Showing posts with label office. Show all posts
Showing posts with label office. Show all posts

Thursday, February 21, 2013

Behind the Scene of Dung Dung Chee

Ops..jaga2 Cik Salmah.. jatuh kang..

Ape yang cuba wanita ini lakukan? owh!! gantung salad.. motif?

Posing dlu.. seb baik ler awak tu comey lotey..

orang kuar Grey.. APTB!!

The Dung dung chee get ready to start d show... 

Monday, February 13, 2012

Yang Patah Akan Tumbuh, Yang Hilang Akan Berganti Tapi TAK SAMA!!!

sedangkan gigi yang patah pun sakit, jangan mimpi bila tua2 ni gigi yang dicabut akan tumbuh kembali.
kita beri laluan tuk berita lainnya sebab cerita blackout ni aku tak abes karang lagi.

sebab yang aku dok karang2 dan abes hilang takdan nak save, makanya aku buat ringkas2 je ek.

two of the lady in the pic dah hi hi bye bye ngan aku. sedih? ye aku sedih dan nangis. hihihi.. lagi nak gelak malu-malu kucing kan. ye ah. dah 21 bulan aku keja kat KL ni. macam-macam hal jadi diorang ni le yang bagi semangat, bagi nasihat kat aku. juga peneman bershopping kat belakang opis di hari jumaat dan teman sparing layan nasi ambeng. Ko ada kawan cmtu?

sorry gambar gegar, tu goyang la tuh amek pic wanita-wanita ayu. senget lah Mukh! yang berbaju biru dah gerak pi HQ, kekadang je muncul kat opis nih. Sorang lagi bertudung hijau tu dah start bizi kat branch. tuh la gatai nak makan spagethi lagi kan.. hahaha..hanya beberapa orang je tau dan paham maksud nak makan spagethi tuh. ops its not double meaning thingy ok. jgn melucah di sini. tuuuttttt*****.

there goes my friends, dari 21 bulan yang lalu dan 6 orang kot geng makan aku yang kuar dari "account" nih. yang pi Cyberjaya nyer, yang masuk account lain nyer, yang brenti terus masuk company lain nyer, yang nak masuk branch nyer. huhuhu.. :(

tapi persahabatan yang terjalin ni tak mungkin dapat dipisahkan. cumanye nak jumpe slalu nak ngumpat gossip luahan rasa sume memang tak dapat ler. yang ado pun tinggal le minah rambut panjang tu ngan sorang minah rambut paras bahu (tiada dalam gambar). cumanya kalau ade pun kawan baru nanti, tak sama le ngan kawan yang dah pindah randah tu yer..

mode: sedih sebab gigi yang patah tak tumbuh kembali. dang!!

Thursday, November 17, 2011

Politik di Pejabat

Pertama-tama nye aku nak minta maaf kalau ada yang terasa ati dgn ayat2 yang akan aku cetuskan sebentar lagi.

Rasa ramai dah paham sangat macam mana keadaan opis yang ade sifat2 politik individu. Selalunya orang yang kuat berpolitik ni dia akan politikkan semua kerja nya. Sama ada dia nak taichi kat orang lain atau bermuka2 kat management mengatakan sekian2 keadaan hakikatnya tidak. Ala~ cam politik kat luar tu gak la.. Pro kerajaan dan pembangkang. Ada yang betul ada yang gebang lebih. Macam nak pilihanraya lah.. kempen sana sini cakap nak naikkan sekolah, nak bagi bantuan itu ini. Bila dah menang kempen ke mana bantuan tak tiba. Tapi kata2 aku ni x merujuk kepada pihak penyokong atau pembangkang. korang paham2 je lah.

Opis aku ni pun ade politik gak. kalau aku bangsat sangat aku leh report management otomatik sekian2 orang kena buang kerja. tapi aku lum kategori bangsat lg la. as long as korang yang kuat berpolitik nih buat kerja diluar waktu kerja. Yang aku nak cerita nih, pasal segelintir umat manusia kat opis aku yang kunun menegakkan keadilan (tidak merujuk kepada parti PKR ok). Sikit2 mengatakan parti kerajaan menipu. Jahat la, tak betul la, pemerintahan berselindung dengan semua yang tak betul la. Siap tuduh aku join Puteri Umno lagi. *dang*. berdentum kepala aku arituh. Aku ni walaupun ramai kawan2 yang join Puteri la Wanita la Pemuda la tapi depa tak penah pengaruh aku tuk join aliran politik diorg. dan aku tak penah nak menyibuk atau bersuara dgn pemilihan diorg. Lantak korang!!! pada aku la. masing2 ada prinsip sendiri kan.

Tapi those yang tidak menyokong kerajaan jgn la ko tuduh aku ni pro kerajaan sebab aku tak penah register dalam mana2 parti politik nih. and those who are with the contra side jgn sedap2 mulut ko nak tuduh2 aku ni orang BN la penyokong UMNO la anti PAS la..sedap mulut ko tuh nak kena cabai gn aku kan. kalau aku bangsat aku tak cabai kan mulut tuh.. aku rodok je gn batu giling. puas ati aku! ko nak politik ke molitik neolitik ke lantak la ..yg ko libatkan aku dalam cerita ko apasal? Aku tanya ko ek.. ko melayu kan? ko Islam kan? pemahaman politik ko buat ko benci aku walhal aku ni satu bangsa satu agama gn ko. Agama Islam ko berbeza ke dgn aku? Aku rasa Tuhan kita sama. Yang Satu! Yang Maha Adil! kenapa ko nak bezakan orang tu hanya sebab pahaman politik. sama jugak la dgn team2 lain. cara bagaimana ketua dia nak gerakkan pasukan tu tak libatkan ko kan. apasal ko nak campur adukkan dan tuduh orang macam2.

Maaf lah. ajaran bapak aku jadikan aku macam ni. Kitorang anak beranak adik beradik berantakan pun tak libatkan politik. Bapak aku tak pernah hadiri mana2 majlis kempem baik dari kerajaan atau pembangkang. Tapi bapak aku kuar mengundi gak. Bersalam dgn orang UMNO, bertegur sapa borak gak gn orang PAS. p gak solat kat Masjid. pedulik lantak dgn pahaman politik tok siak tuh. So kenapa ko nak tuduh sesetengah orang kat opis ni dgn pahaman politik. Serius aku TAK FAHAM!!!!  

cam aku tanya tadi ler.. kalau ko Islam, ko Melayu patut ko tak boleh benci aku atau orang lain yang tidak sama fahaman politik dengan ko. selagi aku boleh bekerjasama boleh buat kerja aku. Pedulik lantak la aku nak sokong BN ke PAS ke. hatta sekalipun kalau nama aku ada dalam list PKR aku mintak duit ko ke tuk byr duit keahlian? Tak kan!!! so? apa masalah ko sikit2 nak berpolitik kat opis. apa hal ko nak tuduh cara orang nak selesaikan hal dalam pasukan dia. Kalau ko benar2 la Islam ko takkan bermulut lancang menuduh orang. p bukak buku sejarah Islam la, tgk zaman Nabi mana yang membelakangkan Islam demi fahaman politik. Zaman Nabi tu berperang sebab nak tegakkan agama Islam bukan sebab nak tegakkan fahaman politik. (correct me if i'm wrong. aku ni fail sejarah).

sekali lagi aku dengar ko dok bising libatkan politik dgn kerja siap la terima kelancangan mulut aku nih. sorry ek. aku sedar yang ko dah tak borak gn aku sebab aku penah sound ko dulu. tapi cara ko ni bukan nak Islam kan aku tapi cam dah jadi orang tabligh plak nak memandai2 jatuh hukum kat aku kan.

Sekali lagi aku nak cakap. Aku tak sokong BN, aku bukan orang UMNO, aku tidak Anti PAS dan aku bukan ahli PKR. ko tuduh lagi yang bukan2 siapla peluru aku bersembur. NOKTAH!!!