Friday, June 24, 2011

Bila sakit nangis-nangis

I suffer from swollen gum.

source pic: google image

ayarks.. sampai nanges2 lor.. dh 4biji painkiller.. 4 biji actifast yg active slow.. makan aiskrim yang kununnya boleh mengurangkan sakit dan bengkak namun ... nan ado leh kurangnya.. tensi wok!!!

IP was away plak tu.. katanya ada team building dan membuatkan aku untuk pergi ke beberapa tempat lain as he is not always with me kan.. dear eini' .. tunggu aku ek.. sama2 angkat kain di jemuran.. melantak di pasar malam dan melayan sawan Final Maharaja Lawak.

Tiba-tiba bila sakit2 camni I teringat my mother plak.. owh rindu~~

Tuesday, June 14, 2011

Gempa lagi?

Berita jam 1.30 petang 13 June 2011. 

Gempa bumi berlaku di New Zealand. Gempa sekuat 5.2 - 6.0 magnitude melanda pinggir timur kota Christchurch menyebabkan 1 bangunan runtuh dan 2 orang terperangkap di dalam gereja yang rosak akibat gempa bumi tersebut: info. Keadaan sebenar tidak dapat dipastikan di sini sebab aku dengar berita pun dalam kesibukan orang berborak time lunch.

Sehingga waktu entry ini ditulis jam 11.21 pagi pada 14 June 2011 lebih dari 5 rakan di facebook mengatakan mereka berasa gegaran di pejabat mereka. Antara kawasan yang dipercayai merasa gegaran akibat gempa bumi tersebut ialah di Kg. Baru, kawasan Ampang/ Jalan Tun Razak, Cyberjaya. Tapi tak semua le yang merasainya, cuma bangunan-bangunan tinggi je lah yang akan rasa goyang pening-pening lalat.

Update: 11.36pagi info kata ramai orang dah turun dari opis mereka berdekatan Jalan Bukit Ceylon. Staff Menara TH pun di arahkan keluar dari bangunan. Tapi kat mana gempa itu berlaku? Nantikan laporan nya.

Update: 12.08tghr. Satu lagi gempa bumi berlaku di Sumatera Utara pada jam 11.01pagi tadi. Gempa yang bermagnitud 5.7 skala richter mengikut laporan MET. Beberapa syarikat di bangunan tinggi telah mengarahkan pekerja mereka untuk meninggalkan pejabat sehingga disahkan selamat oleh pengurusan pejabat.

Update: 1.48 tghr.
Berikut gambar yang diperolehi daripada Malaysian Meteorological Department mengenai gempa bumi pagi tadi.

Monday, June 13, 2011

Yang sudah... sudah..

arghh... seminggu sekali le gamaknya nak update blog.. sorry ek!

kita layan gambar je lah.. nak cerita pun.. sikit sikit sebab cerita dah basi.. hahaha...


ni lepas konvoi malam tuh.. dapat makan lewat malam, nasi arab youuu....

as per.. sebenarnya dok pandang kat kamera besar tu. bila lah uden nak klik klik ke arah muka aku.. hihihi...

its a... no comment.. tengok gambar je..

selesai makan.. lepak sambil tunggu plan tuk ari esoknya..

anak kecik baju hijau tu dah lencun main ngan abang abang dia.. driver MyLandy dah separuh tutup matanya.. hahaha.. this session close at 1.00 morning.. gila ah.. next time we konvoi lagi.. (next time would be this coming weekend lah) hehehe...

Monday, June 6, 2011

Konvoi Himpunan Sejuta Belia 2010.

update: 6/6/11

jemputan dari geng Redah 4x4 untuk program himpunan sejuta belia 2010 di Putrajaya last 2 weeks.
satu kumpulan besar 4x4 konvoi dari Dataran Merdeka melalui Jln Raja Laut - Jln Sultan Ismail - Jln Tun Razak - MEX Hway - Putrajaya dikawal oleh abang2 polis trafik dengan bantuan para marshall.

