Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan kali ini

Salam Ramadhan dan Salam 1 Malaysia.. belum terlewat tuk aku ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini.. Hari ini dah malam Ramadhan yang kelima. 

thanks to google pic.

Ramadhan dan kurma tak boleh dipisahkan. (erk!! peribahasa apakah ini?) dah tertulis dalam hadis mahupun amalan Nabi Muhammad S.A.W Nabi Junjungan kita umat Islam sekaliannya. Berbukalah sederhana dengan  segelas air dan beberapa ulas kurma. Dan bersegeralah sembahyang (hadisnya aku tak jumpa, ni pemahaman aku shj). tapi kalau bagi kat aku kurma mariami ni bukan takat beberapa ulas, mau 1 malam tu habis sekotak.. hahaha.. yer, kalau dah ade barangnye depan mata memang ngadap je lah. knowing myself yang tak berapa kisah tentang makanan janji halal dan bersih, bab kurma ni aku memilih sikit. ade orang suka yang jenis basah-basah, ade yang dah siap proses berintikan kekacang, ada yang minat kurma yang masak terus dari tangkainya. yang pasti aku suka kurma yang kering-kering cam kurma mariami ni. tak berapa manis dan tidak tawar. memang sedap lah.

Dan Ramadhan kali ini aku sedikit bertuah dengan rahmat-Nya yang mempermudahkan perjalanan aku. Sebagai semua yang tahu, aku dah kahwin. YEAH!!! dan puasa tahun ini tak macam tahun-tahun sudah. Tahun bujang takde aku heran nak bangkit awal tuk bersahur, kadang tu dah set dalam minda memang takkan bangkit sahur tuk esok paginya. kadang tu sekadar minum segelas air mineral yang dah siap letak tepi katil. hahaha.. aku memang gemar tidur. Tapi kali ini kena gak la bangkit makan sahur. Seb baik saya punya suami yang manis macam gula (sweet like candy). Hahaha.. sebab suami biase bangun sahur maka tugas menyediakan hidangan sahur awal-awal lagi dia dah amek. bahagian aku? bangun makan, then baru kemas dapur. hue hue hue..

Dan juga berjaya mengerjakan terawih bersama suami dan ibu bapa tercinta. Alhamdulillah. Moga Ramadhan tahun ini membawa berkat dan kesabaran kepada kita semua.. Amin.. 

p/s: cerita Ramadhan tak abes lagi tapi stop je lah kat sini.. nanti kita cerita ceriti lain yer..

Thursday, July 19, 2012

Big Smile

Senyum~~ kepada semua... 
Senyumanmu amatlah berharga...
wah! menyanyi pulak dia.. layan pic jer ek

pic fr Nizar 
Ntah ape ler yang disengihkan cik abang ni, maaf saya lupa. hehehe..


pic fr Kay Jay

Kami the perantins & perapits berposing sakan sebelum keluar berarak. huhuhu.. ikot dan je lah.. baju memasing disponsor.. Ops. Baju perantin dan make up disponsor oleh Shida bridal Collection. Baju perapit disponsor oleh perantins la of cos.. hahaha.. 

later-later baru share pic dari OP.. lambat plak OP ku nih.. *sakit hati*

Wednesday, July 18, 2012

Jaga-jaga Cik Salmah..

knowing kenduri kahwin kat kampung tak sah kalau tak de persembahan silat, acara berpantun mahupun menepung tawar(cer bgtau tepung apa yang rasa manis?). 

pic courtesy fr Nizar Zaini.

dan acara silat menyilat ni dimulakan oleh bakal adik ipar hubby. #eh sapa yang kahwin nih? dah la berdiri tengah panas selepas hujan di tengahari. seb masa ni budak baju cekelat ni silat silat n salam pengantin lelaki.. yang tak syok but kelakar, adik pada budak baju cekelat nih dok silat menyilat dengan kaki & tangan nye yang panjang ala2 plastic man boleh plak main cak-cak nak bersalam ngan pengantin.. Sikit lagi hubby nak layang tangan. seb baik ramai orang, n hubby cover sambil gelak-gelak. duhhh. sikit je cerita bab Batu Pahat nih. sok aku sambung lagi.. nanti takde cerita plak kan.. hahaha.. 

Mau tidur lena. sok mengharapkan yang baik-baik moga perut tak buat hal lagi. pic dari OP nih tak dapat lagi.. hrrmmm

Wednesday, July 11, 2012

WW

wordless la sangat..

teaser from our OP.
 dalam penat meredah tanah lembut terseret kaki kunun ala2 model amek post di tengah terik.. huahuahua... 
Maafkan wajah kelat tu.. kitorg penat sangat kot.. bersabar le sangat nak menukar pakaian yang tebal itew.. hahaha.. eh kata teaser sajer.. banyak plak cakap.. till dapat full pic from our OP. sikit2 den curi dari pic kawan2 yer.. mekasih..

Monday, July 9, 2012

Aku terima nikahnya....

Syukur Alhamdulillah... dengan sekali lafaz aku telah bergelar seorang isteri untuk seorang lelaki yang lama ku nantikan.. lama ker? huh.. penuh dugaan, cubaan dan drama air mata.. (don't ask). Terima kasih yang tak terhingga buat keluarga dan rakan-rakan yang banyak membantu, mendoakan dan memeriahkan majlis yang tidak seberapanya ini.. Ampun maaf sekiranya terdapat cacat cela dan kekurangan.