Thursday, July 24, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Ramadhan dah nak melabuhkan tirai. 4 mlm terakhir ni moga2 kita diberi limpah rezeki yang halal dan perlindungan dari segala mala petaka. Kita dikejutkan dengan berita kehilangan #MH370 diikuti dengan kejadian #MH17 ditembak jatuh. AllahuAkbar AllahuAkbar, berat sungguh ujian Ramadhan tahun ini. Bukan sekadar ditangisi oleh keluarga dan sahabat handai namun rakyat Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya. (ni ayat SPM yer).

Buat yang akan pulang berhari raya di kampung mahupun bandar. pastikan kenderaan anda diperiksa baik dari minyak hitam/ isi angin tayar/ air/ servis n bla bla bla. pastikan bergerak ikot jadual yang ditetapkan oleh pihak PLUS (ini bukan penaja entry saya) ataupun bergerak awal pagi selepas tidur yang cukup. 

Macam biasa ai is no kampung (cheh.. bahasa apa ni) so akan menumpang kasih di kampung suami ai ols. #eh not all ek.. ai is no madu2 so puhlis jangan nak datang raya salam cium tangan minta kebenaran nak kahwin ngan laki ai. mintak simpang occay.

ni jangan nak update cerita kunun rumah tangga bergoncang la, gaduh la, sihir la, curang la segala ok. 
ai cari gambar family takde plak lam pc so amekla gmbr kenit pipi bulat ni. both pic masa sambutan raya tahun lepas. n please please please pretty please jangan la nak kutuk kata kejap bertudung kejap togel. kalau tak suka muka ni dok kuar kat screen uols sila klik 'X' kat atas menu bar tuh. ai ols tak tanggung jawab nak menjawab kunun aurat la.. pkai tudung ikot trend la.. tak ikhlas la.. ai bukan retis k. so there is no issue of berhijab or menghormati bulan ramadhan segala. so my blog my way of writing. tak suka boleh angkat kaki. 

ok takmo panjang2 cadangnya nak buat ucapan selamat jer. kan dah melalut sampai ke laut. so this will be my ucapan for u ols out there.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

lau makan rendang ketupat lontong dan lemang tu ingat2 la ai yang di perantauan nih (cheh.. xseberang laut kita perantauan ke?) still demam n pening coz ade 2 lagi biskut raya tak siap. aduyai.. tolong mek. 
dikesempatan ini nak bgtau blog akan berehat sebentar untuk sesi beraya, salam raya, makan raya n kutip duit raya (tuk kenit ek). kalau rajin ai hadpet dari kampung. lau tak rajin (takde peluang sebab MIL dah tunggu menantu hantu ni balik tolong buat kerja) memang bersawanglah balik blog ni. de-doa le kot habuknya sikit jer.. jgn sampai bersawang pulak. ouch.. 

okbai korang.. ai ols dah mood balik kampung.. jgn speed ok.. ade AES. harus melayang duit raya anak nanti nak byr saman. ops. shopping raya tak settle lg.. takkan nak togel je p beraya umah sedara mara.. 
'darling, tudung ai tak beli lagi la)))))))))'

Friday, July 18, 2014

tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan kini.

Namun hanya doa dan salam takziah buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

#prayforMH17
#prayforGaza
#saveGaza
#prayforMH370



Wednesday, July 9, 2014

2nd Anniversary

Alhamdulillah masuk tahun kedua perkahwinan Alin & Man. tarikh sebenar semlm tp arini baru ade mood nak update. I wonder why lah kitorang tak celebrate anniversary like other couple. hrrmm.. takpe. janji ingat dalam hati, sayang sampai mati.

A few pic yg aku tak kongsi lg dalam blog/ fb/ ig/ twitter. Ni album privasi.

After nikah. ni je pic yg kami dok senyum2. lain mostly muka cuak. 
Yes, at this moment aku gemuks. 55kg huiii... sekarang pun camni gak la berat. 

Thanks to sayang En.Man coz menerima baik buruk lebih kurang saya.. wpun banyak kurang dari lebih nya.. (lebih pun part lemak). 
Thanks for being here n there in my up & down time. sanggup berpanas tunggu dalam kereta sanggup berhujan payungkan I n anak, sanggup berlapar demi nak bagi anak isteri makan dulu. wpun ade terkasar dan tercalar sana sini namun En.Man setia menemani. Ai sayang u lebih lah cmni.

wah gitu. post wed pic pun kat tmpt byk pokok/ rumput/ lalang bagai. nmpk sangat outdoor nye. 

hope that this marriage will last long till Jannah. may we be a great parent for our oyen & aariq n the little one yang masih belum dirancangkan. Insyallah. May Allah shower us with blessing, rezeki yang halal, kesihatan yang baik2 and life full of laughter n happiness. Ai lebiu dipdip..

Monday, June 30, 2014

Salam Ramadhan

semua dok pakat update status, baik fb/ twitter/ instagram etc pasal bulan puasa. nak update gak la..
Selamat menyambut bulan puasa dan moga bulan ini memberi rahmat dan keberkatan pada kita semua.

Alhamdulillah, macam tahun2 lepas sahur dan berbuka puasa hari pertama di rumah bonda. Ala kadar je asalkan dapat bersama gn keluarga tercinta. Dapatla pi bazar ramadhan n cari apa yang bonda n ayah minta. n having si kenit dekat tempat yang panas n ramai orang ni amat mencabar kesabaran dan keimanan. y? kenit panas.. ok lah boleh nak lari p masuk keta tapi dok lorat la nak explore n berjalan kat tengah2 orang ramai.
Hai la kenit, kalau stabil nak berkalan tuh ok ler.. tapi langkah pun macam dilambung ombak ada hati nak berlari2 kat bazar ramadhan. hahaha..

later on kita cerita bab makan kat bazar ramadhan pulak. adakah puasa bulan ini menjimatkan atau berlaku pembaziran.

da...

Tuesday, June 24, 2014

Resepi Puding Roti versi rajin.


bahan-bahan
8-10 keping roti
100gm butter/margerin
1sk serbuk kayu manis
700ml fresh milk
1 sb butter
2 sudu gula
3bj telur
1sk esen vanila
1sb tepung jagung

hiasan: kismis/ choc chip/ walnut.

cara: 
1. campurkan butter dgn 1sk serbuk kayu manis. sapukan pada roti. roti dipotong/dicarik mengikut keselesaan masing2. susun roti yang dipotong ke dalam bekas loyang yang telah digris/butter kan. buat 1 lapisan.
2. cairkan 1sb butter ke dalam periuk dan hangatkan bersama 700ml fresh milk dan 2sb gula sehingga gula cair. tutup api. 
3. telur dikacau dengan esen vanila. campurkan 1sb tepung jagung.kacau rata.
4. susu hangat tadi dicampurkan ke dalam telur. sentiasa kacau supaya telur tidak berketul. kemudian satukan bancuhan telur tadi ke dalam susu hangat.
5. tuang campuran susu + telur ke atas lapisan roti hingga roti tenggelam. taburkan kismis/choc chip/walnut mengikut selera.
6. letakkan lapisan roti dan ulang langkah 5 hingga roti habis. rendam selama 30minit sebelum dibakar pada suhu 180'c.
7. puding roti sedap dimakan sejuk.

Selamat Mencuba