Woooohooooo...meriah wok!!!



dan demi memenuhi jemputan Redah 4x4 makanya My Landy pun menghantar wakil. Mula mula seksa amatlah nak offer diri sebab konvoi ni malam lepas koje. yelah kan.. siang dah penat kerja, layan jammed KL nye lah kena bambu ngan bos lah, tinger dok dgr sore2 org ngumpat kita lah. mood suma dh lari. namun demi semangat setiakawan My Landy minta lah wakil hatta sebijik kereta. sorang sorang mengofferkan diri (ada ke perkataan meng'offer'kan?) untuk join konvoi nih.. dalam pada cuma 5orang je yang bagi nama dan no plat keta, end up yang showed up 9bijik kereta. 

gila semangatlah nak tunjuk lenrober masing masing kan. dengan mlm sebelumnya dapat baju kelab lagi... woohooooo... cantik wok!!! semangat nih!!!

hah!! tgk pic, kelas ko!!!! sign peace lg.. hehehe... dari sekecik kecik ahli sampai le mak pak semua.. ops!! lam pic xde bapak eee, yang ado omak ee...

semangat tampal stiker sbb ade videoman tengah amek gambar derang nih. kuar kat tv mana den tak taulah kan.. lambat sikit tgk berita.

den berkonan gan toyota LC kaler hijau tuh. cantik wok!!! siap ade curtain.. tak tahan tengok.

its konvoi time lah.. sesuka aku campur perkataan english dengan bahasa kan. tapi walaupun rojak takde lah ejaan bahasa aku sampai ade yang korang tak dapat baca kan. ade ke yang tak faham? sila komen beserta perkataan yang membingungkan anda.

golek tayar.. mengikut informasi tak rasmi ade sebanyak 148 buah kenderaan pacuan empat roda yang join konvoi malam tuh. tuh tak kira beberapa bijik kereta lotus yang tersadai di kawasan rehat dan rawat MEX menonton kehebatan kenderaan 4x4 nih.. hehehe...

presint 2 jammed sekejap wok!! gara gara pacuan empat roda nih. hehehe...

apa aktiviti bila berada di presint 2? nantikan update nya dalam entry akan datang.

p/s: kalau den ghajin.. doa doa lah yo den ni ghajin hapdet blok... ops!! blog.

1st attempt

Lebih semgu tak update? Gile pemalas aku ni.. Hahaha.. Bukan - bukan!! Bukan malas tapi kekeringan idea menyebabkan kekeringan entry.

But this morning I gave you my 1st attempt of baking cake. And it's marble cake yo'll.. Hahaha.. Menjadi seyh!! Tak manis so my dad can have it until muntah. Hahaha. My dad kenot eat sweet things lah becoz he got kencing manis.. Eeuuuwwww.. Kencing pun tau ke manis masamnye.. Sapa rasa kencing dia? Isk!! Takde ah..kencing manis tu kandungan gula dlm darah amat tinggi dr yg sepatutnya.. So pengidap-pengidap kencing manis tu tak boleh amek mknn yg mempunyai kadar gula yang tinggi. Ia akan mengganggu sistem dalam badan. Kalau nak tau kandungan gula dlm darah ko tinggi atau normal, cube tgk bila korang luka, brape lama nak sembuh luka tuh. Klu dlm 3hr dah boleh heal kira ok le, klu seminggu? Uih..cpat2 p check doktor.

Dah jauh melalut dh ni.. Nah hamek kek marble nye resepi..nak resepi yg mantop p cr gugel yer..

1 1/2 cawan tepung (tepung gandum boleh, tepung kek boleh)
3/4 cawan gula kastor.
3 bj telur
1 cawan mentega
Esen vanila
2sudu susu pekat
Baking powder
Coklat nutella

Mentega dan gula digaul hingga kembang putih, masukkan telur satu persatu. Masukkan esen vanila dan susu pekat. Tepung dan baking powder diayak kemudian di campur sedikit-sedikit. Setelah semua bahan digaul rata, bahagikan kepada 2 bhgn. 1 yg ori dan 1 dicampur dgn coklet nutella. Loyang pembakar digris dgn sedikit mentega. Masukkan 1bhgn ori dan dilapis dgn 1 bhgn coklat. Ulang sehingga bahan kek habis. Bakar dlm oven dgn api sederhana kecil hingga masak. Nak tau masak? Cucuk dgn lidi, jika lidi tak melekat makna nye dah masak lah. (Sorry gaya kata berterabur - saya bukan chef)

-Enjoy-
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone