Saturday, December 31, 2011

The Finale

FUH!! berjaya memujuk IP tuk aku stay kt umah je melayan Maharaja Lawak Mega Final.


selalu memang missed live-telecast Maharaja Lawak Mega ni sebab Jumaat malam sure aku ade TT gn geng MLM. SO Maharaja Lawak Mega bersiaran dari Stadium Melawati Shah Alam. WOW!!! dengan hanya 4 kumpulan ke peringkat akhir, lawak mereka buatkan aku tertawa terbahak-bahak sampai sakit sakit dada. Dan aku perkenalkan peserta akhir Maharaja Lawak Mega:

Saehu. Group dari Indonesia yang bertahan hingga ke peringkat akhir. ada antara lawaknye yang tak berapa nak menjadi tapi kan.. dah rezeki diorg.. takkan kita nak nafikan.

Boboi. sapa yang tak kenal Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik. derang dah ada nama kat Malaysia ni. kata orang dah establish lah. Tapi Maharaja Lawak Mega ni untuk orang yang dah biase dalam cerita lawak/ komedi antara tiga negara (Malaysia, Indonesia & Singapura) so derg tag team n buat group Boboi. Lawak derg mmg jenis yang terkini la. memang ikot trend semasa. Contoh? HSB jadi Najwa Latif. funny eh..

Osbon.. kira otai lah.. Mr.Os ngan Abon. n damn Abom ni terror gila berpantun. mana ntah dtg idea tuh.. serius aku jeles. padan muka aku sendiri gak.. masa sekolah tak nak serius blaja bahasa melayu..


Syok ni gabungan dua negara. Singapore dan Malaysia. aku kenal Ifa Raziah jer. sorry aku jarang tgk tv Spore. klu tgk pun bila aku balik kg (mak aku asal dari sana)

Keseluruhan lawak 4 group ni memang best. ade few parts yg boring tu biase lar.. xleh nak elak. tapi yang buat aku ketawa terbahak bahak sampai terkentut kentut ialah....

Jozan!!! Haram jadah nye lawak. sesuka nak kutuk juri la nak promo diri sendiri la. oyer.. diorg dijemput tuk promo Raja Lawak 6 thn depan. mesti nye aku follow! ye aku ulang sekali lagi.. aku kentut bersama gelak aku masa Jozan wat lawak tadi. Sorry, bukan kutuk Jozan tapi terlepas kentutsbb perut penuh angin. Ops. aku makan yer malam tadi. 

Dan yang paling mendapat perhatian malam tadi ialah....
.
,
.
Hero file Ombak Rindu.. siapa lagi kalau bukan....

Aaron Aziz. wat a fenomena! 

sampaikan lebih 3x le cameraman tu dok aim kat Aaron Aziz ni wpun peserta tgh buat persembahan. Maybe cameraman tu tau dah part tu boring so dia fokus kat Aaron Aziz ni. sure ramai awek2 yang makan ati n rasa hiba sbb tgk eron ni kat tv je n tak dpt tgk live berdepan. korang layan Ombak Rindu je lah ek. 

So winner of Maharaja Lawak Mega is OSBON!! followed by Boboi, 3rd place is Saehu n 4th is Syok. ok lah tu.. puas ati kan? tak puas ati sila kumpul duit byk2 n buat rancangan lawak sendiri. pastikan hadiah nye menarik ok. hahaha... Lawak final ni akan sentiasa diulang baik kat Astro Warna atau Youtube. (aku le tu yang dok ulang). till Raja Lawak 6 pulak bersiaran..

dah.. aku nak tido..nite2..

Thursday, December 29, 2011

Happy Birthday IP

Dear IP,

I know this will be an advance wish for you but I still want to wish it. I wish a very Happy Birthday to you my dear IP. Wish that you will have a great year ahead, in good health and wealth. May our dream come true.  hehehe..Today's date is on me ya'. Looking forward to meet you this evening.

                                                                                                   Lurve Ya'
                                                                                                     -Babyarisha-

Tuesday, December 27, 2011

Entry Merapu # 1

yer.. kali ni entry nak berborak tanpa topik. sebab nye 3hari cuti aku habiskan masa kat rumah jer. benak jap otak aku nih. sampaikan aku tak boleh nak ingat ari sabtu aritu aku buat apa..p mana. teruk kan? kalah orang tua dah nyanyuk plak. yang aku ingat! ahad pagi eksaited nak g temerloh layan patin hakikatnya tak tercapai dek akal sebab kansel last menet. pagi nya aku ngikot IP try trek baru kat pulau meranti. ada kawan dapat toy baru kan.. kena la test. seb baik le abang syukor tu banje makan ayam kampung n patin. terbalas le dendam nak layan patin bakar.

aku dok tengok IP ni panjang akal sikit. suka cantas plan aku kalau dia tak leh nak mengjoinkan dirinya. ok takpe2. ada ubi ada batas. esok2 chance aku plak cantas.

isnin cuti ganti tuk xmas yg jatuh ari ahad. so bermalas2an lg kat umah. tu pun aku paksa IP teman g pasaraya sebab nak beli brg kek. alasan aku, telur dah abes kentang dah abes nak beli cat litter tuk Oren lagi tapi sebenarnya aku nak cantas dia kuar g jmpe kawan dia. bijak tak aku? hahaha.. "dear IP, if u read this.. i can read ur mind sayang"

makanya lepas kuar membeli belah tuk syurga idaman a.k.a rumah aku di mana aku sempat merembat beberapa barang membuat kek. dah takleh hold IP sebab dia berjanji2 aku lepak le berdua gn Oren je. (kalau IP ada pun bukan boleh mengulit aku. dia rela mengulit LR tu). so lepak baring layan repeat maharaja lawak mega berulang kali dalam malas2 aku mengulit si Oren maka aku merajinkan diri buat kek. aku takleh nak share gambar kek sbb aku lupa nak amek. dan yang pasti kek aku kurang manis kurang rasa coklat kurang gebu sebab aku kedekut gula tambah serbuk koko tak ikot sukatan yang diberi dan salah teknik semasa mengacau bahan2 basah dalam mixer (adakah ianya punca?) tetapi kek aku tidak bantat cuma selepas masak kek aku jatuh mengecut bukan mengembang sekali lagi gara2 tak ikot sukatan. Cikgu kata tambah baking powder aku dgn berlagaknya pkai tepung naik sendiri kunun perasan kek akan naik cantik tapi pukul dlm mixer kejap jerk. DANG!!!!! rasakan.. tapi ok le.. nxt time leh buat lg 1/2 sukatan sebab aku takde acuan kek yang besar. semlm tu leh dpt le 1kg kek.. lum tambah lagi coating coklat nye.. aku malas nk double boil coklat masakan.

dan hari ni aku serasa-rasa seperti hari isnin tapi sebenarnya dah hari selasa. aku ada kerja pending tapi tak boleh siap sebab semua yang sepatutnya telah bercuti.. cis.

Friday, December 23, 2011

Kari Kepala Gajah.

jangan PERCAYA dengan tajuk tuh.. gebang je lebih!
tu pun kuar gn IP last saturday pastu dah kul 11pagi still tak mkn lagi. IP dh penah makan kari kepala ikan n few times gak ajak aku pegi sana tapi timing tak kena so last saturday p le ke Taman Wahyu sebelum ke Kerling (jangan tanya apa aku buat kat kerling, ni cerita kari kepala gajah).

OK, topik tu aku saja buat lawak yer. jgn kata serius plak ada menu kari kepala gajah. Masak le para suami nak cari kari kepala gajah kalau2 binik dia yg tgh mengandung tu dok baca entry aku kali nih.

So, Taman Wahyu ni di sebelah kiri Jalan Kuching menghala ke Gombak (kalau aku silap sila google sendiri ok). aku lupa nama kedai tapi kedai kat dalam kawasan perumahan. kira restoran ni shoplot la.

nah!!! hidang panas2 lagi tuh.. dengan bendi, tomato, tahu.. pergh... ni baru betul.. mak mertua lalu belakang pun tak perasan. dah menjilat jari baru nak ajak jemput makan..

lalu plak gn sayur kobis celur. tuang soy sauce, papadom dan sambal belacan. auw~

aku tak tau le kegemaran korang kalau bab lauk kari ni. ada yang suka pekat cam mamak stail ade yang suka cair2 cam lauk kobis air je. tapi aku ni sedang2 sudah..

nah!! amekaw!! tinggal tulang ajer? yer.. makan nasi kasi licin ler.. tulang tu jgn le dimamah pulak.. ade kang yang tercekik.. masalah lagi.

dalam bekas ni ada lagi separuh kepala ikan ni.. aku tapau je leh makan sampai malamnyer..

so, jangan ada yang terliur mengidam pulak ek.. sila2 lah ke Taman Wahyu kalau nak p makan.

p/s: entry ni dh seminggu simpan dlm draf.. penat nak mengarang sebab ketandusan cara mengarang. sorry.

Monday, December 19, 2011

Saya yang pemalu

auw.. saya pemalu. Auntie Baby yang dok kasi saya makan ni suka jadikan saya model nak2 plak time saya tengah landing. dengki je kan! gigit kang menjerit!

Hahaha.. jangan muak nak baca entry aku kay. aku agak kekeringan idea nak menulis nih. tu psal le Oren ni jadi bahan tuk aku menceceh. auw~ time ni memang dia tido tutup mata la. ape kes ntah.. ok lah. jam kt opis dah 5.30pm. nak set balik rumah arini.. nak gomol kucing. da..