan menikmati aiskrim vanila disaluti oleh chocolate rice. yahuu... semua ada di rumah.. tak perlu kar belanja lebih beli di luar.

source pic: google

memang ubat batuk lah aiskrim nih.. aduhhh...

Saturday, November 12, 2011

Away

Hi all, I will be out of town for the weekend. No internet connection, no phone line connection. But still I will keep you all posted with live update until the line cut off. Pray that I will be home safely. So readers, bloggers, friends out there.. take good are of yourselves. Don't drinks and drive okay..

p/s: sorry all, no schedule post as I am in a hurry. Semua dalam draft lg.. hihihi.. will update you all soonest I'm back in town..

Friday, November 11, 2011

Thank You

source pic: google


Hi.. Thank you~~~ for reading my blog.
Thank you for stopping by...
Thank you for googleing and wandering around in my blog post.

Hi you... yes! you out there.. don't worry okay. I won't change this blog to a B2B blog. I know you like to read each story about me. You like to know where I go, whom I am with and all my activities. Glad my story fascinate you. And you, do be kind to me. Don't use my stories to condemn me back. (back stab namanyer). We have different approach in bloging world, different community readers and different followers (as I may recalled). So, get your own story line ya'.

And to my blogger friends. Thanks for your support. Love you all beb.

p/s: ingat na, jgn main kotoq.

Thursday, November 10, 2011

Bila dah weng..

hari ni nasib tak menyebelahi aku.
yes.. kurang bernasib baik sebab kesihatan mengganggu konsentrasi.

sakit badan (bisa bisa - bukan kena patuk dgn ular ek), sakit perut (penuh angin dan buat aku sentiasa lapar - punca tubuh spt belon), sakit boobs ( adoi.. bukan tahap aku nak explain - time to see doctor).

dalam kalut dalam banyak kerja dalam banyak hal kat opis aku tak sedar yang aku dah tersalah pakai kasut. hahaha.. tu pun masa dh sampai toilet dah tutup pintu toilet dah bukak suar n dah duduk kat toilet bowl tu (acara seterusnya xyah nak bayang ek) aku pandang ke kaki dan hasil kekalutan pagi td
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
wedges ku sebelah kanan dan kiri lain lain.
muahahaha... *gelak guling guling*

memang tak sedar ok. aku dah le p balik keja pakai selipar angry bird jer (motif bagitau gambar kat selipar?) so dah kat opis aku sarung le kasut yang seswai gn baju arini. memang tak rasa perbezaan pun pakai wedges lain lain nih. xde terasa senget ke.. tinggi sebelah ke.. cuma bila dah sedar baru le aku rasa kelainan di kaki ku. dah la nak msuk balik ke opis tu nak jalan workplace orang lain.. kuar toilet pun malu malu cepat cepat lari ke partition tukar kasut. auw malu *tutup muka*.

harap harap tak jadi lagi le ek.. kalau jadi pun harap takde yang sedar akan kekalutan aku ari ni.. kui.kui.kui..

Tuesday, November 8, 2011

Perangai di Hari Raya

Yes!!! sangat buat perangai di hari raya ok.

start dgn awl pg sabtu lg si Oren ni dah bising kelaparan. fine! aku yang manusia pun tau lapar hatta tgh mlm pun bgn cari mknn ni pulak haiwan kan. lg2 plak dah ade orang tlg sediakan makan lg le naik lemak. sayang punya pasal aku sediakan le makanan. "Ye Oren, saya sayang kamu".

time nak nak mandi si kecik ni sibuk mengiau dpn pintu bilik air. nak kata xkasi air minum dah aku sediakan kat tepi pintu ape plak dok mengiau. rupanya nak join masuk bilik air tapi takut basah. ok! Bolayan Oren! time kemas rumah dia igt aku nak bergurau le kot. dikejarnye penyapu roman tuh digigit pulak. hasilnya aku letak dalam bilik and tutup pintu.

atas nasihat kawan, aku bawak le balik Oren ni ke kg. kesian tgglkan dia sekor je kat umah. IP awl2 dh smpai kg dia. nti kencing berak Oren sapa plak nak tlg bersihkan. (ye bersihkan sebab Oren suka sepahkan pasir poo dia). balik pun dah macam berperang dalam kereta.. mengiau je. pestaim naik kereta jalan jauh plak tuh. elok2 balik kg 1 jam 30mins jadi 2 jam dgn jalan jam nye dgn roadblock nye. seb baik masa roadblock tu dia duk diam2 br bgn tdo. owh~ Oren tdo ats riba okeyh.. sbb aku terpaksa manjakan cmtu sbb aku terpikir dia stress naik keta lama-lama. kena usap2 dia pulak smpai dia tdo. sampai rumah ibu, 1st thing 1st kasi Oren kuar dr kereta n cpat2 msuk rumah. Omak den nyaris bikin rondang lah budak kocik nih. Mdm Diet kata nak buat rendang kucing. kalau jadi mau nangis tak berlagu aku nih. hehehe.. tak2.. omak den lah paling penyayang dlm family. cumo dio tak tunjuk an yo. Abah den? dio suko buli budak kocik nih. hahaha.. budak kocik kono buli.

Abes satu rumah ibu si Oren ni ronda. depan belakang bawah meja dapur toilet segala. bilik aku takyah cerita.. panjat sesaja. tapi satu je perangai yang dia tak tggl dr rumah. kalau ade orang sure time Oren nak makan kena berteman.

tgk tuh.. muka sedih. aku dah hadap sgt perangai dia ni. kalau takde orang pandai dia abeskan mknn dia.. kalau ada aku, ish.. kena paksa makan pun tak abes abes makanan tu. cam nak berperang lah. tapi lapar mengiau tapi nak makan kena usap-usap belai-belai.

ni pun paksa makan. kunun tak pandai nak amek mknn dia yang kat tepi2 bekas tuh.. hakikatnye boleh je. ngengada kan Oren. sangat ngengada.

owh.. yang best perangai dia.. kt umah kg kalau nak tido sure ats kerusi. takde pulak kt umah sendiri nak tdo ats kerusi.. boleh je bergelantangan ats lantai..tapi bab peluk remote astro tu keja aku le ek.. saja dengki sebab Oren ni gn aku asik nak menggigit je tapi kalau gn omak abah den elok pulak dok releks menempel minta kasih sayang.. arghh.. tension gak gn perangai Oren ni. 

Perangai dalam kereta odw balik lg KL lg best. masuk2 keta boleh plak dia berak. aish.. seb baik siapkan cat litter si Oren ni awal2. odw nak menyampai ke Nilai tu dok panjat2 lompat2. mengiau jgn cerita. bising amats.   Owh aku dah siapkan air, makanan n cat litter ek.. lengkap gn toys tuk Oren ni gigit2. hasil dari lompat2 tu ade satu tempat aku emergency brake sbb keta dpn berhenti mengejut. tergolek le Oren kat dlm keta. senyap sekejap. pastu terus mengadu domba naik ats riba n minta simpati. dah exit Nilai baru budak kecik ni nak tdo sampai ke exit Sg Besi. Masa byr tol kat Sg Besi tuh siap kena sound gn budak yg jaga tol tuh nak pinjam kucing aku. hahaha.. tak dapek lah dik oi... akak syg banget gn Oren ni.. siap bwk tdo lg.

Ops. satu je kekurangan aku tak beli pet carrier sebab memang takde niat nak bawak2 Oren ni keluar. Dan rasa kesian plak letak Oren dalam carrier tuh. N one more (sbnr nye byk) takde cage kat umah aku yer.. agk2 geram aku letak Oren dalam bilik n tutup pintu. tp tak lama lah.. 10mins je dah rindu. so kena bagi Oren kuar dr bilik gak. hehehe... tats all gn perangai Oren. lenkali ite lagi na.. buhbye dr Oren tuk auntie/ uncle kat luar sana... *muacks*

Apa yang aku buat lepas tercekik tulang hari tuh..

Mak aih panjang nye tajuk...
tapi nak kena cerita lah kan sebab trajik sikit kes nih.

cam biase geng lunch kat opis ni kenal sgt perangai aku. mkn lunch mesti cari nasi. kalau tapau mesti amek lauk ikan keli goreng. shedapppp... garing dan rangup! dan dlm kejadian arituh sedap2 kunyah menelan a.k.a makan nasi berlaukkan ikan keli goreng garing sekali tu tercekik le tulang ikan. serasa aku yg tak suka tulang ikan ni memang awal2 lagi aku dah buang/ alihkan tulang ikan ni. nasib tak menyebelahi le kot arituh. sengsara gak menelan nasi dgn tulang ikan terlekat kt anak tekak. kalau kat tgh2 takpe beb.. ni kat tepi belah kanan. siap p toilet jolok tekak le.. bukan sekali jolok, lebih 10x jolok tekak. (no speku2 kata aku addict extreme diet ek. aku mmg bukan jenis berdiet. makan taram je.) So tak lepas2 gak tulang ikan cenoet tuh. Sambung makan, marina n kak liza suh kepal2 nasi n telan. jgn kan kepal nasi, abes air semua aku telan kn pun x jalan gak. last2 aku duk diam2.

