Showing posts with label MyLandy. Show all posts
Showing posts with label MyLandy. Show all posts

Friday, November 21, 2014

2014 MyLandy & Friends Jamboree

Lokasi: Pantai Balok, Kuantan, Pahang.
Hari: Sabtu
Tarikh: 22 Nov 2014
Waktu: 10pg-5ptg

See you there..

Tuesday, November 18, 2014

Family Kita

kadang-kadang bukan saja adik-beradik je dikira keluarga
bukan saja sepupu-sepapa je dikira keluarga
bukan sedara-mara makcik pakcik je dikira keluarga
kadang-kadang yang bukan sedarah sedaging satu mak satu bapak pun boleh dikira keluarga

so kami penah sebumbung khemah.. semangkuk lauk.. setalam nasi.. kongsi sama naik sekereta..
cuma nya tak kongsi laki le.. anak dia pun cam anak aku gak cuma takleh nak marah anak dia la.. thats parenting rules kena apply. 
cam biasa family trip ni to temerloh layan pais patin and patin tempoyak. tuan rumah ade siapkan rumah singgah tuk kami menumpang lelap. alhamdulillah. murah rezeki tuan rumah, kasi tempat tido yang besar bawak pi jalan-jalan sampai ke Kuala Gandah melayan gajah di tempat perlindungan haiwan. see-see aariq takut nak sentuh gajah. sebab masa mencemburui kitorang tak sempat nak singgah Deerland yang hanya 2km je dari Kuala Gandah Elephant Sanctuary ni. next time je kita repeat. Insyallah moga family kita ni berkembang membesar dan bahagia bersama-sama anak yang berjaya.. amin...

Monday, September 29, 2014

Good vibes on Malaysia Day

Hi beb.. how did you spent your Malaysia Day? harap semua productive jangan asik tido sajork.
and how did I spent my Malaysia Day? wah cam karangan exam subject English jer. 

mulanya semangat le nak masuk FunRun tapi knowing Aariq yang tak tahu diam so kekdahnya tggu la kawan2 yang tamat larian. dok jaga/ dukung Aariq je dah berpeluh lencun satu badan so takyah la nak lari 5km bagai. sekian.

ni 1st time bawak aariq to public/crowd yang memang ramai gilos. 2ribu umat manusia plak tuh.. ok aku tak kira la tapi berbagai generasi dan bangsa. but mostly youth la yang datang.. motif nak join FunRun konon nak polish bakat lari yang dah lama terpendam (fail sebab main kejar2 gn aariq) n nak jumpa kawan2 #kita2daisies. and we have #kita2daisiesjr jugak. at the moment when the above picture taken cuma aariq je ah ada kat open area tuh. geng dia anak2 onie/jaydi rupanya tgh sedap dinner kat tepi padang. lepas abes bergambar berlari bergaduh (gn anak sendiri) it's time to go lah.. we have other plan to settle. nanti tuh cerita lain

next day on the Malaysian Day itself plan hang out gn family n friends gituh.. cadang nak ke Sg. Sendat je.. dekat pun dekat.. toilet pun ade kot nak terkecing terberak ker.. namun hampa jerk.. penuh nye la umat kalah longgokan PATI di pasar Selayang. aduyai nye.. siap datang gn bas ntah dari sekolah tahfiz ke anak2 yatim ker.. dgn geng kereta nya lah.. (geng aku antaranya) so opt to air panas lubuh kawah. pun gagal. tak de laluan nak berendam air panas.. aje gila ko nak mandi air panas tengah2 hari garit tuh.. seb baik le kawan ni ringan mulut tanya kat sorang uncle cina kot2 tau sungai or air terjun. n uncle ni lead ke 1 kawasan private yang mostly tuan tanah je tau kat mana.. hahaha.. 
alhamdulillah walaupun air tahap lutut je tapi dapat le berbasahan specially yang ade anak kecik cam aku ni.. 

jerit gelak batuk nangis ketawa semua bab la ade.. seronok ngat kan. makan we tapau/ pot luck sajerk. senang kekdahnya but laku gak la meggi goreng laki aku. aku nak masak macaroni dah dia kata takyah so meggi pun meggi lah. owh.. yang lorat macam nak bergelek tu anak aku. centre of attraction. memang getik ko kan aariq. 
tak leh nak lama2 coz ade lagi yang tak settle projek laki bini kami.. so by 3++ we all cabut la.. malam ku ade projek pojok lagi nih..

semua nak diharungkan keluar merendek sesekali dapat can dari laki. so malam dengan ihsan kawan dapatkan tiket free aku dapat le layan SuperMokh Restaging. walaupun penat seharian melayan kerenah anak terlebih gula (Aariq) namun sebab dah janji so pegi gak la.. its worth it to watch again. cuma biasa la kita merancang yang tentukan Allah. ade le holes here and there tapi aku tutup mata je ah.. sah2 aku dah penah tengok last year dan masih nak layan Restaging ni so ade part yang.. well mari lelap sat la. cam last year Douglas Lim catch the attention. one of the reason aku repeat this year punya show. dah abes teater on the way nak bergambar we all terserempak gn Rashidi Ishak. dalam SuperMokh dia jadi Redhuan Abdullah. gn dia je lah we all dapat amek gambar.. Maya Karin dah cecepat masuk VIP room. nak bergambar gn Radhi Khalid tapi ade plak fans dia yang dok ajak borak bagai.. 
so we off to main lobby. situ ade gambar Mokhtar Dahari. snap2 sat n say thanks to kawan2. jom balik.. end of Malaysia Day. a well spent with family and friends.

credit pic:jimmy, daddy, kak hanie, onie/jaydi.

Wednesday, January 9, 2013

Moga Dikau Damai Di Sana...Sayang

Al-Fatihah buat baby Muhammad Emir Bin Khazrie Arifin (Med). Moga roh little Emir ditempatkan di Syurga menanti kehadiran ibu bapanya. Arwah meninggal dunia malam semalam jam 11.30mlm di Prince Court Medical Centre setelah bertarung nyawa dan berusaha untuk melawan segala penyakit yang datang. He's a survivor, trying to breath even though his heart fails to work as its swollen and effect his liver too. Bayi kecil ini baru berusia 7 bulan. Moga kau tenang di sana..sayang..

Buat keluarga, takziah dari kami Babyarisha, En. Man & little baby. Simpati dan kasih kami mengiringi little Emir ke Jannah.. Insyallah.. Al-Fatihah.

p/s: credit pic taken from Amin's FB. TQ.

Monday, June 25, 2012

Remaja Ekstrem @ TV9

Hi gang.. Don't forget tonite Remaja Ekstrem di TV9 jam 11 10.30 malam yer..

credit pic to Rambo MyLandy. 

Malam ni cerita Remaja Ekstrem Ila Damia (Mentor 3 - lau tak silap la) masuk hutan dan melayan ekstrem 4x4 dengan tunjuk ajar daripada geng MyLandy.. watch it ya.. kita tengok siapa yang muncul di kaca tv anda.. TV9 jam 1110.30 malam ni okeh..

updated!!

Friday, June 15, 2012

CSR - Insaf + MyLandy @ Felda Chini

update laju-laju.. lama dah pic ni upload tapi takde can nak menceceh kat sini.. So.. lepas kampung orang asli (OA) kat area Lanchang makanya bergerak lah 4 biji keta nih ikot jalan biase menghala ke Tasik Chini, Pahang. how's the trip? sapa-sapa yang tak biase berjalan jauh, tak biase naik keta takde ekon makanya sila ke tepi lah dan bagi ruang kat orang lain. Cuaca panas, perjalanan lebih 1jam 30mins. tu pun berhenti rehat tuk lunch + refuel and bla bla bla.. 

Nak ke Kg Gumum tempat OA pun dah satu hal.. A kata simpang kanan, B kata ikot sana dekat.. last-last jam 2 gak sampai Kg Gumum nih.. cepat-cepat unload barang dan baju-baju yang nak didermakan. Ops.. below are few pics yang aku berjaya cantumkan. hahaha.. ye ah.. orang takde seni katanya..

see.. see.. OA sekarang banyak yang dah maju.. kampung ada dewan dah.. 

betapa gigihnya orang ni memanjat kerusi nak pasang banner MyLandy + Outrecs bagai. Siapa yang hargai kerajinan beliau? hanya yang hadir masa hari kejadian je lah.. lain-lain? *seal lips* #Eh cik abang, pasang pelamin nanti kena panjat-panjat gini gak.. boleh ker? *hahahaha*


the ceremony ends around 4pm gak la.. penat? jangan cakap.. tapi seronok nya tetap ada.. but well charity ni sume datang dari hati yang ikhlas.. IKHLAS yer kawan-kawan.. bukan ~ kerna terpaksa *nyanyi lagu fran*. and you wll get all the fun.. bak kata pepatah, berat sama dipikul ringan sama dijinjing.. jangan time berat ko dok ngelat kat tepi pintu bab ringan je ko nak nyelit enterframe ek.. slalu sangat perangai gini.. jangan jangan *geleng kepala*. 

and of course, tak dapat banyak, sedikit bantuan tu membuat kami tersenyum gembira. nampak tak orang tu tengah sengih-sengih.. seronok kena puji ler dia tu tak mandi pun orang kata ensem.. yang lain diherdik bak kucing comot. hahaha.. 

end of story? trips end lepas melayan air sungai di Berkelah Camp site. then off to Tanjung Lumpur for makan besar. Tu pun sompek laie singgah umah mak menakan melepaskan rindu di hati.. 

Berharap sangat aktiviti ini dapat diteruskan dari masa ke semasa.. Call us at MyLandy. Dan pada Uni yang ada hospis tu, ape cer? jadi ke tak trip mobile clinic anda? 2nd time cancel memang masak le ade yang kena sekolah nanti kang.. hahaha...

Monday, June 11, 2012

CSR - Insaf + MyLandy

Salam 1 Malaysia. 2 June 2012 lepas atas kerjasama antara Insaf Malaysia dan MyLandy  maka satu aktiviti kemanusiaan telah berlangsung. Aktiviti nya ialah penghantaran baju-baju terpakai ke 2 buah kampung orang asli di Pahang. (formalnya intro)

cut it short, berita pun dah di war2 kan di laman sosial so, MyLandy menghantar 3 buah kenderaan 4x4 untuk aktiviti ini. xtvt start at 7a.m. yer yer.. 7pg. mengenali aku yang sukar tuk bangun pagi.. namun ku keraskan jua hati (mata ai pasak batang mancis okeyh) bangkit seawal jam 5pg. bla..bla..bla.. jam 7 dah ada kat pejabat Insaf Relief Malaysia tuk loading baju yang depa kumpul seminggu sebelum itu. 


4 car include pajero from Insaf. Participant of 12 people (4 from Mylandy and the rest are Insaf's) start to roll after breakfast. how to load? pun nk cerita? ok..ok.. i tell u a story and u listen.. ops.. read ok. 
office Insaf kat tingkat 1 (Syukur.. kalau tingkat 3 leh mabuk panjat tangga) so kitorg terus park kereta dekat dengan tangga ke office Insaf. tuk angkat dan susun barang terus ke dalam kereta kitorg buat human chain.. so bertunggu tangga pass barang tu hingga ke kereta.. pass barang ke ek? cm men campak sambut je gitu lah.. 

8a.m. gerak ke tol gombak dan terus exit lanchang. Contact kata ada tunggu di lanchang untuk satu kampung orang asli. Ops.. my bad.. aku lupa nama kampung tersebut. huhuhu.. tapi perjalanan tak teruk.. Alhamdulillah jalan tar je semua.. sekarang kampung orang asli dah moden.. orang asli pun mampu pakai keta saga blm tau..

sampai 1st kampung, again human chain tuk unload baju dari 1 buah kereta.. it's john's car. and Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dalam masa tak sampai satu jam.. berkat sokongan dan kerjasama daripada semua pihak.

i left you all with 1 last piece of my art. Art? (kejadahnye seni aku nih) pic kat sini sume aku tangkap sendiri denga camera tak brape nak mahal tuh.. seb baik cantik.. hahaha (masuk bakul ...) . 

Got 1 more kampung that take longer than expected. nanti I continue story lagi k.. ops.. ade yang berkenan ngan tangan tak berseni i amek gambar ni ker? nak pkai pic i sila kasi kredit sini ek.. jgn sedap copy paste je dari laman orang alih2 kuar kat laman awak. penat saya create lawa-lawa.. baik capture or scan. Ops *rolling eyes*

Wednesday, November 16, 2011

Rest N Go

Yes.

It Rest and Go corner..


kosi urut ala2 ogawa tu dah ada kat Cova Square area tengah2. sebab tak mampu nak beli set Ogawa makanye dgn berbekalkan RM1 leh le relax tuk 3mins. ye.. 3 minit sahaja! tuk orang2 yang tak biasa kerja keras pastu skali kena kerja berat sure sakit2 badan kan. so aku suggest kalau yang tak mampu nak spend banyak kat rumah2 urut tu leh le insert note RM1 kat kosi nih. dapat lega kan sikit badan kira ok lah tu (pose Saidah AF)

tengok muka aku tuh ala2 stim je layan kosi urut nih! Ni dah 2nd round sementara tunggu geng lain datang tuk  TT session n briefing Woodstock 2.0 (nanti erita lain). Tapi sebab aku nih sering kali layan spa/massage so urutan kosi nih tak berapa nak heran ler.. aku tetap memerlukan layanan 'from head to toe' baru le boleh feel lelebih. auww..

Saturday, November 12, 2011

Away

Hi all, I will be out of town for the weekend. No internet connection, no phone line connection. But still I will keep you all posted with live update until the line cut off. Pray that I will be home safely. So readers, bloggers, friends out there.. take good are of yourselves. Don't drinks and drive okay..

p/s: sorry all, no schedule post as I am in a hurry. Semua dalam draft lg.. hihihi.. will update you all soonest I'm back in town..

Monday, June 13, 2011

Yang sudah... sudah..

arghh... seminggu sekali le gamaknya nak update blog.. sorry ek!

kita layan gambar je lah.. nak cerita pun.. sikit sikit sebab cerita dah basi.. hahaha...


ni lepas konvoi malam tuh.. dapat makan lewat malam, nasi arab youuu....

as per.. sebenarnya dok pandang kat kamera besar tu. bila lah uden nak klik klik ke arah muka aku.. hihihi...

its a... no comment.. tengok gambar je..

selesai makan.. lepak sambil tunggu plan tuk ari esoknya..

anak kecik baju hijau tu dah lencun main ngan abang abang dia.. driver MyLandy dah separuh tutup matanya.. hahaha.. this session close at 1.00 morning.. gila ah.. next time we konvoi lagi.. (next time would be this coming weekend lah) hehehe...

Monday, June 6, 2011

Konvoi Himpunan Sejuta Belia 2010.

update: 6/6/11

jemputan dari geng Redah 4x4 untuk program himpunan sejuta belia 2010 di Putrajaya last 2 weeks.
satu kumpulan besar 4x4 konvoi dari Dataran Merdeka melalui Jln Raja Laut - Jln Sultan Ismail - Jln Tun Razak - MEX Hway - Putrajaya dikawal oleh abang2 polis trafik dengan bantuan para marshall.

Woooohooooo...meriah wok!!!



dan demi memenuhi jemputan Redah 4x4 makanya My Landy pun menghantar wakil. Mula mula seksa amatlah nak offer diri sebab konvoi ni malam lepas koje. yelah kan.. siang dah penat kerja, layan jammed KL nye lah kena bambu ngan bos lah, tinger dok dgr sore2 org ngumpat kita lah. mood suma dh lari. namun demi semangat setiakawan My Landy minta lah wakil hatta sebijik kereta. sorang sorang mengofferkan diri (ada ke perkataan meng'offer'kan?) untuk join konvoi nih.. dalam pada cuma 5orang je yang bagi nama dan no plat keta, end up yang showed up 9bijik kereta. 

gila semangatlah nak tunjuk lenrober masing masing kan. dengan mlm sebelumnya dapat baju kelab lagi... woohooooo... cantik wok!!! semangat nih!!!

hah!! tgk pic, kelas ko!!!! sign peace lg.. hehehe... dari sekecik kecik ahli sampai le mak pak semua.. ops!! lam pic xde bapak eee, yang ado omak ee...

semangat tampal stiker sbb ade videoman tengah amek gambar derang nih. kuar kat tv mana den tak taulah kan.. lambat sikit tgk berita.

den berkonan gan toyota LC kaler hijau tuh. cantik wok!!! siap ade curtain.. tak tahan tengok.

its konvoi time lah.. sesuka aku campur perkataan english dengan bahasa kan. tapi walaupun rojak takde lah ejaan bahasa aku sampai ade yang korang tak dapat baca kan. ade ke yang tak faham? sila komen beserta perkataan yang membingungkan anda.

golek tayar.. mengikut informasi tak rasmi ade sebanyak 148 buah kenderaan pacuan empat roda yang join konvoi malam tuh. tuh tak kira beberapa bijik kereta lotus yang tersadai di kawasan rehat dan rawat MEX menonton kehebatan kenderaan 4x4 nih.. hehehe...

presint 2 jammed sekejap wok!! gara gara pacuan empat roda nih. hehehe...

apa aktiviti bila berada di presint 2? nantikan update nya dalam entry akan datang.

p/s: kalau den ghajin.. doa doa lah yo den ni ghajin hapdet blok... ops!! blog.