Showing posts with label bugs. Show all posts
Showing posts with label bugs. Show all posts

Wednesday, February 15, 2012

Kena gigit.

maaf yer.. terpaksa beri laluan ke entry lain. malam nanti aku start entry Travelholics. Insyallah. tu pun kalau aku leh retrieve balik pics yang dalam lappy yang separuh gelap tuh.

hai.. sila jangan speku bila tajuk entry aku ni camni. bukan kena gigitan cinta walaupun semalam tanggal 14 Feb satu donia menyambut hari V (bukan Vandetta @ Van Helsing). dan jauh skali kes kena gigit dek Oren sebab memang tiap-tiap hari kucingku bernama Oren tu akan bermanja menggigit tumit aku. "Oooo, ni lah blogger yang cerita pasal kucing Oren tu" dialog seorang pengembara pada suatu pagi yang hening di sebuah pasar. (u knw who u r)

So tadi ketika menganjak ke waktu petang di dalam toilet. aku rasa cam ade bende yang tak best kat tubuh sendiri (ye ah.. takkan aku nak rasa tubuh orang lain. mampus kena terajang nanti). sakit plak kat satu kawasan kecik sebelah kiri abdomen. korang nak tau apa aku jumpa?

jeng..jeng..jeng..
.
.
.
.
.
pic source: google

tapi sekor je ah. idak le banyak cam dalam gambar. tapi rupa sebijik cam dalam gambar nih. cuma bila aku picit, kuar darah kaler itam tapi heiwan kecik nih kaler asalnya putih. pas picit aku buang le dalam toilet bowl. pas menyudahkan hajat dan menyelesaikan tanggung jawab aku report IP. tanya kalau-kalau heiwan kecik tu pijat yang hidup melata kat tilam ke, tapi IP jawab tu pijat hutan. dang!!! kat hutan pun ade pijat? celah mana dia hidup? dalam pokok kayu yang basah. *no comment*

dan aku teringat yang aku masih menggunakan tuala yang sama aku pakai masa masuk "Kem Johnny" arituh. DANG!!!! sure pasni kena klorox-kan tuala tuh dan pastikan semua alatan/ barangan yang dibawa pulang dari setiap trip masuk hutan di basuh sesudah sampai ke rumah. #peringatan.