Malam plak kuar mkn gn IP. sempat report kt Mdm Diet n she said to cari pisang and makan. Alemak! Kat mamak Kota Dsara aku layan nan garlic gn aym tandoori. tu pun satu cerita. mula2 xde mood nak mkn sbb sakit tekak, bila IP dah order aym tandoori n capati aku pun join le tambah nan garlic. skali time mknn aku dh smpai, aku dh rembat aym tandoori tu dgn megah nye p le tuka tempat.. nak duk sgt kt kusi yg leh nmpk tv. takde rezeki pinggan mknn aku jatuh ke lantai. sedih ok!! terpaksa order lain pulak. nak menunggu nan tu masak baru mmg le pedih hati. pastu gn sakit tekak nye ku telan gak le roti nan tu. tapi tak abes. last2 membazir camtu jerk. (sengal! ikot amalan setan budak nih)

Malam kejadian gak, IP balik kg ikot abe nyer. tggl aku sorg2 hadap jalan lengang balik umah. (dah cadang balik esoknye beraya kan - rasakan kamu!) Balik tu mmg tak layan tv dh la. terus tdo bertemankan Oren kucing comey aku tuh.
source pic: google

memang tak sedar apa kay. nak2 pulak balik lewat malam. bgn lewat. bgn pun sebab oren dah mengiau lapar. habis dipijaknye muka aku tuk bangunkan aku. kalau kejut takat tepuk2 pipi mmg sampai ptg le aku tak bangkit kot. kui.kui.kui. pas mandi, kemas rumah sikit, kemas kain baju nak bwk balik raya, kemas mknn Oren baru aku sedar yang sakit kt tekak dah kurang. Aih?? hilang suda tulang ikan tuh? Alhamdulillah. Senang dan tenang le nak balik kg kan. Tapi memang ajaib lah. agknye Tuhan nak uji aku sejauh mana aku leh sabar gn tulang ikan tuh. ye ah. aku dh nekad dlm ati, kalau abes raya pun masih terlekat tulang ikan tu kena g klinik le aku. Lau doktor kat klinik takleh buat, kena g spital. Nanti doktor kt spital potong tekak aku semata-mata nak kuarkan tulang ikan yg cenoet tu. sikit punya hal byk punya kerja mau bikin. kerja opis sure pending lg. sure aku stress lg. seb baik Tuhan tu baik terhadap semua umatNya. diuji tak seberapa supaya aku lebih berhati2. (dang! arini makan nasi lauk telur goreng je. kompem xde tulang).

so kalau korang ade pengalaman tercekik tulang ikan korang sure tau cane aku hadapi. tapi kalau ade yang tak pernah kena, tapi one day terkena jgn panik ok. ambil langkah yang sepatutnya.
1. JANGAN jolok tekak anda. takkan keluar lah tulang ikan tuh.
2. amek nasi hangat suam n kepal kecik2. cuba telan nasi kepal tu tanpa mengunyahnye. (aku dah cube tapi tiap kali masuk mulut sure aku kunyah)
3. makan pisang. (time aku kena aritu susah nak jmpe pisang)
4. minum air suam hangat banyak2 (tapi jgn gelojoh plak kang tersedak air satu hal lain lg)
5. bwk2 tdo n tawakal kat Allah. (tido is last option tp tu je cara aku sbb tak nak fikir tuk ikhtiar lain. sambung fikir esok pulak).

jadinyer pepandai korang le nak ikot petua aku ni ke x. kalau ada petua lain tuk hilangkan tulang ikan yg tercekik kat kerongkong tu.. diminta share ek. mekasih..

Friday, November 4, 2011

Tercekik tulang ikan

adudududu.. tgk tajuk pun dah sakit tekak.. ni pulak kalau aku yang hadap cane rasanye tercekik tulang.


source pic: google


sakit wok.. sampai la ni sakit lg.. tu le time makan xde nak tgk2 dlu.. main telan aje.. (sbnr nye aku kunyah nasi n lauk tu tapi dh nasib). ke kena tulah sbb ngumpat bos ek? hahaha... stress tu cerita lain tp kalau lepas raya pun masih terlekat tulang ikan keli ni kt tepi tekak jawabnye ke spital le aku.. hahaha.. tgu update mgu depan hek. peace..

Tahap Melampau

kemalasan tahap melampau...

update blog pun ikot mood, nak nak pulak internet kat umah tgh weng. aku tunggu call dr TM nih.. jgn le menambahkan tahap kemalasan aku dengan alasan alasan selenga diorg tuh. rasa cam nak sepak orang je.