Tuesday, June 14, 2011

Gempa lagi?

Berita jam 1.30 petang 13 June 2011. 

Gempa bumi berlaku di New Zealand. Gempa sekuat 5.2 - 6.0 magnitude melanda pinggir timur kota Christchurch menyebabkan 1 bangunan runtuh dan 2 orang terperangkap di dalam gereja yang rosak akibat gempa bumi tersebut: info. Keadaan sebenar tidak dapat dipastikan di sini sebab aku dengar berita pun dalam kesibukan orang berborak time lunch.

Sehingga waktu entry ini ditulis jam 11.21 pagi pada 14 June 2011 lebih dari 5 rakan di facebook mengatakan mereka berasa gegaran di pejabat mereka. Antara kawasan yang dipercayai merasa gegaran akibat gempa bumi tersebut ialah di Kg. Baru, kawasan Ampang/ Jalan Tun Razak, Cyberjaya. Tapi tak semua le yang merasainya, cuma bangunan-bangunan tinggi je lah yang akan rasa goyang pening-pening lalat.

Update: 11.36pagi info kata ramai orang dah turun dari opis mereka berdekatan Jalan Bukit Ceylon. Staff Menara TH pun di arahkan keluar dari bangunan. Tapi kat mana gempa itu berlaku? Nantikan laporan nya.

Update: 12.08tghr. Satu lagi gempa bumi berlaku di Sumatera Utara pada jam 11.01pagi tadi. Gempa yang bermagnitud 5.7 skala richter mengikut laporan MET. Beberapa syarikat di bangunan tinggi telah mengarahkan pekerja mereka untuk meninggalkan pejabat sehingga disahkan selamat oleh pengurusan pejabat.

Update: 1.48 tghr.
Berikut gambar yang diperolehi daripada Malaysian Meteorological Department mengenai gempa bumi pagi tadi.

No comments: