1. Nak Kurus Nak Cantik - eh. takyah la amek Qu Putih. Qu tak mampu. ececeh...so cane? Puasa. Makan.. Puasa lagi.. eh? leh minta running shoe rege RM50 tak kat laki sendiri. bukan ape. kalau sendiri beli memang jadi hiasan je lah. bersarang atas lemari. kot laki yang beli ade le semangat nak running2 gitu. ala.. p taman je kot gn anak. ecececeh...
2. Nak kumpul duit beli rumah sendiri. like WHAT???? baru nak start kumpul duit? gudlak la pada aku. We start with kumpul emas sikit2. Fuh! berpeluh oii
3. Nak enroll anak masuk taska.. taska je pun tp pening kepala la nk pilih mana. ade few yg turn out incredible but harga pun incredible gak. Yang biase2 je ni pun. rege ko buleh tahan siap nak OT pun demand. Like eh? anak ku sorg saja ke yang kena OT. anak orang lain punctual ek makpak depa pick up? Ni still on-going sebab dah start call few taska n tengok location. later i will share yer. sebab kan baru few calls. nak p buat visit lagi tgk keadaan taska. - sure yang bertanya selama ke ni anak simpan mana? sapa jaga? ok. tu nanti ade new entry. ku luahkan apa yang termampu nanti.
4. Avoid tuk tambah anak? No. rezeki tu Allah bagi sebab aku nak sangat mengandung. cuma nak lalui sakit bersalin dgn tgk misi pegang gunting tu memang minta dijauhkan la kan. so postpone sebab trauma walaupun dah lebih 2thn perkara tu berlalu. sampai mimpi la weyh.. seriau aku.
Now2 kita proceed ngan no. 3 dulu. later i will jump here and there to tell the stories.
Wednesday, November 18, 2015
Monday, June 15, 2015
Saturday, June 13, 2015
Ketibas mak!!!
Ni cite berminggu-minggu lepas bila mak n anak dah down gn demam n sakit mata. punca nya terbaca fb status kawan yang anaknya sakit mata tak dan sehari lepas baca status mata aariq merah2. hantar p nursery tapi cikgu takmo terima, suh amek balik coz mata anak merah n suhu badan naik. ok! mak pasrah tapi apaknya yang kena cuti 1/2day and amek anak kat school.
dalam pada sakit mata, tiap2 malam suhu badan naik, gigih la mak ni dok tekap towel basah kat kepala anak. ngan mak pun sakit mata MC sambung sampai 3hari. weekend plak apaknya sibuk benor nak masuk Gua Musang pi rescue keta yang ditinggalkan kat dalam hutan tu (still hutang cerita sangkut dalam hutan).
Bila sabtu datang terbaca status kawan dok main panjat batu kat area rumah so mak berkobar-kobar nak bawak anak pi sana sebab ade playground. sebab si anak ni dok la lorat nak tido petang so terpaksa postpone nak gi taman. Sunday dapat chance pegi pun lepas paksa tido awal n bangkit jam 6 petang.. sesampai je taman anak dah excited
dulik lantak ngan mata yang merah. dapat tengok mainan yang banyak, abang2 dok tendang bola.. dia punya lari....huiiiii cam pelesit lajunya.. baru ajak kuar dari kereta mak dah kena p kejar anak.. takdan la nak kepit hp ke, susu ke.. pegang kunci kereta jer.. but..but..bab pusing satu taman le mak kejar dia.. huiiii... baru suh duduk kat kosi jongkang-jongkit laju je dia turun.. ajak p naik buaian dia lompat siap buat stunt lagi. main gelongsor? tempat orang nak turun la dia merangkak naik. kacau semua budak2 lain nak main. hui... memang ketibas la mak ni..
Thursday, June 11, 2015
my heart my liver
owh, meh kita cerita bab buah hati pengarang jantung pisang isi hempedu saya ni.
saya rindu dua orang dalam gambar ni. pic taken way back few month ago. sengaja tak buat susu sebab nak bagi anak rasa lapar then dia akan makan roti/ nasi. kalau kul 10 dah minum susu pukul brape plak nak breakfast, lajak pulak lunch hour..
hasil tak dapat susu waktu pagi. sila makan roti canai yer adik.. bagi kenyang sikit perut tuh.
owh..dia ni bab air ais mmg kasi ke dia je lah. makan 2-3 suap air nye segelas..
when this pic taken, both anak n mak kena jangkitan mata. asal dari anak ler.. ntah pembawakan virus masa kat nursery kot.
mak kena sakit mata sampai bengkak2 la mata.. nak katup jer.. kenapa selalu penyakit berjangkit mesti kena antara anak n mak? dah anak dok melekat kat mak jer.. apak nye ngelat nak jaga.. kalau anak dok gesel2 muka kat apak.. kompem la apak ko mc semgu time tu anak oiiii...
Wednesday, February 25, 2015
Belajar parking
setiap ibu bapa mesti mengharapkan anak-anak yang cerdik dan bijak.
setiap doa ibu bapa untuk anaknya ialah untuk menjadi pandai, soleh/ solehah, dimurahkan rezeki etc
jadi setiap malam ibu bapa yang ada anak kecil akan mengharapkan anak-anak untuk bermain, belajar dengan tenang ..
tiap kali amek aariq dari nursery dengan harapan dia akan duduk diam-diam sambil layan kartun atau main selak-selak buku.duduk elok-elok sambil tangan layan kereta mainan dan mulut penuh kunyah makanan.
tapi....
tapi....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
bila mainan kereta yang dia pilih sendiri kat kedai dia buat camni?
dah kenapa ko nak angkat kereta tu naik atas sofa mummy, anak oiiiii
anak bertuah ni cuba la nak parkir kereta mainan atas sofa..
dan berjaya setelah lebih 10x mencuba..
ok. korang sure ingat dia suka-suka nak parking kereta tu atas sofa dan tepuk-tepuk tangan kunun nya bijak la... NO NO No... Big NO ok... dah dia park kereta atas tuh.. aariq panjat sofa n duduk..
n cuba terjun dari sofa dengan kereta mainan sekali...
wah!!!!! ingat wat stuntman.. wat aksi berani mati...gugur jantung mak dia kejap.. hilang darah kat muka ni.. seb baik la sempat sambut sebelum hidung tu kena lantai.. esok2 pi nursery mau kot cikgu dia tuduh aku dera anak sedangkan anak memang tengah melasak. lepas aksi berani mati tu dengan beraninya aku rampas kereta mainan dia n campak lam bilik. tutup pintu bilik terus so dia tak dapat masuk. wattammat.. tengok tv je lah tuk 2-3 hari yer anak..
Tuesday, February 24, 2015
Cranky baby
ada anak kecik memang best.. seronok ulit bayi..
but once anak makin membesar sel-sel otak makin berhubung.. dah tau sakit tu camne.. merajuk tu camne.. kalau lapar tu nak buat apa.. tapi ada anak yang kuat merajuk buat perangai memang akan mencabar minda dan kesabaran mak-pak. nak-nak plak bila anak lapar tapi memilih makanan.. adududu... memang boleh freeze otak kejap nak sumbat apa kat mulut anak.
sama la ngan budak aariq nih.. ada masa takde la nak pilih apa pun.. apa yang aku bagi memang sumbat la dalam mulut.. tapi makan nasi memang kena campur ngan lauk ayam yang dah dihancur/ dipotong kecil2.. kalau isi ayam tu dipotong kiub pun kompem le diluahkan balik.. takmo gigit..
yaperda anak..
datang mood baik dia akan gelak.. borak.. layan mainan sorang2.. best part tab tu kena on time nak makan.. tu je nak buat dia duduk diam n makan. kalau tak kompem terbalik la kerusi meja kat kedai makan tuh. hahaha... nak dipujuk memang sukar la.. nak-nak pulak kalau daddy dia takde plak.. sah2 la makan masa nak kasi baik. mengah!!!
Wednesday, January 7, 2015
Happy New Year 2015
credit pic: google
not to late to wish a Happy New Year to all of my readers, friends, family and dear haters.
wah!! ade haters ke aku nih? ermm.. forget it.
so like previous years, azam tu tetap ada.. dpt fulfill ke tak. ntah!
but to all. pls take care of yourself, your family and do have a back up plan when making plans..
hahaha...
Wednesday, December 31, 2014
Bantuan Kemanusiaan
Negara dalam kesedihan..
Hujan
Banjir
kemusnahan harta benda..
Bantulah mereka ini walaupun sedikit cuma..
I've been in their shoes years back..tangis saja yang dapat melepaskan rasa hati..
harap mereka yang terlibat bersabar dan bertabah.
bertahanlah sedikit masa lagi..
akan ada yang membantu dan menghulurkan tangan.
p/s: banjir dah surut baru kita cerita bab terkandas dalam hutan yer..
Thursday, December 11, 2014
Derma Darah
Saya tak pandai nak cerita panjang. sila ke gambar ihsan google di bawah
jadi ambil tahu kumpulan darah anda, dan kumpulan darah yang boleh anda derma dan terima..
mungkin ini sedikit sebanyak dapat menyelamatkan nyawa anda.. Insyallah.
Thursday, December 4, 2014
Buku Merah jangan lupa bawa
Buku merah jangan lupa bawa yer...
valid every 3 month
Insyallah ia akan membantu orang di luar sana..
ini buku merah saya... baru pertama kali mencuba walaupun niat tu datang awal sejak zaman kolej.
tapi masa tuh kekurangan berat a.k.a ringan so lupakan saja niat tuh..
but now2 saya dah bertambah berat jadi bolehlah mulakan amal jariah yang tak seberapa ini..
owh.. kenapa nak derma darah? semua datang dari abah saya.. dia yang start dengan kebajikan yang tak kecil ini.. dan dari kecil saya jeles bila makin hari makin penuh buku merah abah.. dan sekarang abah dapat rawatan hospital dengan percuma hanya menunjukkan buku merah yang dalam simpanannya. tapi takde la rawatan berat-berat pun. sekadar check tekanan darah, kolestrol, gula dalam darah dan perkara biasa untuk orang yang dan banyak umur.
it only takes not more than 20mins tuk 1 bag of 450ml. how? pas nurse cucuk jarum tu and darah dah keluar boleh lah start squeeze your hand, nanti darah akan keluar dengan kadar tekanan jantung.. but the process of 30mins start dari register, interview, explanation until la dah setel and nurse cabut jarum dari tangan. it was my first experience. seronok. and i will continue doing it every 3 month. unless la kalau mengandung lagi kan. last year takpat derma sebab breastfeed baby, before that pregnant. now i'm free from hindrance so Insyallah I will continue my journey of blood donation. it might help to save peoples lives. Insyallah.
To those yang nak menderma darah dan tak tahu caranya bolehlah layari website Pusat Darah Negara dan merujuk pada info di sana.. jangan tanya saya banyak yer sebab saya bukan duta Pusat Darah Negara dan ini bukan iklan berbayar. mungkin post ini memberi inspirasi pada rakan-rakan di luar sana mungkin juga dapat memberi sedikit informasi dan dapat membantu mereka yang memerlukan. I will share my next blood donation journey. Insyallah.
Friday, November 21, 2014
2014 MyLandy & Friends Jamboree
Lokasi: Pantai Balok, Kuantan, Pahang.
Hari: Sabtu
Tarikh: 22 Nov 2014
Waktu: 10pg-5ptg
See you there..
Tuesday, November 18, 2014
Family Kita
kadang-kadang bukan saja adik-beradik je dikira keluarga
bukan saja sepupu-sepapa je dikira keluarga
bukan sedara-mara makcik pakcik je dikira keluarga
kadang-kadang yang bukan sedarah sedaging satu mak satu bapak pun boleh dikira keluarga
so kami penah sebumbung khemah.. semangkuk lauk.. setalam nasi.. kongsi sama naik sekereta..
cuma nya tak kongsi laki le.. anak dia pun cam anak aku gak cuma takleh nak marah anak dia la.. thats parenting rules kena apply.
cam biasa family trip ni to temerloh layan pais patin and patin tempoyak. tuan rumah ade siapkan rumah singgah tuk kami menumpang lelap. alhamdulillah. murah rezeki tuan rumah, kasi tempat tido yang besar bawak pi jalan-jalan sampai ke Kuala Gandah melayan gajah di tempat perlindungan haiwan. see-see aariq takut nak sentuh gajah. sebab masa mencemburui kitorang tak sempat nak singgah Deerland yang hanya 2km je dari Kuala Gandah Elephant Sanctuary ni. next time je kita repeat. Insyallah moga family kita ni berkembang membesar dan bahagia bersama-sama anak yang berjaya.. amin...
Friday, November 7, 2014
Rempit
kadang-kadang minat anak ni kita boleh ikutkan..
kadang-kadang jangan turutkan.
takat nak naik basikal mainan kat giant/ tesco tu boleh le mummy/daddy layankan tapi jangan sok-sok minta belikan motor plak memang kompem la daddy ko bertukar jadi ijo pulak. hahaha..
seronok la dia nih dapat naik basikal tapi kami tak belikan pun. rumah kecik timing plak tak kena memang tak perlu la beli. lagipun kaki aariq tak sampai letak kat kayuh tuh. idok le kuasa mummy nak menolak basikal ko dik.. kot sok beli tapi tak bergerak basikal tuh mau dilantingkan ke lantai aje.. lately ni tantrum lain macam sikit. semua yang tak berkenan semua dilanting dihempas.. kadang-kadang badan pun hempas ke lantai. kadang-kadang mummy/ daddy malas nak layan sebab bila dipujuk main kuat pulak melalak.
later bila kita dah ade laman rumah yang besar boleh la aariq main basikal pusing-pusing rumah yer.. sekarang ni rempit kat dalam Giant Supermarket je sudah..
Tuesday, November 4, 2014
Sooner or later
Tahniah pada yang berjaya.. Masa saya akan tiba cuma terlewat sahaja.. biasalah terlalu asyik dengan dunia saya sampai terlupa pasa bas yang berlalu pergi..
Insyallah bila tiba masa saya, akan saya kongsikan bersama mereka yang saya sayang, yang saya cinta dan yang saya kasihi..
Enjoy your day rakan-rakan. take care.
Insyallah bila tiba masa saya, akan saya kongsikan bersama mereka yang saya sayang, yang saya cinta dan yang saya kasihi..
Enjoy your day rakan-rakan. take care.
Thursday, October 23, 2014
Jom kita..
Bila kita dah tak ada apa-apa activity moh le ke pantai main air..
tapi time sampai parking si kecik tido plak. so gigih la kasi kejut n bagi si kecik pijak pasir.
memula agak la cam pelik cam geli tapi bila dah nampak air excited terlebih.. siap nak terjun masuk air.. seb baik la daddy dia pantas capai tangan dia kalau tak ngan daddy sekali ler terjun dalam air nak selamatkan si kecik. masih la belum berjaya nak ajar si kecik berenang, dah la mummy ni panik bila dalam air..
we did spent about 45mins saja sebab si kecik dah lorat nak terjun ke laut. it's a big NO la kan.. mummy tak prepare baju ke pampers ke.. nenek cuma suh bawak air botol je tuk cuci kaki.. next time ok.. planning ke pantai timur nanti kita bawak baju mandi k..
pantai yang kita pegi ni namanya Pantai Saujana. dah ade tempat parking yang luar dan tempat mandi. pantai pun dah luas so bawak la ruang tuk berkelah. next time la boleh nak bbq bagai..but for now jom balik sambung tido..
Tuesday, October 14, 2014
Cover Album
caption: saya rindu ini dua orang..
cantiknya pasir.. cantik nya awan.. cantiknya laut.
"eh eh, tu apa terbang kat atas tu daddy"
"ha ha.. bird? plane? owh.. layang-layang jer"
"eh eh. ada awek arab la daddy"
daddy "hrrmmm..hrrmm..."
Friday, October 10, 2014
#wefie #family #love
#balingbelakang
last week balik kampung PD tuk beraya sakan makan ikan (tak-tak. nenda tak masak ikan).
cam tahun-tahun sudah raya puasa at hubby's crib and raya haji at my place plak. takde nak ambil unsur giliran tahun ni rumah u thn dpn rumah i.. but when it come's to ur in-laws side u didn't turn up and give excuses. this and that. jangan!jangan! wat cmtu.. inlaws pun family kita. makpak dia pun kita kena anggap cam makpak kita. ok?
let's continue. raya ahad kan? so sabtu le baru bertolak balik. cam biasa having myself as a wife, a mummy, a maid, babysitter (the list is long) so kena setelkan kerja rumah baru boleh gerak balik. dan hasilnya kul 1 gak la bertolak dari rumah. traffic is smooth until RnR Nilai. tetiba jem ko!!!! seb baik ikot nasihat waze so cecepat laki ai belok kiri ambil jalan KLIA-Sepang. gigih la ikot jalan kampung.
sekarang dah pandai amek gambar bersama-sama. #wefie katanya.do not complaint on my chubby cheeky face. dah tetiba ku rasa cam acuan mama da jer (kakak sulung). owh bila plak nak start diet and say no to nasi? dah kalau tiap kali balik kampung pun dihidang nasi hatta kat rumah sendiri pun laki dok hulur nasi. ai is dislike meself (konon urban english-ngikut sangat la style budak2 fb skrg).
sampai PD pun dah jam 5ptg. tak ingat la ada ronda pekan terus ke balik umah terus. banyak nau urat terputus masa teran nak kuarkan aariq dulu. hehehe..
and again #wefie us masa ondway balik KL. dah 3hr 2mlm ni umah mak sendiri ala2 macam p holiday sajork. 3H2M! ni balik KL pun gigih la ikot jalan Sepang-KLIA. kunun nak elak jem tapi jem jugak la.. dah semua dok lari ikot jalan biasa sebab jalan highway awal-awal dah jem. nah.. sejam gak le nak menyampaikan ke NKVE tuh. tapi Alhamdulillah sampai rumah dengan selamat siap singgah RnR Dengkil layan sate. next raya? marilah merancang perjalanan anda. owh la pic a2nd tu cubaan nak nampak kurus. so senyum ala-ala pipi terjungkit gitu. abaikan laki ai yang menguap tak ingat donia. penat layan jem. last tu nak tunjuk langit yang cantik SubhanAllah. dengan langit merah dan awan yang banyak.. Allahuakbar. besar sungguh ciptaan Allah. tapi tu ler.. hp cokia kan.pic pun ala2 jer ah..
Monday, September 29, 2014
Good vibes on Malaysia Day
Hi beb.. how did you spent your Malaysia Day? harap semua productive jangan asik tido sajork.
and how did I spent my Malaysia Day? wah cam karangan exam subject English jer.
mulanya semangat le nak masuk FunRun tapi knowing Aariq yang tak tahu diam so kekdahnya tggu la kawan2 yang tamat larian. dok jaga/ dukung Aariq je dah berpeluh lencun satu badan so takyah la nak lari 5km bagai. sekian.
ni 1st time bawak aariq to public/crowd yang memang ramai gilos. 2ribu umat manusia plak tuh.. ok aku tak kira la tapi berbagai generasi dan bangsa. but mostly youth la yang datang.. motif nak join FunRun konon nak polish bakat lari yang dah lama terpendam (fail sebab main kejar2 gn aariq) n nak jumpa kawan2 #kita2daisies. and we have #kita2daisiesjr jugak. at the moment when the above picture taken cuma aariq je ah ada kat open area tuh. geng dia anak2 onie/jaydi rupanya tgh sedap dinner kat tepi padang. lepas abes bergambar berlari bergaduh (gn anak sendiri) it's time to go lah.. we have other plan to settle. nanti tuh cerita lain
next day on the Malaysian Day itself plan hang out gn family n friends gituh.. cadang nak ke Sg. Sendat je.. dekat pun dekat.. toilet pun ade kot nak terkecing terberak ker.. namun hampa jerk.. penuh nye la umat kalah longgokan PATI di pasar Selayang. aduyai nye.. siap datang gn bas ntah dari sekolah tahfiz ke anak2 yatim ker.. dgn geng kereta nya lah.. (geng aku antaranya) so opt to air panas lubuh kawah. pun gagal. tak de laluan nak berendam air panas.. aje gila ko nak mandi air panas tengah2 hari garit tuh.. seb baik le kawan ni ringan mulut tanya kat sorang uncle cina kot2 tau sungai or air terjun. n uncle ni lead ke 1 kawasan private yang mostly tuan tanah je tau kat mana.. hahaha..
alhamdulillah walaupun air tahap lutut je tapi dapat le berbasahan specially yang ade anak kecik cam aku ni..
jerit gelak batuk nangis ketawa semua bab la ade.. seronok ngat kan. makan we tapau/ pot luck sajerk. senang kekdahnya but laku gak la meggi goreng laki aku. aku nak masak macaroni dah dia kata takyah so meggi pun meggi lah. owh.. yang lorat macam nak bergelek tu anak aku. centre of attraction. memang getik ko kan aariq.
tak leh nak lama2 coz ade lagi yang tak settle projek laki bini kami.. so by 3++ we all cabut la.. malam ku ade projek pojok lagi nih..
semua nak diharungkan keluar merendek sesekali dapat can dari laki. so malam dengan ihsan kawan dapatkan tiket free aku dapat le layan SuperMokh Restaging. walaupun penat seharian melayan kerenah anak terlebih gula (Aariq) namun sebab dah janji so pegi gak la.. its worth it to watch again. cuma biasa la kita merancang yang tentukan Allah. ade le holes here and there tapi aku tutup mata je ah.. sah2 aku dah penah tengok last year dan masih nak layan Restaging ni so ade part yang.. well mari lelap sat la. cam last year Douglas Lim catch the attention. one of the reason aku repeat this year punya show. dah abes teater on the way nak bergambar we all terserempak gn Rashidi Ishak. dalam SuperMokh dia jadi Redhuan Abdullah. gn dia je lah we all dapat amek gambar.. Maya Karin dah cecepat masuk VIP room. nak bergambar gn Radhi Khalid tapi ade plak fans dia yang dok ajak borak bagai..
so we off to main lobby. situ ade gambar Mokhtar Dahari. snap2 sat n say thanks to kawan2. jom balik.. end of Malaysia Day. a well spent with family and friends.
credit pic:jimmy, daddy, kak hanie, onie/jaydi.
Wednesday, September 24, 2014
The Day.. His Day
#throwback kekdahnye..
cam biasa kalau daddy away tuk outstation (jarang) atau offroad trip (selalu) mummy akan dok umah saja gn aariq. pinjam kata kak redmummy jadi "ibu tunggul" la kan. dan atas jemputan biras yang baru sambut anak kecil so aku ni gigih la drive jejauh 2 jam nak menyampai kan tempat jemputan tuh. walaupun dah beberapa kali sampai tapi sebab bukan drive sendiri memang tak ingat jalan la kan. sesat tuh idok tapi salah masuk lorong jer.. jenuh la nak ingatkan jalan. tapi sampai le gak kan.
pic atas tu aariq lak lelebih layan buaian berendoi adik sepupu dia. takpe lah nak. merasa naik buaian buat cantik nak amek gambar jer.. anak ku kan attention seeker. sbnr nye elok je buaian tu kat situ takde dia nak main pun tapi ade 1 family ni mai amek gambar n lorat2 suh anak perempuan dia bergambar atas buaian aariq pun ngikot sama ler.. seb baik la tak runtuh buaian orang. hai la anak!
tuh gambar bawah dok lorat la dua beradik ni nolong mummy tuka langsir. langsir yang nenek buatkan dah koyak. no. no. no. bukan ade adegan amukan sampai baling periuk belanga tarik langsir bagai. tapi sebab oyen yang lorat nak mengintai luar tingkap so byk kali la kuku dia tersangkut kat langsir. tu yang ade yang berlobang langsir tercarik sana sini.. tak berkenan plak mata ku.. so tgh malam walaupun dah abes raya.. kita tukar... langsir kat dalam gambar tu ai jahit sendiri.. takpe le tak cantik tapi boleh pakai ler.. gigih time pegnan kan aariq tu menjahit langsir. gara2 masuk rumah sewa baru tapi takde langsir.. huhu.. nampak gaya next projek kena cari kain tuk langsir ler..
Friday, September 19, 2014
Disuruh makan kita makan, disuruh mengaji kita ...
haha.. ikot la nak sambung ke idok tajuk ayat di atas.. sambung yang elok2 yer.. yang bertajuk luka jangan yer nanti ade yang hencap berbulan2 merajuk pulak.. ops..
so cut the story short kekdahnya. last entry kata p open house rumah Dato' kan. so below are the picca. sorry berterabur.. asal boleh la ek..
nah!!!! bak kata jimmy pic ni cam ala2 gath gn pengetua sekolah plak bila mak kt tengah2 dikelilingi anak2 murid yang dah beranak pinak.. gittew~
another version of pic from other hp. gmbr atas tuh ku sedang usaha nak suruh aariq pandang depan. gigih la tolak muka aariq tp dia dok berkenan gn auntie fatih kt belakang tuh.. tuh yg gambar tak brape nak jadi. gambar bawah kiri.. just daisies. time ni ku tengah perambat anak sendiri.. dalam ramai2 pandai dia menyelinap celah2 orang.. aduyaiii...gambar bawah kanan? one happy family.. baru dapat new born girl.
last picca sebelum balik... sesi salam bagi duit raya tuh between mak-mak pak-pak jer. kasi anak2 pun dicampak balik ke mak-pak depa.
ni sesi junior plak amek gambar... susah nye oiiiii nak susun diorg. yang nak susu nye menangis la yang terlebih gula nya berlari-lari la (aariq lettew) yang nak dok sini sana la.. aduiii.. but alhamdulillah berjaya gak la kumpul kan semua.
credit pic: jimmy/ ninie/ fatih/ zue.
missing in picca: master john, lompek, yani+din, nazha+hadi & nurul.
Subscribe to:
Posts (Atom)































