Friday, November 21, 2014

2014 MyLandy & Friends Jamboree

Lokasi: Pantai Balok, Kuantan, Pahang.
Hari: Sabtu
Tarikh: 22 Nov 2014
Waktu: 10pg-5ptg

See you there..

Tuesday, November 18, 2014

Family Kita

kadang-kadang bukan saja adik-beradik je dikira keluarga
bukan saja sepupu-sepapa je dikira keluarga
bukan sedara-mara makcik pakcik je dikira keluarga
kadang-kadang yang bukan sedarah sedaging satu mak satu bapak pun boleh dikira keluarga

so kami penah sebumbung khemah.. semangkuk lauk.. setalam nasi.. kongsi sama naik sekereta..
cuma nya tak kongsi laki le.. anak dia pun cam anak aku gak cuma takleh nak marah anak dia la.. thats parenting rules kena apply. 
cam biasa family trip ni to temerloh layan pais patin and patin tempoyak. tuan rumah ade siapkan rumah singgah tuk kami menumpang lelap. alhamdulillah. murah rezeki tuan rumah, kasi tempat tido yang besar bawak pi jalan-jalan sampai ke Kuala Gandah melayan gajah di tempat perlindungan haiwan. see-see aariq takut nak sentuh gajah. sebab masa mencemburui kitorang tak sempat nak singgah Deerland yang hanya 2km je dari Kuala Gandah Elephant Sanctuary ni. next time je kita repeat. Insyallah moga family kita ni berkembang membesar dan bahagia bersama-sama anak yang berjaya.. amin...

Friday, November 7, 2014

Rempit

kadang-kadang minat anak ni kita boleh ikutkan.. 
kadang-kadang jangan turutkan.


takat nak naik basikal mainan kat giant/ tesco tu boleh le mummy/daddy layankan tapi jangan sok-sok minta belikan motor plak memang kompem la daddy ko bertukar jadi ijo pulak. hahaha..

seronok la dia nih dapat naik basikal tapi kami tak belikan pun. rumah kecik timing plak tak kena memang tak perlu la beli. lagipun kaki aariq tak sampai letak kat kayuh tuh. idok le kuasa mummy nak menolak basikal ko dik.. kot sok beli tapi tak bergerak basikal tuh mau dilantingkan ke lantai aje.. lately ni tantrum lain macam sikit. semua yang tak berkenan semua dilanting dihempas.. kadang-kadang badan pun hempas ke lantai. kadang-kadang mummy/ daddy malas nak layan sebab bila dipujuk main kuat pulak melalak. 

later bila kita dah ade laman rumah yang besar boleh la aariq main basikal pusing-pusing rumah yer.. sekarang ni rempit kat dalam Giant Supermarket je sudah.. 

Tuesday, November 4, 2014

Sooner or later

Tahniah pada yang berjaya.. Masa saya akan tiba cuma terlewat sahaja.. biasalah terlalu asyik dengan dunia saya sampai terlupa pasa bas yang berlalu pergi..

Insyallah bila tiba masa saya, akan saya kongsikan bersama mereka yang saya sayang, yang saya cinta dan yang saya kasihi..

Enjoy your day rakan-rakan. take care.